Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Showing posts with label Sakinah. Show all posts
Showing posts with label Sakinah. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Blog Lucah Remaja Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Seperti biasa, aku mengadap lappy pagi2 jika ada masa. Aku membuka google tanpa tujuan tertentu. Saja2 nak cari sedikit maklumat mengenai entri baru nanti.

Ini bukan cerita rekaan, aku benar2 terkejut apabila aku klik satu perkataan maka tersenarailah beberapa laman dan aku ternampak satu laman yg tajuknya agak menggelikan. Ttpi kerana aku ingin tahu apa isi kandungnya, aku pun klik laman tersebut dan.....terkeluar laman blog lucah kepunyaan seorang remaja perempuan. Dia meletakkan gambar yg bukan separuh b*g*l ttpi memang tiada seurat benang pun yg menutupi tubuhnya. Aku tak pasti jika itu gambar tuan tanahnya atau org lain.

uh...tanpa seurat benang!

Aku melihat bahagian maklumat peribadi, dia menyatakan namanya ttpi tiada maklumat tentang umur dan tempat tinggal. Blog ini nampaknya sudah lama tidak dikemaskini iaitu sejak 2006. Entrinya pun sekitar bulan Sep dan Okt saja. Setiap entrinya penuh dgn imaginasi remaja ini melakukan hubungan intim dgn pasangan khayalannya. Itu katanya lah, di mana dia tidak melayan jika ada org e-mail semata-mata nak melakukan hubungan seks dgnnya. Dia hanya akan menyerahkan tubuh badannya kpd lelaki yg bergelar suami shj. Itu yg dinyatakannya.......Ada pula pembaca2 yg memberikan komen yg berbau lucah jugak......semua ditulis dalam bahasa melayu!.

Aku tidak sangka begitu rendahnya maruah remaja ini kerana sanggup membina sebuah blog semata-mata mahu menulis cerita khayalannya bersenggama. Cerita spt ini amat bahaya jika ada kanak-kanak di bawah umur terjumpa laman sebegini. Kenapa masih ada blog lucah spt ini di dalam google. Kenapa si pelakunya tidak dicari dan dihukum kerana kesalahannya berat sama spt melacur.

kucing ni comel tapi jika ...............
Kita ada mendengar blogger yg ditahan kerana tulisannya mengutuk pemerintah dan menyebarkan dakyah negatif serta menghasut. Dan baru2 ini ada blog yg cuba menyebarkan agama kristian pula ttpi tak tahulah jika dah diambil tindakan atau tidak. Maka bagi penulis2 blog lucah juga sepatutnya dihukum seberat2nya dan perlu menghadiri program2 kebajikan serta program memulihkan akhlak. Jika Islam, perlu diberi pendidikan agama dan penerapan ciri2 utk menjadi seorang Islam yg sebenar.

Perbuatan tidak bermoral merupakan perbuatan keji yg berupa maksiat dan dosa sehingga menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah akan menimpa diri. Jauhilah daripada perbuatan mengundang laknat. Sebuah hadis dari Riwayat Abu Daud yg berbunyi :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”


Laknat bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Nauzubillah......

 Hadis sahih Buhkari Jilid 1 : 0064 yg bermaksud :

Dari Anas r.a., katanya: "Akan ku sampaikan kepada Anda sebuah hadis yang tidak akan disampaikan orang kepada mu sepeninggal ku. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, bercabulnya zina (persundalan) dan banyak perempuan, sedikit laki-laki, sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.

Adakah ini bermakna hari kiamat semakin mendekat?

Sunday, February 13, 2011

pizza oh pizza......

Hai....jumpa lagi, assalamualaikum dan salam sejahtera semua.......

tengok tajuk mesti terbayang 2 perkara..........pizza? nama org ker.......atau pizza yg boleh dimakan? cuba teka.......hmmmmm xyah pening2 lar, biar aku trus cerita lar ye.......hehehe, saja nk kasi korang puzzle : D

cerita bermula apabila hakim merengek-rengek dgn ayahnye, ayahhhh nk gi pizza hut.....nk pizza, nk pizza. hish, budak ni sabo lar...ayah tengah pokai ni. Ayahnye mula cari alasan. ala......nk pizza, nk pizza......(dan mula nangis). ko ni, kalau nk satu2 tu...tak leh sabo ker....., tengking ayahnyer. Lagi la lebat hujan si hakim......uhuuuuu. Bila ayahnye dh sejuk, pelan2 dia bisik kat hakim, sok kita gi pizza ye....hakim kena gi sekolah, wat kerja sekolah dulu.......nnti kita gi tau. hakim pong angguk2.......senyap. (tunggu esok)

maka, pada malam Ahad.....dia pong tuntut janji kat ayahnye.......mmm bertuah anak aku, kata ayahnye.


dah sampai pong ode.......apalagi, jom makan....... opppssss baca doa dulu, ayahnyer klik pic cepat ..... hiks.


amboi, suka nyer dia,.ibu.......pinggan ni circle kan?, tanya hakim. yes, it is a round plate. beautiful round plate, jwb hakim.


slurrpppp, aiksssss, aqilah, wow.......abis satu gelas iced chocolate float. share2 lar dgn ibu.....yeee syng. okay, nah ibu minum pulak. thanx aqilah. luuuv u.


lepas makan.....sempat kakak & adek berposing......kakak kata, cantek gambo latar ni, ibu. em...mmg cantek. kakak minat seni kan? belajo pandai2, cuba buat yg terbaik UPSR nnti.....bleh sek kat sek seni JB tmpt kak azi ( niece aku) sek tau.


lepas makan jugak, hadi mula guna daya pujuknye kat ayahnye......ayah, nk main taman. ish baru lepas makan tu......duduk2 lar dulu, ni nk terus main, muntah nnti !, marah ayahnye.  aqilah dengar,...jom. bang. ayah...adek nk gi taman jugak. hakim pong dengar, nk gi taman, nk gi taman........apalah, mcm tak pernah jumpa taman bebudak ni. aku sengih jer.....budak lar katakan.....layan.......jgn over2 sudah.

taman yg dimaksudkan tu ialah permainan  yg ada di sebelah premis jer. mmg teruja diorang tuuuuu


hahh kau, aqilah dh beraksi........susah aku nk amek pic dia, laju betol dia bawak kuda tu....hahaha, tergelak ayahnye. yg lain2 pong dh hilang....mane diorang ni, aduh2........abang, pelan2...nnti jatuh, jerit aku. hadi & hakim angguk2 saje......

abis sudah......,


****pictures yg aku upload ni, dh aku edit.....baru belajo dr adek aku, azuraidris. thanx wawa....., rajin2 lah wawa update blog yer, sian...dh terabai. bleh kita wat family blog grup.