Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Friday, July 8, 2011

Julai datang lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jun sudah berlalu, Julai menjelma kini................

bongkar google cari gambar ni.....hehehe 
Selamat hari lahir utk suami tercinta pd 23hb Jun yg lepas. Terima kasih buat mu kerana sudi membawa kami makan malam di Senibong. Best......lain kali kita gi lagi ye.

Julai pula ada 2 tarikh yg perlu diingati.....Agak2 suami aku ni ingat tak? Susah ye nak agak2, sebab org lelaki ni kurang prihatin ttng tarikh2 penting dlm keluarga. Nasib baik suami aku tak lupa tarikh birthday aku. Bukannya nak mintak hadiah sgt....cukup ucap selamat udah ler.....kembang sikit kan! Tapi kalau nak bagi hadiah......jgn tolak, rezeki tu.

24hb Julai tarikh lahir anak ke-3 yg ke lapan tahun. Eh, dia ingat tau....kalau lupa pun kakak dia mesti ingatkan dia. Kakak dia boleh ingat tarikh lahir semua adik2 dia........cayalah kakak, ibu sayang kakak.

Ada satu tarikh lagi yg anak2 aku tak tahu.........12hb Julai, tarikh ayah dan ibu diorang nikah. Maknanya ulang tahun perkahwinan aku dan suami tak lama lagi nih. Tengah fikir2 nak buat apa pada hari tu........macam2 terlintas dlm kepala. Kalau tanya anak2, diorang mesti nak kek.....eh, tak jemu2 makan kek....budak2 ni.

Aku suka coklat.......terbayang pulak kek coklat penuh strawberry yg Datuk K beri kat Siti.....hahaha, berangan lebih...... aku cuba cari2 gambar kek kat google.......macam2 ada! Nak tengok.....alahai tak sanggup aku nak beri komen........speechless! you'll rasa camne........


rasa2...nak potong mana dulu

agak2...sapa kena tembak dulu..

nak ke  anda potong muka dan badan anda sendiri?....
Dah.......tak larat nak copy paste.....dah jadik tak selera lak nak makan kek......huhuhu

Thursday, June 16, 2011

Blog Lucah Remaja Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Seperti biasa, aku mengadap lappy pagi2 jika ada masa. Aku membuka google tanpa tujuan tertentu. Saja2 nak cari sedikit maklumat mengenai entri baru nanti.

Ini bukan cerita rekaan, aku benar2 terkejut apabila aku klik satu perkataan maka tersenarailah beberapa laman dan aku ternampak satu laman yg tajuknya agak menggelikan. Ttpi kerana aku ingin tahu apa isi kandungnya, aku pun klik laman tersebut dan.....terkeluar laman blog lucah kepunyaan seorang remaja perempuan. Dia meletakkan gambar yg bukan separuh b*g*l ttpi memang tiada seurat benang pun yg menutupi tubuhnya. Aku tak pasti jika itu gambar tuan tanahnya atau org lain.

uh...tanpa seurat benang!

Aku melihat bahagian maklumat peribadi, dia menyatakan namanya ttpi tiada maklumat tentang umur dan tempat tinggal. Blog ini nampaknya sudah lama tidak dikemaskini iaitu sejak 2006. Entrinya pun sekitar bulan Sep dan Okt saja. Setiap entrinya penuh dgn imaginasi remaja ini melakukan hubungan intim dgn pasangan khayalannya. Itu katanya lah, di mana dia tidak melayan jika ada org e-mail semata-mata nak melakukan hubungan seks dgnnya. Dia hanya akan menyerahkan tubuh badannya kpd lelaki yg bergelar suami shj. Itu yg dinyatakannya.......Ada pula pembaca2 yg memberikan komen yg berbau lucah jugak......semua ditulis dalam bahasa melayu!.

Aku tidak sangka begitu rendahnya maruah remaja ini kerana sanggup membina sebuah blog semata-mata mahu menulis cerita khayalannya bersenggama. Cerita spt ini amat bahaya jika ada kanak-kanak di bawah umur terjumpa laman sebegini. Kenapa masih ada blog lucah spt ini di dalam google. Kenapa si pelakunya tidak dicari dan dihukum kerana kesalahannya berat sama spt melacur.

kucing ni comel tapi jika ...............
Kita ada mendengar blogger yg ditahan kerana tulisannya mengutuk pemerintah dan menyebarkan dakyah negatif serta menghasut. Dan baru2 ini ada blog yg cuba menyebarkan agama kristian pula ttpi tak tahulah jika dah diambil tindakan atau tidak. Maka bagi penulis2 blog lucah juga sepatutnya dihukum seberat2nya dan perlu menghadiri program2 kebajikan serta program memulihkan akhlak. Jika Islam, perlu diberi pendidikan agama dan penerapan ciri2 utk menjadi seorang Islam yg sebenar.

Perbuatan tidak bermoral merupakan perbuatan keji yg berupa maksiat dan dosa sehingga menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah akan menimpa diri. Jauhilah daripada perbuatan mengundang laknat. Sebuah hadis dari Riwayat Abu Daud yg berbunyi :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”


Laknat bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Nauzubillah......

 Hadis sahih Buhkari Jilid 1 : 0064 yg bermaksud :

Dari Anas r.a., katanya: "Akan ku sampaikan kepada Anda sebuah hadis yang tidak akan disampaikan orang kepada mu sepeninggal ku. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, bercabulnya zina (persundalan) dan banyak perempuan, sedikit laki-laki, sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.

Adakah ini bermakna hari kiamat semakin mendekat?

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,




Pada 16 Jun ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan gerhana bulan penuh dari jam 1:25 pagi hingga 7:01 pagi.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi.

''Gerhana pada awal pagi Khamis ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 01:25 pagi waktu Malaysia. 

''Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap,'' menurut kenyataan itu.
Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa Bulan memasuki bayang umbra Bumi ( U1 ) mulai jam 02:23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada 04:13 pagi. 

Bulan akan mula keluar dari bayang umbra Bumi (U3) pada 05:03 pagi dan keluar sepenuhnya daripada bayang umbra Bumi (U4) pada 06:02 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga 07:01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang. 


Sementara itu, Angkasa dan Masjid Negara akan mengadakan program pencerapan gerhana bulan penuh pada hari berkenaan di perkarangan luar Masjid Negara bermula pukul 1 pagi.

Selain menyaksikan gerhana bulan penuh, orang ramai juga berpeluang untuk mencerap planet Musytari (Jupiter), Marikh (Mars) dan Zuhrah (Venus).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

p/s: maklumat dari www.utusan.com.my