Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Saturday, February 23, 2013

Aku ada lagi

Assalamualaikum,

Kemunculanku setelah bertahun berdiam...........

Kenapa? entahlah............
Why? I don't know............

No idea? maybe......
No time? mmm.......

Masa, mungkin masa tidak mengizinkan aku untuk mencurahkan idea2ku.
Masa, aku banyak menghabiskan masa dengan melayan kerenah anak2.

Aku gembira selepas kelahiran Ahmad Tarmizi. Sekarang dah pandai menapak. Melihat dia membesar menyebabkan aku teruja. Sungguh teruja. Kehadiran Ahmad Tarmizi membuat kami sekeluarga senyum. Sudah berusia setahun 2 minggu, dia dah laju berjalan.

 

Inilah ahli baru keluarga Mohd Hamidin................jam 3ptg, 9hb Februari 2012 selamat dilahirkan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Kehadiran ahli baru inilah yang membuatkan aku terlupa tentang laman JJHM ini. Keseronokan menyusukan, memeluk dan mencium bau bayi membuat aku seolah2 dibuai bersama mimpi indah. Semoga mimpi indah ini terus membahagiakan kami sekeluarga.

Aku berdoa agar zuriat2 ku menjadi anak yang soleh dan solehah. Itulah yang dipohon setiap kali selepas solat. Aku amat bersyukur kerana Allah memberi aku rezeki yang sungguh bernilai ini. Peluang yang diberikan ini sudah semestinya aku cuba melaksanakannya dgn sebaik mungkin. InsyaAllah.

...jika ada kesempatan lagi....

Kita berjumpa di lain cerita......

Salam.........







1 comment:

Puan Azura Idris said...

tarmiziiii..cik wa rindu :P