Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Wednesday, February 2, 2011

Main Muzik

Assalamualaikum......

Ceritaku bermula secara tetiba........
ketika aku dan ayahnye sedang berbual-bual selepas maghrib, aku terdengar satu bunyi yang tak terlalu bising, berirama sedap didengar. aku pun mencari dari mana datang bunyi itu. aku memandang di ruang makan dan.........apa yang ku lihat......


Aqilah sedang mengetuk-ngetuk botol kicap (kicap Jalen dari dulu dan selamanye), gelas, cawan, kole air, cawan plastik yang disusunnye...terabur. Aku memanggil, adik......buat apa tuuuu. Dia pong menoleh........


main muzik........ibu...Aqilah main muzik. aku terkedu......bila pulak anak aku ni pandai main muzik. camne dia boleh terfikir nak susun benda2 tu semua dan mengetuknye. aku terus bertanya, adik main muzik ye, a..a..ada bunyi lar ibu......Aqilah ketuk-ketuk, ada bunyi, jawabnye.

....aku melihat pada mulanye Aqilah memegang batang plastik mainan kepunyaan abangnye. dia mula mengetuk meja...dan......ada bunyi, kole air....dan....ada bunyi, cawan....dan.....ada bunyi. masa tu aku tak ambik kisah sebab tengah rancak berborak dengan ayahnye.
tetapi apa yang menarik perhatian aku...apabila bunyi tu menjadi seperti satu irama lagu.........ajaib tuuuu. itu merupakan kejadian yang penuh bermakna bagi aku. nampak tuuu, mindanye berkembang dengan melihat perkara di sekelilingnye.  dia telah menggunakan otaknye......berfikir dan mengaplikasikannye.

 aku tak mahu mengganggunye, cuma aku terfikir bahawa memang betollah orang kata perkembangan otak kanak2 banyak dipengaruhi dari faktor sekitarnye.......selain daripada pemakanan yang sihat. sebagai ibu dan bapa kita boleh mengajak anak2 mengeksplor dunia luar kerana aktiviti luar lebih banyak menarik minat anak2 yang sedang membesar seperti anak2 aku dan korang (mungkin). jangan dimarah kalau mereka banyak bertanya, itu tandanye mereka sedang mempelajari sesuatu.

Cuti CNY ni adalah masa yang sesuai untuk bawak anak2 gi jalan2........cari pengalaman. ish takde idea lar nak gi mana......jgn risau cuba lawat website ni www.cuti2malaysia.com. Selamat bercuti......




No comments: