Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Wednesday, March 23, 2011

Apa Yg Aku Rasa........

Assalamualaikum,


Aman.....aku mahu dunia ini aman. Tiada kesengsaraan, kesedihan, kematian kerana perang. Pada tahun yg mana semuanya serba canggih dan manusia yg serba berkebolehan masih ada yg berfikiran ingin menguasai dan terus menguasai. Adakah mereka fikirkan tentang hak org lain utk punyai keluarga yg bahagia, pekerjaan yg diminati, kediaman yg sempurna dan negara yg aman.


Sesak dada aku apabila membaca mengenai perang sana sini. Selepas tsunami, kemudian perang........mcm tiada kesudahannya. Adakah ini petanda dunia sudah tua? Bencana alam berlaku spt bertimpa-timpa di seluruh dunia. Sekarang dunia di selaputi pula dgn masalah pencemaran radioaktif pula.

Apakah persediaan kita? Secara zahir dan batin.....adakah kita dh bersedia utk berhadapan dgn perang zaman moden ini. Kehadiran 'polis dunia' di setiap lokasi yg ada 'masalah dalaman' katanya, hanya menambahkan masalah bukan perdamaian yg diberi. Lebih menambah keperitan dan limpahan air mata kerana menangisi kehilangan semua yg dimiliki. Aduh, aku hanya mampu berdoa........

Sedih, kecewa dan berharap agar ia cepat berakhir. Ah, ngeri utk melihat mayat2 bergelimpangan, kemusnahan tempat berlindung namun senjata2 hebat terus-menerus membedil. Kita semestinya bersyukur dgn anugerah keamanan yg dinikmati di negara kita. Hiduplah dgn harmoni dlm satu negara w/pun mempunyai berbilang bangsa. Peperangan hanya merugikan......


Wassalam........

No comments: