Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Khamis ( 17hb Mac, 2011)
Di satu pagi yg hening, aku dok bersembang dgn suami, tiba-tiba hp suami berdering..... Panggilan dr kampung (mertua aku) katanya. Selepas seketika berbual, talian diputuskan. Kebetulan suami aku sedang cuti, aku merancang untuk mengemas rumah dgn bantuan suami lah. Kami jugak ingin menghilang rasa lelah selepas berpiknik semalam.
Aku meneruskan perbualan,
"Siapa yg telefon tadi",
"Adik Besah, dia nk dtg sini",
"Oh, ye ke. Bila tu",
"Entah, sok lusa kot",
"Dah lama tak telefon Kak Miah. Apa kabo dia. Ada tak dia balik kg",
"Telefon le",
"K, mana hp ayah, hp ibu takde duit",
Aku pun mendail no hp Kak Miah ( kakak ipar yg duduk di Batang Kali)
"Hello, assalamualaikum",
"Waalaikummussalam",
"Kak Miah kat mana, tak ke mana2 ke cuti sekolah ni?",
"Ha Kak Miah dlm perjalanan ke sana lah. Ni dh sampai Prt. Sulong",
"Apa, nak gi sini. Siapa lagi yg ada, mak, abah ada ikut tak?",
"Adalah 2 kereta, Besah, mak, abah ada sekali",
"Ye ke, nanti dh nak sampai telefon ye".
Aku terus offline dgn Kak Miah dan.......bang, diorang dlm perjalanan ke sini, dah sampai Prt Sulong. Bukan sok ke lusa ke.....jap lagi sampai diaorang. Suami aku termangu........eh, tak percaya ke?
Oleh kerana semalam, seharian aku tiada di rumah...maka dgn bangganye aku mengatakan rumah aku mmg betol2 tunggang-langgang. Apa lagi.......dgn ligatnya aku dan suami terus menyapai penyapu.....mengemas, menyusun, mengelap, membasuh dan mcm2 lagi mem........
Uh, sape tak gelabah mak mertua dgn pak mertua, sekali dgn kakak ipar dan adik ipar nak dtg secara mengejut.......Nasib baik masih pagi. Perjalanan dr Muar ke rumah aku ambil masa 3 jam, sempat lah kami melakukan kerja2 kecemasan.
Fuhhh, lega bila diorang sampai aku dan suami dah bersedia menyambut mereka dgn senyuman dan pelukan. (Patutlah mata kanan aku ni asyik mengenyit2 sejak2 ni. Nak nampak org jauh rupanya..........)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment