Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Tuesday, April 19, 2011

Aku di Skodeng!!????

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya tajuk ini mungkin dah agak lapuk. Skodeng.........perkataan yg agak janggal bg aku yg dah agak dewasa ini. Dikalangan orang muda-muda zaman sekarang, perkataan skodeng dh biasa digunakan dan ia seolah-olah tidak memberi makna apa-apa. Kalau mengikut apa yg aku faham skodeng samalah macam mengendap. Orang dulu-dulu kalau mengendap tak bawa kamera tapi yg dinamakan skodeng ni, mengendap siap bawa perakam video sekali. Hebatnya........................

Tetapi hebatkah apabila yg diskodeng itu adalah anda? Apa perasaan anda jika diskodeng dan video anda menjadi popular di laman youtube. Selepas itu dimuat turun pula oleh orang-orang yg tiada kesedaran sivik ke dalam blog. Popular tu........................

Pagi ini, di dalam MHI dipapar kisah seorang gadis hanya sedar bahawa dia telah diskodeng oleh jiran sebelah setelah 6 bulan dia menyewa sebuah rumah bersama 3 rakan yg lain. Yang menjadi mangsa biasanya adalah golongan wanita dan yg menskodengnya pastilah kaum lelaki. Aku amat terkejut apabila En. Kamal Affandi, seorang penganalisis jenayah menunjukkan beberapa gajet kamera kecil diletak dgn tujuan utk menskodeng seseorang. Antara barang yg biasa digunakan spt pen, pemetik api, kalkulator, beg dompet yang semestinya kita tidak menyangka ada kamera terselit di situ.

beberapa jenis CCTV yg biasa digunakan di premis perniagaan

Walaupun teknologi terkini banyak kebaikannya tetapi apabila ada segelintir manusia yang mempunyai minat yang songsang akan memyebabkan berlakunya penyalahgunaan teknologi. Amat sedih apabila di Malaysia juga mengalami krisis jenayah skodeng yang begitu membimbangkan. Sekarang ini bukan sahaja melibatkan remaja sekolah, anak-anak muda berpacaran di taman bunga, wanita mandi di bilik air malah juga melibatkan orang-orang politik. 

Macam tidak percayakan apabila barang-barang yg biasa kita gunakan di ofis atau di rumah ada terselit kamera yg amat kecil dan hanya dapat dikesan oleh alat tertentu. 

Alat 1-diletak di baju


Alat 2-spt pemetik api

Alat 3-di kaca mata hitam

Alat 4-di jam tangan







Alat 5 - di pen

Alat 6 - di lampu kalimantang

Sekarang, adakah anda rasa selamat apabila masuk ke dalam bilik air?


2 comments:

Fifi Qhidal said...

wow!!!!!!!!!!!!!
nice info .
mula berhati2 sekarang .

hitammanis said...

takut nak masuk tandas awam........takut jadi popular lak nanti....:)