Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Wednesday, April 20, 2011

Berbulan Madu di Titanic

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila melihat kegembiraan dan kegelisahan orang yang hendak bernikah....aku dapat rasakannya. 13 tahun dulu, aku juga mengalami perasaan yang sama. Walaupun bukan aku yang akan mengenggam tangan tok imam (eh, haram dek), aku juga turut berdoa agar tunang aku ( ketika itu belum sah suami aku lar) dapat menempuh saat akad dengan tenang. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku sah menjadi isterinya.

Semenjak tarikh itu, aku pun menjalani hidup sebagai seorang isteri. Ketika itu aku bekerja di syarikat swasta. Mohon cuti selama 2 minggu jer........suami aku, punyalah sayang dengan kerja dia;.....nak tahu dia mohon berapa hari cuti?..........1 minggu jer. Macam workholic kan! Cakap orang, aku pun sama.......

Lepas majlis, dah tentulah kami kepenatan (ehem, tak der cerita kuning ye). Kami menghabiskan masa dengan mengemas.......mula2 di rumah mak mertua, balik rumah mak aku pulak, lepas tu balik rumah sendiri ( masa tu menyewa jer), mengemas lagi. Betul2 penat tau.

Pada suatu malam, suami aku berbisik.........
"nak tengok wayang tak?"
"ehem......nak, cerita apa?"
"kita tak sempat gi honey moon kan......gi tengok cerita Titanic jom"
"ooooo, honey moon kat Titanic la ye...."


Ok lah juga kan........tengok cerita cinta romantik yang penuh tragik..............
Bila dengar lagu tema tu......aku mesti teringat saat2 aku ber'honeymoon ' dengan suami aku.........cewah!



7 comments:

cik fai said...

wow ! bestnya .
hehehe :)

A y e s h a Ramlee said...

alahai hai kak, best nye... romantica de amor.. lama tak layan cite nie

shameel Iskandar said...

Saya pun 3 kali tgk Titanic dulu. mmg best criter ni.

shameel Iskandar said...

Saya pun 3 kali tgk Titanic dulu. mmg best criter ni.

shameel Iskandar said...

Saya pun 3 kali tgk Titanic dulu. mmg best criter ni.

hitammanis said...

ni nak bukak rahsia ni, suami simpan tiket tu sampai dpt 2 org anak......pas tu mana pulak dia letak. sampai sekarang cari tak jumpa....hehehe ada 'sentimentel' value.

mujahid said...

as salam..
salam ziarah..
hehehe.. indahnya pernikahan tuh kan.. tetiba lak rsa nak nikah jugak.. ekekekke