~ ~LOVE~ ~
Cinta itu sungguh subjektif; mempunyai tafsiran yang luas dan berbeza-beza. Terjemahannya boleh dizahirkan dalam berbagai bentuk samaada untuk menyintai sesama manusia, harta benda atau kerjaya juga cinta kepada ilmu. Prof Dr. Muhayah ada bercerita tentang makna LOVE.......
L - listen
~ dengarkan apa yg dikatakan oleh orang yg kita sayang dgn penuh minat. beri mereka peluang utk mencurah rasa hati, masalah atau ketika mereka perlukan nasihat. tunjukkan bahawa kita juga mahu berkongsi masalah mereka. tentunya mereka juga akan merasa selesa dan tidak ragu-ragu untuk memberitahu apa yg terbuku dihati. jadilah kawan sejati kepada mereka dan sentiasa bersedia untuk mendengar segala keluhan dan masalah mereka.
O - over-looked
~ selalu menilai atau meninjau semula hubungan kita bersama orang tersayang. adakan usaha untuk mengeratkan tali perhubungan agar kebahagiaan yg dirasa dapat dinikmati oleh semua pihak bukannya hanya di sebelah pihak. cubalah memahami liuk-lentuk pergerakan tubuh mereka, mungkin orang yg tersayang itu tidak pandai utk meluahkan perasaan. sifat memahami antara satu sama lain pastinya menimbulkan rasa cinta yg mendalam.
V - voice power
~ seelok-eloknya di dalam perhubungan, komunikasi dua hala mesti ada. hanya dengan cara itu sesuatu masalah yg timbul dapat diselesaikan dgn cara penuh berhemah. penggunaan suara yg sederhana tanpa menengking-nengking adalah lebih baik ketika menegur seseorang yg kita sayang. bagi wanita yg mempunyai suara yg lemah lembut merupakan satu kelebihan, maka gunakan ia ke jalan yg diredhai.
E - effort
~ sentiasalah berusaha untuk mengukuhkan rasa kasih-sayang yg ada di antara kita dgn orang yg tersayang. tambahkan ilmu di dada dgn pengetahuan bagaimana utk memupuk rasa cinta tanpa ada unsur paksaan. jangan mudah putus asa, jika kita sayang kpd seseorang maka kita semestinya mahu mereka juga menyintai kita dgn sepenuh hati. beritahu kepada mereka bahawa kita amat menyintai dan menyayangi mereka.
Walau setinggi mana rasa cinta kita kepada sesama makhluk dan harta benda di dunia, sentiasalah beringat bahawa cinta kita kepada yg. Maha Pencipta adalah segala-galanya. dan Allah juga menyatakan rasa cinta kepada hamba-Nya sebagaimana dalam surah Al-Imran ayat ke- 31, Allah berfirman yg bermaksud ;
" Katakanlah : (Wahai Muhammad) Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang".
sekian, terima kasih kepada yg sudi membaca.....
2 comments:
wahhhh ramai follower..tahniah!!!!
LOVE is Beautiful
wawa,
org yg sedang bercintan-cintun mesti baca......mcm kamu.
Post a Comment