Sengaja aku masukkan entri ini di pagi Selasa kerana hari ini aku lebih bersemangat. Sindrom Pagi Isnin.... Inilah penyakit yg aku alami dari aku kat bangku sekolah hinggalah dah beranak-pinak sekarang. Bila hujung minggu, aku sungguh ceria, kononnya masa tu lah aku boleh 'berehat' lebih sikit. Maknanya tak payahlah aku pagi2 nak buat sarapan, menggosok baju atau membasuh baju awal2.
Peluang utk menyambung tidur selepas suboh mmg aku praktikkan..........hehehe. Tapi rasanya, susah aku nak sambung tidur berjam2.......baru nak lelap...anak aku dah switch on TV....arghhhhh. Dah tu selang sejam, mula jerit suruh ibu bangun,......sarapan mana? Rutin aku sbg suri rumah pun bermula.
aduhai, malasnya nak bangun. |
Adakalanya pada hujung minggu, kami sekeluarga akan berjalan2 di bandar atau sekitar pekan atau bersantai di taman dan adakalanya jugak, pergi shopping. Itupun kalau tak balik kampung lah.
hanya beli barang yg penting saja..... |
Kalau dah keluar, bukannya 1 atau 2 jam, berjam2 lamanya.........budak2 bukannya tahu penat. Kalau dah asyik main........susah betul nak suruh berhenti. Ibu dia dah pancit rasanya, tak larat dah nak round satu mall. Ayah pula dah nampak berkedut2 dahi......pening kepala. Aduh, hujung minggu yg sibuk..........
Kalau tidak ke mana2, aku pula akan mengarahkan si ayah tolong aku mengemas atau menyusun barang dalam rumah atau mengemas di laman rumah. Bukannya tak boleh kemas sorang2......saja nak manja2.......seminggu sekali tu. Bersemangat nak buat keje kalau dilakukan secara beramai2........seronok sangat.......bergotong-royong dgn ayah dan anak2.
kalau rajin, bersih kawasan rumah kita.... |
Akhirnya, hujung minggu berlalu....dan akan datang hari Isnin, di mana anak2 akan ke sekolah dan si ayah akan bekerja. Nak memulakan sesesuatu yg sememang bukan baru pun susah.......rasanya memang tak ada istilah waktu rehat......bak kata ibu kesayanganku, " mana ada masa nak rehat, tidur pun boleh mimpi sedang buat kerja rumah"......hehehe.....
Sekian.
No comments:
Post a Comment