Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Thursday, May 19, 2011

BACALAH!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Muslim meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a., beliau berkata :
"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
     "Bacalah al-Quran, kerana pada hari Qiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya."
                                                                                                               (Riwayat Muslim : 804)


Di sini ingin sekali aku berkongsi kisah dari dua ayat al-Quran yang berkaitan dengan orang yang munafik. Bergetar hati ini apabila membaca terjemahannya. Pertama dari Surah al-Munaafiquun ( 11 ayat ) dan kedua dari Surah al-Baqarah ( ayat 6 - 20 ). Dari dua ayat ini dapat di tafsirkan makna munafik, iaitu :
Dari segi bahasa : orang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.
Dari segi syarak : seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.

Kebiasaannya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran Islam tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini.

Tanda seseorang itu menjadi munafik :
  1. iman tidak tetap dan tidak teguh
  2. tindak-tanduk yang sentiasa berubah
  3. tidak tetap kata
  4. sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas
  5. jiwanya tidak tenteram
  6. menjadikan dunia sebagai matlamat hidup
Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan munafik ini kerana segalanya penuh kepura-puraan. Lagi pula, balasan di akhirat amat berat.

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Nisa' :145, maksudnya :
"Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka."

Marilah kita membudayakan sifat suka membaca. Bagi umat Islam, jadikanlah al-Quran sumber bacaan wajib pada setiap hari bersama terjemahannya sekali. Adalah digalakkan satu rumah, satu buku tafsir al-Quran.

Selamat membaca........

No comments: