Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Monday, May 16, 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bersemangat untuk menyertai segmen Ben Ashaari?  Tanpa segan dan silu....kliklah header di bawah ini.

 Sediakan satu entri khas ... Apa yang perlu ada dalam tu ialah ,
  1. Header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI dan linkkan ke entri ini ..
  3. Beri pendapat anda mengenai DUNIA PERCINTAAN .. Jika anda ada pengalaman ,kongsikan .. Jika tiada , berikan pendapat ..
BERCINTA DAHULU atau NIKAH DAHULU  ? Mana lebih manis pada zaman sekarang ini ? Dalam 100 patah perkataan .. lebih tak pe.. hehe.. Jika ada pengalaman , cerita sekali .. manis atau pahit.. ;) .. kalau sudi la ..
4.  Siap ? tinggalkan link diruang komen ini .. TUTUP jam 12.00 tengah malam ini .. Terima kasih ...
Sebenarnya, aku tidak ingat tarikh mula-mula aku jatuh cinta.Di sekitar pertengahan tahun 1994, aku tamat pengajian, tahun 1995 baru nak mula menimba pengalaman dalam bidang pekerjaan. Beberapa kali menukar pekerjaan sehinggalah aku dapat menyandang jawatan eksekutif di sebuah syarikat swasta di bandar P. Ketika tinggal di rumah sewa, semua rakan serumah mempunyai rakan istimewa a.k.a pak we. Aku yang pemalu dan suka merendah diri tidak merasa apa-apa kerana aku percaya kepada kata-kata , " kalau ada jodoh, aku pasti akan berkahwin jugak".

Masa tu umur aku dah 24 tahun dan abah selalu sindir-sindir, "hai, adik kau dah pun beranak dua, kau bila lagi?" Apabila abah mula bersuara, mak aku selalu memenangkan aku. " Alah, biarlah dia kerja dulu, tolong adik-adik." Ketika itu aku masih ada 2 orang adik yang masih bersekolah rendah lagi. Bila hari minggu, aku terus pulang ke kampung, tiada istilah berdating.

Namun aku tidak menyangka di penghujung tahun 1995, aku diperkenalkan dengan seorang lelaki yang bekerja di bandar PG oleh rakan serumah aku, Kak S. Dia adalah seorang rakan sekerja kepada adik angkat Kak S. Dari hanya perbualan di telefon sahaja untuk beberapa ketika, tiba-tiba si dia ingin berjumpa. Aku terkedu tidak terkata dan tiba-tiba merasakan debaran yang hebat. Cintakah itu? 

Walaupun aku sebenarnya sudah bersedia untuk berjumpa tetapi aku tidak pasti adakah si dia sudi meneruskan perhubungan setelah bertentang mata nanti. Perasaan aku bercampur-baur, takut kecewa atau aku akan dimalukan kerana dia adalah orang yang pertama mengajak aku keluar. Namun Kak S memujuk dan mengatakan orangnya baik dan dia bukan dari kalangan lelaki yang suka berpoya-poya. Dari perbualan di telefon sebelum itu aku juga ada bertanya tentang dirinya dan keluarganya. Rupa-rupanya dia memang sedang mencari calon kerana 2 orang adiknya sudah melangkah bendul. Nasib kita serupa.

Alhamdulillah, dari pertemuan pertama di warung tepi jalan kami telah berjanji untuk bertemu lagi. Semenjak itu kami seperti telah ditakdirkan menjadi pasangan kekasih. Perasaan rindu akan datang jika tidak mendengar suara si dia. Oleh kerana kedudukan tempat kerja kami agak jauh, kami hanya dapat berjumpa di hujung minggu atau kadang-kadang hanya dapat mendengar suara jika masing-masing pulang ke kampung.

Pada pertengahan tahun 1996, aku dirisik oleh keluarga si dia dan terus bertunang. Dalam tempoh pertunangan kami mengenali hati budi masing-masing. Si dia tidak mahu tempoh pertunangan yang lama kerana menurutnya umur dah mula meningkat sedangkan kebanyakan kawan-kawannya telah mempunyai anak.

Akhirnya, pada 12hb Julai 1997 kami disatukan dengan ikatan yang sah. Bermulalah kehidupan aku di sisinya sebagai seorang isteri. Alam rumahtangga dilayari dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta kami sentiasa disemai supaya bunga-bunga cinta tidak kelayuan. Ikatan tali percintaan kami dieratkan lagi dengan kehadiran cahaya mata seramai 4 orang. Asam garam berumahtangga kami tempohi bersama, adakalanya bunga-bunga cinta berwarna pudar namun kami jarang meninggikan ego masing-masing.

Di usia perkahwinan yang memasuki 14 tahun, kami masih menyemai cinta. Cinta ibarat sepohon pokok. Jika dibaja dan dijaga dengan sempurna pokok ini akan mengeluarkan bunga yang wangi dan seterusnya menghasilkan buah yang enak. Aku mengakui sehingga kini aku masih merasa kehangatan cinta si dia. Kerinduan datang bila kami berjauhan dan perasaan itu sekarang dikongsi pula bersama dengan zuriat-zuriat kami. Anak bongsu kami sering berkata, "adik sayang ibu", "adik sayang ayah", "nak cium pipi ibu dgn ayah". Si dia dan aku akan tersenyum bahagia dan kenikmatan percintaan kami terpancar di mata dan hati kami.

Kesimpulannya, bercinta sebelum bernikah atau selepas bernikah tiada bezanya. Sekiranya kita sentiasa menjaga aqidah, syariat dan akhlak, alam rumahtangga anda akan menjadi syurga di dunia. Percayalah kepada kata-kata cerdik pandai, " janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju ke syurga." Wallahualam.

4 comments:

wan zuliyana [apel] said...

cam seronok je ade family sendiri. :)

hitammanis said...

gembira bila org yg tersayang gembira ^____^

wanie misa amane said...

setiap pasangan mempunyai pengalaman percintaan yang berbeza-beza dan cuma pasangan tu je tau isi hubungan mereka kan ?

hitammanis said...

dunia percintaan mmg sgt indah bg pasangan yg benar2 menikmatinya, ttpi jika ia diisi dgn iman sbg dasar,syariat sbg amalan dan akhlak sbg budaya pasti lebih romantik dunia percintaan anda.....