Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Al-fatihah utk empunya blog Not The Primrose Path......
Berkali-kali aku membaca entry di dlm blog arwah. Bukan semuanya aku baca.....tapi apa yg aku bleh katakan, arwah mmg seorang yg tabah...sgt2 tabah. Setiap kali membacanya, pasti menitis air mata. Redha dgn ketentuan Allah, arwah meneruskan kehidupan dgn melakukan byk aktiviti kemasyarakatan dan byk memberi nasihat dlm penulisannya. Sungguh mulia hatinya dan sungguh bertuah ibunya. Semangat kental yg ada pd arwah......akan ku cuba terapkan dlm hatiku, semoga aku juga menjadi seorang isteri dan ibu yg tabah. InsyaAllah.
Lanjutan dr itu, aku terkenang kepada seorang rakan yg telah pergi..........
Arwah adalah seorg rakan, seorg jiran yg rapat dgn aku. Bangku mozek inilah tmpt kami duduk bersembang-sembang bila ada kelapangan. Adakalanya pd waktu pagi, adakalanya ketika waktu petang sambil menunggu anak pulang dr sekolah. Sebelum bekerja, arwah merupakan surirumah spt aku.......sbb itulah kami rapat. Kami duduk bersembang hampir setiap hari. Mcm2 subjek menjadi tajuk bicara kami........
Arwah menpunyai 2 org anak ( lelaki & perempuan). Yg bongsu, perempuan.......mengidap epilepsi. Arwah mula bekerja apabila anak bongsunya masuk djh satu......ish, asik jaga anak org jer, aku nk keje pulak lah kak. Arwah menyuarakan hajatnya pd aku.......aku hanya mendengarkannya shj. Aku tahu arwah duduk di rumah sambil mengambil upah menjaga anak2 jiran yg bekerja.....ramai, lebih kurang 5 org. itu tak termasuk anak sendiri. Lin nk keje pulak...jadi cikgu tadika ker, kat Tesco ker...apa2 lah, asal kerja. budak2 dh besar, dh tak bimbang nk tinggal kat umah.....akak pun boleh tengok2 kan budak2 tu kan, kata arwah pd suatu hari.
Setiap kali aku memandang bangku mozek itu, terlihat wajah arwah sedang duduk tersenyum. Kerana wataknya yg peramah, arwah mempunyai ramai kawan. Boleh dikatakan satu taman tahu siapa dia........suka bergurau, suka memasak ( mmg hebat masakannya, kalah aku), sgt aktif.........rajin ronda2. Disebbkan umur yg muda 8 thn dr aku, aku menganggap arwah mcm adik sendiri. Adakalanya arwah meminta nasihat, adakalanya aku pulak mintak nasihat darinya........arwah ni pandai bg nasihat, ada jer idea dia. itulah kenangan yg masih lekat dlm ingatan aku. Aku rindu pd bicaranya, pd nasihat2nya, pd gurau sendanya, pd gelak tawanya, pd masakannya............
Satu petang, arwah terjatuh dr motor sewaktu dlm perjalanan ke tempat kerja. Pada petang Jumaat, 21.3.2008, suaminya menerima panggilan dr seorg kenalan yg terserempak dgn arwah terbaring di jln. Tiada siapa yg bantu arwah ketika itu, tak tahu bagaimana arwah jatuh, tiada saksi yg nampak......sampai skrg ia masih menjadi tanda tanya. Arwah dimasukkan ke ICU krn tekanan darah rendah dan hatinya didapati rosak.
Aku menerima panggilan dr suami arwah pukul 5.30 ptg. Subhanallah......tak percaya. Aku baru jer berbual dgnnya hari Rabu lepas. Dan baru sebentar td aku nmpk dia keluar keje, hati aku berdebar2. Dlm keadaan yg masih terkejut, aku dan suami melawat arwah di wad ICU ...........arwah terbaring dikatil dgn wayar yg silang-menyilang, baru aku percaya.......arwah dlm keadaan nazak.
3 pembedahan dilakukan ke atas arwah bg menyelamatkannya tetapi Allah lebih menyayanginya. Pagi Isnin, 24.3.2008....doktor menanggalkan bantuan pernafasan krn denyutan jantungnya yg sgt lemah. Keluarga arwah redha, suaminya redha....kenapa tidak aku? Aku menangis.........bagaimana dgn anak2 arwah......dlm umur yg masih muda, si abg nmpknya memahami apa yg berlaku. Bg si adik..........anak yg manja, belum mengerti apa2.
Pada perbualan terakhir kami, arwah ada menyatakan,"tengokkan budak2 tu ye kak. marah jer kalau dioarng buat salah. buat mcm anak sendiri." Aku hanya menjawab, "boleh.......takder masalah." Kini, jika anak2 arwah dtg ke rumah aku, pasti aku terdengar2 kata2 itu. InsyaAllah.......selagi hayat dikandung badan, aku cuba melakukan apa yg terdaya.
Kenangan itu memang mengusik jiwaku....................aku hanya sempat meminta maaf kepada arwah ketika dia terlantar dikatil ICU. Mungkin aku ada tersilap cakap atau ada kata2 yg mengguris hatinya ketika kami bersama. Adakah arwah mendengarnya, wallahu'alam, walaupun suami aku yg mengucapkan kata2 maaf itu...........( aku dh tak dpt berkata2 ketika didlm ICU).
Kepada rakan2 semua......jika kita mengenali seseorg, kemudian mula rapat dgn org itu.........jagalah hatinya. Sama ada kita yg dijemput Allah dahulu atau si dia, sama ada kita meninggalkan atau ditinggalkan.........itu semua adalah Qada' dan Qadar Allah. Harus diingat, setiap musibah yg menimpa pasti ada hikmahnya.
*Dah besar anak bujang arwah..........
Al-fatihah untuk arwah Norzianah binti Subki...........
wassalam.
No comments:
Post a Comment