Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Tuesday, March 29, 2011

RESDUNG : Risiko Jangkitan Otak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa bezanya resdung dengan demam selsema biasa dan alahan hidung? Ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan. Pakar perubatan menjelaskan bahawa jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itulah resdung.


Cara terbaik untuk mencegah resdung adalah dengan merawat gejala2 hidung segera.
Gejala resdung :
  1. hidung tersumbat
  2. lendir drpd hidung dan tekak
  3. muka berasa sakit dan berat terutamanya pd bahagian antara mata
  4. sakit tekak berpanjangan dan berulang2
  5. demam atau rasa tidak sedap badan yg berpanjangan
  6. gejala alahan hidung spt bersin, gatal hidung dan sbgnya

Punca resdung :
  1. susunan tulang dalaman hidung yg sempit
  2. hidung bengkak
  3. mandi dan terjun di dalam air kotor
  4. jangkitan gigi atas
  5. ketumbuhan di dalam hidung
  6. objek dimasukkan ke dlm hidung spt putik kapas/kertas
  7. tisu belakang hidung yg bengkak

Komplikasi resdung :
  1. jangkitan nanah sekeliling kawasan mata
  2. jangkitan otak (meningitis)
  3. sakit tekak yg kronik
  4. jangkitan tulang muka
  5. memburukkan keadaan lelah
  6. berdengkur dgn kronik
  7. jangkitan telinga dan tonsil
  8. alahan hidung/hidung sensitif
  9. selsema biasa yg melarat
Namun, dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat yg bersesuaian.

Sekian sudah.

1 comment:

crayon said...

takut gila baca ni.. saya ada resdung :(