Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Thursday, April 14, 2011

Adakah cukup dgn hanya berniat sahaja ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

selamat pagi semua, hari ini macam hari2 lain, aku mulakan hari ini seperti orang lain yg tentunya sibuk dgn kerenah anak2 nak ke sekolah. rutin yg sememangnya tak jemu2 aku lakukan.

lepas anak2 ke sekolah aku berniat nak buat blogwalking jap, sambil sarapan up-date fb, pas tu baca surat khabar lak. banyak betul nak buat dlm satu masa.........tamak betul.......keh, keh, keh. kalau nak senaraikan list keje aku, rasanya sampai ke malam nanti tak habis aku dok menaip.

niat dalam hati nak buat entri utk blogger2 dh mantop dan meletop. saja suka2 .......nak tgok macam mana mereka boleh meletop. mereka ni baik, kalau kita nak ikut cara mereka, tentu mereka tak kisah. malah ada yg bermurah hati bagi tip lagi. aku juga nak ucap terima kasih kat mereka yg banyak membuat aku rasa lebih yakin dan berani utk 'tidak merasa malu'. tak malu bukan yg negatif2 ye, ni kisah aku yg pada mulanya agak malu nak join apa2 segmen, contest atau GA kerana malu kalau ada orang ketawakan blog aku nih, hiksss. kalau berkesempatan aku nak buat renovation kat sini....ahak berniat lagi. ye lah, macam2 nak buat.


aku ada sertai gegar 1000 blog Ben Ashaari, dari situ aku ada niat nak serbu semua 1000 blog tu. Arghhh bila nak mula......huhuhu. aku dah mula gegar 30 blog, fuhhhh, naik biru mata hitam ku.........sanggup tak tidur sebab nak buka satu2 dan tinggal mesej kat shoutbox. yg buat aku pening........line internet ni kekadang buat aku menggelegak. hish, sabo jer la. nak penuhi niat tu, entah bila la......

yg mana blog aku sempat singgah, aku terus ikut.......hehehe, dgn harapan agar mereka pun ikut balik...ngeeeeee (cara budak baru belajar baaaaaa). itulah yg aku kata tak malu tadi....kalau malu, aku tak buat cam tu.......ish, macam hidung tak mancung, pipi tersorong2.........perhatian! hidung aku memang tak mancung.

alhamdulillah, ada yg bg balasan positif. ada bg komen, ada yg tag buat contest, yg penting mereka jadik pengikut blog ini. bila dah jadik pengikut, maknanya dah jadik kawan....kan, kan, kan.....hemmmm yg belum perasan tu...harap ambil perhatian.......hehehe acah2 jer. tak de paksaan kawan, kalau rasanya belum ada seru nak jadik pengikut, jadik tukang komen pun jadik lah......

macam2 nak buat, tapi ini mengenai dunia blog lah. pasal rumahtangga tak masuk, itu lain cerita,  tak boleh cerita kat sini. rahsia...................aku ni selalu dok berangan nak buat blog yg cun, yg jadik masalah.... aku ni bukan berpengetahuan dlm bidang teknologi komputer. kalau suruh masak asam pedas, bila2 aku boleh.

niat nak belajar dgn cara baca tutorial dari blogger2 lain selalu ada. memang aku nak cuba. dah pernah cuba sekali........huh, entah apa yg aku dah buat....blog aku jadik kosong......hilang semua catatan yg aku dh buat. berpeluh aku dibuatnya........aduh! aku mengeluh panjang sampaikan suami aku perasan yg muka aku macam nak pitam masa tu. dah sekarang ni, aku macam dh takut nak ikut tutorial diorang. niat tinggal niat kot.

waaaa, napelah susah betol nak buat header blog ni....

berniat tetapi kalau tak ditunaikan macam membazirkan. walaupun kekadang perasaan takut tu ada, tapi ia akan berbaloi kalau apa yg kita niatkan itu menjadik kenyataan. lebih2 lagi ia atas usaha sendiri. rasa puas hati dan bangga apabila melihat hasil tangan sendiri mula mendapat hati di kalangan mereka yg dh mantop.

bagi blogger baru macam saya, amat perlukan sokongan kawan blogger lain. dgn memberi tip atau komen jugak boleh membantu blogger macam aku bersemangat utk terus berkreatif. aku jugak kekadang jadikkan blog ini sebagai medium aku utk mengasah bakat menulis.......ngeeeee. aku sedar, usaha kena lebih, kalau nak berjaya........ untuk kawan2 jugak.

sekian.

3 comments:

fyna said...

nice entry...







jom singgah n follow belog fyna.
ade segmen.
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Lulu caldina said...

lulu pun bermula dari tak tahu apa-apa kak..betul! belajar satu demi satu...dan sekarang masih lagii belajar...


andai ada yang kakak tak faham, dan lulu boleh bantu, lulu akan bantu.. insya-Allah..

hitammanis said...

terima kasih cik lulu......:)