Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Friday, April 15, 2011

AKU INGIN BERUBAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah segmen anjuran Laman Muslimah Optimis yg pertama. Aku amat berbesar hati jika ada seseorang menilai penulisan kita. Lebih2 lagi jika mereka sudah ada pengalaman dalam bidang penulisan dan pernah tulis untuk majalah pulak tu. 

Dengan rasa yang amat takut aku membiarkan jari-jari ini terus menari-nari di atas papan kekunci. Kata-kata yg lahir dari hati ditafsirkan terus melalui jari-jemari dan terhamparlah kata-kata karangan ku di atas skrin. Aku takut jika apa yg hendak dipaparkan ini akan menyakiti hati sesiapa dan juga ada sedikit segan jika penulisan aku ini hanya ayat-ayat yg tiada bermakna.

Diam tidak diam ada beberapa hari lagi usia ku akan meningkat lagi. Sudah pasti nanti ramai yang akan mengucapkan selamat hari jadi, semoga panjang umur, semoga murah rezeki, dan lain-lain. Usia  dah pasti bertambah lagi dari satu nombor ke satu nombor. Setiap tahun nombor itu akan bertambah dan biasanya kita akan merayakan tarikh keramat itu dgn bermacam-macam cara sehinggalah berakhirnya hayat kita.

Selamat hari jadi........eh, awak tahu ke tarikh bila aku ni dijadikan?. Semoga panjang umur.......hmmm semakin panjang ke umur ku? Semoga murah rezeki.........larrr kalau rezeki murah sangat nak turun, bila nak kaya? Sebenarnya kata-kata di atas aku pernah dengar dari seorang ustaz ketika memberikan tazkirahnya. Bila ku fikir-fikirkan ada kebenarannya kata-kata itu.

Usia yang meningkat bermakna semakin singkatlah umur kita. Kalau hendak dirujuk kepada umur Rasulullah  SAW ketika malaikat Izrail datang menjemputnya, maknanya aku ada 30 tahun lagi! Alhamdulillah....syukur aku kepada Allah SWT, sehingga sekarang aku masih berpeluang untuk menyedut udara, merasa hembusan angin, berhujan dan berpanas dan yang penting aku dapat melihat perubahan tumbesaran anak-anak ku.

Di usia ini, aku tiba-tiba rasa ingin berubah. AKU INGIN BERUBAH. Sebenarnya aku pernah melakukan penghijrahan, dari tidak bertudung kepada bertudung, dari bertudung pendek ke bertudung besar (ala2 ustazah la). Itu dulu, waktu aku masih belajar dan amat berterima kasih buat rakan-rakan yang banyak menyedarkanku. Cuma satu ini, tidak pernah aku kejar...........entahlah kenapa?

Semasa zaman kanak-kanak, aku selalu berpindah tempat tinggal. Mula-mula aku bersekolah darjah 1 dan 2 di bandar A, kemudian keluarga berpindah pulak di bandar B, selepas SRP aku berpindah sekolah di pekan C duduk asrama, selepas SPM aku berpatah balik ke bandar A, tidak lama kemudian aku meneruskan pengajian di bandar D pula. Ini menyebabkan aku telah ketinggalan pengajian sekolah agamaku dan aku kerap bertukar guru mengaji.

Akhirnya, kerana terlalu mengejar ilmu dunia aku ketinggalan ilmu akhirat. Masa itu aku tidak merasa apa2 namun natijahnya datang pada usia ku meningkat lebih suku abad ini. Aku bernekad AKU INGIN BERUBAH. Aku tidak mahu tertinggal lagi. Apabila melihat anak-anak membesar, aku dapat rasakan ada kekurangan di sini-sana. Apa yang kurang....hanya aku dan suami yang dapat rasakan. Kami dah duduk dan cuba mendalami apakah yang perlu dibaiki dan ditokok tambah dalam proses membesarkan zuriat tersayang.

Bila nak mula ? Kini, sudah setahun aku berada di dalam kelas pengajian. Ku ulang semula pembacaan ku dalam al-Quran. Aku hendak mengajar kepada anak-anak ku bahawa ilmu dunia memang perlu tetapi jangan diabai ilmu akhirat kerana ilmu akhiratlah yang akan dibawa mati. Ada sinar sedikit di jiwa ini, rasa tenang apabila mengalunkan ayat-ayat suci. ADAKAH AKU SUDAH BERUBAH? Aku tidak boleh menilai diri sendiri, sudah tentu pengkritik terhebat dalam hidup ku adalah suami ku. Banyak komen diberi namun itu semua ku ambil sebagai semangat untuk berubah kepada lebih baik lagi. Kami bersama-sama membuat perubahan.

Status aku sebagai suri dalam rumahtangga banyak memberi peluang kepada aku melihat sendiri anak-anak membesar. Perubahan umur, perubahan fizikal yang semakin membesar, perubahan tahap pelajaran dan kemahiran mereka dapat ku saksikan. Aku juga ingin mengubah anak-anak ku supaya mereka berjaya dalam hidup mereka dan terus belajar untuk menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat. Aku ingin melakukan perubahan, aku tidak perlu menunggu sambutan tahun baru untuk memulakan perubahan, aku dah pun mulakan. Bagaimana dengan anda....? Sebaiknya jangan bertangguh untuk melakukan kebaikan.Wassalam.

Begitulah ceritanya............ kepada sesiapa yg berminat untuk menyertainya, silalah klik header ni.


Seterusnya, ini adalah syarat-syarat yang perlu diikut dan senarai hadiah........



Sudah lihat apa yang akan ditawarkan....menarik.....anda tertarik.......jangan bertangguh.....mula sekarang!

Aku nak panggil kawan-kawan untuk sertainya : Nanie Zainudin, Cik Zaieydaa, Cempaka Kuning.

Selamat Mencuba!

8 comments:

fRaMe+LenSeS said...

alhamdulillah.. terbaik. kita tak menunggu lama kerana disedarkan ALLAH ketika umur sekarang. Alhamdulillah.. all the besh.. moga2 dapat anak2 soleh dan solehah yang mendoakan kita sampai bila2.. ;)

Muslimah Optimis said...

Salam Singgah dari Laman MO.. penulisan yang sangat baik.. alhamdulillah Allah menarik kita semul di kala kita terleka dan semakin jauh denganNya..

terima kasih kerana sudi join..apa-apa update akan dimaklumkan melalui entry di Laman MO.
terima kasih

peNulis SeNjA said...

best la citer nye mak cik ... jom join bloglist ps

http://www.penulissenja.com/2011/04/jom-join-bloglist-penulis-senja.html

peNulis SeNjA said...

any way saye dh follow sini makcik .. kalau bermase singgah La yer

hitammanis said...

Alhamdulillah, dh jadik mak cik baru nk berubah....:(

jgn jadik mcm mak cik ye dek salim.....

arima kamila said...

Aku hendak mengajar kepada anak-anak ku bahawa ilmu dunia memang perlu tetapi jangan diabai ilmu akhirat kerana ilmu akhiratlah yang akan dibawa mati.--> ;)

Ada sinar sedikit di jiwa ini, rasa tenang apabila mengalunkan ayat-ayat suci. ADAKAH AKU SUDAH BERUBAH?--> Semakin kita belajar semakin kita sedar akan kekurangan yg menuntut kita supaya terus dan terus belajar. Ketika kita ingin dekat dengan Allah, Allah pasti menuntun kita”. Insyaallah.

liyana said...

nice entry akak..
thanks for the entry
jgn bertngguh utk berubah..
i got input in this entry

najihahfara said...

gud luck :)