Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Friday, April 29, 2011

Kalau dah pening aku pun pusing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah.........sekarang ini pun kita sedang menyedut nikmat udara, dapatlah kita bernafas. Bila kita jatuh sakit.....nikmat kesihatan kita terganggu ......kita jadi tidak keruan. Semua kerja biasa yg selalu kita buat menjadi kerja yg luar biasa. Berat kepala, mata kabur, gatal hidung......semua itu membuatkan kita tidak selesa.


Pening kepala bisa menjadikan aku benar2 bingung. Kepala pusing tidak menentu. Semua kerja biasa sudah menunggu namun mata tertutup rapat. Melayan pusingnya kepala, bingung mana satu yg nak dibuat dulu. Akhirnya, aku terduduk........diam dan tidur........

Begitulah penangan sakit kepala akibat pening menjadikan aku pusing. Aku ada banyak kaedah dan aku cuba semuanya. Kita hanya berusaha namun yg menyembuhkan itu adalah kuasa Tuhan. Kalau di pasaran sekarang bermacam2 ubat-ubatan ada dijual......

jenama panadol memang popular.....aku cuba dah!
Kekadang aku rasa malas nak makan pil2 ni. Bukannya apa macam terasa makan dadah......Ia berlaku kpd seorang ahli keluarga aku, setiap kali pening....panadol actifastlah yg ditelannya.....terus hilang pening pulak tu. Kalau aku, biarlah aku cuba cara lain dulu....dan pil2 ini adalah pilihan terakhir aku sebelum ke klinik (kalau dh terpaksa).


Boleh guna koyok untuk hilangkan pening, aku dah cuba salonpas........tapi tak sama dgn koyok zaman aku bebudak dulu. Setakat ni bolehlah membantu.


FC dari Avail ni juga boleh digunakan....renjiskan air dipermukaan pantiliner kemudian tampal dibahagian sakit. kalau pening, tampallah di bahagian kepala. InsyaAllah.......yg penting kita berusaha.

Kita diberi banyak pilihan sebenarnya. Dengan keizinan Allah jua semua penyakit akan sembuh. Dan akhir sekali jangan lupa berdoa.....




baca surah al-waqiah, amalkan 7x selesai solat.bila perlu,baca selawat 3x & ayat no 19 7x...sedut nafas 1x kemudian tiup kat air mineral senafas yg panjang perlahan2.minum & tinggalkan sikit untuk sapu kepala. InsyaAllah Mujarab.Amin.

4 comments:

kAmi dAn mEreKa said...

kite kalau pening pon akan minum air banyak2, kalau dah melarat, baru telan panadol, ;)

hitammanis said...

minum air masak mesti cukup 8 gelas satu hari....tapi mcm tak pernah cukup...hehehe

.dida mumin♥ said...

insyallah..akan di amalkan..terima kasih dtg melawat sy jg...

Unknown said...

sesekala penyakit pening & sakit kepala ni hinggap juga.. kakyong jrg makan ubat.. huhuu... selalu minum air masak jer.. tampal koyok, letak minyak cap kapak & baring kejap.. tp kalo tak lega jugak.. buat2 tak layan jer... ;)


n3 terbaru kakyong
Zed zaidi big dayDashboard baru blogger.. best ke tak??!! 6 tahun sudah