Artikel ini saya petik dari Zaharuddin.net. Semoga ia akan memberi pengajaran kepada blogger yang membaca. Tidak memilih siapa, ia amat sesuai untuk tatapan semua peringkat umur. Sama ada si ibu yang mahu didik anak perempuannya yang meningkat dewasa, si abang mahukan adik perempuannya memakai tudung, si kekasih yang inginkan kekasih hatinya menutup aurat atau sesesiapa sahaja yang ingin mengetahui mengenainya.
MITOS 'DON'T
JUDGE A BOOK BY ITS COVER'
Ungkapan
ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya.
Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya
baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang
wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan
macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah,
kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak
elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah
hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada
juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah
maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya
Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat
kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati
bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya
berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam
hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang
pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu
kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si
majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini
sikap kamu"
Lalu jawab
si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya
ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Adakah anda
rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh
mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar
perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah,
bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik
maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu,
ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan
hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di
peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa
menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran
hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka
adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran
orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan
kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru,
'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas
Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the
heart of a person'.
Menghukum
berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :
إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن
بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه ,
فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes
pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )
Hadith ini
dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum
berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes
penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan
Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita
perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya
akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si
wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap
dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang
diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi
SAW
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن
ينقص شيئاً
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah
dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di
hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita
itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah
hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan
hatinya ?.
Sesungguhnya
Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah
dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan
kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar,
Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih
seolah meraguinya. ?
Terima kasih kerana sudi membaca.
Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment