Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Saturday, April 9, 2011

Remaja Oh Remaja

Assalamualaikum,

selepas membuat BW dan membalas kunjungan rakan blogger, aku teringat pada satu cerita yg berlaku tak lama dulu. cerita ni berlaku di kawasan perumahan tempat aku tinggal. kisah remaja sekarang dgn masalah mereka lah.

bukan aku nak kata remaja sekarang jahat2 semua....eh, tidak sama sekali. cuma aku nak katakan ada segelintir remaja ini mungkin kurang kasih sayang ibu bapa, maka terjadilah perkara2 yang tidak sedap dipandang mata atau panas telinga bila dengar diorang berbicara. 

remaja ceria
begini ceritanya.....ada seorang duda, tinggal dgn anaknya yg dah pun meningkat remaja. kalau tak silap baru lepas SPM (dh dpt keputusan pun). pak duda ni dh lama menduda iaitu sejak anaknya berumur 3 thn lagi. jadi korang kiralah sendiri, berapa lama dia menduda.

dipendekkan cerita, pada satu hari dtg seorang anak saudara kpd pak duda ni, nak tinggal di rumah pak duda. pak duda benarkan sbb anaknya pun seorang jer, tak de kawan. bolehlah teman2kan anak daranya itu kalau pak duda kerja sebelah malam.

anak saudaranya, seorang remaja perempuan berumur dlm lingkugan awal 20an. seksi-meksi, comel-loteii, kiut-miut.......eh, apa lagi ek.....senang kata memang cun lah! kerja kat spa kecantikan berhampiran dgn rumah pak duda. lepas setahun, anak pak duda yg baru abis SPM pulak keje sama2 dgn anak saudara itu. maka, mereka berdua pun pegi keje sama2, balik keje pun saing lah. naik kereta bos lagi.


mereka ni adakalanya balik lewat malam, dengor kata sibuk melayan pelanggan yg nak buat macam2 fesyen. nka rebondinglah, nak kerintinglah, macam2 lah. satu malam, mereka balik keje pukul 12 tgh malam. masa tu dtg sorang kawan perempuan, kenalan kpd anak dara pak duda tu. mereka berborak depan rumah. mula2 tu bual biasa jer......

seorang demi seorang kawan anak dara tu dtg. yg naik motor, naik kereta berkumpul depan rumah. macam ada pesta........ diaorang berbual dh semakin kuat.....ye lah jumlah kaki borak dh bertambah, maka volumenya dh naik lah. sesekejap gelak, jerit memanggil mat motor yg lalu ( kawan dia kot ), sesekali terkeluar suara soprano si anak dara. anak2 dara ada, anak2 bujang pun ada....

suara2 mereka itu telah mengejutkan salah seorang jiran. jiran yg lain mungkin dengar jugak kot, bayangkan mereka berbual2 sambil gelak2 sehingga pukul 5 pagi. jiran sebelah dh naik pening kepala tak boleh tido. jiran pak duda tu tak boleh tahan tapi cuba sabar. pak duda pulak keje sebelah malam. tu yang anak dara tu dok panggil kawan2 parking depan rumah dan buat pesta ngobrol. (berborak2)

pak duda balik keje  dalam pukul 7 pagi. jiran tadi jumpalah pak duda ni. mengadu kpd pak duda apa yg berlaku pd malam semalam. pak duda nampak marah tapi pak duda itu ucap terima kasih sebab bagi tahu kat dia. dia pun marahlah.........anak dara dan anak saudaranya kena smash habis......siap kena warning lagi.

selang beberapa hari, anak saudara pak duda pegi ke rumah jiran yg mengadu tu. bukan nak mintak maaf, jiran tu kena marah........macam2 dia kata kat jiran tu. penyibuk la, kenapa tak tegur depan2 lah, dia tak ngaku dia yg buat bising. dia kata dia tak boleh terima sebab kena marah dgn pak duda.........

aku simpati dgn jiran itu. pada aku tindakannya memberitahu pak duda pasal kegiatan anak daranya itu patut. anak2 dara yg tinggal serumah adalah di bawah tanggungjawab pak duda dan remaja itu adalah tanggungan pak duda. pak duda berhak nak buat apa pun ke atas mereka. apa yg aku tahu pak duda hanya marah, tiada dera-mendera fizikal pun.

bagi remaja itu sepatutnya mereka berterima kasih kerana ada orang yg prihatin dan sanggup menegur kesilapan mereka. jiran prihatin itu cuma menjalankan amanah pak duda yg mana dia minta jiran tengok2 kan anaknya apabila dia keje malam. sikap remaja yg tidak menunjukkan kematangan ( walaupun umur dh masuk 20an) itu hanya merugikan diri sendiri. kerana perkara kecil itu, dia bertegang urat dgn pak duda dan terus keluar dari rumah itu. dia juga terpaksa berhenti keje sebab tempat keje itu jauh dari rumah mak bapak nya sendiri.

moral kepada cerita ini adalah jangan cepat rasa marah apabila ada orang menegur kerana perbuatan itu hanya merugikan dan boleh memalukan diri sendiri. cuba tenangkan fikiran, kawal perasaan hendak marah dan senyum. mungkin di lain masa kita boleh berjumpa dgn pengadu bertanya tentang kesalahan kita dan kita boleh lakukan pembetulan segera.


sekian.











No comments: