Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Friday, April 8, 2011

Pemaaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"Tidak rugi menjadi pemaaf, malah insan yang suka meminta maaf dan memaafkan dipandang hebat"

Kata-kata di atas adalah terbit daripada salah seorang pakar motivasi Malaysia yang disanjungi, Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Kenyataannya, manusia memang amat sukar untuk memaafkan kerana dibelenggu dengan perasaan ego dan sombong.

Ada pepatah Melayu berbunyi, " Luka ditangan nampak berdarah, luka dihati siapa yang tahu". Apabila hati terluka maka bertukar menjadi dendam dan sakit hati menimbulkan perasaan benci kepada individu yang membangkitkan kemarahan atau menyebabkan kelukaan hati itu. Rasa tidak puas hati, menyampah, meluat berlumba-lumba menerobos ke segenap hati yang sakit itu.

Sebaik-baiknya, jangan diikutkan perasaan yang dikuasai syaitan. Apabila marah mula menempel dalam hati, cubalah berwuduk. Itu salah satu cara dari bermacam-macam cara untuk menghindar diri dari merasa marah. Selain itu, bacalah dan rujuklah cerita-cerita zaman Rasulullah SAW, yang mana boleh diambil sebagai teladan dan menjadi sempadan dalam pergaulan di dalam masyarakat. Rasulullah SAW adalah paling mulia antara sekalian makhluk dan segala amalan berpunca dari amalan baginda.


Pemaafnya Rasulullah

Setelah diperintahkan oleh Allah supaya menyebarkan dakwah Islamiah secara terang-terangan, maka Rasulullah menjalankan tugas baginda dengan penuh hikmah tetapi ditentang habis-habisan oleh kafir Quraisy Mekah. Selepas itu, baginda berubah arah ke perkampungan Thaif yang amat subur tanaman anggur. Malangnya, pemikiran orang-orang di perkampungan Thaif telah diracuni oleh Musyrikin Quraisy yang membenci baginda.

Sesampai di Thaif, semua orang memulaukan Rasulullah yang ditemani oleh Zaid bin Tsabit. Lontaran batu-batu ke batang tubuh mereka menjadi sambutan hangat ahli kampung. Manakala Zaid terus melindungi baginda Rasul supaya baginda tidak tercedera. Tetapi, badan baginda yang mulia itu tetap terluka dan berdarah.

Ketika Rasulullah dan Zaid bin Tsabit melepaskan lelah di bawah sepohon pokok, tiba-tiba malaikat Jibrail datang kepada Rasulullah dan meminta izin untuk menghempap penduduk Thaif yang biadap tadi dengan Bukit Safa. Meskipun dilukai dan dimaki hamun oleh penduduk Thaif, namun baginda tidak mengizinkan malaikat Jibrail berbuat demikian. Malah, baginda bersabda, "Sesungguhnya mereka tidak tahu". Ternyata baginda memaafkan orang-orang yang menyakiti baginda.


Semoga cerita tersebut sedikit-sebanyak dapat membantu kita merawat hati kita yang sedang sakit. Pada hari Jumaat yang mulia ini, kita tanamkanlah  tekad untuk berusaha  menjadi insan yang cemerlang dan terbilang di sisi Allah SWT.

Wallahualam.




3 comments:

A y e s h a Ramlee said...

betul 2 kak, ramai yg ckp suh ayesha maafkan dia, memg bibir boleh ckp cuma ht keras.. bukan nak melawan tp susahnya nk d ungkapkan...

hitammanis said...

gitulah dek, maaf di mulut tp tidak dihati.......rasanya kita ni kena buat penilaian diri, kot2 ada yg kena servis....kan,kan,kan.

sekilas pandang said...

marah biar cepat reda...jangan pula berdendam