Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Friday, April 15, 2011

Ku Sangkakan Panas Hingga ke Petang

Assalamualaikum,

Kenapa tiba-tiba aku rasa macam nak menulis. Ini mengenai realiti kehidupan. Bukan semua manusia akan menempuh pengalaman yg sama. Ada yg mengharap hujan hingga ke petang, namun hujan di tengahari. Segala percaturan kehidupan kita ditentukan oleh yg Maha Pencipta, Allah SWT. Suka dan duka silih berganti dan ia ibarat seperti roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Manusia yg mempunyai akal dan sekeping hati perlu bijak mengendali pusingan roda kehidupan. Bersyukur dengan apa yg ada dan berdoa memohon kepada-Nya jika diri dihimpit kesukaran.

Nampak serius jer perenggan kat atas tu kan? semalam semasa aku nak memulakan BW, aku ternampak entri terbaru Ben Ashaari di bloglist aku " Email utk aku...marilah bantu sesama kita"......aku terus klik, macam biasa lar tgok tajuk jer dh tertarik nak gi terjah. Di situ en BA letakkan satu link ke blogger ibu tunggal  yg menjadik bahan entri kepada seorang blogger lain. Aku rasa macam nak tgok apa yg dijual kerana katanya blogger ibu tunggal itu ada menjual barang2 terpakai.

Aku pergi ke laman "Realiti Sebuah Kehidupan" kepunyaan seorang ibu yg ditinggalkan suami gara2 orang ketiga. Allahuakbar......aku rasa semacam apabila membaca entrinya. Kasihannya seorang ibu terpaksa mengharapkan anak yg masih hijau untuk menolak kereta yg tak hidup enjin akibat baterinya rosak. Kerana hendak membeli bateri kereta, ibu ini terpaksa menjual barang2 terpakai. Bermacam caci-maki yg para pembaca tinggalkan dlm kotak komen khas ditujukan kpd bekas suami dan si perampas.

Sebenarnya, aku tidak mahu bercerita mengenai masalah rumahtangga ibu muda ini. Aku tidak mahu menangis lagi, cukuplah aku menangis sepanjang malam tadi. Aku duduk setia di depan lappy semata2 hendak mengikuti rentetan cerita ibu ini. Ku layari dari mula2 dia terlibat dlm dunia blog, dari saat dia bahagia sehinggalah cerita kehadiran orang ketiga dan seterusnya peristiwa runtuhnya rumahtangga yg dibina atas dasar cinta.

Mengapa aku sedih? Mana tak sedih......fuhhh, sedih giler....(bahasa org muda). Cerita mengenai keluhan anak2 yg kehilangan ayah yg disayangi memang telah berjaya membuatkan airmataku mencurah laju. Si anak2 yg masih belum mengerti kehidupan telah menampakkan kematangan terutamanya Ameer. Watak Ameer yg benar2 memahami kesengsaraan ibunya, watak Puteri yg manja ala2 sang puteri (sangat2 merindui babahnya) dan Firdaus yg langsung tidak mengenal bau badan babahnya.

Aku tidak sanggup untuk meneruskan........kerana aku yg cengeng ni dah mula menitiskan air mata. Kepada ibu muda ini, aku berharap agar dia sabar dalam meneruskan hidup bersama anak2 yg membesar. Jangan sesekali salahkan diri sendiri di atas apa2 musibah yg berlaku. Bersyukurlah dgn apa yg kita ada, tabahkanlah hati dalam mendidik anak2 di dunia serba canggih ini.

kasih seorang ayah juga penting bagi anak2
Lelaki yg terkenal dgn keegoannya sepatutnya sedar, apabila ia sudah melafazkan akad nikah dan bertaklik di depan isteri, dia mesti tahu hak isterinya dan tanggungjawab yg terbentang bakal ditempuhi. Apabila sudah beristeri dan beranak-pinak, janganlah dianiayakan mereka kerana suami adalah ketua keluarga dan tempat bergantung harapan. Janganlah jadi seperti si merak, sungguh cantik bulu mu wahai si  merak namun sayang, kamu tidak boleh terbang, maka janganlah terlalu ego dengan kecantikkan mu itu.

Ku akhiri dengan ingatan utk kaum lelaki iaitu lelaki sebagai ketua keluarga sepatutnya mendidik keluarga ke arah kebaikan. Dalam Surah al-Tahrim 66:6; Allah SWT berfirman yg bermaksud :

" Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka......"

Maka peliharalah dan bimbinglah keluargamu agar isteri dan anak2mu yg amat mengasihimu menjadikanmu idola mereka. Lantas kamu  akan layak mendapat pujian dan tentunya jasamu akan dikenang sehingga akhir hayat.       

sekian.


3 comments:

Lulu Caldina said...

entri terbaik...sedih baca cerita kakak tu...semoga dia tabah..

Izamir Ridzwan said...

sayng ayah, sayang mak, sayang keluarga.. huu

hitammanis said...

terima kasih cik lulu dan en. IR. mungkin sbb saya ni dah jadi ibu, maka saya amat mudah tersentuh bila ia melibatkan anak2......huhuhu. semoga dia kuat semangat....