Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Monday, April 18, 2011

Mahu Anak Yang Hebat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Satu perkara yang perlu dihindar jika mahu jadi hebat adalah membuat sesuatu secara ala-kadar. Manusia yang hebat tidak akan membuat sesuatu kerja dengan ala- kadar atau sekadar cukup makan. Islam menyeru umatnya menjadi insan hebat di mata dunia kerana Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Untuk memiliki anak yang hebat dan bijak, ibu dan bapa juga perlu menjadi insan yang hebat. Seterusnya, didikan yang diberi kepada anak-anak mestilah hebat. Mereka hendaklah dididik dan diajar semenjak kecil membina impian untuk menjadi manusia hebat dan insan yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.



Proses pendidikan anak-anak di rumah amat penting untuk menjadikan anak-anak seorang anak yang hebat dan cemerlang. Bagaimanapun, didikan Islam perlu difokuskan agar anak-anak mengenal Pencipta mereka dan alam ini. Siapa yang mengenali Tuhan, mereka akan mengenali diri mereka sendiri. Didikan daripada ibu bapa amat penting untuk membentuk anak-anak menjadi manusia hebat.

Kesan mendidik anak menjadi ala kadar : 
  • Malu hendak mengaku kehebatan diri
  • Tidak yakin dengan kebolehan diri
  • Lambat mengenal pasti kemahiran dan kebolehan diri
  • Anak tidak mampu menerobos sempadan diri
  • Tidak mahhu bergaul dengan orang lain

Contoh kata-kata yang melemahkan anak-anak :
  • "Dapat C pun jadilah Labu....
  • "Kau ni, kenapa lembap sangat....? Tak pandai macam kakak dan abang kau?"
  • "Duit ni, ayah nak beli rokok, minggu depan jea lah ayah bagi duityuran sekolah tu"
  • "Tahun depan, berhenti sekolah....tolong ayah menoreh getah, lagi bagus!"

Kemampuan kanak-kanak luar biasa

Menurut Kajian Erikson, seorang pakar psikologi personaliti, kanak-kanak sekitar dua tahun apabila keinginan yang ingin dicapai tercapai, maka kanak-kanak itu dikategorikan "autonomy".

Sebaliknya, jika segala kehendak seorang kanak-kanak itu dihalang atau disekat oleh ibu bapa terutamanya secara tidak langsung telah mendidik kanak-kanak tersebut ke dalam kategori "guilty".

Pada peringkat ini, kanak-kanak seolah-olah bertanya kepada dirinya sendiri, How much do I control this world? Sekiranya kanak-kanak dua tahun disuruh berjalan, dia akan menunjukkan kebolehan berlari. Sekiranya disuruh bercakap, dia akan menjerit dan sebagainya.

Segala usaha untuk mendidik anak adalah terletak kepada kedua ibu dan bapa. Jika mahukan anak yang hebat, ibu dan bapa mesti jadi bijak dan hebat. Wallahualam.


Idea dari buku : Menerobos Sempadan Diri, terbitan Telaga Biru.

1 comment:

qasehraihan said...

wah..bagus entry ni..stuju tu..hehe