Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku seorang isteri yg sering ditinggal suami. Adakalanya perasaan bimbang tiba-tiba menjenguk di dalam hati. Tersentap hati ini dengan pemikiran-pemikiran negatif. Ah, persetan dengan itu, aku tahu suami ku jujur dan kasih sayangnya tertumpah hanya utk isteri dan keluarganya.
Kenapa aku perlu menangis jika si dia telah melafazkan janji setianya. Kenapa aku mahu menangis jika dia jauh kerana dia pergi menunaikan tanggunjawabnya. Kenapa aku ingin menangis jika dialah kekasih, sahabat dan ayah yg pengasih dan penyayang.
Wahai suami, mengapa isterimu menangis. Apa yg engkau lakukan jika isterimu menangis........................
Jika isterimu menangis di hadapanmu, hargailah ia sebelum terlewat,
Jika ia berlaku bermakna, dia sudah tidak dapat menahannya lagi,
Jika engkau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu,
Jika engkau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu,
Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di hadapan orang yg disayanginya,
Seorang isteri akan menjadi lemah di hadapan orang yg dicintainya sepenuh hati,
Seorang isteri akan menurunkan egonya apabila berhadapan dgn orang berkongsi kasih dgn nya,
Wahai suami,
Tolonglah genggam tangannya dgn penuh pengertian, kerana dialah yg akan menemanimu di kala kamu berduka,
Tolong jangan disia-siakanya, jangan rosakkan kehidupannya, lihatlah ke dalam matanya dan ucapkanlah kata cintamu,
Tolonglah dalami perasaannya, rasakan kesakitannya jika keranamu dia menangis,
Tolong kucup dahinya jika dia benar-benar di dalam kesakitan dan kekecewaan.
Wahai suami, hagailah isteri kamu kerana dia begitu berharga kepada kamu.
No comments:
Post a Comment