Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Wednesday, April 6, 2011

Migrain atau sakit kepala?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Di sini ada sedikit informasi mengenai migrain, iaitu :

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yg berpanjangan sehingga 6 - 24 jam. Ia diklasifikasikan kepada 2 jenis:
  • migrain klasik - sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yg didahului oleh "aura" (kesan visual spt pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran)
  • migrain biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran simptom2 di atas.

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

Faktor-faktor penyebab : 
  1. stres
  2. corak tidur yg berubah
  3. alkohol
  4. senaman fizikal yg ekstrem
  5. cahaya yg terang
  6. kelaparan
  7. makanan-makanan yg tertentu spt coklat, wain
  8. pengawet-pengawet makanan misalnya nitrat dlm sosej
  9. kesan pengunduran dari kopi (kafein)
  10. ubat-ubat tertentu - runding dgn pegawai farmasi
  11. perubahan hormon spt ketika haid, pengambilan pil  perancang
  12. persekitaran yg sesak

Pengendaliannya
  • mengelakkan dari faktor-faktor yg merangsangkannya
  • ambil ubat penahan sakit  setelah mendapat nasihat doktor anda

INGAT : Jumpa dgn doktor jika ;
  1. sakit kepala tidak lega selepas penjagaan kendiri yg mudah
  2. sakit kepala hadir bersama dgn demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan perubahan keperibadian atau berlaku selepas kecederaan di bahagian kepala,.
  3. sakit kepala yg berulang-ulang dan bertambah tenat.

Perubahan gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan sakit kepala atau migrain
  1. belajar utk beristirehat
  2. singkirkan stres ( rancang aktiviti dan minta bantuan keluarga selalu)
  3. bersenam selalu
  4. makan makanan yg berkhasiat dan seimbang
  5. dapatkan tidur yg cukup
  6. pakai cermin mata gelap utk mengurangkan silau
  7. minum air masak yg secukupnya
  8. jangan ambil ubat penahan sakit yg terlampau banyak
  9. kerap periksa mata dgn pakar

Semoga maklumat ini dpt membantu para pembaca yg menghidapi masalah tersebut. Nampaknya aku kena gi periksa mata aku nih. Sakit kepala menyerang aku 2 hari lepas...........jom kita tukar gaya hidup kita kepada gaya hidup sihat!

Sekian dulu........











No comments: