Samada kita seorang pelajar, pekerja di syarikat swasta atau kerajaan, bekerja sendiri, dan seorang suri rumah, pengurusan masa memang amat penting. Adakalanya kita seperti hilang arah untuk melakukan sesuatu tugas kerana tiada perancangan. Mungkin panduan berikut boleh membantu anda merancang aktiviti harian anda dengan lebih tersusun dan kerja dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sediakan jadual harian
Jadual harian merupakan aspek yang penting dalam merangka aktiviti harian. Tentukan segala tugas dan waktu. Kita perlu berdisplin dalam melaksanakanjadual harian dalam memastikan keberkesanannya.
Tetapkan dan ingati matlamat pada setiap masa
Penetapan matlamat dapat membantu kita bertindak mengikut apa yang dicita-citakan. Matlamat dapat mengelakkan kita daripada menghabiskan masa dengan tugas dan aspirasi yang tidak ada kena mengena dengan aspirasi dan cita-cita. Matlamat juga dapat menjadikan kita lebih produktif.
Mengetahui apa yang hendak dilakukan pada setiap masa
Setiap saat amat berharga dan kita mesti mengetahui apakah yang hendak dilakukan pada setiap masa. Kita tidak boleh menbazirkan waktu tanpa tujuan.
Kenal pasti masalah dan cari resolusi yang boleh menguntungkan
Kita mesti mengetahui punca masalah dan mencari jalan penyelesaiannya. Sia-sia sahaja jika anda dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang tidak membawa sebarang keuntungan.
Jangan menangguh kerja
Orang yang suka menangguh kerja tidak akan berjaya dalam hidup mereka kerana kerja yang ditangguhkan tidak akan menjadi, malah ia akan menambahkan lagi bebanan kerja.
Membuat penilaian harian
Amalan membuat penilaian diri hendaklah dilakukan pada stiap hari, seeloknya sambil berbaring atau berehat-rehat sebelum tidur. Ia merupakan amalan yang baik kerana kita akan dapat membuat penilaian diri serta memikirkan cara terbaik untuk membetulkan kesilapan, kelemahan dan kekurangan diri.
sedih...tak dapat up-date blog hari-hari....... busssssyyy! |
Wassalam...terima kasih anda sudi membaca.
No comments:
Post a Comment