Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Thursday, April 28, 2011

SANTAI BEN ASHAARI : KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

nak join...klik SINI ye dek...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kenapa pulak header en. BA kat atas ni. Sebenarnya tadi aku nak  cepat....maka, aku pun copy header dulu.......kemudian baru nak wat entri .......Oleh kerana nak senja ni aku terus je sambung ....tak per lah header tu kat atas....hehehe, senget pulak tuuu.

Macam gelojoh kan....takut tak sempat dek........malam ni ada program la. Nanti melepas lagi, sedih tau....

Untuk join ..mudah jer .. seperti biasa ... sediakan satu entri khas
  1. Letak gambar diatas itu ..
  2. TAJUK : SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER dan linkkan ke entri ini ..
  3. Karangan berdasarkan tajuk dan TIDAK LEBIH 100 patah perkataan ..
  4. Pastikan blog anda tidak punya bling bling yang banyak jer ..
  5. Siap ? tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini ..
  6. Promote entri anda di www.gengblogger.com
TUTUP KUL 10 MALAM INI .. 28/4/2011

Ini entri saya khas untuk segmen En. Ben Ashaari:

Entah kenapa......hati ini rasanya kembang-kuncup melihat seorang blogger berjaya meraih pendapatan beribu kerana berblogging. Siapa tidak tahu blog Redmummy.com........mummy merah yang popular. Begitu juga dengan blogger Hanis Zalikha iaitu tuanpunya akupunyabelog.blogspot.com. Tetapi aku tahu anganan aku ini memang terlalu tinggi. Semata-mata kerana duit aku teringin nak berblog juga. 

Namun aku tidak berani lagi nak membuka sebuah blog kerana aku rasa tidak yakin.. Aku memang seorang yang buta IT. Apa langkah pertama, kedua dan seterusnya.....bingung aku namun masih sabar. Sehinggalah aku terpandang di facebook, seorang anak saudara aku telah promote blog dia di situ. Dari situ aku cuba beranikan diri maka lahirlah blog Jejak-jejak Hitam Manis.

Dah 2 kali aku tukar header dan banyak kali aku tukar backgroundnya, namun sampai sekarang masih tidak puas hati. Niat untuk melakukan perubahan memang ada, cuma belum penuh ilmu di dada. Harus belajar lagi. Hari ini genap 4 bulan aku berblogging. Melihat pertambahan rakan pengikut, aku jadi semangat untuk meneruskan penulisan walaupun aku rasa tidak ramai yang memberikan perhatian.

Sepanjang 4 bulan ini aku telah menjelajah banyak blog, dari yang popular hinggalah yang baru nak bertapak macam aku. Dari situ aku mengambil kesimpulan mereka berblog bukan kerana duit semata-mata tetapi mereka menggunakan medium blog ini untuk tujuan peribadi yang berbeza-beza. Aku juga akhirnya, tidak berkobar-kobar mengejar duit beribu-ribu kerana aku tahu aku hanya blogger bawahan dan bukannya blogger sejati.

Itulah aku, aku tetap aku dan aku gembira menjadi aku namun aku akan berusaha menjadi seperti kamu kerana peluang  itu ada cuma aku yang belum cukup ilmu. Layakkah aku dipanggil blogger?

Selamat maju jaya semua. Jom join segmen ni. INGAT : sehingga pukul 10 mlm ini shj.

3 comments:

sekadar satu coretan said...

salam ziarah dimalm hari...

Unknown said...

selamat maju jaya dalam dunia blogger...

.dida mumin♥ said...

bersiaran secara langsung & memfollow live dari segmen BA...CHEERS!!!