Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Monday, May 16, 2011

Alhamdulillah, bahagianya hidup ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur aku kepada Allah SWT, dipanjangkan lagi umur untuk hari ini. Seronok bangun pagi. Subuh berjemaah, melihat anak2 pergi ke sekolah, menghantar suami hingga ke kereta untuk pergi kerja. Alangkah bahagianya hidup ini.

Syukur kerana pagi ini dikurniakan kecergasan dan lebih bersemangat. Gangguan kesihatan yg berlaku sebelum ini sedikit sebanyak memaksa aku berehat panjang dari melayari alam maya. Aku berehat dari melakukan kerja2 biasa dan hanya melakukan kerja2 ringan shj.

Bersyukur juga  kerana blogger.com dah okay. Jika tiba2 shj blog aku terpadam, rasanya utk memulakan yg baru mungkin mengambil masa. Alhamdulillah ia tidak berlaku. Mungkin ada yg perasan aku dah lama tidak menulis, bukan dah jemu.....cuma aku tidak mempunyai idea dan jika ada idea, masa pula tiada dan jika ada idea dan masa, mood pula tiada. Jika semua tu ada, tiba2 pula jatuh sakit. Uh, sungguh mencabar hidup ini.

Berbahagialah kepada mereka yg bangun pagi kerana org tua ada berkata, "rezeki di waktu pagi mudah masuk". Dan dirikanlah solat sunat dhuha......mohon lah agar kita dikurniakan rezeki bukan shj dari segi harta tetapi dikurniakan rezeki kesihatan jasad dan rohani. InsyaAllah.

Menadah tangan memohon kebahagian yg hakiki

Bercakap mengenai mencari BAHAGIA , marilah kita merujuk kepada ayat2 Al-Quran di bawah :
Ku cari bahagia abadi............

Di mana? Di sisi Tuhan....................
Firman Allah, maksudnya, " Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya." ( Surah al-Qamar 54:55 )

Bagaimana?
Dengan mengutamakan akhirat......
Firman Allah, maksudnya, " Mereka itulah orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." ( Surah al-Baqarah 2:86 )

Dengan sabar dan takwa
Firman Allah, maksudnya : " Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang bertakwa." ( Surah Hud 11:49 )

Untuk siapa?
Yang beriman dan beramal soleh.....
Firman Allah, maksudnya : " Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." ( Surah al-Ra'd 13:29 )

Yang beroleh hidayah....
Firman Allah, maksudnya : " Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan." ( Surah al-Isra' 17:97 )


p/s : berkongsi pengetahuan dari majalah Solusi.

2 comments:

sekadar satu coretan said...

tq dengan info ni..

setiap manusia kene ade sikap sabar..baru aman hidup kat dunia nikan...

hitammanis said...

sama2 ainnoraini,

Sabar merupakan salah satu tanda org yg beriman.....