Mengapa aku begitu tertarik utk membaca ruang Ashraf Muslim di Berita Harian hari ini. Dimulakan dgn ucapan syukur kpd Allah SWT, anak seni ini mula berbicara mengenai peluang. Aku terharu membaca tulisannya kali ini. Ku ulangi bacaanku dan di sini aku ingin berkongsi pendapat aku mengenai penulisannya.
Pertama, dia berkata mengenai peluang utk kita mengucap syukur dan berterima kasih kpd Allah SWT atas nikmat yg dikecapi." Bukan tidak ada ruang dan peluang, tetapi entah kenapa agak sukar utk mengucapkan; "Ya Allah, terima kasih"."
Bukan mudah utk seorang yg bergelar artis utk melakukan perubahan. Aku kagum melihat kegigihan anak seni ini. Malam ini, terpampang berita mengenai seorang artis rakaman ditangkap kerana dipercayai terlibat dgn kes pecah rumah. Artis memang manusia biasa tetapi artis juga manusia yg dikurniakan akal oleh Allah SWT. Mereka boleh berfikir samada mahu melakukan kebaikan atau sebaliknya. Tepuk dada, tanyalah IMAN.
Kesungguhan Ashraf Muslim utk melakukan transformasi diri harus dipuji. Berbekalkan azam dan sokongan dari Tn. Hj. Lokman, Pengasas Pusat Rawatan Al-Hidayah, dia melakukan perubahan sedikit demi sedikit walaupun ada yg kurang senang dgn apa yg cuba dilakukan olehnya. " Ada yang tidak berapa suka dgn perubahan saya itu", katanya.
Seterusnya, Ashraf menulis; "Apabila peluang tiba, jangan berpaling lagi. Rebut cepat kerana kita tidak tahu apakah peluang akan bertandang lagi selepas kita melepaskannya". Maka peluang utk melakukan umrah dan membuat transformasi diri diteruskan. Dgn tidak disangka-sangka, rezeki dtg selepas pulang dari menunaikan umrah. Itulah janji Allah bahawa setiap kebaikan akan dibalas dgn kebaikan.
Pada penutup, Ashraf meletakkan firman Allah SWT dari Surah At-Talaq, ayat 3 yg bermaksud,
" Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Semoga kebahagiaan pasangan ini diberkati |
Siapalah kita utk menilai hati budi seseorang. Jika sudah bertekad utk melakukan perubahan janganlah dilengahkan kerana kita tidak tahu berapa lama lagi kita boleh hidup di dunia ini. Bermuhasabahlah utk kebaikan diri dan keluarga. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment