Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Wednesday, May 18, 2011

Segmen Ben Ashaari: BLOGGER LELAKI VS BLOGGER PEREMPUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Satu lagi segmen en. BA yg aku ingin sertai. Ini hanyalah pendapat peribadi, tiada berkaitan dengan sesiapa samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.

jom join, silalah klik header ni



Tutup hari ni gak jam 6 petang ni.. Cara menghantarnya  , sila buat satu entri ..
  1. Letak header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN dan linkkan ke entri ini ..
  3. Jawab soalan tersebut , tidak lebih 100 patah perkataan ..
  4. Siap ? Tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini ..
     
    TAJUK : SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? 
     
     Rukun nikah itu ada 5 perkara  :
    1. pengantin lelaki
    2. pengantin perempuan
    3. wali
    4. dua orang saksi
    5. ijab dan kabul
    Tuntutan perkahwinan bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di atas batas-batas agama semata-mata malah untuk mendamaikan kerungsingan yang melanda hati sanubari setiap individu. Mengikut kefahaman aku (tanpa rujuk Kamus Dewan) wang hantaran merupakan hadiah dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Sekiranya seseorang itu ada keupayaan utk membayar mahar dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin maka hukumnya lelaki ini wajib berkahwin. Situasi sekarang di mana ramai wanita bekerjaya hebat dan ada yg sama taraf dgn lelaki tidak menafikan bagi lelaki utk mengadakan segala persediaan melangkah ke alam rumahtangga kerana ia menunjukkan keseriusan lelaki tersebut utk mendirikan sebuah masjid.
    Kesimpulannya saya setuju jika pengantin lelaki menyediakan 100% wang hantaran perkahwinan. Walaupun wang hantaran tiada dalam rukun nikah tetapi jika pihak lelaki mahu memberikan hadiah, dipersilakan.......

11 comments:

c-tea said...

hehe...tapi sekarang lelaki ego je lebih.konon2 bia die je tanggung semua..at last guna duit mak ayah dan pinjam kawan.hadiah kepada wanita hak isteri 100% dan tiada siapa boleh ambil adalah mas kahwin.so mas kahwin kat malaysia ni sebenarnya kene tinggi lagi..baru sesuai..kalau mahar ni.adalah hantaran sahaja.namun sekarang orang suka masukan duit kenduri dalam wang hantaran.dah salah tu.

hitammanis said...

mungkin itu jenis org yg 'biar papa asal bergaya kot'. setuju jika mas kahwinnya lebih tinggi dr hantaran, krn mas kahwin adalah hak mutlak si isteri.

'mahar' tu ialah mas kahwin lar dek...

cik sakura said...

menarik..benar mas kawin memang milik mutlak untuk isteri..hantaran sebagai hadiah..janji ianya ikhlas dan tidak membebankan..dan kesungguhan itu penting sebab bukan nilai wang ringgit yang dilihat tapi kemampuan sebenar pihak lelaki itu sendiri..

semutsengal said...

Err,

sabda Rasulullah yang bermaksud *wanita yang baik adalah yang rendah mahar @ hantarannya *

hitammanis said...

salam Muhammad Hanif, Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata, "Didiklah anakmu mengikut zaman",pendapat kak begitu juga dgn urusan nikah kahwin. Benar spt sabda Rasulullah, "wanita yg baik adalah yg rendah maharnya" namun kena disesuaikan dgn zaman. Walaupun begitu, berbincanglah antara kedua pihak utk mendptkan keputusan yg terbaik.

terima kasih di atas pendapat anda.

BeloG MTT said...

Singgah dari blog Incik Ben..

Jempot singgah..BeloG MTT.. :)

nanibahaudin said...

dr blog abe ben..
salam kenal.. ^^

Srikandi Bonda said...

Salam perkenalan & follow dr Blog Bro Ben. Nice blog. Keep it up! :)

Unknown said...

bagi saya elok jugak kalau pengantin perempuan contribute jugak agar pihak lelaki tak tertekan..after all diorg da nak jadi husband and wife kan..

kesungguhan seseorang tu jgn dinilai dengan wang ringgit yg dia mampu sediakan..

ourkizuna desu

hitammanis said...

salam kenal utk blog MTT, nani, srikandi bonda...

salam Rai..sy menghormati pendapat org lain. jgn x kawen udah ler.

Unknown said...

salam kenalan,

hehe..tu la..jgn kerana hantaran tak kawin satu hal..jangan kerana hantaran mahal terjadinya maksiat.. mintak dijauhkan..