Walaupun matahari telah lama berlabuh di ufuk barat tetapi mataku seakan semakin segar-bugar.........ibarat selepas mandi bunga gitu. Jap lagi aku nak mandi....uh, panas, panas weh.........
Pernah tengok rancangan realiti ni di TV1 RTM. Si kecil yang bukan sahaja berbakat untuk bernasyid, berpidato malah boleh mengalunkan azan dan bertarannum lagi! Tak tahu lah aku nih, kalau dengar suara merdu, apalagi suara halus kanak2...........mencurah2 air mata aku....syahdu tu. Tahniah kepada adik2 yg berjaya hingga ke peringkat akhir. Memang hebat2 belaka........
Kenal jejaka nih.......inilah ikon kepada adik-adik yg berhasrat nak menjadik seorang da'ie. Suara jejaka nih (sekarang dh jejaka ler) selalu kita dengar kat TV9. Kalau masuk waktu solat....tuuuu kan suara budak yg masuk AQ hari tu kan. Itulah, dulu macam pernah nampak muka dia kat rancangan Mari Bertarannum...tup tup sekarang dh hensem ha.........
Masa AQ4, aku jadik penonton setia tau. Semata-mata nk tengok jejaka idaman nih.......hehehe. Opppss, aku nih layak jadik mak mertua jer........kalau dpt menantu macam tu, syukur, alhamdulillah. Maaf ler kalau aku nih berlebih2 pulak memuji-muja adek Muhammad nih. Bukannya apa, pada akulah susah nak cari jejaka spt dia pada zaman sekarang tau.......betul tak?...hah...ada yg tak setuju.......
Ada kawan aku cakap, satu dalam 1000.........itu kawan aku katalah.......Bila aku dh jadi ibu, barulah aku rasa, aduh........hebatnya cabaran zaman sekarang! Sebab tulah penting adanya rancangan2 spt ini....anak2 kita dengan secara tidak langsung dpt mengetahui apakah ciri2 utk menjadi seorang insan cemerlang ilmu akhirat dan dunia selepas menonton rancangan adik-adikku.
barisan peserta rancangan adik-adikku musim ke-2 |
* Berilah sokongan kepada mereka, kalau bukan kita yang beragama Islam...siapa lagi kan.......
Wassalam.
No comments:
Post a Comment