Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Friday, March 25, 2011

Gempar!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Gempar......pagi2 apabila aku pandang harian metro, terpampang kisah remaja kecewa dalam percintaan cuba mengakhiri hidupnya. Dalam bahasa kasarnya ialah bunuh diri. Subhanallah....kenapalah begitu singkat pemikiran si gadis ini.  Di sini ada sedikit info, semoga ia dapat memberikan sedikit pengetahuan untuk semua.

Apa itu bunuh diri?
Bunuh diri ialah satu tindakan yg diambil utk mencabut nyawa sendiri hingga menyebabkan kematian.

Remaja yg membunuh diri biasanya mempunyai sejarah spt:
  • Konflik keluarga
  • Kegagalan personaliti
  • Kehilangan sesuatu
  • Kesukaran berkomunikasi
  • Penyalahgunaan bahan terlarang
  • Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini
Mengapakah seseorang itu cuba bunuh diri?

Antara sebab seseorang itu mengambil keputusan untuk membunuh diri ialah:
  • kemurungan
  • salah faham dengan ibu bapa
  • gagal dalam perhubungan
  • gagal dalam percintaan
  • didera
  • dibuli
  • ditinggal bersendirian
Apakah gejala awal seseorang itu hendak membunuh diri?
Sebelum membunuh diri seseorang itu menunjukkan kelakuan seperti:
  • Berperasaan
                    - sedih
                    - marah
                    - gelisah
                    - rasa bersalah
  • Menyisihkan diri dari aktiviti sosial
  • Tidak boleh tidur
  • Hilang selera makan
  • Sentiasa memikirkan tentang kematian
  • Tidak boleh melakukan aktiviti harian
  • Mendedahkan diri kepada aktiviti berikut:
                   - minum arak
                   - merokok
                   - mengambil ubat berinksripsi atau penyalahgunaan dadah
  • Perubahan kelakuan secara mendadak seperti:
                   - memberi barang yang disayangi
                   - meminta maaf
                   - bercakap tentang kematian

Bagaimanakah cara mencegah?
Minta bantuan segera;
  • bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai
  • hubungi talian bantuan seperti BEFRIENDERS
  • dapatkan nasihat keagamaan
  • jumpa doktor
Apakah yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberikan?

Ianya akan berakhir dengan KEMATIAN

Sekian.
*sumber internet

No comments: