Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Sunday, April 24, 2011

Ustaz popular dah bertunang.

Assalamualaikum,
 

Sebelum ni memang orang asyik berteka-teki siapalah yang bakal bertahta di hati ustaz popular ini. Dia sendiri tidak mahu mendedahkan siapakah gadis pillihannya. Namun pada 23hb April, dia telah mengumumkan bahawa dia akan bertunang. Bertuahlah badan si gadis pilihan ini. Manis bertudung, nampak sopan dan santun dan anak kepada pengasas pusat rawatan Islam juga bakal doktor. Itulah yang dinamakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu.
Sekarang ini ramai golongan artis yang dah beralih arah ataupun dah melakukan perubahan diri, dari tidak bertudung, sekarang ni ramai dah artis wanita yang bertudung, tidak kira artis yg muda atau veteran. Dari kalangan artis lelaki juga begitu spt Azmil Mustafa, Akhil Hayy dan sekarang Ashraf Muslim.

Ashraf Muslim yg lebih dikenali sbg Ustaz Amirul memilih jalan untuk berkecimpung dalam rawatan cara Islam dan sudah pun mempunyai pusat rawatan sendiri bersama2 bakal pak mertua. Bijak juga Ashraf ni ye....mula2 berkongsi bisnes dgn ayahanda si gadis, tidak lama lagi akan berkongsi hidup pula dgn anak gadisnya.

Pagi tadi ada siaran secara langsung majlis pertunangan Ashraf Muslim dgn pilihan hatinya Nor Dayanna Hj. Lokman. Alahai, anggun bergaya Nor Dayanna di singgahsana ketika disarung cincin oleh mak cik Ashraf. Berpakaian serba putih, begitu juga dgn Si Ustaz......mmmmm nampak berseri-seri, mana tidaknya...mula2 bertunang dgn gadis pilihan selepas itu pusat rawatannya pula dirasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.
sumber dari matkepoh.com
Ada tak gadis2 di luar sana yg frust......? kalau ada......terimalah berita ini dgn tabah....huhuhu. Ashraf Muslim bukanlah jejaka malaya terhebat. Cuma dia ini adalah artis yang popular, punya rupa segak dan bergaya, gagah perkasa bak panglima.......aduhai, kita doakan lah semoga apa yang cuba dilakukan oleh Ashraf ini berjaya.

Dan untuk pengetahuan, mereka akan diijab kabulkan pada 1 Syawal nanti di Kota Mekah. Alhamdulillah, kalau begitulah ceritanya.....kita hanya mengharap mereka bahagia. kita pun tumpang bahagia jer lah.

Wassalam.

5 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah.. pernikahan mereka di mekah..

Atiqah Safian said...

Semoga hubungan mereka kekal abadi dan diberkati Allah swt.. Amin..

akmal said...

semoga berbahagia

nurulfzz said...

frust2..hehe

hitammanis said...

terima kasih kpd kalian yg tlh sudi meninggalkan kata2 di sini. begitulah, semoga mereka berbahagialah hendaknya...