Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Monday, June 13, 2011

Kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan percintaan, bercintalah dgn suami orang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Wanita muda tidak kisah bermadu"...anda dh baca Utusan Malaysia hari ini? Memaparkan tajuk yg pasti membuatkan para isteri terkedu atau terbeliak mata jap.

"wanita muda di negara ini terutama yg berusia di bawah 30 tahun lebih terbuka utk hidup bermadu berbanding mereka yg melepasi usia tersebut."

Ini bermakna wanita yg masih belajar atau baru memulakan kerjaya lebih meminati org yg lebih tua utk dijadikan suami? Dan mereka sanggup bermadu wlaupun pada hakikatnya bermadu itu sungguh pahit. Alasan yg mereka berikan hanyalah krn golongan ini mempunyai kewangan yg kukuh dan brsikap romantik.

berharap semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
Berdasarkan kajian soal selidik terhadap 400 responden berusia 18 tahun ke atas, ramai di antara mereka mengizinkan suami mereka berkahwin lagi. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mencatatkan sebanyak 286 kes poligami telah didaftarkan dan 222 permohonan poligami telah diluluskan atas perintah mahkamah.

Lelaki yg bergelar suami tentu tersenyum apabila membaca artikel ini. Itu pasti......oppsss jgn terus menyangka lampu hijau telah diberikan. Wahai para suami jika berniat utk berpoligami mesti cermin diri sendiri. Adakah kewangan anda kukuh? Jika tidak......jgnlah bermimpi utk beristeri muda pula.

Bagi mereka yg bersedia utk berpoligami, ia didorong perasaan takut menanggung dosa krn tindakan itu dibenarkan oleh agama. Dalam masa yg sama, mereka lebih menghormati suami yg bertanggungjawab dan jujur. Dalam kehidupan berumahtangga amat penting bagi pasangan bersikap jujur.

Jgn sembunyikan apa2 di belakang isteri termasuklah jika ada menerima sms dr seorang wanita lain. Ada satu kes, seorang suami memadam semua sms yg diterima dr rakan wanita di tempat kerjanya. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suatu hari, dia lupa hendak memadamkan sms yg diberi oleh rakan wanitanya itu. Sms itu dibaca oleh salah seorang anaknya dan menyampaikan kpd ibunya pula.

apabila suami mula asyik bersms, isteri mula rasa curiga
Kes spt inilah yg menyebabkan bilangan perceraian bertambah. Tiada tolenrasi dan persefahaman antara pasangan menyebabkan satu masalah yg kecil dijadikan sebab utk bercerai. Lebih-lebih lagi jika suami pula tidak kuat pegangan agamanya. Ego yg tinggi juga akan menambahkan lagi kekeruhan dan jalan penyelesaian yg dinampak hanyalah perceraian. Nauzubillah...walaupun perceraian itu halal tetapi ia adalah perkara yg amat dibenci oleh Allah SWT.

pertengkaran mungkin tidak dapat dielakkan jika ego menguasai diri

Seorang remaja telah berkata bhw kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan alam percintaan, bercintalah dgn suami orang.

Kepada para isteri dan wanita yg lain, apa pendapat anda?


17 comments:

kathy said...

walaupun berusia bawah 30tahun tapi belum pernah terfikir nak bercinta dengan suami orang..apatah lagi bermadu..

suha said...

minta di jauhkan dr meminati suami org,juga suami meminati pompuan len (^_^)

Kasih Firdaus said...

mintak izin tepek kt blog...

Angah said...

mohon izin tepek kat blog juga

Arpiiz said...

haha, nampaknya lelaki muda kena cepat2 kukuhkan kewangan..^^

NenetPenne (NP) said...

suami i 41 tahun menceraikan i 40 tahun untuk berkahwin dgn pompuan yang berusia 33 tahun... dah tahu suami orang, pompuan tu tergedik2 gak nak kan suami orang..haihhhh ...

tak tahulah pulak depa happy or not...

hitammanis said...

kathy & suha : madu itu manis ttpi bermadu itu memang pahit (ye ke?)

kasih firdaus & angah : diizinkan...

arpiiz : yup....ini cabaran utk org muda ^___^

nenekpenne : kenapa nak bercerai utk kahwin lain....eeee tak faham betul!

Nadyahoney said...

klu bercinta dgn suami org yg xpandai jadi pemimpin yg adil, maka derita lah yg akan diterima

QASEEH HATIKU QASEEH said...

perempuan bwh 30 mmg ramai yg suka mengacau laki org..bla kena dgn laki org yg mmg x sedar diri n lupa diri..maka akan bertambah berani la dia org bermain cinta..tp sebagai isteri jgn mudah mengalah dgn perempuan yg x matang mcm nie..org tgh bercinta mmg x sedar diri..jd sebagai isteri kta hendaklah bercinta semula dgn sang suami..balik kepada zaman2 mula2 kenal n mula2 kawin..imbas semua kenangan2 manis..buat lah dgn hati yg ikhlas..jgn mula kan pertelingkahan..kerana ketenangan akan dpt mengembalikan suami2 yg sdg atau mula lupa diri..paling utama..amalkan solat berjemaah bersama2..buat dgn hati yg ikhlas..insyaallah..kebahagian akan jd milik kita..terima seadanya kekurangan/kesilapan suami..dan perbetulakan d mana2 ruang2 kesilapan itu bermula..

hitammanis said...

nadyahoney : sudah pasti derita jika tiada keadilan.....

hitammanis said...

qaseeh hatiku qaseeh : itulah realiti kehidupan, dgn solat berjemaah bersama keluarga akan mengeratkan hubungan kasih sayang suami dan anak2..insyaAllah.

Lemangcute Comel Yang Dilindungi said...

indah bagi yang merampas.. pahit bagi yang dirampas..

entahlah..
takdir allah..

lebih rela undur diri dari mengecap status madu..sebab.. tahu kemampuan diri.. tak nak jauh dari rahmat allah.. perasaan susah nak dipaksa..

"Kadangkala,hubungan ibarat kaca..lebih baik membiarkannya pecah daripada melukai diri untuk menyatukan semula retakannya.."

so..goodbye to suami yang mengejar cinta muda.. biar sendiri dari merana..

sekadar satu coretan said...

kalau boleh mintak jauhkan perkara2 mcm tu...

takut la pulakkan...

hitammanis said...

lemangcute yang kosong : kenapa 'kosong' ye....yaaa, takdir allah, kita mesti percaya kpd qada & qadar Allah, mungkin ada hikmat di sebalik kejadian/musibah.

hitammanis said...

ainnoraini : selalu berdoa agar jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat bukan ke anak cucu jer....

norliza_osman said...

mintak izin nak tepek kat blog..

nifalnin... said...

as-salam,

terase sesak dada bila bc 'gadis muda lebih suka suami org'... nauzubillah.. mintak dijauhkan...

tp bnda ni umpama karma... bila kite dah ambil hak org, x mustahil org lain akan ambil hak kita... lelaki pun, klu rase dr x mampu dr segala segi kembali la semula pada keluarga yg sanggup susah dan senang dengan mereka...