Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat bertemu lagi..........
Ada cerita baru?.....yap! Suami ingin ke Kuala Rompin sempena majlis perkahwinan rakannya. Setibanya di sana, pengantin dah bersiap utk sesi fotografi di luar. Tak sempatlah kami nak berposing kat pelamin diorang. Lepas makan dan ucap tahniah dgn keluarga pengantin, kami pun pulang.
Alang2 dah sampai Endau, kami bercadang utk jalan2 ke pantai di Mersing. Anak2 dah tak sabar nak bermain air di pantai. Suami pusing2 mencari calet, oleh kerana kami tak merancang nak menginap di sana maka agak susah nak cari calet yg kosong. Semua tempat kami pergi dah penuh.....kesian anak2....mereka merayu kat ayah mereka......"ayah, nak mandi laut....yah......". Berulang kali mereka merayu. Akhirnya, ayah mereka singgah di pantai dan mereka sungguh ceria dapat berendam hingga menjelang senja.
Dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi, cuaca agak sejuk dan hujan gerimis mula turun. Suami terpandang papan tanda calet di tepi jalan.."Eh, nak singgah tak? Mana tahu ada kosong....dapat rehat satu malam. Budak2 pun tak puas mandi tadi". Aku hanya senyum dan setuju saja le. Yang seronok tentunya anak2 lah......sekali-sekala bawa anak2 berjalan. Pantai Penyabong memang cantik........
|
Pemandangan di pantai |
|
tumbuhan semulajadi |
Hajat utk bermalam di calet tertunai, ewah......melompat gembira zulhakim. Walaupun bilik sewa kami hanya ada 2 katil dan kipas angin jer, cukuplah buat kami selesa utk satu malam. Yg penting, air utk mandi ada........
|
Ahmad Zulhakim, tak sempat salin baju tido...... |
Pagi2 dah turun ke pantai, air masih surut. Zulhakim dah menjerit2 nak mandi.......uish, budak ni...sabo lah, kita jalan2 kat pantai sambil amek gambo ye......
|
susah betul nak suruh kakak bergaya, dia pemalu orgnya... |
|
adik melihat aksi abangnya, ahmad zulhadi.........aksi apa tu? |
Ayah dan ibu senyum melihat kerenah anak2.......
No comments:
Post a Comment