Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Monday, January 31, 2011

GEGAR MINDA OLEH TBTC

Untuk artikel ni, aku tak sempat nak upload apa2 gambo. Sori le......nampak boring lak ye  sesekali tak de gambo, boleh kan? apa yang penting  adalh maklumat yang nak disampaikan.....betul tak? betul.betul,betul. apalah jawab soalan sendiri.......

korang tahu ke TBTC tu apa? haaa ni aku nak cerita...........
pernah dengar Telaga Biru Training & Consultancy? aku pasti ada yang pernah dengar. okaylah, sebenonye anak aku, Ainul Hanisah baru jer hadir ke program Gegar Minda anjuran TBTC yang diadakan di Kolej Komuniti, Taman Scientex. berlangsung pada hari Ahad, 30 Januari,2011 dari 9.00 pg hingga 5.30 ptg. tahun ni merupakn tahun yg sibuk bagi Hanis...nak UPSR. sebagai ibu, aku berharap smoga dia dapat buat yang terbaik. tu la sebabnye sekrg ni aku sibuk cari input supaya Hanis lebih bersedia untuk hadapi UPSR.layarilah www.telagabirutraining.blogspot.com untuk mengetahui aktiviti atau lokasi seterusnya.

nak dijadikan cerita, adalah cerita tak sedap yang aku nak kabo kan........rahsia? hish bukan ini bukan rahsia. cerita ni aku harap wat pengajaran untuk aku dan smua.
masih pasal training kat Kolej Komuniti.....adalah sekumpulan parents yang meluahkan rasa tak puas hati mereka. pasal apa? sebenonye aku pong tak pasti........myden yang cerita sbb aku tak hantar Hanis gi sana. masa jemput balik, aku ikut sekali.....saja2 nak tengok keadaan.

tiba2 aku terdengor la org dok cakap, heh tak puas hati dewan kuliah kecik tp peserta ramai, anak2 disuruh duduk kerusi plastik....nmpk tak selesa, camne diorang nak wat catatan. tp pihak pengurusan dh settle problem tu. peseta di bahagi 2 kump. terdiam mereka yg bising2 tadi. tu la bila peserta yang dtg tak dijangka, ramai pulak tu, macam2 cerita timbul. biasa lar. anak aku tak dapat makan pagi, tp aku tak nak complain sbb malaslah nak peningkan kepala penganjur, kesian diorang. bukankah tujuan kita hantar ke sini untuk memotivasikan anak kita. syukur, alhamdulillah...anak aku ceria bila balik dr program semalam. aku lihat dalam acara halaqah qalbu.....kaum ibu dan anak2 macam berlumba2 mengelap airmata, kau bapa aku tak perasan pulak...sbb aku pong sibuk mengelap airmata. aku harap apa yang dipaparkan masuk ke dalam hati anak2........kaum ibu dan bapa gak. insaf !

tahniah, terima  kasih aku ucapkan kepada pihak penganjur......

Hari Semalam Dan Hari Ini

Hujan......sejuk......banjir......
Itulah yang berlaku hari semalam dan hari ini. Tak perlu wat apa2.....tunggu dan lihat la. Dan berdoa moga kita dan keluarga kita sihat selalu.

Masuk fasa musim hujan ni, timbullah cerita..........

 Ni bukan cerita pasal bulan mengambang.....hari ni baru 26 Safar, 1432H, lamaaa lgiii bulan nak penuh ye sayanng. aku sebenonye rindu dah kat bulan...kalau musim hujan, bukannye bulan...bintang pong tak nampak.
anak2 pong suka kalau nampak bulan......ibu,ibu, bulan tuuu ikut kite lar, eh kenape dier ikut kite, boleh tak kite pegang bulan, bulan tu tinggi ke, kenapa bulan tuuu bulat......eh, macam2 soalan, bertubi2 gitu......jenuh gak aku nak jawab.

Patut ke aku jawab smua soalan diorang? Menurut Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy SB, Presiden Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, biarlah anak bertanya, dorong diorang supaya bertanya.....selepas baca artikel tu dalam metro, aku insaf......betol!
kalau nak tahu selanjutnya layarilah laman web, www.laman-map.com. nak jadi smart parent kan.....tunggu apalagi, cepat ler..mula sekarang.


hari ni, sama dgn semalam....hujan, cahaya fajar yang sungguh indah.......satu ketika dahulu, takde le lama sangat....sbelum tiba fasa hujan ni, myden (suami aku la) sempat amek gambo ni, cantik tak? rindu......mcm tu la.......bila fasa hujan ni nak berakhir ye......opssss jgn salahkan hujan, Allah dh kaasi hujan, complain lak....hish, nanti fasa panas dtg, complain gak..manusia,manusia.....insaf aku!

 Antara bunga yg berkembang di laman rumah sebelum fasa hujan. nampak segar, sihat dan ceria gitu.......hehehe dh mula masuk alam fiksyen......
takde la, alam fiksyen aku dh lama aku tinggalkan.......tu zaman budak hingusan , suka sgt berangan.......


di fasa hujan ni, bunga2 tu nampak sejuk dan tak sihat jer. alamak, harap2 mereka smua tak sakit. jangan la sakit, penat aku jaga kau . pagi petang aku jirus kau....huhuhuk.
apa yang penting, ada kerjasama mcm wonder pets, masuk jer fasa panas, satu family nmpknye kena pegang cangkul, baja membaja, pangkas memangkas........rumput...dah gemok ayahnye!

Saturday, January 29, 2011

Pegi dinner kat LC Restaurant & Catering

Pada suatu petang, tetiba jer ayahnye berkata,  Jom kita gi makan2. kat mana? tak tau le...kawan opis nak belanja ngan family skali.
oiii jom ler.....pucuk dicita, ulam mendatang, ibarat dah ngantuk, disorongkan bantal!
Apalagi, aku pun mengarahkan anak2.....cepat mandi! lepas solat maghrib, kita kena keluar, kalau tak.... jem jalan.

Slepas 30mnt, baru sampai.....alamak, orang lain dah separuh jalan makan,
tuu laaa, ibu dah cakap cepat mandi & solat....ish wat malu tau...orang yg dok jauh pong dah sampai awal.
ayahnye jawab lak...nak wat camne...jem cayang!
itulah bandar jb.....pas waktu puncak pong jem......jem giler!
dah, tunggu apalagi.......jom makan!!!!

Friday, January 28, 2011

UNTUK KALI PERTAMA.....

Assalamualaikum........

Untuk kali pertama, aku memberanikan diri.......aku cari apa yang aku nak tahu...
Untuk kali pertama, TERCIPTALAH LAMAN BLOG PERIBADI  aku
Untuk kali pertama, aku nak bercerita...............

Maka, bermulalah cerita..........