Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Showing posts with label segmen santai. Show all posts
Showing posts with label segmen santai. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Segmen Ben Ashaari : 5 Blog Pilihan Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

join segmen lagi......anda mahu join sama? Jom klik SINI


Apakah 5 blog pilihan hati aku? Ahhh...kenapa 5 jer, susah nak buat pilihan ler......takut nanti yg tak terpilih kecik hati pulak daaaaa. Maka sebelum aku menyatakan pilihan hati aku ni, aku nak mohon maaf ler kat member yg tidak terpilih tu, jangan marah ye.....dan kepada yg terpilih, diharap mereka akan terus menampilkan penulisan yg mantop yg boleh dimanfaatkan bersama blogger yg lain.

Santai Bersama Ben Ashaari
Kenapa : kepada mereka yg belum pernah ke sini, anda mesti singgah utk bersantai di sini. pengisian yg tidak memeningkan kepala. ditulis secara santai dan ramai peminat. tak rugi jika anda mengikuti dan melibatkan diri dgn segmen2 yg diadakan.

TUBELAWAK.BLOGSPOT
kenapa : banyak pengisian yg berunsur pengajaran dlm bentuk lawak. bila mahukan sesuatu yg membuatkan anda senyum, pergilah lawat laman ini. menjadi satu kemestian, tuan punya blog menyelitkan tayangan video utk menghiburkan pembaca/blogger.

iluvislam.com
kenapa : setiap hari aku ke sini utk membaca artikel2 yg berkaitan dgn keislaman. mencari pengisian kerohanian utk menambah ilmu di dada terutama dr segi keagamaan. adakalanya mencari idea utk entri baru, contoh pada hari ini, aku dpt idea utk membuat entri mengenai "Blogger itu Pendakwah" ttpi belum disiarkan, masih dlm pembikinan....hehehe.

kakyong.com
kenapa : seorng surirumah spt aku yg rajin update blog. blognye mesra pengguna, iaitu view yg cantik dan ringan. banyak anjurkan GA....kalau tak silap, impiannya nak adakan satu GA, setiap hari. bukan itu jer, ada juga tutorial bg rujukan blogger2 baru yg tak tahu nak mengemaskini/mengindahkan lagi laman blog.

Frame and Lenses
kenapa : latarbelakang blog berwarna hijau, sejuk jer mata ku ini bila ke sana. aku suka hijau.....banyak juga tulisan2 yg ada teladan. hari ini ada pepatah melayu di sana........pergilah ke sana ye......

Dah cukup 5 jer.......jom blogwalking lagi.

Sunday, June 12, 2011

Andai aku ini jutawan blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Join segmen en. Ben Ashaari lagi!
Berminat? ok... Sila buat satu entri ...
  1. Letak header Ben Ashaari Blog ..
  2. Tajuk : Andai aku ini jutawan .. Blogger dan linkkan ke entri ini ..
  3. Sila buat karangan tidak lebih 100 patah perkataan .. Apakah yang akan anda lakukan dengan dunia blogger di Malaysia ini sekiranya anda seorang jutawan !
  4. Siap ? Tinggalkan url entri anda beserta kata kata untuk menarik pembaca ke blog anda .. kenapa mereka patut baca entri ada itu ! hehehe .. promosi blog nih !
Tu jer .. Tutup , 10 malam ni..


 Andai aku seorang JUTAWAN, dapatlah aku tidur atas duit macam yg aku mimpikan...hehehe...itu cuma mimpi jer.  (sila abaikan anganan yg ini)

Apa yg aku patut lakukan utk memajukan dunia blogging di Malaysia :
  1. Pepatah Wonder Pets ada mengatakan "apa yg penting...KERJASAMA". Aku akan bekerjasama dgn mana2 blogger yg mahukan pertolongan aku...semesti pertolongan duitlah.
  2. Memberikan tutorial kepada blogger2 baru yg bercita2 utk menjadikan blog mereka punca rezeki, macam kasi sponsor la....pergi jumpa otai2 dan kasi duit modal buat hosting yg menarik.
  3. Bagi bantuan kewangan kpd blogger2 yg memerlukan duit bagi mengupah pekerja2 bagi mengkemaskini blog jika diaorang ada perpuluh-puluh bloglah.
  4. Setiap tahun aku akan buat perjumpaan blogger seluruh Malaysia dan semua kos pastinya aku yg tanggung.
Aku nak promosi blog ni di SINI.

Friday, May 20, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR : TANAH TUMPAH DARAHKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom kita meriahkan bloglist abgteror......jom....

nak join klik header ye
Kena jawab soalan cepu emas abgteror dulu......


1. Dimana anda dilahirkan?  di Muar, Johor
 
2. Dimana anda dibesarkan? di Kota Tinggi, Johor

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
    tentulah negeri Johor

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
    tanah tumpah darah ku ialah tanah Johor

Terbuka kepada 100 penyertaan pertama sahaja (jika lebih akan dipertimbangkan).

Thursday, May 19, 2011

Anugerah Blog Paling Popular

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apakah aku masih di awang-awangan? Layakkah aku berada sebaris dengan blog yang popular? Mungkinkah  ada yang mengatakan blog aku ni indah khabar dari rupa? Masalahnya blog aku ni ada rupa ker? ekekekeke...... Jom kita santai di sini....




Klik..jangan tak klik.......

Wednesday, May 18, 2011

Bukan Kerana Nama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebuah lagu popular dendangan Ramli Sarip.
Aku amat suka dengar lagu ini. 
Jom kita layan sama2 sebelum tidur.
Semoga kita dapat ambil iktibar dari kata2 dalam lagu ini.



Kalau diamati kata2 itu......sesungguhnya, ia boleh menginsafkan.
Layannnnzzzz.

Segmen Ben Ashaari: BLOGGER LELAKI VS BLOGGER PEREMPUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Satu lagi segmen en. BA yg aku ingin sertai. Ini hanyalah pendapat peribadi, tiada berkaitan dengan sesiapa samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.

jom join, silalah klik header ni



Tutup hari ni gak jam 6 petang ni.. Cara menghantarnya  , sila buat satu entri ..
  1. Letak header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN dan linkkan ke entri ini ..
  3. Jawab soalan tersebut , tidak lebih 100 patah perkataan ..
  4. Siap ? Tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini ..
     
    TAJUK : SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? 
     
     Rukun nikah itu ada 5 perkara  :
    1. pengantin lelaki
    2. pengantin perempuan
    3. wali
    4. dua orang saksi
    5. ijab dan kabul
    Tuntutan perkahwinan bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di atas batas-batas agama semata-mata malah untuk mendamaikan kerungsingan yang melanda hati sanubari setiap individu. Mengikut kefahaman aku (tanpa rujuk Kamus Dewan) wang hantaran merupakan hadiah dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Sekiranya seseorang itu ada keupayaan utk membayar mahar dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin maka hukumnya lelaki ini wajib berkahwin. Situasi sekarang di mana ramai wanita bekerjaya hebat dan ada yg sama taraf dgn lelaki tidak menafikan bagi lelaki utk mengadakan segala persediaan melangkah ke alam rumahtangga kerana ia menunjukkan keseriusan lelaki tersebut utk mendirikan sebuah masjid.
    Kesimpulannya saya setuju jika pengantin lelaki menyediakan 100% wang hantaran perkahwinan. Walaupun wang hantaran tiada dalam rukun nikah tetapi jika pihak lelaki mahu memberikan hadiah, dipersilakan.......

Monday, May 16, 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bersemangat untuk menyertai segmen Ben Ashaari?  Tanpa segan dan silu....kliklah header di bawah ini.

 Sediakan satu entri khas ... Apa yang perlu ada dalam tu ialah ,
  1. Header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI dan linkkan ke entri ini ..
  3. Beri pendapat anda mengenai DUNIA PERCINTAAN .. Jika anda ada pengalaman ,kongsikan .. Jika tiada , berikan pendapat ..
BERCINTA DAHULU atau NIKAH DAHULU  ? Mana lebih manis pada zaman sekarang ini ? Dalam 100 patah perkataan .. lebih tak pe.. hehe.. Jika ada pengalaman , cerita sekali .. manis atau pahit.. ;) .. kalau sudi la ..
4.  Siap ? tinggalkan link diruang komen ini .. TUTUP jam 12.00 tengah malam ini .. Terima kasih ...
Sebenarnya, aku tidak ingat tarikh mula-mula aku jatuh cinta.Di sekitar pertengahan tahun 1994, aku tamat pengajian, tahun 1995 baru nak mula menimba pengalaman dalam bidang pekerjaan. Beberapa kali menukar pekerjaan sehinggalah aku dapat menyandang jawatan eksekutif di sebuah syarikat swasta di bandar P. Ketika tinggal di rumah sewa, semua rakan serumah mempunyai rakan istimewa a.k.a pak we. Aku yang pemalu dan suka merendah diri tidak merasa apa-apa kerana aku percaya kepada kata-kata , " kalau ada jodoh, aku pasti akan berkahwin jugak".

Masa tu umur aku dah 24 tahun dan abah selalu sindir-sindir, "hai, adik kau dah pun beranak dua, kau bila lagi?" Apabila abah mula bersuara, mak aku selalu memenangkan aku. " Alah, biarlah dia kerja dulu, tolong adik-adik." Ketika itu aku masih ada 2 orang adik yang masih bersekolah rendah lagi. Bila hari minggu, aku terus pulang ke kampung, tiada istilah berdating.

Namun aku tidak menyangka di penghujung tahun 1995, aku diperkenalkan dengan seorang lelaki yang bekerja di bandar PG oleh rakan serumah aku, Kak S. Dia adalah seorang rakan sekerja kepada adik angkat Kak S. Dari hanya perbualan di telefon sahaja untuk beberapa ketika, tiba-tiba si dia ingin berjumpa. Aku terkedu tidak terkata dan tiba-tiba merasakan debaran yang hebat. Cintakah itu? 

Walaupun aku sebenarnya sudah bersedia untuk berjumpa tetapi aku tidak pasti adakah si dia sudi meneruskan perhubungan setelah bertentang mata nanti. Perasaan aku bercampur-baur, takut kecewa atau aku akan dimalukan kerana dia adalah orang yang pertama mengajak aku keluar. Namun Kak S memujuk dan mengatakan orangnya baik dan dia bukan dari kalangan lelaki yang suka berpoya-poya. Dari perbualan di telefon sebelum itu aku juga ada bertanya tentang dirinya dan keluarganya. Rupa-rupanya dia memang sedang mencari calon kerana 2 orang adiknya sudah melangkah bendul. Nasib kita serupa.

Alhamdulillah, dari pertemuan pertama di warung tepi jalan kami telah berjanji untuk bertemu lagi. Semenjak itu kami seperti telah ditakdirkan menjadi pasangan kekasih. Perasaan rindu akan datang jika tidak mendengar suara si dia. Oleh kerana kedudukan tempat kerja kami agak jauh, kami hanya dapat berjumpa di hujung minggu atau kadang-kadang hanya dapat mendengar suara jika masing-masing pulang ke kampung.

Pada pertengahan tahun 1996, aku dirisik oleh keluarga si dia dan terus bertunang. Dalam tempoh pertunangan kami mengenali hati budi masing-masing. Si dia tidak mahu tempoh pertunangan yang lama kerana menurutnya umur dah mula meningkat sedangkan kebanyakan kawan-kawannya telah mempunyai anak.

Akhirnya, pada 12hb Julai 1997 kami disatukan dengan ikatan yang sah. Bermulalah kehidupan aku di sisinya sebagai seorang isteri. Alam rumahtangga dilayari dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta kami sentiasa disemai supaya bunga-bunga cinta tidak kelayuan. Ikatan tali percintaan kami dieratkan lagi dengan kehadiran cahaya mata seramai 4 orang. Asam garam berumahtangga kami tempohi bersama, adakalanya bunga-bunga cinta berwarna pudar namun kami jarang meninggikan ego masing-masing.

Di usia perkahwinan yang memasuki 14 tahun, kami masih menyemai cinta. Cinta ibarat sepohon pokok. Jika dibaja dan dijaga dengan sempurna pokok ini akan mengeluarkan bunga yang wangi dan seterusnya menghasilkan buah yang enak. Aku mengakui sehingga kini aku masih merasa kehangatan cinta si dia. Kerinduan datang bila kami berjauhan dan perasaan itu sekarang dikongsi pula bersama dengan zuriat-zuriat kami. Anak bongsu kami sering berkata, "adik sayang ibu", "adik sayang ayah", "nak cium pipi ibu dgn ayah". Si dia dan aku akan tersenyum bahagia dan kenikmatan percintaan kami terpancar di mata dan hati kami.

Kesimpulannya, bercinta sebelum bernikah atau selepas bernikah tiada bezanya. Sekiranya kita sentiasa menjaga aqidah, syariat dan akhlak, alam rumahtangga anda akan menjadi syurga di dunia. Percayalah kepada kata-kata cerdik pandai, " janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju ke syurga." Wallahualam.

Thursday, April 28, 2011

SANTAI BEN ASHAARI : KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

nak join...klik SINI ye dek...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kenapa pulak header en. BA kat atas ni. Sebenarnya tadi aku nak  cepat....maka, aku pun copy header dulu.......kemudian baru nak wat entri .......Oleh kerana nak senja ni aku terus je sambung ....tak per lah header tu kat atas....hehehe, senget pulak tuuu.

Macam gelojoh kan....takut tak sempat dek........malam ni ada program la. Nanti melepas lagi, sedih tau....

Untuk join ..mudah jer .. seperti biasa ... sediakan satu entri khas
  1. Letak gambar diatas itu ..
  2. TAJUK : SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER dan linkkan ke entri ini ..
  3. Karangan berdasarkan tajuk dan TIDAK LEBIH 100 patah perkataan ..
  4. Pastikan blog anda tidak punya bling bling yang banyak jer ..
  5. Siap ? tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini ..
  6. Promote entri anda di www.gengblogger.com
TUTUP KUL 10 MALAM INI .. 28/4/2011

Ini entri saya khas untuk segmen En. Ben Ashaari:

Entah kenapa......hati ini rasanya kembang-kuncup melihat seorang blogger berjaya meraih pendapatan beribu kerana berblogging. Siapa tidak tahu blog Redmummy.com........mummy merah yang popular. Begitu juga dengan blogger Hanis Zalikha iaitu tuanpunya akupunyabelog.blogspot.com. Tetapi aku tahu anganan aku ini memang terlalu tinggi. Semata-mata kerana duit aku teringin nak berblog juga. 

Namun aku tidak berani lagi nak membuka sebuah blog kerana aku rasa tidak yakin.. Aku memang seorang yang buta IT. Apa langkah pertama, kedua dan seterusnya.....bingung aku namun masih sabar. Sehinggalah aku terpandang di facebook, seorang anak saudara aku telah promote blog dia di situ. Dari situ aku cuba beranikan diri maka lahirlah blog Jejak-jejak Hitam Manis.

Dah 2 kali aku tukar header dan banyak kali aku tukar backgroundnya, namun sampai sekarang masih tidak puas hati. Niat untuk melakukan perubahan memang ada, cuma belum penuh ilmu di dada. Harus belajar lagi. Hari ini genap 4 bulan aku berblogging. Melihat pertambahan rakan pengikut, aku jadi semangat untuk meneruskan penulisan walaupun aku rasa tidak ramai yang memberikan perhatian.

Sepanjang 4 bulan ini aku telah menjelajah banyak blog, dari yang popular hinggalah yang baru nak bertapak macam aku. Dari situ aku mengambil kesimpulan mereka berblog bukan kerana duit semata-mata tetapi mereka menggunakan medium blog ini untuk tujuan peribadi yang berbeza-beza. Aku juga akhirnya, tidak berkobar-kobar mengejar duit beribu-ribu kerana aku tahu aku hanya blogger bawahan dan bukannya blogger sejati.

Itulah aku, aku tetap aku dan aku gembira menjadi aku namun aku akan berusaha menjadi seperti kamu kerana peluang  itu ada cuma aku yang belum cukup ilmu. Layakkah aku dipanggil blogger?

Selamat maju jaya semua. Jom join segmen ni. INGAT : sehingga pukul 10 mlm ini shj.

Saturday, April 23, 2011

Terima kasih PW....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gembira di hati dah berdouble2........satu berita di pagi Sabtu.........laman JJHM di review............oleh siapa ? PW.......apa tu ? Anda kenal PW ? Siapa PW ?









Inilah dia PW....pembawa wacanaku..............bukan penanda wacana tau! Ni bukan pelajaran tatabahasa ye. Dari apa yg aku tahu PW masih muda tapi dah berpunya.....ehem, masih berbulan madu kot.

Untuk mengenali siapa beliau....janganlah malu2 ke laman blog dia di SINI.


Tuesday, April 19, 2011

Aku Benci Blog Nie!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak tahu lah kenapa ek........apa yg tak kena ek.......hai, entah lah.................


Malas betul mak cik nak membebel. Bukannya apa, kalau mak cik dah mula bebel......nanti korang jugak yang pening nak suruh mak cik diam. Agak2nya nanti ada pulak orang yang sampai geli-geleman bulu telinga dia kalau asyik dengar mak cik berceloteh.....eh, letih!

Ginilah, kalau korang rasa nak kutuk dia......hah, klik jer kat header dia tu.......klik cepat. uh, letihlah mak cik.


CONTEST TEKA UMUR SI COMEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah 1 jam aku blogwalking, huh....penat gak........singgah kat blog kepunyaan SYAISYA.COM. Contest lagi! Jom kita cuba teka umur si comel ni..................


1. Buat entri ringkas bertajuk “CONTEST TEKA UMUR SI COMEL“.
2. Letak banner contest di atas dalam entri penyertaan anda. Pastikan banner ini dilinkkan ke entri  ini.
3. Anda hanya perlu meneka umur si comel  ketika gambar ini diambil. Untuk pengetahuan, si comel yang dimaksudkan bernama Sumayyah, anak saudara aku.  =)
4. Tag 3 orang rakan. Make sure orang yang anda tag tu tahu yang diorang di tag, eh. =D
5. Tinggalkan link entri penyertaan yang anda dah buat tu kat dalam ruangan komen entri ni.

Umur Sumayyah
5 bulan 25 hari

Kawan-kawan yg di tag

Monday, April 18, 2011

AKU VS BEN ASHAARI : ROUND 1

Assalamualaikum,



Segmen pertama dgn header BA yg baru.......tak nak komen pasal header tu sbb banyak kerja......nak cari jawapan yg BA beri. Ah,.........banyak nya soalan :

  1. Bilakah SEGMEN GEGAR LAGI ini dilancarkan ?
  2. Berapa banyakkah blog yang menyertai segmen ini ?
  3. Apakah  nama manja blogger yang mengupdate senarai blog GEGAR LAGI ini ?
  4. Soalan berdasarkan KUMP 1 : Siapakah yang suka membebel ? Berikan url blognya..
  5. image siapakah nama blogger ini dan apakah url blognya ? 
Jom terjah blog di SINI.

Sesiapa nak join....klik header BA hensem tu ye.......

Saturday, April 16, 2011

GiveAway dari Nelly dan Mas untuk Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk join GA ni kena ikut step yg ditetapkan  :

1) Follow blog > Mas Ahmad Safwan
                       > Nelly The Strange

2) Copy banner letak pd top post entry dan side bar




3) Beri pendapat mengenai blog Mas Ahmad Safwan dan Nelly The Strange

Untuk Mas Ahmad Safwan :
Pertama, jangan marah jika ada perkataan yg melukakan hati ye.......
Kedua, kalau ada pujian-pujian, janganlah pulak kembang semacam......hehehe
Ketiga, sebenarnya saya sangat-sangat suka melihat blog anda kerana...............
==>warna latar biru........saya minat warna biru, hijau, coklat tanah (warna bumi)
==>tak tahu lah nak cakap apa lagi....memang sesuai dgn pembaca rabun spt saya. semuanya nampak jelas dan nyata, tak perlu kecik-kecikkan mata........keh,keh,keh.
 ==>nak tanyalah.......kenapa shoutbox tu tak boleh menyorok semula?
 ==>tu jer.................

Untuk Nelly The Strange :
Pertama , ehemmm, nak tegur sikit nih..........jangan marah ye.......
Kedua, rasanya banyak nak kena ubah suai ni...terutama header tu.....oppsss sori nanti ada yg marah! sori ye.
Ketiga, saya tak suka hitam, kalau cik nelly garang...kenapa tak guna warna merah.....fuhhhh, gerenti berkaca mata hitam kalau nak baca entri cik Nelly.
Keempat, blog yang bersih, tidak bercelaru, maksudnya...senang nak tinggal pesan kat chat box dan nak follow pun senang. senang cerita, semuanya senang lah.......
Kelima, eh...banyaklah pulak....udah ler....abis.

4) Kenapa nak join GA ni....
hehehe...gini jawapannya :
siapa yg tak suka dapat free dek! akak pun nak .......itu pun kalau ada rezeki ler. eh, eh, tak....itu pun kalau ada hadiah nye...di buat nye hadiah betul-betul MISTERI, pas tu tak muncul-muncul, padan muka aku.......ngeee. akak gurau jer dek...jangan marah ye.

5) Tag 3 orang kawan :
 >  Pidasanglang 
 >  Mazwan Izaidi
 >  Ana Syidah

Siap!

JOM JOIN BLOGLIST PENULIS SENJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ruginya aku tak join berblogging dari muda-muda dulu. Aikkkk...lupa lar, zaman sekolah dulu......handphone pun belum ada, TV hitam putih berlambak-lambak......sesiapa yg ada TV berwarna, mesti org tu kaya......Nak beli komputer sebijik?..... tak mampu. Beruntung budak-budak sekarang ye, muda-muda dh punya blog sendiri. Marvellous...!!!!

Jomlah join bloglist penulis senja......kenapa dia pilih waktu senja untuk menulis...tak tahu lar pulak. 


Penulis Senja seorang anak muda yang berjiwa seni. Laman blog berwarna gabungan putih dan biru, sejuk mata memandang, tidak serabut. Bahasa entri yg biasa-biasa shj, entri yg straight to the point. santai gitu.......
Teruskan berblogging......

Dipersilakan kepada semua yg sudi...........nak sertainya, klik di header tu ye.


BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

satu segmen yg amat mudah, sesiapa yg belum ambil peluang ini......marilah rebut sekarang!
sesiapa shj boleh join tapi en BA ada bagi peringatan "...tak de hadiah tau...sekadar untuk menambah lagi kenalan blogger ". Tak per lah en. BA......memang tujuan nak join segmen ni adalah untuk  meramaikan lagi kenalan blogger saya. nampak meriah kan.


nak rebut peluang ini tak?.....ok klik kat header tu ye......

Friday, April 15, 2011

AKU INGIN BERUBAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah segmen anjuran Laman Muslimah Optimis yg pertama. Aku amat berbesar hati jika ada seseorang menilai penulisan kita. Lebih2 lagi jika mereka sudah ada pengalaman dalam bidang penulisan dan pernah tulis untuk majalah pulak tu. 

Dengan rasa yang amat takut aku membiarkan jari-jari ini terus menari-nari di atas papan kekunci. Kata-kata yg lahir dari hati ditafsirkan terus melalui jari-jemari dan terhamparlah kata-kata karangan ku di atas skrin. Aku takut jika apa yg hendak dipaparkan ini akan menyakiti hati sesiapa dan juga ada sedikit segan jika penulisan aku ini hanya ayat-ayat yg tiada bermakna.

Diam tidak diam ada beberapa hari lagi usia ku akan meningkat lagi. Sudah pasti nanti ramai yang akan mengucapkan selamat hari jadi, semoga panjang umur, semoga murah rezeki, dan lain-lain. Usia  dah pasti bertambah lagi dari satu nombor ke satu nombor. Setiap tahun nombor itu akan bertambah dan biasanya kita akan merayakan tarikh keramat itu dgn bermacam-macam cara sehinggalah berakhirnya hayat kita.

Selamat hari jadi........eh, awak tahu ke tarikh bila aku ni dijadikan?. Semoga panjang umur.......hmmm semakin panjang ke umur ku? Semoga murah rezeki.........larrr kalau rezeki murah sangat nak turun, bila nak kaya? Sebenarnya kata-kata di atas aku pernah dengar dari seorang ustaz ketika memberikan tazkirahnya. Bila ku fikir-fikirkan ada kebenarannya kata-kata itu.

Usia yang meningkat bermakna semakin singkatlah umur kita. Kalau hendak dirujuk kepada umur Rasulullah  SAW ketika malaikat Izrail datang menjemputnya, maknanya aku ada 30 tahun lagi! Alhamdulillah....syukur aku kepada Allah SWT, sehingga sekarang aku masih berpeluang untuk menyedut udara, merasa hembusan angin, berhujan dan berpanas dan yang penting aku dapat melihat perubahan tumbesaran anak-anak ku.

Di usia ini, aku tiba-tiba rasa ingin berubah. AKU INGIN BERUBAH. Sebenarnya aku pernah melakukan penghijrahan, dari tidak bertudung kepada bertudung, dari bertudung pendek ke bertudung besar (ala2 ustazah la). Itu dulu, waktu aku masih belajar dan amat berterima kasih buat rakan-rakan yang banyak menyedarkanku. Cuma satu ini, tidak pernah aku kejar...........entahlah kenapa?

Semasa zaman kanak-kanak, aku selalu berpindah tempat tinggal. Mula-mula aku bersekolah darjah 1 dan 2 di bandar A, kemudian keluarga berpindah pulak di bandar B, selepas SRP aku berpindah sekolah di pekan C duduk asrama, selepas SPM aku berpatah balik ke bandar A, tidak lama kemudian aku meneruskan pengajian di bandar D pula. Ini menyebabkan aku telah ketinggalan pengajian sekolah agamaku dan aku kerap bertukar guru mengaji.

Akhirnya, kerana terlalu mengejar ilmu dunia aku ketinggalan ilmu akhirat. Masa itu aku tidak merasa apa2 namun natijahnya datang pada usia ku meningkat lebih suku abad ini. Aku bernekad AKU INGIN BERUBAH. Aku tidak mahu tertinggal lagi. Apabila melihat anak-anak membesar, aku dapat rasakan ada kekurangan di sini-sana. Apa yang kurang....hanya aku dan suami yang dapat rasakan. Kami dah duduk dan cuba mendalami apakah yang perlu dibaiki dan ditokok tambah dalam proses membesarkan zuriat tersayang.

Bila nak mula ? Kini, sudah setahun aku berada di dalam kelas pengajian. Ku ulang semula pembacaan ku dalam al-Quran. Aku hendak mengajar kepada anak-anak ku bahawa ilmu dunia memang perlu tetapi jangan diabai ilmu akhirat kerana ilmu akhiratlah yang akan dibawa mati. Ada sinar sedikit di jiwa ini, rasa tenang apabila mengalunkan ayat-ayat suci. ADAKAH AKU SUDAH BERUBAH? Aku tidak boleh menilai diri sendiri, sudah tentu pengkritik terhebat dalam hidup ku adalah suami ku. Banyak komen diberi namun itu semua ku ambil sebagai semangat untuk berubah kepada lebih baik lagi. Kami bersama-sama membuat perubahan.

Status aku sebagai suri dalam rumahtangga banyak memberi peluang kepada aku melihat sendiri anak-anak membesar. Perubahan umur, perubahan fizikal yang semakin membesar, perubahan tahap pelajaran dan kemahiran mereka dapat ku saksikan. Aku juga ingin mengubah anak-anak ku supaya mereka berjaya dalam hidup mereka dan terus belajar untuk menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat. Aku ingin melakukan perubahan, aku tidak perlu menunggu sambutan tahun baru untuk memulakan perubahan, aku dah pun mulakan. Bagaimana dengan anda....? Sebaiknya jangan bertangguh untuk melakukan kebaikan.Wassalam.

Begitulah ceritanya............ kepada sesiapa yg berminat untuk menyertainya, silalah klik header ni.


Seterusnya, ini adalah syarat-syarat yang perlu diikut dan senarai hadiah........



Sudah lihat apa yang akan ditawarkan....menarik.....anda tertarik.......jangan bertangguh.....mula sekarang!

Aku nak panggil kawan-kawan untuk sertainya : Nanie Zainudin, Cik Zaieydaa, Cempaka Kuning.

Selamat Mencuba!

Wednesday, April 13, 2011

Universiti Blogger Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

nak daftar?, hah, sekarang.........kerusi student dah nak penuh.

Letakkan banner UBM.



Berikan nama dan nama blog
Nama ku Lizah Hamidin. Lizah adalah nama panggilan ku dan Hamidin nama suami ku. Nama dalam k/p tidak dapat disiarkan atas sebab2 tertentu......huhuhu "BIARLAH RAHSIA". Ini blog sulong ku di daftar dgn Google Account atas nama Hitammanis. Kulit ku hitam namun di pandang manis........ceeewah. Nak panggil dgn nama Lizah pun boleh, mak hitam pun boleh............tak kena denda kalau tersilap panggil hitamlegam, cuma terasa jer. Nama blog, mula2 tu letak Lizah.MyMiden......pas tu dok fikir2 mcm tak komersial lah.....keh,keh,keh......aku tukar ke Jejak-jejak Hitam Manis.

Sejak bila mula berblog
Aku mula menulis blog ni pada 28hb Januari, 2011, hari Jumaat. Memang berketar tangan mula2 nak taip bait2 ayat power aku. Maka terhasillah entri pertama aku di sini.

Pandangan mengenai dunia blog darsawarsa kini
hahaha...dunia blog di kuasai oleh perempuan......! tgok di sini

Pandangan mengenai IPTM pertama ini
bagus amat bagus..........ia akan menyatukan blogger di alam maya supaya berada di bawah satu payung besar UBM. Kita semua kawan kan. Aku tak kiralah ; lelaki ke perempuan,
tua ke muda, yg dah bercucu pun boleh jadik kawan.


dah selesai buat entri ini anda boleh jemput kawan2 yg lain utk rebut kerusi di UBM. cepat tau, masa dah suntuk........

nak sertai boleh ke sini. jom kita serbu UBM.


Monday, April 11, 2011

Jom Join Bloglist Frommetoyou

Assalamualaikum,

Entri di pagi ini dimulakan dgn menerjahkan blog aku nih ke laman blog 'frommetoyou'
Ini peluang aku utk promote blog aku.......ceh...eh.....







1. Tajuk "Jom Join Bloglist Frommetoyou"...dah.
2. Letak header dan link ke entri .......dah.
3. Follow......dah.
4. Tag 3 kawan..........a) ummiAkid   b) mas saari c) umi nazirah ......siap.
5. Post link kat ruang komen............siap......

Kepada sesiapa nak join boleh ler klik kat header tu.......cepat...sebelum ia ditutup!

Sekian.






Sunday, April 10, 2011

Perempuan Menguasai Dunia Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Oleh kerana kesempatan yg datang tidak selalu hadir, aku telah menggunakan masa yg ada untuk melayari laman-laman bloggers di alam maya. Sungguh seronok dapat menyertai segmen en. Ben Ashaari, bukan nak membodek ye.......secara realitinya segmen2 yg dianjurkan banyak membantu aku meningkatkan traffic blog aku dan menambah bilangan pengikut aku. 

Bunyinya macam tidak ikhlas jer......hahaha, sama ada aku yg tidak ikhlas atau mereka ? tanya sama hati, apa ada dalam hati........hanya tuan badan yg mengetahui. adakalanya aku pun terfikir gak, eh...betul ke apa yg aku buat nih? perasaan malu dan bersalah kekadang datang jugak.......tapi bila lagi kita nak mencuba. orang kata; "belum cuba, belum tahu".

Ketika menjejaki blog2 mereka dari kumpulan 7 dari segmen BA gegar 1000 blog, aku cuba buka satu2 tapi hanya mampu hingga yg ke-30 shj. dan dari situ aku cuba kira berapa blog yg dipunyai oleh si gadis, si jejaka atau golongan mama macam aku.

Dari 30 blog : 17 blog dipunyai oleh gadis-gadis yang masih menuntut (menengah / IPTA/ IPTS), 6 blog dipunyai oleh bloggers mama, dan 7 blog dipunyai oleh jejaka yg sudah berkerjaya dan masih belajar.

Itu baru 30 blog,  belum 100 blog...mungkin tidak menampakkan keadaan sebenar. hah, nak survey sampai 1000 blog? siapa yg sanggup.......: ) Pada hakikatnya dunia sekarang pun orang selalu kata, perempuan dah ramai......di situ kita dah dapat agak kenapa ramai blogger perempuan.

Jika aku bertanya kpd suami aku, dia menjawab orang lelaki banyak yg nak difikirkan, tak de masa nak online dan merepek dalam blog. Lebih2 lagi kalau yg dah berkahwin....betul ke en. Ben? Habis tu camne dgn lelaki2 yg masih bujang tu.....mereka nak fikir pasal apa?

Rasanya apa yg perempuan fikirkan ketika mereka membina empayar blog mereka ? .........^ - ^

Blog kepunyaan perempuan biasanya berwarna pink ada imej wanita atau foto2 peribadi. Yang pasti mereka lebih nampak kreatif dari blogger lelaki.........huhuhu...















Sekian.



Saturday, April 9, 2011

BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG (8)


Assalamualaikum,


Kali ni saya nak cuba, betul atau tidak...tak kisah. Apa yg penting saya dah cuba!.....yesssss





.........hummmmm :)