Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Showing posts with label isu agama. Show all posts
Showing posts with label isu agama. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Blog Lucah Remaja Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Seperti biasa, aku mengadap lappy pagi2 jika ada masa. Aku membuka google tanpa tujuan tertentu. Saja2 nak cari sedikit maklumat mengenai entri baru nanti.

Ini bukan cerita rekaan, aku benar2 terkejut apabila aku klik satu perkataan maka tersenarailah beberapa laman dan aku ternampak satu laman yg tajuknya agak menggelikan. Ttpi kerana aku ingin tahu apa isi kandungnya, aku pun klik laman tersebut dan.....terkeluar laman blog lucah kepunyaan seorang remaja perempuan. Dia meletakkan gambar yg bukan separuh b*g*l ttpi memang tiada seurat benang pun yg menutupi tubuhnya. Aku tak pasti jika itu gambar tuan tanahnya atau org lain.

uh...tanpa seurat benang!

Aku melihat bahagian maklumat peribadi, dia menyatakan namanya ttpi tiada maklumat tentang umur dan tempat tinggal. Blog ini nampaknya sudah lama tidak dikemaskini iaitu sejak 2006. Entrinya pun sekitar bulan Sep dan Okt saja. Setiap entrinya penuh dgn imaginasi remaja ini melakukan hubungan intim dgn pasangan khayalannya. Itu katanya lah, di mana dia tidak melayan jika ada org e-mail semata-mata nak melakukan hubungan seks dgnnya. Dia hanya akan menyerahkan tubuh badannya kpd lelaki yg bergelar suami shj. Itu yg dinyatakannya.......Ada pula pembaca2 yg memberikan komen yg berbau lucah jugak......semua ditulis dalam bahasa melayu!.

Aku tidak sangka begitu rendahnya maruah remaja ini kerana sanggup membina sebuah blog semata-mata mahu menulis cerita khayalannya bersenggama. Cerita spt ini amat bahaya jika ada kanak-kanak di bawah umur terjumpa laman sebegini. Kenapa masih ada blog lucah spt ini di dalam google. Kenapa si pelakunya tidak dicari dan dihukum kerana kesalahannya berat sama spt melacur.

kucing ni comel tapi jika ...............
Kita ada mendengar blogger yg ditahan kerana tulisannya mengutuk pemerintah dan menyebarkan dakyah negatif serta menghasut. Dan baru2 ini ada blog yg cuba menyebarkan agama kristian pula ttpi tak tahulah jika dah diambil tindakan atau tidak. Maka bagi penulis2 blog lucah juga sepatutnya dihukum seberat2nya dan perlu menghadiri program2 kebajikan serta program memulihkan akhlak. Jika Islam, perlu diberi pendidikan agama dan penerapan ciri2 utk menjadi seorang Islam yg sebenar.

Perbuatan tidak bermoral merupakan perbuatan keji yg berupa maksiat dan dosa sehingga menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah akan menimpa diri. Jauhilah daripada perbuatan mengundang laknat. Sebuah hadis dari Riwayat Abu Daud yg berbunyi :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”


Laknat bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Nauzubillah......

 Hadis sahih Buhkari Jilid 1 : 0064 yg bermaksud :

Dari Anas r.a., katanya: "Akan ku sampaikan kepada Anda sebuah hadis yang tidak akan disampaikan orang kepada mu sepeninggal ku. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, bercabulnya zina (persundalan) dan banyak perempuan, sedikit laki-laki, sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.

Adakah ini bermakna hari kiamat semakin mendekat?

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,




Pada 16 Jun ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan gerhana bulan penuh dari jam 1:25 pagi hingga 7:01 pagi.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi.

''Gerhana pada awal pagi Khamis ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 01:25 pagi waktu Malaysia. 

''Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap,'' menurut kenyataan itu.
Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa Bulan memasuki bayang umbra Bumi ( U1 ) mulai jam 02:23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada 04:13 pagi. 

Bulan akan mula keluar dari bayang umbra Bumi (U3) pada 05:03 pagi dan keluar sepenuhnya daripada bayang umbra Bumi (U4) pada 06:02 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga 07:01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang. 


Sementara itu, Angkasa dan Masjid Negara akan mengadakan program pencerapan gerhana bulan penuh pada hari berkenaan di perkarangan luar Masjid Negara bermula pukul 1 pagi.

Selain menyaksikan gerhana bulan penuh, orang ramai juga berpeluang untuk mencerap planet Musytari (Jupiter), Marikh (Mars) dan Zuhrah (Venus).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

p/s: maklumat dari www.utusan.com.my

Sunday, June 12, 2011

Ramai yg minat racun halus rupanya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bagaimana nak memulakan ye.......sebeno nye aku tgh kering idea. Pagi2 mengadap lappy semata2 utk blogwalking.....uh, bosan...dh 2 mlm tido sorang2. Suami aku gi mane?.....ha, dia tgh mancing sekarang ni, kat pulau aur katanya. semoga dia dpt banyak ikan lah.....dapat stok 1 minggu, lumayan gak. dapt safe budget utk beli ikan kat kedai acheh depan tu.

Berbalik pd tajuk entri ni...aku nak merujuk kepada rancangan tv3, al-kuliyyah yg lepas. tajuk nye 'racun halus'. Aku mcm tertarik nak buat entri pasal tajuk tu. sebelum tu aku buat research kat google dulu. betul spt yg disangka......ramai yg dh buat entri pasal tajuk ni.

Aku baca semua entri mereka.....apa yg menyebabkan mereka juga minat nak tulis pasal ni? apa yg dpt aku simpulkan....tgok tajuk, mmg menarik...ramai penonton berminat dgn tajuk2 mcm ni. tentu rating penonton rancangan ni tinggi pd jumaat lepas. termasuklah aku...mmg minat nak tgok terutamanya kalau ada demo......

Ada penonton yg bg komplen negatif, katanya pihak pengamal perubatan tu saja2 nak promo pusat rawatan dia. Ada yg kata, pihak tv cuba sebarkan rancangan khurafat. Mereka kata, demo2 tu mcm cerita tahyul lah......

Aku tak sokong mereka.....dalam rancangan 'tanyalah ustaz tv9' pernh tayangkan mengenai perubatan sains moden vs perubatan tradisional. Dan apa yg aku ingat, dr. Danial, penceramah tersebut mengatakan kita perlu seiring ketika menjalankan rawatan. Jika selepas jumpa doktor, masih tak berkurang penyakit, boleh guna alternatif lain spt perubatan islam. ( ke bomoh aku tak galakkan ye). Dr. Danial juga ada menyatakan, mmg ada penyakit yg dtgnye dr jin, dan itu kita kena percaya kewujudan jin ini, sebagaimana kita percaya wujudnya syurga dan neraka......

Perlu diulangi, ia perlu seiring, antara sains moden dan amalan tradisional (rawatan cara islam)...jgn terlalu taksub dgn satu cara shj......dan spt ustaz Syarhan beritahu jgn dptkan rawtan bomoh jika bomoh itu mengamalkan perkara2 yg bertentangan dgn ajaran Islam. nak tahu cerita sepenuhnya silalah ke SINI. ni adalah antara entri yg mengambil rancangan ini sbg contoh teladan. Banyak pengetahuan yg diperolehi, antaranya amalan2 yg perlu dilakukan bg mengelak sihir, tanda2 terkena sihir dan dgn siapa perlu dptkan rawatan jika terkena sihir. 

Sihir adalah penyakit yg didtgkan melalui jin. ia tak boleh discan oleh mesin moden.... berhati-hatilah semua. sedangkn Rasulullah SAW pernah disihir, maka siapalah kita yg banyak melakukan dosa dan mungkin secara tidak sengaja telah mengecilkan hati seseorang. kita mempunyai kebarangkalian yg tinggi utk disihir pd bila2 masa. 

Sebagai pendinding, amalkanlah ayat yg diberi oleh ustaz Syarhan dan dapatkan ayat2 rukyah  amalkan setiap hari. semoga kita dan keluarga kita dilindungi dari kejahatan ilmu hitam. Boleh ke SINI utk dptkan ayat pendinding.

Wallahualam.








Thursday, May 19, 2011

BACALAH!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Muslim meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a., beliau berkata :
"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
     "Bacalah al-Quran, kerana pada hari Qiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya."
                                                                                                               (Riwayat Muslim : 804)


Di sini ingin sekali aku berkongsi kisah dari dua ayat al-Quran yang berkaitan dengan orang yang munafik. Bergetar hati ini apabila membaca terjemahannya. Pertama dari Surah al-Munaafiquun ( 11 ayat ) dan kedua dari Surah al-Baqarah ( ayat 6 - 20 ). Dari dua ayat ini dapat di tafsirkan makna munafik, iaitu :
Dari segi bahasa : orang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.
Dari segi syarak : seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.

Kebiasaannya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran Islam tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini.

Tanda seseorang itu menjadi munafik :
  1. iman tidak tetap dan tidak teguh
  2. tindak-tanduk yang sentiasa berubah
  3. tidak tetap kata
  4. sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas
  5. jiwanya tidak tenteram
  6. menjadikan dunia sebagai matlamat hidup
Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan munafik ini kerana segalanya penuh kepura-puraan. Lagi pula, balasan di akhirat amat berat.

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Nisa' :145, maksudnya :
"Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka."

Marilah kita membudayakan sifat suka membaca. Bagi umat Islam, jadikanlah al-Quran sumber bacaan wajib pada setiap hari bersama terjemahannya sekali. Adalah digalakkan satu rumah, satu buku tafsir al-Quran.

Selamat membaca........

Wednesday, May 18, 2011

Apabila Ashraf Muslim Menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mengapa aku begitu tertarik utk membaca ruang Ashraf Muslim di Berita Harian hari ini. Dimulakan dgn ucapan syukur kpd Allah SWT, anak seni ini mula berbicara mengenai peluang. Aku terharu membaca tulisannya kali ini. Ku ulangi bacaanku dan di sini aku ingin berkongsi pendapat aku mengenai penulisannya.

Pertama, dia berkata mengenai peluang utk kita mengucap syukur dan berterima kasih kpd Allah SWT atas nikmat yg dikecapi." Bukan tidak ada ruang dan peluang, tetapi entah kenapa agak sukar utk mengucapkan; "Ya Allah, terima kasih"."

Bukan mudah utk seorang yg bergelar artis utk melakukan perubahan. Aku kagum melihat kegigihan anak seni ini. Malam ini, terpampang berita mengenai seorang artis rakaman ditangkap kerana dipercayai terlibat dgn kes pecah rumah. Artis memang manusia biasa tetapi artis juga manusia yg dikurniakan akal oleh Allah SWT. Mereka boleh berfikir samada mahu melakukan kebaikan atau sebaliknya. Tepuk dada, tanyalah IMAN.

Kesungguhan Ashraf Muslim utk melakukan transformasi diri harus dipuji. Berbekalkan azam dan sokongan dari Tn. Hj. Lokman, Pengasas Pusat Rawatan Al-Hidayah, dia melakukan perubahan sedikit demi sedikit walaupun ada yg kurang senang dgn apa yg cuba dilakukan olehnya. " Ada yang tidak berapa suka dgn perubahan saya itu", katanya.

Seterusnya, Ashraf menulis; "Apabila peluang tiba, jangan berpaling lagi. Rebut cepat kerana kita tidak tahu apakah peluang akan bertandang lagi selepas kita melepaskannya". Maka peluang utk melakukan umrah dan membuat transformasi diri diteruskan. Dgn tidak disangka-sangka, rezeki dtg selepas pulang dari menunaikan umrah. Itulah janji Allah bahawa setiap kebaikan akan dibalas dgn kebaikan.

Pada penutup,  Ashraf meletakkan firman Allah SWT dari Surah At-Talaq, ayat 3 yg bermaksud,
" Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.  Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Semoga kebahagiaan pasangan ini diberkati
Siapalah kita utk menilai hati budi seseorang. Jika sudah bertekad utk melakukan perubahan janganlah dilengahkan kerana kita tidak tahu berapa lama lagi kita boleh hidup di dunia ini. Bermuhasabahlah utk kebaikan diri dan keluarga. Wallahualam.

Tuesday, May 17, 2011

Peringatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sempurnakah wudukmu? 
Ketika membasuh muka, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh tangan kanan dan kiri, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh ubun-ubun, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh telinga kanan dan kiri, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh kaki kanan dan kiri, apa yang kamu katakan?
Kosongkah wuduk kamu?

Terima kasih ustaz, peringatan mu akan ku ingat sampai ke hujung nyawaku.
Terima kasih al-hafiz, surah at-Tahrim ayat ke-6 yang engkau bacakan amat bermakna buatku.
Terima kasih kerana memarahi aku, mengingatkan aku dan menyedarkan aku.

Sudahkah kamu menyeru anak-anak mu mendirikan solat?
Adakah kamu membiarkan anak-anak mu solat sendirian?
Kamu pasti solat anak-anak mu betul?
Kamu dengar bacaan dalam solat anak-anak mu betul?

Ketika kamu bersiap untuk berjemaah di masjid, di mana isteri dan anak-anak mu?
Ketika kamu bangun dari tidur untuk solat suboh, di mana isteri dan anak-anak mu?
Ketika kamu sedar tentang dosa-dosa kamu, adakah kamu bangun malam untuk bertahajjud dan melakukan solat taubat?
Ketika kamu teringat kamu pernah meninggalkan solat, adakah kamu segera menggantikannya?

Aku di sentap dari lamunan yang panjang. 
Sesungguhnya kehidupan di dunia merupakan waktu tidur yang panjang, 
kerana manusia selalu terlalai dan terlena dengan nikmat di dunia.
Jaga yang berkekalan hanyalah datang selepas kematian.

Terima kasih kerana teguran itu. 

Monday, May 16, 2011

Cabaran Menjadi Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini aku ada menghadiri majlis Maulidur Rasul anjuran sebuah badan hal ehwal wanita. Seorang tahfiz yg mendapat pendidikan dari universiti di Acheh dijemput untuk memberikan ceramah. Seorang tahfiz yg berasal dari Taiping, Perak memberikan ceramah bercampur-campur bahasa utara membuatkan aku teringat pada cerita Mata Ayer di TV3.

Ustaz Muhammad James (mengikut nama pd kad bisnesnya) juga pernah bekerja di Jabatan Agama Johor. Beberapa kali dipanggil berceramah di kursus-kursus perkahwinan, ceramah di sekolah-sekolah dan adakalanya memberi ceramah kepada mereka yang hendak menunaikan umrah. 

Aku terpanggil untuk menulis mengenai peranan guru zaman sekarang setelah membaca satu artikel yang ditulis oleh bakal guru mengenai tanggungjawab guru yang semakin mencabar sekarang ini. Dipetik, bakal guru ini mengatakan permasalahan disiplin di kalangan pelajar telah menjadi perbahasan hangat oleh pelbagai pihak. Masalah disiplin  dan keruntuhan akhlak pelajar seperti vandalisme, membuli, pergaduhan, kegiatan samseng, kes memukul guru, kes membakar sekolah kerap berlaku sekarang ini. Malah ada guru yang disimbah asid dan ditampar oleh pelajar yang dianggap seperti anak sendiri itu.

Berbalik kepada ceramah tadi, sungguh terkejut apabila ustaz memberitahu 30% anak muda yang menghadiri ke kursus perkahwinan tidak tahu mengucap. Ada juga cikgu di sekolah-sekolah di mana ustaz memberi ceramah mengadu kepadanya, ada anak murid perempuan yang telah dan bakal melahirkan anak luar nikah. 

Mengapa masalah ini berlaku? Adakah semua ini timbul kerana kurangnya pendidikan agama yang mereka terima? Siapakah yang bertanggung jawab untuk memberikan pendidikan agama kepada generasi muda ini? Bayangkanlah generasi muda yang bakal menjadi ketua keluarga tidak ada asas agama. Bagaimana mereka hendak membimbing isteri dan anak-anak mereka serta melindungi keluarga mereka dari api neraka?

Firman Allah SWT, bermaksud :" Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka........" ( Surah at-Tahrim, ayat ke 6)

Adakah semua tanggungjawab itu mesti dipikul oleh insan yang bernama guru? Apa yang aku tahu pendidikan bermula dari rumah iaitu dari pendidikan ibu dan bapa. Seorang zuriat dilahirkan dalam keadaan tiada dosa dan putih bersih. Maka ibu bapalah yang mewarnai zuriat itu dengan corak pilihan mereka. Guru pula membimbing anak kita sehingga lulus dalam menjalani kehidupan menurut tuntutan zaman. Namun jika hati tidak terdidik dengan sempurna maka hati akan gelap. Hati yang gelap melahirkan insan yang kegelapan akidah, sesat dalam kegelapan akhlak sehingga menyebabkan kehidupan terumbang-ambing.

Rasulullah SAW merupakan contoh pemimpin paling hebat dalam sejarah dunia. Baginda mendidik para sahabat untuk membina ketabahan dan sentiasa memberi dorongan agar meneruskan usaha berdakwah. Walaupun kita manusia biasa tidak mungkin menjadi insan sesempurna Rasulullah SAW, kita  semestinya menjadikan Rasul sebagai contoh teladan. Pertuturan dan gerak laku baginda merupakan pedoman bagi umat manusia selain dari petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Guru, tugasmu sememangnya semakin mencabar. Ingat pesanan Saidina Umar Al-Khattab r.a., " Didiklah anak mu mengikut zaman mereka." Selamat hari guru untuk semua pendidik di Malaysia dan seluruh dunia. Tidak lupa kepada para pendidik yang pernah mengajar aku di SK Seri Kg Tengah, Kluang, SK Bandar Easter, Kota Tinggi, SMK Bandar Easter, Kota Tinggi, Sek Tinggi Kluang dan tenaga pengajar Diploma Perakaunan ITM Caw. Segamat ( 1991-1994 )

Alhamdulillah, bahagianya hidup ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur aku kepada Allah SWT, dipanjangkan lagi umur untuk hari ini. Seronok bangun pagi. Subuh berjemaah, melihat anak2 pergi ke sekolah, menghantar suami hingga ke kereta untuk pergi kerja. Alangkah bahagianya hidup ini.

Syukur kerana pagi ini dikurniakan kecergasan dan lebih bersemangat. Gangguan kesihatan yg berlaku sebelum ini sedikit sebanyak memaksa aku berehat panjang dari melayari alam maya. Aku berehat dari melakukan kerja2 biasa dan hanya melakukan kerja2 ringan shj.

Bersyukur juga  kerana blogger.com dah okay. Jika tiba2 shj blog aku terpadam, rasanya utk memulakan yg baru mungkin mengambil masa. Alhamdulillah ia tidak berlaku. Mungkin ada yg perasan aku dah lama tidak menulis, bukan dah jemu.....cuma aku tidak mempunyai idea dan jika ada idea, masa pula tiada dan jika ada idea dan masa, mood pula tiada. Jika semua tu ada, tiba2 pula jatuh sakit. Uh, sungguh mencabar hidup ini.

Berbahagialah kepada mereka yg bangun pagi kerana org tua ada berkata, "rezeki di waktu pagi mudah masuk". Dan dirikanlah solat sunat dhuha......mohon lah agar kita dikurniakan rezeki bukan shj dari segi harta tetapi dikurniakan rezeki kesihatan jasad dan rohani. InsyaAllah.

Menadah tangan memohon kebahagian yg hakiki

Bercakap mengenai mencari BAHAGIA , marilah kita merujuk kepada ayat2 Al-Quran di bawah :
Ku cari bahagia abadi............

Di mana? Di sisi Tuhan....................
Firman Allah, maksudnya, " Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya." ( Surah al-Qamar 54:55 )

Bagaimana?
Dengan mengutamakan akhirat......
Firman Allah, maksudnya, " Mereka itulah orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." ( Surah al-Baqarah 2:86 )

Dengan sabar dan takwa
Firman Allah, maksudnya : " Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang bertakwa." ( Surah Hud 11:49 )

Untuk siapa?
Yang beriman dan beramal soleh.....
Firman Allah, maksudnya : " Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." ( Surah al-Ra'd 13:29 )

Yang beroleh hidayah....
Firman Allah, maksudnya : " Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan." ( Surah al-Isra' 17:97 )


p/s : berkongsi pengetahuan dari majalah Solusi.

Tuesday, April 26, 2011

Hati Ini Resah

Assalamualaikum,

Wahai rakan taulan yg disayangi, bicara ku bukan bicara beremosi.  Aku hanya manusia biasa, ada kalanya leka dan adakalanya terlupa. Ku serahkan seluruh jiwa dan raga ku kepada Ya Rabbul 'Alamin. Aku lemah, Ya Allah, bimbing lah aku, pandu lah aku, tenteram kan hati aku.

Jadikan doa taubat ini sebagai pengubat hati yang duka dan lara. Sesungguhnya Allah bersama2 kita. Mohonlah keampunan kepada-Nya.




Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........ 

^^wallahualam ^^

Wednesday, April 20, 2011

Aku kata Never Say Never

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah satu entri ringkas ditujukan khas untuk pembaca setia laman JJHM (ehem dah ada pembaca setia ke)..............selamat beradu. Jangan mengigaukan Justin Bieber udah ler.






Sebelum tidur baca doa tidur ................takutlah pulak nanti terngigau kan budak omputeh ni ajak menari poco-poco..........naya! atau pun mimpi hantu kak limah ajak nyanyi nasyid............hehehe, jangan takut ye adek....baca doa ni tau...............




Maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

Saturday, April 9, 2011

Kenapa Wanita Islam Wajib Memakai Tudung

Assalamualaikum,

Artikel ini saya petik dari Zaharuddin.net. Semoga ia akan memberi pengajaran kepada blogger yang membaca. Tidak memilih siapa, ia amat sesuai untuk tatapan semua peringkat umur. Sama ada si ibu yang mahu didik anak perempuannya yang meningkat dewasa, si abang mahukan adik perempuannya memakai tudung, si kekasih yang inginkan kekasih hatinya menutup aurat atau sesesiapa sahaja yang ingin mengetahui mengenainya.

MITOS 'DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER'
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. 
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya. 
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi. 
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu : 
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu"  (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja. 
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu" 
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang" 
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Tuesday, March 29, 2011

Celik Al-Quran

Assalamualaikum,


Celik al-quran tajuk catatan pagi ini. Rancangan AQ di TV 9 telah berjaya menarik minat ramai penonton pada semua peringkat umur. Alhamdulillah kerana ada rancangan realiti yg bertemakan kitab suci di mana ia menguji pembacaan kitab suci dari segi qiraat, tarannum tajwid dan fasohah dgn betul.

Hebat, mmg sgt hebat juara2 AQ dari AQ1 hinggalah AQ5 yg lepas. "Saya bukanlah handal sangat, namun nampaknya malam ini ia rezeki saya." Itu antara ucapan sang juara. Aku dan suami memang telah menjangka Mohd. Syahriansyah Apin akan bergelar juara.......hah, betul pun. Peserta yg lain hebat jugak, byk hebatnya kalau dibandingkan dgn aku nih.
finalis AQ5

Aku adalah diibarat baru nak merangkak dlm mendalami ilmu pembacaan al-quran. Byk kurang dlm pengetahuan tajwid, fasohah apalagi tarannumnya. Namun, semalam hati aku berbunga2 apabila guru pengajian aku menyatakan kelas tarannum akan diadakan dlm masa terdekat ini. "Saya tahu, awak nak belajar tarannum kan. Saya akan uruskan. InsyaAllah". Itulah yg dinyatakan. MasyaAllah........aku gembira yg amat..........Cita2 ku sekarang hanyalah utk mendalami dan mengenali kitab suci al-quran selain menjadi isteri yg solehah. Amin.

Wassalam.

Friday, March 25, 2011

Jangan cakap "Ada aku kisah".

Assalamualaikum,

Perkataan "ada aku kisah", "apa aku kisah" macam tak memberi apa2 makna tetapi bagi aku...eeee tak suka, tak suka, tak suka.....bengang betul bila anak2 aku ada menjawab, "ada aku kisah" bila aku menyuruhnya buat sesuatu........hish, dag dug, dag dug jantung aku, lubang hidung kembang kempis spt sang lembu naik minyak.

Ada satu kisah nih...korang kena ambil kisah, jgn buat tak kisah..........wajib ambil kisah,

mmmm sedapnya!

"Anda adalah apa yang anda makan". Aku sbg seorang ibu adakalanya pening memikirkan  penyediaan makanan berkhasiat utk keluarga. Aku amat ambil kisah bab2 sumber makanan halal sebab semua yg kita makan akan menjadi darah dan daging kita. Uh, masalah gelatin timbul lagi.....

Gelatin telah menjadi isu hangat di seluruh dunia. Ha....korang kena ambil kisah tau. Umat Islam perlu pastikan apa yg kita makan itu halal, bersih dan suci. Korang tau tak gelatin terkandung di dalam kebanyakan makanan yang sedap2 seperti: 
  • coklat, gula-gula
  • puding, kek, pai
  • gummi jelly, pastil berperisa
  • ais krim
  • pencuci mulut segera
  • gula-gula getah
Tahukah anda, 90% bahan yg digunakan utk membuat pencuci mulut adalah dari gelatin. Kebanyakan gelatin diperbuat dari lemak babi atau lembu. Jika dari lemak lembu, kita kena pastikan cara penyembelihannya mengikut hukum Islam pula. Untuk mengetahuinya lebih lanjut klik di sini.

dari mana datangnya gelatin?......
Sebab itulah jangan sesekali kata, "ada aku kisah". Sbagai umat Islam, kebersihan dan kesucian sesuatu makanan perlu diambil berat apalagi tentang halal haramnya. AWAS ! Jangan terpedaya dengan produk2 yg diragui sumbernya. Silalah ambil kisah.........................

Wassalam.

Thursday, March 24, 2011

Cemburu

Assalamualaikum,













Hati dibelenggu cemburu? Mungkin isu ini telah banyak diperkatakan. Uh, muak, jelak, leceh la, eleh ngada2 pulak....macam2 prasangka org kata mengenai cemburu nih.

Cerita cemburu juga ada dicerita oleh Saiditina Aishah, isteri Rasulullah SAW. Sesiapa berhak merasa cemburu. Mesti ada sebab seseorg itu berasa cemburu. "Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang".

Kenapa pulak nak cemburu, kalau kita dah percaya kat si dia? Kepercayaan bukan hanya diucap dibibir tetapi ia ikhlas dr lubuk hati. Maka dgn itu antara pasangan kenalah jaga kepercayaan yg diberikan oleh pasangan masing2. Tetapi apabila berlaku patah hati...ada hati yg terluka........aduhhhh, memakan masa utk diubati.


Nak salahkan siapa jika kita dilukai? Mungkin soalan demi soalan bermain2 di dalam fikiran. Apakah salah aku? Apa kurangnya aku? Kenapa terjadi kepada aku? Wahai hati, kenapa kau dilukai lagi? Begitulah, kita seperti tidak dapat menerima takdir ini. Mungkin ada mengatakan hanya org yg mengalaminya tahu betapa sakitnya bila hati disakiti. Mula2 perasaan cemburu kemudian berlaku patah hati. Ah, sudah jatuh di timpa tangga nampaknya.


Sebagai manusia biasa yg percaya pd qada' dan qadar Allah, jgnlah kita mudah merasa patah semangat. Setiap musibah yg berlaku pasti ada hikmahnya. Jika ada perasaan cemburu, pastikan ia bukan cemburu buta, jika patah hati, ubatilah hati yg luka itu. Mulalah periksa hati kita...........ada kekurangan dr segi amalan kebaikan? Solat yg tidak cukup 5 waktu atau tidak lengkap? Ada tak amalan fardhu ain yg lain selalu tertinggal?

Allah SWT berfirman maksudnya; "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepada kamu, dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh), (dgn merasai) kelaparan, dan (dgn berlakunya) kekurangan daripada harta benda, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada org yg sabar".
                                                                                                                   (Surah al-Baqarah 2: 155)

Sabar, sabarlah dgn ujian Allah. Jadikanlah ayat2 Al-Quran sbg pendamping, basahkanlah bibir dgn ayat2 suci dan zikrullah........ semoga kita tidak tersasar dari landasan Islam yg suci. Wallahualam.