Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku dah habis tempoh bertapa........jgn cuak lak ye. Lama gak aku tak bukak laman blog aku ni...ha....dah ada sawang tuuuuuu.
Kerana terpaksa, aku relakan ia berlaku, kerana terpaksa, aku tinggalkan semua itu, kerana terpaksa, aku pejamkan mata dan biarkan kau sendiri. Dah......jiwang karat pulak.....ekekeke. Eh, tengah tak der idea la.....lama tak up date, dah mula nak berkarat, tgh dok fikir lah cerita apa aku nak merapu hari ni.....
Tempoh peperiksaan sudah berlalu dan sekarang tgh cuti sekolah, tu sebab aku dpt bukak laman blog JJHM ni. FB pun dh lama aku tak jengah......adoi...maaf lah yg dah hanto mesej ka, yg lawat sini ka, tgh dok tunggu kunjungan balas dari puan HM ke? Berjuta2 keampunan dipohon na........
Aku ada laptop satu jer, so aku kena kongsi dgn 3 org anak2 yg nak buat ulangkaji. Ibu diorang ni mengalah lah sebb diorang nak exam, buat latihan score A gilir2.......aku cuma pantau, tak per lah.......ibu tutup dulu laman blog ibu ye nak.......
Pas ni, puan HM nak buat kunjungan balas pulak. Kesian yg menunggu tu.......mungkin tiada entri lagi dalam dua atau tiga hari ini, sbb sok nak gi bercuti bersama keluarga pulak. Hari ni dapat buat entri ringkas je.......emmmm muka sedih gitu.....
Okay, jumpa di lain masa........
Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.
Showing posts with label Isu santai. Show all posts

Friday, June 3, 2011
Aduh, lamanya bertapa
Label:
Isu santai
Tuesday, April 26, 2011
Anak Itik Tok Wi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semalam, sakit...sakit....sakit.......aduh aku jatuh sakit lagi. Saja2 letak lagu kanak2 utk hiburan hati ini yg gundah gulana akibat demam selsema. Adoiiii, aku rebah di atas bantal, terlelap hampir 12 jam.....bangun hanya utk mandi, solat dan makan......itupun buat syarat sblm makan ubat..........
Kasihan lah anak2 dan suami......terpaksa makan burger. Itu cerita semalam, hari ini...2 org anak aku demam, his....aku pun belum sihat sgt....tambah lagi 2 org anak pulak tumbang. nasib baik yg adik dh sihat. Si abang nya nampak teruk, panas betul badannya. Ayahnya bawa ke klinik, dapat mc 3 hari......dan sang doktor berpesan " kalau anak akak masih ada tanda2 demam lepas 3/4 hari, bawa ke klinik semula utk ujian denggi ye ", " takut jer kalau2 kes denggi ". Takut aku mendengarnya, minta di jauhkanlah.........
Rasanya, kali ini aku hanya sempat buat entri ringkas shj. Sebentar tadi aku sempat juga balas kunjungan blogger yg sudi jejak ke sini dan komen dan tinggalkan jejak dan sudi pulak menambahkan bilangan rakan follower. Aku rasa sedih apabila ada di antaranya aku tak dapat jejak semula kerana bila aku klik kat gambarnya tak ade link......sori ye.
Aduh, aku baru jer tonggang satu botol air badak........tangan dah mula nak kebas2........cukup sampai di sini shj kawan....esok2 kita jumpa lagi.
wassalam
Anak itik Tok Wi,
Mandi dalam kolam,
Sakit apa Tok Wi,
Sakit sendi tulang.
Ubat apa Tok Wi,
Ubat limau lelam,
Sakit apa Tok Wi,
Sakit sengal tulang.
Semalam, sakit...sakit....sakit.......aduh aku jatuh sakit lagi. Saja2 letak lagu kanak2 utk hiburan hati ini yg gundah gulana akibat demam selsema. Adoiiii, aku rebah di atas bantal, terlelap hampir 12 jam.....bangun hanya utk mandi, solat dan makan......itupun buat syarat sblm makan ubat..........
Kasihan lah anak2 dan suami......terpaksa makan burger. Itu cerita semalam, hari ini...2 org anak aku demam, his....aku pun belum sihat sgt....tambah lagi 2 org anak pulak tumbang. nasib baik yg adik dh sihat. Si abang nya nampak teruk, panas betul badannya. Ayahnya bawa ke klinik, dapat mc 3 hari......dan sang doktor berpesan " kalau anak akak masih ada tanda2 demam lepas 3/4 hari, bawa ke klinik semula utk ujian denggi ye ", " takut jer kalau2 kes denggi ". Takut aku mendengarnya, minta di jauhkanlah.........
Rasanya, kali ini aku hanya sempat buat entri ringkas shj. Sebentar tadi aku sempat juga balas kunjungan blogger yg sudi jejak ke sini dan komen dan tinggalkan jejak dan sudi pulak menambahkan bilangan rakan follower. Aku rasa sedih apabila ada di antaranya aku tak dapat jejak semula kerana bila aku klik kat gambarnya tak ade link......sori ye.
Aduh, aku baru jer tonggang satu botol air badak........tangan dah mula nak kebas2........cukup sampai di sini shj kawan....esok2 kita jumpa lagi.
wassalam
Label:
Isu santai
Sunday, April 24, 2011
Ustaz popular dah bertunang.
Assalamualaikum,
Wassalam.
Sebelum ni memang orang asyik berteka-teki siapalah yang bakal bertahta di hati ustaz popular ini. Dia sendiri tidak mahu mendedahkan siapakah gadis pillihannya. Namun pada 23hb April, dia telah mengumumkan bahawa dia akan bertunang. Bertuahlah badan si gadis pilihan ini. Manis bertudung, nampak sopan dan santun dan anak kepada pengasas pusat rawatan Islam juga bakal doktor. Itulah yang dinamakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu.
Sekarang ini ramai golongan artis yang dah beralih arah ataupun dah melakukan perubahan diri, dari tidak bertudung, sekarang ni ramai dah artis wanita yang bertudung, tidak kira artis yg muda atau veteran. Dari kalangan artis lelaki juga begitu spt Azmil Mustafa, Akhil Hayy dan sekarang Ashraf Muslim.
Ashraf Muslim yg lebih dikenali sbg Ustaz Amirul memilih jalan untuk berkecimpung dalam rawatan cara Islam dan sudah pun mempunyai pusat rawatan sendiri bersama2 bakal pak mertua. Bijak juga Ashraf ni ye....mula2 berkongsi bisnes dgn ayahanda si gadis, tidak lama lagi akan berkongsi hidup pula dgn anak gadisnya.
Pagi tadi ada siaran secara langsung majlis pertunangan Ashraf Muslim dgn pilihan hatinya Nor Dayanna Hj. Lokman. Alahai, anggun bergaya Nor Dayanna di singgahsana ketika disarung cincin oleh mak cik Ashraf. Berpakaian serba putih, begitu juga dgn Si Ustaz......mmmmm nampak berseri-seri, mana tidaknya...mula2 bertunang dgn gadis pilihan selepas itu pusat rawatannya pula dirasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.
![]() |
| sumber dari matkepoh.com |
Ada tak gadis2 di luar sana yg frust......? kalau ada......terimalah berita ini dgn tabah....huhuhu. Ashraf Muslim bukanlah jejaka malaya terhebat. Cuma dia ini adalah artis yang popular, punya rupa segak dan bergaya, gagah perkasa bak panglima.......aduhai, kita doakan lah semoga apa yang cuba dilakukan oleh Ashraf ini berjaya.
Dan untuk pengetahuan, mereka akan diijab kabulkan pada 1 Syawal nanti di Kota Mekah. Alhamdulillah, kalau begitulah ceritanya.....kita hanya mengharap mereka bahagia. kita pun tumpang bahagia jer lah.
Wassalam.
Label:
Isu santai,
Isu Semasa
Wednesday, April 20, 2011
Berbulan Madu di Titanic
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila melihat kegembiraan dan kegelisahan orang yang hendak bernikah....aku dapat rasakannya. 13 tahun dulu, aku juga mengalami perasaan yang sama. Walaupun bukan aku yang akan mengenggam tangan tok imam (eh, haram dek), aku juga turut berdoa agar tunang aku ( ketika itu belum sah suami aku lar) dapat menempuh saat akad dengan tenang. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku sah menjadi isterinya.
Semenjak tarikh itu, aku pun menjalani hidup sebagai seorang isteri. Ketika itu aku bekerja di syarikat swasta. Mohon cuti selama 2 minggu jer........suami aku, punyalah sayang dengan kerja dia;.....nak tahu dia mohon berapa hari cuti?..........1 minggu jer. Macam workholic kan! Cakap orang, aku pun sama.......
Lepas majlis, dah tentulah kami kepenatan (ehem, tak der cerita kuning ye). Kami menghabiskan masa dengan mengemas.......mula2 di rumah mak mertua, balik rumah mak aku pulak, lepas tu balik rumah sendiri ( masa tu menyewa jer), mengemas lagi. Betul2 penat tau.
Pada suatu malam, suami aku berbisik.........
"nak tengok wayang tak?"
"ehem......nak, cerita apa?"
"kita tak sempat gi honey moon kan......gi tengok cerita Titanic jom"
"ooooo, honey moon kat Titanic la ye...."
Ok lah juga kan........tengok cerita cinta romantik yang penuh tragik..............
Bila dengar lagu tema tu......aku mesti teringat saat2 aku ber'honeymoon ' dengan suami aku.........cewah!

Kenangan
Thursday, April 14, 2011
Adakah cukup dgn hanya berniat sahaja ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
selamat pagi semua, hari ini macam hari2 lain, aku mulakan hari ini seperti orang lain yg tentunya sibuk dgn kerenah anak2 nak ke sekolah. rutin yg sememangnya tak jemu2 aku lakukan.
lepas anak2 ke sekolah aku berniat nak buat blogwalking jap, sambil sarapan up-date fb, pas tu baca surat khabar lak. banyak betul nak buat dlm satu masa.........tamak betul.......keh, keh, keh. kalau nak senaraikan list keje aku, rasanya sampai ke malam nanti tak habis aku dok menaip.
niat dalam hati nak buat entri utk blogger2 dh mantop dan meletop. saja suka2 .......nak tgok macam mana mereka boleh meletop. mereka ni baik, kalau kita nak ikut cara mereka, tentu mereka tak kisah. malah ada yg bermurah hati bagi tip lagi. aku juga nak ucap terima kasih kat mereka yg banyak membuat aku rasa lebih yakin dan berani utk 'tidak merasa malu'. tak malu bukan yg negatif2 ye, ni kisah aku yg pada mulanya agak malu nak join apa2 segmen, contest atau GA kerana malu kalau ada orang ketawakan blog aku nih, hiksss. kalau berkesempatan aku nak buat renovation kat sini....ahak berniat lagi. ye lah, macam2 nak buat.
aku ada sertai gegar 1000 blog Ben Ashaari, dari situ aku ada niat nak serbu semua 1000 blog tu. Arghhh bila nak mula......huhuhu. aku dah mula gegar 30 blog, fuhhhh, naik biru mata hitam ku.........sanggup tak tidur sebab nak buka satu2 dan tinggal mesej kat shoutbox. yg buat aku pening........line internet ni kekadang buat aku menggelegak. hish, sabo jer la. nak penuhi niat tu, entah bila la......
yg mana blog aku sempat singgah, aku terus ikut.......hehehe, dgn harapan agar mereka pun ikut balik...ngeeeeee (cara budak baru belajar baaaaaa). itulah yg aku kata tak malu tadi....kalau malu, aku tak buat cam tu.......ish, macam hidung tak mancung, pipi tersorong2.........perhatian! hidung aku memang tak mancung.
alhamdulillah, ada yg bg balasan positif. ada bg komen, ada yg tag buat contest, yg penting mereka jadik pengikut blog ini. bila dah jadik pengikut, maknanya dah jadik kawan....kan, kan, kan.....hemmmm yg belum perasan tu...harap ambil perhatian.......hehehe acah2 jer. tak de paksaan kawan, kalau rasanya belum ada seru nak jadik pengikut, jadik tukang komen pun jadik lah......
macam2 nak buat, tapi ini mengenai dunia blog lah. pasal rumahtangga tak masuk, itu lain cerita, tak boleh cerita kat sini. rahsia...................aku ni selalu dok berangan nak buat blog yg cun, yg jadik masalah.... aku ni bukan berpengetahuan dlm bidang teknologi komputer. kalau suruh masak asam pedas, bila2 aku boleh.
niat nak belajar dgn cara baca tutorial dari blogger2 lain selalu ada. memang aku nak cuba. dah pernah cuba sekali........huh, entah apa yg aku dah buat....blog aku jadik kosong......hilang semua catatan yg aku dh buat. berpeluh aku dibuatnya........aduh! aku mengeluh panjang sampaikan suami aku perasan yg muka aku macam nak pitam masa tu. dah sekarang ni, aku macam dh takut nak ikut tutorial diorang. niat tinggal niat kot.
berniat tetapi kalau tak ditunaikan macam membazirkan. walaupun kekadang perasaan takut tu ada, tapi ia akan berbaloi kalau apa yg kita niatkan itu menjadik kenyataan. lebih2 lagi ia atas usaha sendiri. rasa puas hati dan bangga apabila melihat hasil tangan sendiri mula mendapat hati di kalangan mereka yg dh mantop.
bagi blogger baru macam saya, amat perlukan sokongan kawan blogger lain. dgn memberi tip atau komen jugak boleh membantu blogger macam aku bersemangat utk terus berkreatif. aku jugak kekadang jadikkan blog ini sebagai medium aku utk mengasah bakat menulis.......ngeeeee. aku sedar, usaha kena lebih, kalau nak berjaya........ untuk kawan2 jugak.
sekian.

| waaaa, napelah susah betol nak buat header blog ni.... |

Tuesday, April 12, 2011
Sindrom Hari Isnin
Assalamualaikum,
Sengaja aku masukkan entri ini di pagi Selasa kerana hari ini aku lebih bersemangat. Sindrom Pagi Isnin.... Inilah penyakit yg aku alami dari aku kat bangku sekolah hinggalah dah beranak-pinak sekarang. Bila hujung minggu, aku sungguh ceria, kononnya masa tu lah aku boleh 'berehat' lebih sikit. Maknanya tak payahlah aku pagi2 nak buat sarapan, menggosok baju atau membasuh baju awal2.
Peluang utk menyambung tidur selepas suboh mmg aku praktikkan..........hehehe. Tapi rasanya, susah aku nak sambung tidur berjam2.......baru nak lelap...anak aku dah switch on TV....arghhhhh. Dah tu selang sejam, mula jerit suruh ibu bangun,......sarapan mana? Rutin aku sbg suri rumah pun bermula.

| aduhai, malasnya nak bangun. |
Label:
Isu santai
Sunday, April 3, 2011
Bila nak tido......?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila nak tido......bukannya tak ngantuk.......memang sgt2 ngantuk tapi aku tak jadik nak masuk tido sebab sedih tak dapat buat 5 entri 2 hari nih....sobs, sobs......
Si ayah macam faham lak.......tak tegur pun sbb sayangku itu dah lama terlelap......kesian, penat bekerja cari rezeki untuk keluarga.
Anak2 dah macam kucing kekenyangan.............tu, macam garfield. Hmmm sebijik! bergolek di hadapan TV...tak mahu masuk bilik, kononnya nak tido lewat sikit............sok kan tak sekolah, ibu. Ada cita2 nak tgok filem midnite....tapi...hehehe, TV yg tgok diorang.
Kalau diikutkan mata...dh lama aku dibuai mimpi........tapi bila aku tgok kat shoutbox......ada rakan baru! Hish, rasanya tak baik kan buat org tertunggu2 jawapan kita kan......bukankah penantian itu satu penyeksaan?
Buat kopi 'o' kaw2 punya.............tak nak lah sampai tertido kat depan lappy lak nanti. Tak leh masuk bilik nanti....baru padan muka aku...hehehe. Ada rakan blogger minta follow balik.......kenalah aku follow. Alhamdulillah....tambah kenalan.
Macam2 yg bermain dlm fikiran.... antara yg aku buat aku selalu tertanya2 ialah......ramai betul bloggers muda2, pas tu majoritinya blog kepunyaan si gadis. Itu yg aku rasa lah..........kalau nak pastikan , terpaksalah aku buat survey nanti....huhuhu (sanggup ke aku?)
Okey, idea tu akan ku simpan dulu sebab kopi 'o' aku dah tak kaw lagi..........zzzzzzzz.
^ - ^Wassalam^ - ^
Label:
Isu santai
Sunday, March 27, 2011
Masa yg sesuai utk berblogging
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama yg terlintas skrng ini adalah....adakah org yg baca ngomelan aku atau jalan2 di laman blog aku ek? Ada tak yg sudi menjadi follower aku? Kepada yg sudah mengikuti blog aku yg tidak sempurna ini dn menjadi follower, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih....I luv u all......suka, sgt2 suka apabila melihat bilangan follower bertambah (w/pun seciput jek). Bagi aku itu dh boleh memberikan aku semangat utk berblogging dgn lebih tekun dan menulis pengisian2 yg lebih mantap.
Bila masa yg sesuai utk aku berblogging? susah nak cakap lah. Kekadang idea dtg tetiba shj. Tidak menjadi masalah bg aku kerana aku surirumah sepenuh masa. Apabila ada masa terluang jemariku akan berada di laptop. Walaupun begitu, tanggungjawab sbg ibu dan isteri tak pernah aku tinggalkan......rasanya lah.
Waktu malam adalah masa aku bersama keluarga kecuali di hujung minggu. Itupun kalau kami tidak ke mana2 lah. Aku cuba elakkan dari berblogging di waktu malam dan kekadang bila idea dtg aku catat dulu di dlm buku nota. Takut lupalah pulak kan.
Aku dah kira...........kalau satu hari aku tulis 5 entri, 1 bulan = 5 x 30 hari ialah 150 entri semuanya. Itu dh cukup banyak bg aku sbg blogger baru. Blog aku nih ibarat bayi yg baru 3 bulan, belum pandai apa2 pun......
Kalau bayi memang lah suka nangis sebab belum pandai bercakap lagi. Bagi blog yg masih muda bayi nih, eh nampak tak semangat nak tengok kan? Sebenarnya cemburu gak tengok blogger baru yg dh terer, ha..ha...kena fikir positif. Aku kenalah berusaha dan belajar lagi kalau nak berjaya kan.
Jom study sama-sama......
Sekian sudah...........

Friday, March 25, 2011
Gila-gila Blogger
Assalamualaikum,
Sebenarnya mataku dh naik berpinar, jemariku dh mula kebas, tp aku tak leh nak berhenti dr berbeloging. Aaaah, penyakit apakah itu? Kalau itu sejenis penyakit eeee.... takutnya. Apakah itu yg dinamakan giler berbeloging. Musykil..... sungguh musykil. Korang dapat bayangkan tak wajah blogger yg dh naik giler tu?
Ha ha ha..... dari pencarian aku di google, aku menyenaraikan beberapa wajah2 menarik yg dikenali sebagai wajah gila-gila blogger. Korang bolehlah pilih yg mana korang suka. Oppsss ini bukan contest pilih wajah tau....hanya suka-suka jer.
Harap2 lah kita sama-sama tak jadik giler dek penangan berbelog ye. Bg surirumah yg dh mula berbelog tu......jgn sampai suami dn anak2 makan mee maggi udah ler. Haru-biru nanti..................Jangan terlupa apa tujuan asal kita berbelog......ha. Cakap kasarnya, jgn salah guna lah. Kalau si suami dh mula jeling...paham2 lah. Kalau suami dh mula cemburu, parah jadinya. Lepas cemburu, dtg pulak merajuknya....lagi sadis lerrrrr.
Eh, org lelaki kalau merajuk....lagi buruk la rupanya.
Sekian...

Monday, February 21, 2011
Seronok jadik budak kecik
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
seronok jadik budak kecik ye. rasanye, aku pun nk jadik budak2 lagi lah. andainya masa boleh diputar ke belakang semula tapi .....................mana boleh. bukannya apa, aku tgok anak2 aku nih......wah, seronok betol diorang.......tinggal tunjuk, nak itu !, eh, nak ini !, ayah, nak yg tu. si ayah pulak, tgok harga....berapa?....bawah rm10, ok beli..........tetapi kalau lebih rm20.....oh. no, no, no............nnti over bajet. tau tak pe, aku kata.
apa yg diorang mintak adakalanya kena pantau jugak. tak lah semuanya dapat....kalau yg dimintak tu agak kterlaluan atau tak sesuai, aku lah yg akan menjadik pembangkang nye. anak2 tak berani nak lawan...........hah, garang nye aku. baru tau...............
hah, telinga apa lak nih. nak kata telinga rabbit...ih, bulat lak. hai, ini yg dia nk sangat ker. ada lampu tu. dh gi sana pun malam2.......benda2 mcm nih memang budak2 suka....sebabnya cuma ada lampu. itu jer?..........mmmmm pelik lah, budak...budak........satu = rm 5, utk adek jer....yg lain dh beso......tak sesuai, kata aku.
bola, bola, bola.........berapa byk bola yg korang nk lagi ? yg nih lain....pandai pulak diorang jawab. ish, budak nih...........kenapa, apa yg lain nye....bulat gak. alaaaa, nk bola...........(tunjuk muka nk nangis). grrrrr, aku mula geram.....berapa harga ? 1 bola = rm 7. boleh tahan........ayahnye. suka hati ayah lah. nk belikan ker tidak, aku mengalah.
jangan tak percaya! tikus pun ada dijual............aku tertarik pulak nk singgah satu stall nih. jual mainan.......tikus dan kupu2 ni hasil tgn anak2 yatim katanya. dari Mersing........okay, tikus satu, kupu2 satu........membeli sambil menderma......dpt pahala.
hah, nape pulak gi gerai jual jeruk nih. sape yg ngidam.....bukan aku hah. tgok hadi dh jatuh cinta sama jeruk2 tu........org yg tak ngidam pun boleh meleleh air liur...........beli, jgn tak beli.........
kah, kah, kah......ketawa lagi.......dpt tuuuuu, belon watak kartun....ha satu = rm5 tau. bukan tu aja.....ada lagi, kucing bernyawa (kalau ada bateri) = rm8, tiger bernyanyi = rm7, key chain 1= rm5...beli 3, dinner dan lunch ( tak kira ler...ayah belanja daaaa)......
uh, seronoknye jadik budak yeeeee
........abis daaaa.
wassalam.
seronok jadik budak kecik ye. rasanye, aku pun nk jadik budak2 lagi lah. andainya masa boleh diputar ke belakang semula tapi .....................mana boleh. bukannya apa, aku tgok anak2 aku nih......wah, seronok betol diorang.......tinggal tunjuk, nak itu !, eh, nak ini !, ayah, nak yg tu. si ayah pulak, tgok harga....berapa?....bawah rm10, ok beli..........tetapi kalau lebih rm20.....oh. no, no, no............nnti over bajet. tau tak pe, aku kata.
apa yg diorang mintak adakalanya kena pantau jugak. tak lah semuanya dapat....kalau yg dimintak tu agak kterlaluan atau tak sesuai, aku lah yg akan menjadik pembangkang nye. anak2 tak berani nak lawan...........hah, garang nye aku. baru tau...............
hah, telinga apa lak nih. nak kata telinga rabbit...ih, bulat lak. hai, ini yg dia nk sangat ker. ada lampu tu. dh gi sana pun malam2.......benda2 mcm nih memang budak2 suka....sebabnya cuma ada lampu. itu jer?..........mmmmm pelik lah, budak...budak........satu = rm 5, utk adek jer....yg lain dh beso......tak sesuai, kata aku.
bola, bola, bola.........berapa byk bola yg korang nk lagi ? yg nih lain....pandai pulak diorang jawab. ish, budak nih...........kenapa, apa yg lain nye....bulat gak. alaaaa, nk bola...........(tunjuk muka nk nangis). grrrrr, aku mula geram.....berapa harga ? 1 bola = rm 7. boleh tahan........ayahnye. suka hati ayah lah. nk belikan ker tidak, aku mengalah.
| 1 tikus = rm1 |
| 1 kupu2 = rm1 |
hah, nape pulak gi gerai jual jeruk nih. sape yg ngidam.....bukan aku hah. tgok hadi dh jatuh cinta sama jeruk2 tu........org yg tak ngidam pun boleh meleleh air liur...........beli, jgn tak beli.........
![]() |
| 3= rm10 |
ih,apake benda lah pulak............
eh, boleh terbang ke?
uh, ada lampu pulak?
hmmmm, layan............
kah, kah, kah......ketawa lagi.......dpt tuuuuu, belon watak kartun....ha satu = rm5 tau. bukan tu aja.....ada lagi, kucing bernyawa (kalau ada bateri) = rm8, tiger bernyanyi = rm7, key chain 1= rm5...beli 3, dinner dan lunch ( tak kira ler...ayah belanja daaaa)......
uh, seronoknye jadik budak yeeeee
........abis daaaa.
wassalam.
Label:
Isu santai,
Keluarga
Blog Yg Sunyi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku suka melihat org lain suka,............ suka, suka, suka (kata upin & ipin)
Hari Jumaat (28 Januari, 2011) merupakan hari pertama aku join minat mcm bloggers lain. Rasa teringin dan ingin tahu dan ingin melihat sendiri blog2 org lain amat2lah tak dapat aku melawannye. melonjak2 jer rasanye.......eh kau tak rasa mcm tu ker masa mula2 kau berblog dulu? Aku nk blog sendiri....mana tahu satu hari nanti blog aku gak akan popular mcm blog org lain....(ceh, berangan nye aku).
Sehinggalah hari ini, aku dok menulis apa2 yg aku rasa nk tulis (melepas gian ler) selepas menunggu saat ni dr dulu lg. Hari2 aku cuba mencari input...kalau ada, adalah............kalau takder,..........aku tidor jer lah. Org nk kata aku syok sendiri (SS)....no kisah........i do not marah.........biasa lah tuuuuu. Aku cuma promot kat FB aku jek.....kira ok lah tu. Apa yg penting aku dh ada blog dan akan aku gunakannya sesuka hati aku........
Blog aku sunyi......? pengikut pun tak seberapa....ciput jer........eh, aku tak marah. diorang belum kenal aku nih. relax ler.......sabo.......jgn gelabah org kata. aku akan teruskan aktiviti BW aku. kot2 tersangkut kat mana2 blog, ada pulak org nk join jejak-jejak aku kan! ummmm berangan lagik.![]() |
| oh, tidak! jgn nangis........ |
Sebenonya aku tak rasa pun aku cakap sorang2.....sbb aku tulis pun sorang2, masa tulis pun aku tak bercakap....nak cakap dgn sape......uh dgn skrin laptop ker? kekadang jer tertanya2....ada ker org nk jln kat blog aku yek? emmmmm malas nak pikir lah...........ada tak org yg ketawakan ngomelan aku nih?........eh, jgn dok tanya lah...........it's ok, it's alright, taik kambing bulat-bulat, lebih sedap dr coklat.......hahahaha. sapa pernah makan...........bukan akuuuuuu. org yg kata gitu, i followwwww.
![]() |
| tengok ikan pun ok gak.......tak boring lah! |
sekian...........wassalam.
Label:
Isu santai
Tuesday, February 15, 2011
Dulu dan Sekarang
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
"Panas......cuaca yg panas, menyebbkan kelenjar2 peluhku mengembang....manik2 jernih mula muncul di celah2 bulu romaku......uh panas hari ni. mana kipas...ah mana kipas, bukak 5.......uh panas."
itulah antara keluhan di musim panas khatulistiwa.....eem kalau ada parit ke, paya ke, sungai ke, air pancut ke.....rasa nye mcm nak terjun jer. mula lah terbayang masa jaman bebudak dulu2.........
aku ni asal nye budak bandar...tak pernah jumpa parit / paya, kalau sungai adalah......itu pun cetek jer. diorang ada letak papan tanda tepi sungai, " Sungai Sembrong"...jadik aku rasa itu sungai lah w/pun cetek.
bila pindah ke KT.....tanah FELDA kelapa sawit, aku jumpa byk paya / parit. wah seronoknye.......hari2 mandi kat paya yg sejuk dan jernih airnya........ byk ikan dan udang lagik. boleh tangkap guna tgn jer. umpan nye guna biji kelapa sawit yg digaul dgn tepung.....menu istimewa utk ikan seluang.......kalau tangkap udang guna pongkes jer, gerenti berlumba2 udang masuk.........pas tu balik umah, udang tu jadik lauk mkn tghari / malam, mandi pong guna pelampung ori...keh keh, x pyh beli, guna kain batik mak aku ler........wat contest pelampung sape pling beso. tp jaga2 jgn smpi pelampung tu..terbukak.....ehem........byk lagik kenangan aku masa kecik2 dulu. x larat nk taip......itu DULU!
SEKARANG ini ........paya tmpt aku berkubang tu dh cetek airnye, xde org yg sudi main 'somersop', takut terkehel leher lak......w/pun air masih jernih tp xsama lagik.......ikan , udang dh xde yg menyorok di bawah lumut tepi paya.......tapi masa aku balik kg cuti CNY lalu.......terjadilah cerita....

tuuu diaaaa, anak2 aku dh terjun itu paya............aiks sampai lutut korang jer. tempat jatuh lagi dikenang apalagi tempat berkubang ! inilah tempat ibu diorang berkubang dolu2..hehehe. kesian lar anak2 aku ni.......xdpt gi Wet World B.P., paya dlm kebon kelapa sawit pong cukuplah......diorang hapi gak, asalkan dpt main air........budak2 lar katakan.........

wahhh sejuk nye, aaa hadi pegang tgn kakak....eeee kaki kakak tenggelam....hahaha, mereka nampak nye mmg teruja....aku......hanya senyum,( dlm hati....aku pong nk terjun rasanye ).

apalah kakak...biar hadi dgn hakim plak......best nye, sejuk.......ayah...nk mandi boleh?.....jernih lar. jom, jom kita gi atas sikit...tu ada tempat luas tu....sini sempit sgt, kata ayahnye. jeng, jeng, jeng tanpa membuang masa mereka mengikut ayahnye menjelajah kebon ituuuuu. i follow............

hehehe...aqilah dh siap2 nk berendam.......okay...posing dulu, klik!
gedebusssss, giliran kakak...yeeeh, aqilah...seluar kakak ada belon...kah, kah, kah. adik nye ikut ketawa.......seronok betol mereka. aku....senyum jer.
wow.......hadi & hakim dh mula lupa diri......bila dh masuk dlm air.....tak payah bg arahan, diorang tahu apa nk buat.....main air puas2 lar. aku dan ayahnye.........saling berpandangan....aik nk join sama ker, tanya ayahnye. ish...gila ker......tak nak lah, kang jadi badak berendam kang, jawab aku. sengih lagi.....
aku...jadi jurufoto diorang jadik ler.....kalau DULU aku mandi paya tak pakai baju......pakai seluar kecik jer. tp anak2 aku ni tak nak bukak baju...malu...diorang kata. alamak.....aku dulu tak malu kot! paya ni terletak dekat dgn jalan.......adalah beberapa kereta, motor lalu.......semua yg nampak tersengih. mesti diorang ketawa dlm hati...sape lak yg jakun sgt sampai sanggup berkubang kat paya cetek ni........
aku sibuk klik, klik......eh, dh lama nih. mane ayahnye pulak ni. budak2 dh biru bibir......jom kita balik! eh, mane ayahnye niiiii
aik, jauh di sana........dia melepaskan gian memancing rupanye........
hai, dlm parit kecik pong ada ikan ker ayahnye.........adaaaa, tengok tu, berebut-rebut makan umpan. eh, ye ker, tak caya lah....... betol! marilah tengok, jerit ayahnye.
alah, anak seluang jer......DULU, ibu tangkap mak seluang, sedap kalau digoreng. fuhhh, marvelous!!! hah.....cepat, cepat, cepat...sape nak tengok ikan......., ayahnye memanggil anak2. banyaknye ayah dapat ikan........ha, inilah ikan seluang, okay....dah tengok......ayah nak lepaskan balik....biar dia beso........ bye, bye, ikan..........anak2 aku tersenyum.........puas.
dlm perjalanan pulang, aku terfikir....adakah lagi paya itu 10 thn akan dtg?.........kepada semua, sayangilah sungai / paya / parit kita.

Subscribe to:
Comments (Atom)