Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Thursday, March 31, 2011

Kalau, engkau berkalau......

Assalamualaikum,

Pernah sebut perkataan KALAU........
Adakah perkataan KALAU sudah sebati dibibir munggil mu itu........
Masalah tidak akan ada KALAU........

Bagi yg masih dara dan teruna, KALAU lah aku ada pakwe/makwe...mesti dpt sambut valentine day !
Bagi si tua , KALAU aku muda lagi.......nak jer aku kawen dgn janda berhias tuuuu. ( hish, tua keladi tu)
Bagi si mat rempit kapcai, KALAU aku dpt sebijik RXZ....ramai minah rempit aku dpt tackle eh.
Bagi si bohsia, KALAU dato' tu ada dlm genggaman, uh, tido dalam duit ler akuu...huhuhu.

Berapa banyak KALAU daaaaa, nak aku listkan banyak2......maaf ler, aku tak sudi nak memerah otak time cam nih. 

Jom cuci mata..........

KALAU lah aku banyak duit!

KALAU lah aku tinggal dalam banglo yg mewah


KALAU lah dpt sebijk kereta mewah ni, satu cukup la......tak mahu tamak maaaaa


KALAU lah anak2 berpendidikan tinggi, kerja pun jawatan tinggi, gaji pun tinggi, so masuk akaun pa & ma pun tinggi!


Kesemuanya adakah akan menjamin untuk mewujudkan ......ini?


  ^ - ^SEBUAH KELUARGA YANG SAKINAH^ - ^



SEKIAN  dulu.............fikir2  di waktu makan tengahari.

Eh, macam pernah nampak dia tuuuuu

Assalamualaikum,

Walaupun matahari telah lama berlabuh di ufuk barat tetapi mataku seakan semakin segar-bugar.........ibarat selepas mandi bunga gitu. Jap lagi aku nak mandi....uh, panas, panas weh.........

Pernah tengok rancangan realiti ni di TV1 RTM. Si kecil yang  bukan sahaja berbakat untuk bernasyid, berpidato malah boleh mengalunkan azan dan bertarannum lagi! Tak tahu lah aku nih, kalau dengar suara merdu, apalagi suara halus kanak2...........mencurah2 air mata aku....syahdu tu. Tahniah kepada adik2 yg berjaya hingga ke peringkat akhir. Memang hebat2 belaka........

Kenal jejaka nih.......inilah ikon kepada adik-adik yg berhasrat nak menjadik seorang da'ie. Suara jejaka nih (sekarang dh jejaka ler) selalu kita dengar kat TV9. Kalau masuk waktu solat....tuuuu kan suara budak yg masuk AQ hari tu kan. Itulah, dulu macam pernah nampak muka dia kat rancangan Mari Bertarannum...tup tup sekarang dh hensem ha.........

Masa AQ4, aku jadik penonton setia tau. Semata-mata nk tengok jejaka idaman nih.......hehehe. Opppss, aku nih layak jadik mak mertua jer........kalau dpt menantu macam tu, syukur, alhamdulillah. Maaf ler kalau aku nih berlebih2 pulak memuji-muja adek Muhammad nih. Bukannya apa, pada akulah susah nak cari jejaka spt dia pada zaman sekarang tau.......betul tak?...hah...ada yg tak setuju.......

Ada kawan aku cakap, satu dalam 1000.........itu kawan aku katalah.......Bila aku dh jadi ibu, barulah aku rasa, aduh........hebatnya cabaran zaman sekarang! Sebab tulah penting adanya rancangan2 spt ini....anak2 kita dengan secara tidak langsung dpt mengetahui apakah ciri2 utk menjadi seorang insan cemerlang ilmu akhirat dan dunia selepas menonton rancangan adik-adikku.

barisan peserta rancangan adik-adikku musim ke-2
Semoga di masa akan dtg, banyak lah rancangan realiti TV berlandaskan Islam spt adik-adikku, Akademi Al-Quran, Imam Muda dan saluran TV Islam spt Al-Hijrah dan TV Online Jakim, juga saluran radio IKIM. InsyaAllah.
* Berilah sokongan kepada mereka, kalau bukan kita yang beragama Islam...siapa lagi kan.......


Wassalam.

Wednesday, March 30, 2011

Segmen DECO DECO BENG BENG BOONG! oleh Ben Ashaari

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entah apa kena kat aku hari nih. Sibuk bebeno.......sempat up-date blog sbelah pagi............jejalan kat kawan 2 yang buat persinggahan kat blog bayi aku nih. Hatiku tetiba teringin nak join segmen ni tapi..........itu belum buat, ini belum buat,.......perghhhh. sibuk betul! betul.......tak tipu punya.

Laaa ni baru sempat...eh, sempat ke.........tapi camne pun aku dah cuba nak ringankan blog nih. Tak tahulah cun-melecun ker.........tunggang-langgang ker.....harap ada yang sudi beri komen....ya.....

NAK JOIN JUGAK, BOLEH KAN...DI SINI YA.
DECO DECO BENG BENG BOONG!!!
Kepada kawan2 semua, sudi2lah beri komen, tak kene bayaran pun, kan............hanya dengan ucapan terima kasih dan kunjungan balas yang dapat aku berikan. Semoga kita sama2 dapat naikkan rating followers masing2.....

Salam perkenalan................

Blog Review Assignment 4 Oleh Jejaka Terhangat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


dah menjejaki di diana-senyum-senyum

........aku tertarik........kerana apa?

yang best tentang blog ini
  • kemas dan ringkas
  • ikon2 di sidebar nampak tersusun
  • ada link yg comey diletak di page sebelah atas
  • siap dgn tanda like FB.....(apa nak sebut ek........tak tau la pulak)
  • diletakkan link ke entri2 yg lepas....(aku pernah buat tapi tak jadi.....grrrrrr)

tapi, ada gak yg tak kena..........jgn marah ye....tuan tanah.

yang perlu diperbaiki
  • header nampak sgt simple....kalau letak gambo, lagi meriah kot
  • nama URL tu tak nampak lah

adek aku dah ditag.


**sekian sudah

Tuesday, March 29, 2011

RESDUNG : Risiko Jangkitan Otak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa bezanya resdung dengan demam selsema biasa dan alahan hidung? Ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan. Pakar perubatan menjelaskan bahawa jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itulah resdung.


Cara terbaik untuk mencegah resdung adalah dengan merawat gejala2 hidung segera.
Gejala resdung :
  1. hidung tersumbat
  2. lendir drpd hidung dan tekak
  3. muka berasa sakit dan berat terutamanya pd bahagian antara mata
  4. sakit tekak berpanjangan dan berulang2
  5. demam atau rasa tidak sedap badan yg berpanjangan
  6. gejala alahan hidung spt bersin, gatal hidung dan sbgnya

Punca resdung :
  1. susunan tulang dalaman hidung yg sempit
  2. hidung bengkak
  3. mandi dan terjun di dalam air kotor
  4. jangkitan gigi atas
  5. ketumbuhan di dalam hidung
  6. objek dimasukkan ke dlm hidung spt putik kapas/kertas
  7. tisu belakang hidung yg bengkak

Komplikasi resdung :
  1. jangkitan nanah sekeliling kawasan mata
  2. jangkitan otak (meningitis)
  3. sakit tekak yg kronik
  4. jangkitan tulang muka
  5. memburukkan keadaan lelah
  6. berdengkur dgn kronik
  7. jangkitan telinga dan tonsil
  8. alahan hidung/hidung sensitif
  9. selsema biasa yg melarat
Namun, dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat yg bersesuaian.

Sekian sudah.

Ambang Sore

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Subhanallah......indahnya



sekali lagi aku merasa segar
menyedut udara rahmat di subuh hari
syukur aku kepada-Nya
nikmat dan peluang diberi seperti dijanji
tanpa perlu ditagih lagi

jangan merasa gundah andai harimu
hanya didatangi duka dan air mata
lihatlah kepada kejadian alam ini
mereka sentiasa datang menghiburmu
tanpa kamu sedar

aku dan engkau makhluk Illahi
mensyukuri nikmat-Nya
jangan sesekali lupa menadah tangan
pabila hati merasa walang
sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penyayang
warna di ambang sore menjelma lagi
tanpa diminta mentari melabuh tirainya
dan berjanjilah sang alam
sinar esok pasti menanti
hanya aku dan engkau
hidup dan mati hanyalah kerana-Mu



Nukilan : hitam manis

Playstation

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya semua org dah tahu apa tu plystation (PS) kan. Di zaman skrng nih bebudak kecik pun dah tahu........lagi terer diorang ni. Budak 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 tahun dah tahu bercakap ttng PS. Budak 3 tahun ke bawah pun dh tahu sebut, cuma mereke tu blum pandai cakap jer.

Apa nak jawab kalau anak minta PS?

Adakah anda akan menjawab begini......

  • eh, mana boleh, itu game utk budak beso jer.
  • hep, tak boleh,...... mintak yg bukan2 lah budak nih.
  • hish, mahal tuuuu, tgok harga dia....kalau beli lauk cukup utk makan satu minggu.
atau begini..........
  • ok, kalau abg dapat 5A...ayah belikan.....ya....
  • ya,ya...........nantilah kalau ayah ada duit lebih ya.

ataupun begini........
  • kalau kau sebut lagi perkataan tu, aku sepak muka kau.

Manakah jawapan yg sesuai ek? anak2 memang suka kalau disogok dgn perkara2 yg disukai. walauapa sekali pun jawapan yg diberi, apa yg penting biarlah si kecil merasa puas hati. Apa salahnya jika pada masa bersantai benarkan mereka melakukan aktiviti yg mereka gemari. Di sinilah peranan ibu bapa utk menasihatkan anak2 supaya pandai membahagikan masa mereka.

Si kecil yg masih di peringkat sekolah rendah perlu dibimbing dan bagi remaja, walaupun dh masuk ke alam dewasa......ingatlah....jika anda masih belajar, tumpuan masa pada pelajaran mesti lebih dari menghabiskan masa dgn aktiviti yg tidak berfaedah.

Gitulah seadanya........sekian.

Celik Al-Quran

Assalamualaikum,


Celik al-quran tajuk catatan pagi ini. Rancangan AQ di TV 9 telah berjaya menarik minat ramai penonton pada semua peringkat umur. Alhamdulillah kerana ada rancangan realiti yg bertemakan kitab suci di mana ia menguji pembacaan kitab suci dari segi qiraat, tarannum tajwid dan fasohah dgn betul.

Hebat, mmg sgt hebat juara2 AQ dari AQ1 hinggalah AQ5 yg lepas. "Saya bukanlah handal sangat, namun nampaknya malam ini ia rezeki saya." Itu antara ucapan sang juara. Aku dan suami memang telah menjangka Mohd. Syahriansyah Apin akan bergelar juara.......hah, betul pun. Peserta yg lain hebat jugak, byk hebatnya kalau dibandingkan dgn aku nih.
finalis AQ5

Aku adalah diibarat baru nak merangkak dlm mendalami ilmu pembacaan al-quran. Byk kurang dlm pengetahuan tajwid, fasohah apalagi tarannumnya. Namun, semalam hati aku berbunga2 apabila guru pengajian aku menyatakan kelas tarannum akan diadakan dlm masa terdekat ini. "Saya tahu, awak nak belajar tarannum kan. Saya akan uruskan. InsyaAllah". Itulah yg dinyatakan. MasyaAllah........aku gembira yg amat..........Cita2 ku sekarang hanyalah utk mendalami dan mengenali kitab suci al-quran selain menjadi isteri yg solehah. Amin.

Wassalam.

singgah sekejap

Assalamualaikum,

Aku tersedar dari mimpi.......alamak, sakitnya perut. Mesti kena asam pedas siang tadi nih...........tulah makan tak pandang kanan kiri, siap hirup kuah lagi. eh, buruk bebeno ler pe'el.........apa boleh buat, sedap...........


Aku dok perhati laptop di atas meja. Aku berbisik, hari ni aku tak sentuh ko lagi ek. Online sat lar.........buat up-date blog boleh ni.

Singgah lah sekejap.............

Bicara IT

Assalamualaikum,

Bertemu lagi.........

Bila dah jatuh cinta memang semua indah belaka. Halangan yg datang mampu ditentang. Wah, terernya aku. Walaupun memang sah tak cukup tido tp akan ku redeem balik waktu itu. Aku tak boleh lepaskan peluang nih, ada depan mata tu.

PC yg agak berusia ada, modem celcom broadband pun ada............apa tunggu lagi. Baik aku cuba, camne gaya nya nanti. PC aku ni dh berkurun, utk anak2 aku bukak game kegemaran dia. Kekadang aku pun tumpang sama gak. Agak ketinggalan, slow betul.........masih guna IE versi lama sbg medium jalur internet.

Uh, letih nak tunggu......keluar pulak arahan supaya install Firefox @ safari @ google chrome @ IE8. Aku bukannya tahu apa ke benda tu semua. Aku pun cuba lah installkn  google chrome, tmbh ikon utk internet. Mozilla firefox aku dh guna, kali ini guna google chrome pulak lah. Kata org sama jer kedua2 tu. Nk tengok sendiri lah.

Aku yg buta IT ni, baru nk belajo.......apa tu...cuba, try, test.......kalau menjadi kira bagus lah tuuuu. Pandai gak aku ek? Bukak akaun yahoo, buat blog, bukak akaun FB dan macam2 lagi aku dh buat. Semua nya buat sendiri...........kalau berhasil kepuasannya mmmmm mngasyikkan. Tapi kalau ada masalah...uh, macam serik dah pulak.
walaupun dh lama tp berjasa

entahlah........

sambung cerita pabila berkesempatan. sekian.

Monday, March 28, 2011

Bila aku jadi SU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku pandang jam di dinding, adoi.....dah pukul 3 pagi. Uh, kelat mata aku.........tapi tak boleh lelap gak. Bukannya penangan kacip fatimah super power atau pearl cafe buat aku jadi gini.........


Ini ayahnya lah punya pasal....aku baru nak masuk tido, dia panggil minta tolong taipkan kertas kerja. Aku ok jer...ingatkan sikit, tapi eh....tak habis2 ayahnya bukak nota dia, tambah sikit kat sini, tambah sikit kat sana.........masa pun berlalu. Argh, kepala tak pening, cuma mata dh letih, jemari pun dh mula tak semangat nak tekan keyboard. Alamak nak print pulak tak boleh.........lagi satu problem! Pening kepala SU lah.

Alamat, sok laptop nih akan di bawa kerja lah. Oh, tidak..........tetiba jer aku dpt semangat nk tulis di laman blog nih walaupun dh dinihari.....ayam dh berkokok hah!

Agaknya macam tu lah penatnya jadi setiausaha kpd bos. Dpt bos yg nak cepat, tak boleh sabo2.......berasap gak nak siapkan kerja ek? Rambut aku dh mengerbang, tangan dh letih nak menaip.........aku stop lah dulu. Cukup lah satu entri untuk hari ini.   Apa boleh buat...........kalu ada masa, malam ni aku up-date lagi. Itu pun kalau tak kena jeling dgn bos aku ( ayahnya ).

sekian sudah........

Sunday, March 27, 2011

Masa yg sesuai utk berblogging

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 

Pertama yg terlintas skrng ini adalah....adakah org yg baca ngomelan aku atau jalan2 di laman blog aku ek? Ada tak yg sudi menjadi follower aku? Kepada yg sudah mengikuti blog aku yg tidak sempurna ini dn menjadi follower, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih....I luv u all......suka, sgt2 suka apabila melihat bilangan follower bertambah (w/pun seciput jek). Bagi aku itu dh boleh memberikan aku semangat utk berblogging dgn lebih tekun dan menulis pengisian2 yg lebih mantap.

Bila masa yg sesuai utk aku berblogging? susah nak cakap lah. Kekadang idea dtg tetiba shj. Tidak menjadi masalah bg aku kerana aku surirumah sepenuh masa. Apabila ada masa terluang jemariku akan berada di laptop. Walaupun begitu, tanggungjawab sbg ibu dan isteri tak pernah aku tinggalkan......rasanya lah.

Waktu malam adalah masa aku bersama keluarga kecuali di hujung minggu. Itupun kalau kami tidak ke mana2 lah. Aku cuba elakkan dari berblogging di waktu malam dan kekadang bila idea dtg aku catat dulu di dlm buku nota. Takut lupalah pulak kan.

Aku dah kira...........kalau satu hari aku tulis 5 entri, 1 bulan = 5 x 30 hari ialah 150 entri semuanya. Itu dh cukup banyak bg aku sbg blogger baru. Blog aku nih ibarat bayi yg baru 3 bulan, belum pandai apa2 pun......


Kalau bayi memang lah suka nangis sebab belum pandai bercakap lagi. Bagi blog yg masih muda bayi nih, eh nampak tak semangat nak tengok kan? Sebenarnya cemburu gak tengok blogger baru yg dh terer, ha..ha...kena fikir positif. Aku kenalah berusaha dan belajar lagi kalau nak berjaya kan.


Jom study sama-sama......


Sekian sudah...........

Saturday, March 26, 2011

Uh...huuuuuah.....ngantuknya!

Assalamualaikum,


Lepas makan mesti rasa mengantuk. Kenapa ek? Tapi yg peliknya anak2 aku tak pulak ngantuk, semakin ligat dia bermain .......Tatkala mata aku seakan2 tak boleh dibuka, anak2 aku terjerit2 bermain sesama mereka. Rasanya kalau kepala aku diletak kat bantal, mau hanyut dibuai mimpi nih.

Hish, aku kena kawal.......tak boleh biarkan budak2 ni main jer. Minggu depan ada ujian bulanan, apa persediaan diorang ek? Itu yg aku kena check........Si kakak ada kelas 'Magic Grammar' di sekolah. Yg 3 org lagi kat rumah......dh macam superman & superwoman.

Aku mengarahkan diorang ambil buku tutorial diorang masing2. Hah, buat latihan sekarang, dh belajo sampai tajuk mana.......buat sampai situ ya. Aku pun mula bagi arahan. Tersenyum melihat diorang akur dgn perintah aku. Mereka duduk bersusun di kerusi ruang tamu, buka buku masing2 dan suasana senyap...........tak lama selepas itu terdengar suara berbual2, aku menegur lagi........hep, kenapa bising tuuuuuu.

Senyap.....senyap.....senyap, eh, kenapa senyap jer ek? Laaaaa.......tidur keeeeee

Uh, sebelum tu bukan main ligat diorang bergurau2, bila tiba masa suruh bukak buku....lain pulak jadi nya. Camne tuuuuuuu...........


Sekian dulu.

Wahai anak........

Assalamualaikum,

Wahai, anakku ......kenapa susah nak bangun pagi ?


Pagi ini aku berjalan2 di maya, menjelajah dan mencari tip2 bagaimana utk mengejut anak yg susah bangun pagi. Mungkinkah ada ibu2 lain yg hadapi masalah sama spt aku? Cubalah tip2 ini bersama...........

1. Perhatikan perilaku anak tidur
  • bertanya kenapa si kecil tidak boleh tidur.
  • elak dari minum minuman yg berkafein pada sebelah petang atau malam.

2. Pastikan tidur dgn kadar waktu yg betul
  • tempoh tidur yg cukup bg kanak-kanak adalah antara 8 hingga 9 jam.

3. Guna cara yg berbeza utk membangunkan anak
  • setiap anak ada cara yg berbeza utk bangun pagi spt menggunakan jam loceng, menghidupkan lampu bilik    atau mengoncang-goncangkan badan.
  •  pilih cara yg sesuai utk anak

4. Buat sarapan kegemaran anak
  • menyatakan apakah sarapan pagi yg disediakan boleh menarik minat anak utk bangun pagi

5. Berikan tanggungjawab yg sesuai
  • anak tidak akan khayal menonton TV atau DVD, bermain video game jika  diberi tugasan yg sesuai dgn umur anak.
  • ibu dan ayah perlu membantu di dalam menarik minat anak melakukan kerja2 spt menyapu halaman, membasuh kasut sekolah, melipat pakaian atau menyiram pokok bunga.
  • aktiviti2 tersebut boleh menyebabkan anak2 masuk tidur awal
Artikel di atas saya perolehi dari penulis ini, cari dalam info dialah....selamat membaca.


Wassalam.

Friday, March 25, 2011

Gila-gila Blogger

Assalamualaikum,

Sebenarnya mataku dh naik berpinar, jemariku dh mula kebas, tp aku tak leh nak berhenti dr berbeloging. Aaaah, penyakit apakah itu? Kalau itu sejenis penyakit eeee.... takutnya. Apakah itu yg dinamakan giler berbeloging. Musykil..... sungguh musykil. Korang dapat bayangkan tak wajah blogger yg dh naik giler tu?
Ha ha ha..... dari pencarian aku di google, aku menyenaraikan beberapa wajah2 menarik yg dikenali sebagai wajah gila-gila blogger. Korang bolehlah pilih yg mana korang suka. Oppsss ini bukan contest pilih wajah tau....hanya suka-suka jer.


Harap2 lah kita sama-sama tak jadik giler dek penangan berbelog ye. Bg surirumah yg dh mula berbelog tu......jgn sampai suami dn anak2 makan mee maggi udah ler. Haru-biru nanti..................Jangan terlupa apa tujuan asal kita berbelog......ha. Cakap kasarnya, jgn salah guna lah. Kalau si suami dh mula jeling...paham2 lah. Kalau suami dh mula cemburu, parah jadinya. Lepas cemburu, dtg pulak merajuknya....lagi sadis lerrrrr.


Eh, org lelaki kalau merajuk....lagi buruk la rupanya.

Sekian...

Kenapa Aku Ada Blog?

Assalamualaikum,

Kenapa aku ada blog? Kenapa ek.......dulu.... aku tak tahu pun apa itu blog, tak nak pun ambil tahu siapa blogger popular ke, blogger terkaya ke........tak peduli.

Entahlah,
  • bila aku terbaca mengenai seorang pelajar yg buat duit dr penulisannya dlm blog, aku hanya kata untungnya dia.......
  • bila aku terbaca mengenai surirumah dpt duit hanya dgn berblog, aku hanya kata bertuahnya dia......
Tetapi,
  • bila aku jumpa blog anak sedara aku...uh, tak boleh jadik ni, aku pun nak ada blog.........
  • bila aku tahu adik aku pun ada blog, lagilah berkobar semangat tu....

Bila dh ada blog ni, mula lah pening kepala :
  • camne nk hias blog
  • camne nk promote blog
  • camne nk cedok idea wat karangan
Masalah timbul bila aku bukan arif pasal IT, terkontang-kanting aku perah otak.........apa aku buat? jalan2 di alam maya leeee, sambil menyelam minum air....hehehe
  • jalan-jalan cari kawan utk tambah follower
  • jalan-jalan cari pengetahuan dr blogger yg dh otai
  • jalan-jalan cari contoh yg boleh di copy & paste (biasanya kat google la)
  • jalan-jalan kat FB sambil promote blog la
  • jalan-jalan dlm kotak komen blogger lain
  • jalan-jalan kat shoutbox blogger lain
Mana tahu kalau2 ada blogger terperasan kan. Ada terniat nk buat duit? Kelebihan tu mungkin tak terfikir sekarang ini sbb blog aku blum dikenali. Buat masa ni, aku tulis apa yg terlintas dlm fikiran. Bab nk buat biznis, mungkin pd masa akan dtg lah. InsyaAllah.

Gitulah seadanya, wassalam.

Jangan cakap "Ada aku kisah".

Assalamualaikum,

Perkataan "ada aku kisah", "apa aku kisah" macam tak memberi apa2 makna tetapi bagi aku...eeee tak suka, tak suka, tak suka.....bengang betul bila anak2 aku ada menjawab, "ada aku kisah" bila aku menyuruhnya buat sesuatu........hish, dag dug, dag dug jantung aku, lubang hidung kembang kempis spt sang lembu naik minyak.

Ada satu kisah nih...korang kena ambil kisah, jgn buat tak kisah..........wajib ambil kisah,

mmmm sedapnya!

"Anda adalah apa yang anda makan". Aku sbg seorang ibu adakalanya pening memikirkan  penyediaan makanan berkhasiat utk keluarga. Aku amat ambil kisah bab2 sumber makanan halal sebab semua yg kita makan akan menjadi darah dan daging kita. Uh, masalah gelatin timbul lagi.....

Gelatin telah menjadi isu hangat di seluruh dunia. Ha....korang kena ambil kisah tau. Umat Islam perlu pastikan apa yg kita makan itu halal, bersih dan suci. Korang tau tak gelatin terkandung di dalam kebanyakan makanan yang sedap2 seperti: 
  • coklat, gula-gula
  • puding, kek, pai
  • gummi jelly, pastil berperisa
  • ais krim
  • pencuci mulut segera
  • gula-gula getah
Tahukah anda, 90% bahan yg digunakan utk membuat pencuci mulut adalah dari gelatin. Kebanyakan gelatin diperbuat dari lemak babi atau lembu. Jika dari lemak lembu, kita kena pastikan cara penyembelihannya mengikut hukum Islam pula. Untuk mengetahuinya lebih lanjut klik di sini.

dari mana datangnya gelatin?......
Sebab itulah jangan sesekali kata, "ada aku kisah". Sbagai umat Islam, kebersihan dan kesucian sesuatu makanan perlu diambil berat apalagi tentang halal haramnya. AWAS ! Jangan terpedaya dengan produk2 yg diragui sumbernya. Silalah ambil kisah.........................

Wassalam.

Gempar!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Gempar......pagi2 apabila aku pandang harian metro, terpampang kisah remaja kecewa dalam percintaan cuba mengakhiri hidupnya. Dalam bahasa kasarnya ialah bunuh diri. Subhanallah....kenapalah begitu singkat pemikiran si gadis ini.  Di sini ada sedikit info, semoga ia dapat memberikan sedikit pengetahuan untuk semua.

Apa itu bunuh diri?
Bunuh diri ialah satu tindakan yg diambil utk mencabut nyawa sendiri hingga menyebabkan kematian.

Remaja yg membunuh diri biasanya mempunyai sejarah spt:
  • Konflik keluarga
  • Kegagalan personaliti
  • Kehilangan sesuatu
  • Kesukaran berkomunikasi
  • Penyalahgunaan bahan terlarang
  • Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini
Mengapakah seseorang itu cuba bunuh diri?

Antara sebab seseorang itu mengambil keputusan untuk membunuh diri ialah:
  • kemurungan
  • salah faham dengan ibu bapa
  • gagal dalam perhubungan
  • gagal dalam percintaan
  • didera
  • dibuli
  • ditinggal bersendirian
Apakah gejala awal seseorang itu hendak membunuh diri?
Sebelum membunuh diri seseorang itu menunjukkan kelakuan seperti:
  • Berperasaan
                    - sedih
                    - marah
                    - gelisah
                    - rasa bersalah
  • Menyisihkan diri dari aktiviti sosial
  • Tidak boleh tidur
  • Hilang selera makan
  • Sentiasa memikirkan tentang kematian
  • Tidak boleh melakukan aktiviti harian
  • Mendedahkan diri kepada aktiviti berikut:
                   - minum arak
                   - merokok
                   - mengambil ubat berinksripsi atau penyalahgunaan dadah
  • Perubahan kelakuan secara mendadak seperti:
                   - memberi barang yang disayangi
                   - meminta maaf
                   - bercakap tentang kematian

Bagaimanakah cara mencegah?
Minta bantuan segera;
  • bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai
  • hubungi talian bantuan seperti BEFRIENDERS
  • dapatkan nasihat keagamaan
  • jumpa doktor
Apakah yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberikan?

Ianya akan berakhir dengan KEMATIAN

Sekian.
*sumber internet

Thursday, March 24, 2011

Cemburu

Assalamualaikum,













Hati dibelenggu cemburu? Mungkin isu ini telah banyak diperkatakan. Uh, muak, jelak, leceh la, eleh ngada2 pulak....macam2 prasangka org kata mengenai cemburu nih.

Cerita cemburu juga ada dicerita oleh Saiditina Aishah, isteri Rasulullah SAW. Sesiapa berhak merasa cemburu. Mesti ada sebab seseorg itu berasa cemburu. "Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang".

Kenapa pulak nak cemburu, kalau kita dah percaya kat si dia? Kepercayaan bukan hanya diucap dibibir tetapi ia ikhlas dr lubuk hati. Maka dgn itu antara pasangan kenalah jaga kepercayaan yg diberikan oleh pasangan masing2. Tetapi apabila berlaku patah hati...ada hati yg terluka........aduhhhh, memakan masa utk diubati.


Nak salahkan siapa jika kita dilukai? Mungkin soalan demi soalan bermain2 di dalam fikiran. Apakah salah aku? Apa kurangnya aku? Kenapa terjadi kepada aku? Wahai hati, kenapa kau dilukai lagi? Begitulah, kita seperti tidak dapat menerima takdir ini. Mungkin ada mengatakan hanya org yg mengalaminya tahu betapa sakitnya bila hati disakiti. Mula2 perasaan cemburu kemudian berlaku patah hati. Ah, sudah jatuh di timpa tangga nampaknya.


Sebagai manusia biasa yg percaya pd qada' dan qadar Allah, jgnlah kita mudah merasa patah semangat. Setiap musibah yg berlaku pasti ada hikmahnya. Jika ada perasaan cemburu, pastikan ia bukan cemburu buta, jika patah hati, ubatilah hati yg luka itu. Mulalah periksa hati kita...........ada kekurangan dr segi amalan kebaikan? Solat yg tidak cukup 5 waktu atau tidak lengkap? Ada tak amalan fardhu ain yg lain selalu tertinggal?

Allah SWT berfirman maksudnya; "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepada kamu, dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh), (dgn merasai) kelaparan, dan (dgn berlakunya) kekurangan daripada harta benda, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada org yg sabar".
                                                                                                                   (Surah al-Baqarah 2: 155)

Sabar, sabarlah dgn ujian Allah. Jadikanlah ayat2 Al-Quran sbg pendamping, basahkanlah bibir dgn ayat2 suci dan zikrullah........ semoga kita tidak tersasar dari landasan Islam yg suci. Wallahualam.

Wednesday, March 23, 2011

Gersang

Assalamualaikum,

di mana ilhamku
ke mana harus ku pergi untuk mencarimu
ku gali hingga ke lubuk yg paling dalam namun sepi
gersang dalam jiwaku, mindaku 
mengapa aku tidak mampu menggapai awan itu
tanganku tidak dapat mencecah ke dasar lautan
gersang di mataku, dihatiku
gerak langkahku tersasar
aku segera menadah tangan
tiada ku jemu mencari, menggali
aku tidak mahu terus gersang
 


ilmu akhirat penting
ilmu dunia perlu
ilmu menjadi pendinding
ilmu wajib diburu
.......agar diri tidak sentiasa gersang





air mata, kau jatuh jua.......
tanpa disedari kau mengalir, basahi tanah gersang ini,
pabila alunan ayat-ayat suci mengalun
kau semakin laju mencurah
pabila alunan itu ada tarannum
suasana pilu menerpa tiba-tiba
pabila alunan itu bersuara merdu
suasana menjadi sungguh syahdu
hati merah berbunga mekar
hanya padaMu mohon keampunan


nukilan secubit rasa dari ku.

Apa Yg Aku Rasa........

Assalamualaikum,


Aman.....aku mahu dunia ini aman. Tiada kesengsaraan, kesedihan, kematian kerana perang. Pada tahun yg mana semuanya serba canggih dan manusia yg serba berkebolehan masih ada yg berfikiran ingin menguasai dan terus menguasai. Adakah mereka fikirkan tentang hak org lain utk punyai keluarga yg bahagia, pekerjaan yg diminati, kediaman yg sempurna dan negara yg aman.


Sesak dada aku apabila membaca mengenai perang sana sini. Selepas tsunami, kemudian perang........mcm tiada kesudahannya. Adakah ini petanda dunia sudah tua? Bencana alam berlaku spt bertimpa-timpa di seluruh dunia. Sekarang dunia di selaputi pula dgn masalah pencemaran radioaktif pula.

Apakah persediaan kita? Secara zahir dan batin.....adakah kita dh bersedia utk berhadapan dgn perang zaman moden ini. Kehadiran 'polis dunia' di setiap lokasi yg ada 'masalah dalaman' katanya, hanya menambahkan masalah bukan perdamaian yg diberi. Lebih menambah keperitan dan limpahan air mata kerana menangisi kehilangan semua yg dimiliki. Aduh, aku hanya mampu berdoa........

Sedih, kecewa dan berharap agar ia cepat berakhir. Ah, ngeri utk melihat mayat2 bergelimpangan, kemusnahan tempat berlindung namun senjata2 hebat terus-menerus membedil. Kita semestinya bersyukur dgn anugerah keamanan yg dinikmati di negara kita. Hiduplah dgn harmoni dlm satu negara w/pun mempunyai berbilang bangsa. Peperangan hanya merugikan......


Wassalam........

Tolong Jerit !!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Aku tertarik dgn satu petikan di dlm paper Utusan hari ini, "Wanita disaran menjerit jika diganggu". Ha, apalagi golongan wanita semua, tua atau muda yg baby pun boleh join........jom praktiskan!

Wanita yg mempunyai suara lembut dan gemersik namun jika diganggu pasti keluar suara 'power' yg boleh mengalahkan suara Raja Rimba. Apa tu, org kata, 'sarang tebuan jgn dijolok'. Kalau nk tau betapa power suara wanita...hah, cubalah! eh...semangat nampak.


Apabila menjerit pastikan mulut dibuka luas2, maka gelombang yg dikeluarkan akan terus menerjah, melanggar gegendang pak polis atau si jejaka penyelamat wanita (ada ke jejaka mcm tu ek?) Apa yg penting jeritlah sekuat hati........mcm nk keluar anak tekak pun takpe. Wanita skrng perlu berani, lebih baik jika ada pengetahuan seni mempertahankan diri. Apabila wanita keluar rumah perlu ditekankan keselamatan diri, lindungi diri dr menjadi perhatian si mata keranjang, si pencopet, si peraba-raba. Uh, byknye makhluk2 merbahaya di hutan bandar ek, bukan jer dlm hutan rimba ada haiwan buas.  

Wahai wanita2, berhati-hatilah.........jerit kuat-kuat apabila diganggu.....

^-^Wassalam ^-^


Tuesday, March 22, 2011

Gelabah bila diterjah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Khamis ( 17hb Mac, 2011)

Di satu pagi yg hening, aku dok bersembang dgn suami, tiba-tiba hp suami berdering..... Panggilan dr kampung (mertua aku) katanya. Selepas seketika berbual, talian diputuskan.  Kebetulan suami aku sedang cuti, aku merancang untuk mengemas rumah dgn bantuan suami lah. Kami jugak ingin menghilang rasa lelah selepas berpiknik semalam.

Aku meneruskan perbualan,

"Siapa yg telefon tadi",
"Adik Besah, dia nk dtg sini",
"Oh, ye ke. Bila tu",
"Entah, sok lusa kot",
"Dah lama tak telefon Kak Miah. Apa kabo dia. Ada tak dia balik kg",
"Telefon le",
"K, mana hp ayah, hp ibu takde duit",

Aku pun mendail no hp Kak Miah ( kakak ipar yg duduk di Batang Kali)

"Hello, assalamualaikum",
"Waalaikummussalam",
"Kak Miah kat mana, tak ke mana2 ke cuti sekolah ni?",
"Ha Kak Miah dlm perjalanan ke sana lah. Ni dh sampai Prt. Sulong",
"Apa, nak gi sini. Siapa lagi yg ada, mak, abah ada ikut tak?",
"Adalah 2 kereta, Besah, mak, abah ada sekali",
"Ye ke, nanti dh nak sampai telefon ye".

Aku terus offline dgn Kak Miah dan.......bang, diorang dlm perjalanan ke sini, dah sampai Prt Sulong. Bukan sok ke lusa ke.....jap lagi sampai diaorang. Suami aku termangu........eh, tak percaya ke?

Oleh kerana semalam, seharian aku tiada di rumah...maka dgn bangganye aku mengatakan rumah aku mmg betol2 tunggang-langgang. Apa lagi.......dgn ligatnya aku dan suami terus menyapai penyapu.....mengemas, menyusun,  mengelap, membasuh dan mcm2 lagi mem........

Uh, sape tak gelabah mak mertua dgn pak mertua, sekali dgn kakak ipar dan adik ipar nak dtg secara mengejut.......Nasib baik masih pagi. Perjalanan dr Muar ke rumah aku ambil masa 3 jam, sempat lah kami melakukan kerja2 kecemasan.

Fuhhh, lega bila diorang sampai aku dan suami dah bersedia menyambut mereka dgn senyuman dan pelukan. (Patutlah mata kanan aku ni asyik mengenyit2 sejak2 ni. Nak nampak org jauh rupanya..........)


Wassalam.

Menjejaki Jemari Asmara

Assalamualaikum,

Ah, mengapa aku mengeluh...........
Dah tentu aku penat,
Dan aku ambil keputusan,
 jalan-jalan cari kawan..............

oh, aku terpaut pada yang ini,


Sejambak ros berbentuk hati.....kalau ada rezeki......hadiah GA ni akan aku miliki.......
Tapi aku susah hati, aku tak mahir dalam IT, adakah aku layak menyertai?

Bukan nak mengampu, nak membodek jauh sekali,
hai Jemari Asmara ketahuilah,
Aku peminatmu.
Bukan yg pertama dan terakhir,
Aku yg terkini menjejaki laman blogmu.
Punyai minat yg sama, cuma aku takde bisnes,
hanya suka-suka.

SELAMAT BERKENALAN!


Kisah aku bersantai di pantai

Assalamualaikum,

Salam penuh ceria dari sayaaaaa. Wah, apa tak cerianye....aku dh dpt sentuhan aku semula. selepas sebulan dok menyepi aku dh jadik lemau......ha sekarang mula nk mengasap otak. Harap korang jgn serik la ikut jejak2 aku ye.

Minggu lepas adalah cuti sekolah, bukan anak2 jer yg gumbira...ibu dia gak melonjak2 nk cuti sama. Hih, suri rumah ada cuti kah? mmm musykillah....hari wanita sedunia yg lepas aku tak cuti pun, silap2 pd hari ibu ti aku lagik sibuk. Redho jer lah? Hep, jgn mengeluh.......Allahuakbar.

Jom lah aku nk crita, bg org selatan mungkin pernah pergi pantai tg. balau. Kpd korang yg dok jauh dr selatan meh aku tunjukkan.....


Inilah hasil tangan org yg tak pernah ambil gambo. ngeee.....Pantai yg landai memang sesuai utk anak2 main air tp si ibu dan ayah jgn dok khayal main air......tgok kat anak2 tuuu. Aku yg dh lama tak main air dh macam bebudak.....berjam2 dlm air, sampai kocek seluar penuh pasir....akhirnya tergaru2 sbb pasir dh tembus kat kulit...alahai! gatal lah pulak.

Beberapa jam sebelum itu si ibu ni kena perah otak nak masak menu apa. hah, menu biasa lah..........maka jadiklah spt.........


Semua goreng2 , nasi jer yg ada lemak santan.......yg lain ada lemak minyak masak. he he he...Apabila sampai di pantai, cari tempat teduh.....bawah pokok redup sikit, bentangkan tikar, susun bekalan......pas tu, jom makan! Baca doa la....hish lupa pulak anak2 aku ni. Dh kenyang barulah mandi........

Itulah masa utk kami sekeluarga bermesra, bersantai di pantai yg dh tentu indah. Suasana yg tidak panas terik membuatkan kami rasa seronok dan asyik. Aku dan suami sememangnya cuba utk mengadakan masa berkualiti bersama anak2. Ye lah, asyik kena belajor jer, sesekali nk jugak hilang kan penat lelah tu. Si ayah dan si ibu pun rasa lebih rapat dgn anak2. Hmmm......itulah ceritanye.

Anak2 adalah permata hati ibu dan ayah, corakkan dan bentukkan mereka dgn penuh kasih sayang. Semoga kita akan dapat lihat anak2 kita berjaya menjadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang di masa depan. Insya Allah.

Wassalam.

AURA YG POSITIF

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ANDA KENAL LELAKI INI?

TERANG2 NAMANYE DH TERPAMPANG......

ORG YG POPULAR ADA AURA TERSENDIRI,

SEMANGATNYE PATUT DICONTOHI.


Dato' Jimmy Choo (JC) berasal dari Pulau Pinang. Anak Malaysia yg telah berjaya melakar nama di seluruh dunia. Hasil tangannya diguna pakai oleh selebriti seluruh dunia. Tak payah ler aku senaraikan sape2 dia, korang dh maklumkan. ; )

Apa faedahnya aku tulis pasal JC ni ek? Hmmm korang tak nak berjaya mcm dia ke? Tu lah org kita ni malu utk jadik kaya. JC jadik kaya hanya buat kasut, jual kasut kat org yg nk pakai kasut. Tgok lah semangat dia kuat nk jadik terkenal.........eleh cuma kasut jer, apa ada pada kasut?.....JC tak kisah apa org kata, bila dh dpt peluang dia terus mengenggamnya. Haaa skrg dh jadik billionair. Kita ambil semangat dia tuuu.


Walaupun aku tak mampu nk pakai kasut JC, cukuplah aku rasa bangga ada jugak anak Malaysia disebut2 oleh manusia terkenal. Agak2 ada tak anak Melayu boleh berjaya spt JC? Ya, aku tahu ada anak Melayu yg dh berjaya, ada yg masuk dlm senarai org terkaya dlm Malaysia pun. Itulah......berapa org ek? Fikir2 lah sendiri.

JC dh terus melangkah, dh tak pandang ke belakang. Dia terus mengembangkan empayarnya dgn ciptaan2 baru dgn jenamanya sendiri. Kita bila lagik? Ambillah semangat JC......tak rugi. Bila dh berjaya, jadiklah jutawan yg hartawan dan dermawan. Ingat pada asal usul kita, itu yg penting tau!

Semangat....KITA BOLEH.

Monday, March 21, 2011

Jom join ramai2......

Assalamualaikum,

Hai semua teman-teman, rakan taulan, si pulan dan si pulanah......apa khabar? Agak lama gak aku menyepi dan blog aku pun dh naik sejuk. Ketika aku membelek blog aku tetiba aku ternampak kat shoutmix chat box ada nama seseorg yg tidak kukenali iaitu blogger girl ada menerjah jejak aku. Tanpa membuang masa aku klik [link]............treng teng teng

'Jom Traffic Blogger Baru'

Aku melihat nama tuan punye blog...oppss, peliknya nama dia...ayes haram lee! Aku dok terkejot kat perkataan HARAM tu.....ada ke nama org Malaysia cam tu. Aku mengagak2 bangsa tuan punye blog ni...fikir punye fikir, aku merenung sekali lagi kat nama dia.......ayesharamlee...yaaaa aku dh nampak!  Nama dia Ayesha Ramlee....betol tak? Ha ha ha...tergelak aku sorang2.....uh, tipah ni mudah tertipu la.

Aku amat berterima kasih kat cik manis ni, sudi dia tinggalkan jejak dia kat blog aku. Aku buat kputusan join bloglist gegel & bloglist boboy ni.

Selamat Berkenalan!!!!!!!