Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Julai datang lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jun sudah berlalu, Julai menjelma kini................

bongkar google cari gambar ni.....hehehe 
Selamat hari lahir utk suami tercinta pd 23hb Jun yg lepas. Terima kasih buat mu kerana sudi membawa kami makan malam di Senibong. Best......lain kali kita gi lagi ye.

Julai pula ada 2 tarikh yg perlu diingati.....Agak2 suami aku ni ingat tak? Susah ye nak agak2, sebab org lelaki ni kurang prihatin ttng tarikh2 penting dlm keluarga. Nasib baik suami aku tak lupa tarikh birthday aku. Bukannya nak mintak hadiah sgt....cukup ucap selamat udah ler.....kembang sikit kan! Tapi kalau nak bagi hadiah......jgn tolak, rezeki tu.

24hb Julai tarikh lahir anak ke-3 yg ke lapan tahun. Eh, dia ingat tau....kalau lupa pun kakak dia mesti ingatkan dia. Kakak dia boleh ingat tarikh lahir semua adik2 dia........cayalah kakak, ibu sayang kakak.

Ada satu tarikh lagi yg anak2 aku tak tahu.........12hb Julai, tarikh ayah dan ibu diorang nikah. Maknanya ulang tahun perkahwinan aku dan suami tak lama lagi nih. Tengah fikir2 nak buat apa pada hari tu........macam2 terlintas dlm kepala. Kalau tanya anak2, diorang mesti nak kek.....eh, tak jemu2 makan kek....budak2 ni.

Aku suka coklat.......terbayang pulak kek coklat penuh strawberry yg Datuk K beri kat Siti.....hahaha, berangan lebih...... aku cuba cari2 gambar kek kat google.......macam2 ada! Nak tengok.....alahai tak sanggup aku nak beri komen........speechless! you'll rasa camne........


rasa2...nak potong mana dulu

agak2...sapa kena tembak dulu..

nak ke  anda potong muka dan badan anda sendiri?....
Dah.......tak larat nak copy paste.....dah jadik tak selera lak nak makan kek......huhuhu

Wednesday, June 15, 2011

Amalan Kebahagiaan Rumah Tangga

Assalamualaikum san salam sejahtera semua,

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yg dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yg abadi.
Dalakm melayari rumahtangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yg kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding Motivasi dan keluarga, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah memberi 62 petua yg boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yg melayari rumahtangga.

  1. Doa yg berterusan
  2. Patuh ajaran agama
  3. Murah dgn pujian
  4. Murah dgn khidmat
  5. Murah dgn belaian kasih sayang
  6. Murah dgn sentuhan
  7. Mencari kebaikan pasangan
  8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda
  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri drpd setiap pertengkaran
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
  11. Menilai diri drpd perspektif pasangan
  12. Berfikiran terbuka, boleh tegur-menegur
  13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara
  14. Menilai dan memberi keutamaan dlm kehidupan
  15. Tolak-ansur
  16. Menghormati dan mengambil kira'gerak batin' (intuition) perempuan
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
  18. Sedar bahawa perselisihan kadang-kala tidak boleh dielakkan
  19. Mengubah diri utk merangsang perubahan pada pasangan
  20. Sanggup berkorban buat pasangan
  21. Menghormati pasangan
  22. Berasa amat beruntung ( dan nyatakan ) mendapat pasangan yg ada
  23. Perhubungan seksual yg sihat dan diredhai
  24. Menghormati perbezaan dlm diri pasangan
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
  27. Meletakkan hak kpd pasangan
  28. Tidak menjadi hamba kpd pasangan
  29. Berubah secara perlahan-lahan utk meningkatkan kebahagiaan
  30. Mengawal marah, buat perjanjian
  31. Mencari penyelesaian dlm situasi 'menang-menang'
  32. Muhasabah hubungan utk mencari punca masalah
  33. Menghormati sifat semulajadi pasangan
  34. Memahami peranan pasangan
  35. Hubungan perasaan sesama pasangan
  36. Jgn simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dlm hati
  37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua shj yg tahu
  38. Sengaja merancang utk membaiki hubungan suami isteri
  39. Tujuh kali puji dan satu teguran
  40. Sebut ' I love U' sepanjang masa
  41. Banyakkan bergurau dan bermesra
  42. Sentiasa berterus-terang
  43. Beri masa utk perubahan berlaku
  44. Elakkan berdebat utk mencari kebenaran
  45. Elakkan mencari salah pasangan
  46. Cari titik pertemuan
  47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
  48. Lebih banyak memberi drpd menerima
  49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas drpd pasangan
  50. Sentiasa bersemangat ketika bangun pagi, pergi kerja, balik kerja dan sbgnya
  51. Seimbangkan hubungan dr segi :  mental, pendidikan dan ilmu, emosi, fizikal dan ekonomi, sosial, spiritual
  52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
  53. Tidak terlalu mengongkong
  54. Tidak bertindak bersendirian
  55. Memberi peluang utk berbeza : pendapat atau pandangan, hobi, kegemaran, makanan, citarasa, warna pilihan dan sbgnya
  56. Humor atau lawak dr masa ke semasa
  57. Minta bantuan utk memecahkan kitaran negatif
  58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dgn masalah semasa)
  59. Tidak meminta yg bukan-bukan
  60. Bentuk undang-undang atau peraturan dlm rumahtangga
  61. Mencari kelainan dan perubahan positif
  62. Elakkan mendera pasangan dgn apa cara sekalipun


Wallahualam.

Friday, June 10, 2011

Entri di Subuh Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Suboh Jumaat yg hening, aku meneruskan jari-jemari ku menari-nari di atas keyboard. Terus melakukan tugas blogwalking.....jam menunjukkan detik 6 pagi. Oh, dah masuk waktu suboh. Aku ingin berhenti sebentar selepas melawat rakan blogger yg dah sudi menjejaki laman blog aku.

Memang ada rakan blogger yg dah follow dan ramai yg tinggal mesej di shoutbox. Aku memang berniat utk membalas balik kunjungan mereka. Entah....apa yg berlaku tadi sungguh mengecewakan.......Tidak semua rakan dapat aku kunjungi kerana tiada link. Dan entah apa masalahnya.... widget follower hilang lagi......uh, kecewa aku....

Namun ada juga yg aku dapat balas balik kunjungan dan follow mereka jugak. Rupa2nya tidak semua laman yg hilang widget follower tu. Kepada mereka yg belum di  follow, jgn risau ye...akan ada kunjungan balas dari puan HM, insyaAllah.

p/s : ini hanya entri ringkas saja.....jumpa lagi di lain masa.



Monday, May 16, 2011

Alhamdulillah, bahagianya hidup ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur aku kepada Allah SWT, dipanjangkan lagi umur untuk hari ini. Seronok bangun pagi. Subuh berjemaah, melihat anak2 pergi ke sekolah, menghantar suami hingga ke kereta untuk pergi kerja. Alangkah bahagianya hidup ini.

Syukur kerana pagi ini dikurniakan kecergasan dan lebih bersemangat. Gangguan kesihatan yg berlaku sebelum ini sedikit sebanyak memaksa aku berehat panjang dari melayari alam maya. Aku berehat dari melakukan kerja2 biasa dan hanya melakukan kerja2 ringan shj.

Bersyukur juga  kerana blogger.com dah okay. Jika tiba2 shj blog aku terpadam, rasanya utk memulakan yg baru mungkin mengambil masa. Alhamdulillah ia tidak berlaku. Mungkin ada yg perasan aku dah lama tidak menulis, bukan dah jemu.....cuma aku tidak mempunyai idea dan jika ada idea, masa pula tiada dan jika ada idea dan masa, mood pula tiada. Jika semua tu ada, tiba2 pula jatuh sakit. Uh, sungguh mencabar hidup ini.

Berbahagialah kepada mereka yg bangun pagi kerana org tua ada berkata, "rezeki di waktu pagi mudah masuk". Dan dirikanlah solat sunat dhuha......mohon lah agar kita dikurniakan rezeki bukan shj dari segi harta tetapi dikurniakan rezeki kesihatan jasad dan rohani. InsyaAllah.

Menadah tangan memohon kebahagian yg hakiki

Bercakap mengenai mencari BAHAGIA , marilah kita merujuk kepada ayat2 Al-Quran di bawah :
Ku cari bahagia abadi............

Di mana? Di sisi Tuhan....................
Firman Allah, maksudnya, " Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya." ( Surah al-Qamar 54:55 )

Bagaimana?
Dengan mengutamakan akhirat......
Firman Allah, maksudnya, " Mereka itulah orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." ( Surah al-Baqarah 2:86 )

Dengan sabar dan takwa
Firman Allah, maksudnya : " Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang bertakwa." ( Surah Hud 11:49 )

Untuk siapa?
Yang beriman dan beramal soleh.....
Firman Allah, maksudnya : " Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." ( Surah al-Ra'd 13:29 )

Yang beroleh hidayah....
Firman Allah, maksudnya : " Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan." ( Surah al-Isra' 17:97 )


p/s : berkongsi pengetahuan dari majalah Solusi.

Friday, April 29, 2011

Kalau dah pening aku pun pusing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah.........sekarang ini pun kita sedang menyedut nikmat udara, dapatlah kita bernafas. Bila kita jatuh sakit.....nikmat kesihatan kita terganggu ......kita jadi tidak keruan. Semua kerja biasa yg selalu kita buat menjadi kerja yg luar biasa. Berat kepala, mata kabur, gatal hidung......semua itu membuatkan kita tidak selesa.


Pening kepala bisa menjadikan aku benar2 bingung. Kepala pusing tidak menentu. Semua kerja biasa sudah menunggu namun mata tertutup rapat. Melayan pusingnya kepala, bingung mana satu yg nak dibuat dulu. Akhirnya, aku terduduk........diam dan tidur........

Begitulah penangan sakit kepala akibat pening menjadikan aku pusing. Aku ada banyak kaedah dan aku cuba semuanya. Kita hanya berusaha namun yg menyembuhkan itu adalah kuasa Tuhan. Kalau di pasaran sekarang bermacam2 ubat-ubatan ada dijual......

jenama panadol memang popular.....aku cuba dah!
Kekadang aku rasa malas nak makan pil2 ni. Bukannya apa macam terasa makan dadah......Ia berlaku kpd seorang ahli keluarga aku, setiap kali pening....panadol actifastlah yg ditelannya.....terus hilang pening pulak tu. Kalau aku, biarlah aku cuba cara lain dulu....dan pil2 ini adalah pilihan terakhir aku sebelum ke klinik (kalau dh terpaksa).


Boleh guna koyok untuk hilangkan pening, aku dah cuba salonpas........tapi tak sama dgn koyok zaman aku bebudak dulu. Setakat ni bolehlah membantu.


FC dari Avail ni juga boleh digunakan....renjiskan air dipermukaan pantiliner kemudian tampal dibahagian sakit. kalau pening, tampallah di bahagian kepala. InsyaAllah.......yg penting kita berusaha.

Kita diberi banyak pilihan sebenarnya. Dengan keizinan Allah jua semua penyakit akan sembuh. Dan akhir sekali jangan lupa berdoa.....




baca surah al-waqiah, amalkan 7x selesai solat.bila perlu,baca selawat 3x & ayat no 19 7x...sedut nafas 1x kemudian tiup kat air mineral senafas yg panjang perlahan2.minum & tinggalkan sikit untuk sapu kepala. InsyaAllah Mujarab.Amin.

Wednesday, April 27, 2011

Youtube oh Youtube

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepala ku amat berat, dah mula berdenyut2....nyut, nyut, nyut......adoi aiiiii. Kasihan blog picisan aku ni. Dah agak ketinggalan.....dulu kononnya aku berharap dapat buat 5 entri dalam satu hari. Apa kes.......sekarang nak buat 1 entri pun dah nyut, nyut, nyut. Kebetulan tengah tak sihat ni aku buatlah satu entri yg agak memeningkan lagi kepala aku.....huhuhu...

Video : bebudak geng basikal belajar merempit


Macam mana boleh terfikir nak buat entri ni, entah lah.......tengah pening2, dok pergi kat youtube......jalan2, jumpa pulak video budak basikal merempit...... adoi....nyut, nyut, nyut kepala aku. Masalah yg memang berlaku depan mata aku sekarang ni. Di taman perumahan aku ni ramai betul bebudak yg masih muda dan sekarang ni memang musim bebudak geng basikal buat aksi berani kat jalan2. Lagi kes yg sedang memuncak ialah kes hilang basikal, semua orang kata bebudak geng basikal punya kerja.

Hish, tambah lah pening kepala aku....aku ada 2 orang bujang yg masih muda mentah bebeno, belum sunat pun tapi dah tunjuk minat nak berbasikal..........ahak, aku pantau 110% kau! sekarang ni aku jaga betul, takutlah nanti jadik kes2 mat rempit buat hal..........adusss naya badan. Kalau jadik pelakon lagak ngeri dapat gak duit tapi kalau merempit tak tentu hala, buat malu kaum jer kan.......

Video : merempit macam profesional

Aduh...duh...duh, ibu mana tak risau kalau anak2nya buat benda tak berfaedah. Ibu mana tak sayang anak woiiii. Banyak kerja yg halal kat bumi Malaysia ni, kenapalah nak buat benda2 haram kejadah tu ( haaa keluaq dah bahasa merapu ). Aku haraplah anak2 muda yg tengah dok gian belajar merempit, tok sah lah gila2 buat benda tu ye. Ala kadar untuk hiburan atau persembahan di tempat yg sesuai dan tidak membahayakan orang lain tak per lah.

Sebagai ibu aku memang risau dgn gejala2 liar yg spt tidak ada akhirnya. Dari aku kecik sampailah zaman anak aku pulak, masalah merempit ni dah macam kudis......, kudis buta kot.....makin menanah, berbau busuk......macam sampah. Macam2 kaedah nak suruh remaja buang tabiat berbahaya tu tapi usaha tu macam menuang air di atas daun keladi......macam sia2 jer kan. Huhuhu....peningnya kepala.....

Macam mana nak hilangkan pening kepala ni ek? Cuba tengok video ni....boleh hilang pening tak?

Video: Alahai, apa kes......



Salam.........

Sunday, April 24, 2011

Ustaz popular dah bertunang.

Assalamualaikum,
 

Sebelum ni memang orang asyik berteka-teki siapalah yang bakal bertahta di hati ustaz popular ini. Dia sendiri tidak mahu mendedahkan siapakah gadis pillihannya. Namun pada 23hb April, dia telah mengumumkan bahawa dia akan bertunang. Bertuahlah badan si gadis pilihan ini. Manis bertudung, nampak sopan dan santun dan anak kepada pengasas pusat rawatan Islam juga bakal doktor. Itulah yang dinamakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu.
Sekarang ini ramai golongan artis yang dah beralih arah ataupun dah melakukan perubahan diri, dari tidak bertudung, sekarang ni ramai dah artis wanita yang bertudung, tidak kira artis yg muda atau veteran. Dari kalangan artis lelaki juga begitu spt Azmil Mustafa, Akhil Hayy dan sekarang Ashraf Muslim.

Ashraf Muslim yg lebih dikenali sbg Ustaz Amirul memilih jalan untuk berkecimpung dalam rawatan cara Islam dan sudah pun mempunyai pusat rawatan sendiri bersama2 bakal pak mertua. Bijak juga Ashraf ni ye....mula2 berkongsi bisnes dgn ayahanda si gadis, tidak lama lagi akan berkongsi hidup pula dgn anak gadisnya.

Pagi tadi ada siaran secara langsung majlis pertunangan Ashraf Muslim dgn pilihan hatinya Nor Dayanna Hj. Lokman. Alahai, anggun bergaya Nor Dayanna di singgahsana ketika disarung cincin oleh mak cik Ashraf. Berpakaian serba putih, begitu juga dgn Si Ustaz......mmmmm nampak berseri-seri, mana tidaknya...mula2 bertunang dgn gadis pilihan selepas itu pusat rawatannya pula dirasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.
sumber dari matkepoh.com
Ada tak gadis2 di luar sana yg frust......? kalau ada......terimalah berita ini dgn tabah....huhuhu. Ashraf Muslim bukanlah jejaka malaya terhebat. Cuma dia ini adalah artis yang popular, punya rupa segak dan bergaya, gagah perkasa bak panglima.......aduhai, kita doakan lah semoga apa yang cuba dilakukan oleh Ashraf ini berjaya.

Dan untuk pengetahuan, mereka akan diijab kabulkan pada 1 Syawal nanti di Kota Mekah. Alhamdulillah, kalau begitulah ceritanya.....kita hanya mengharap mereka bahagia. kita pun tumpang bahagia jer lah.

Wassalam.

Wednesday, April 20, 2011

Aku kata Never Say Never

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah satu entri ringkas ditujukan khas untuk pembaca setia laman JJHM (ehem dah ada pembaca setia ke)..............selamat beradu. Jangan mengigaukan Justin Bieber udah ler.






Sebelum tidur baca doa tidur ................takutlah pulak nanti terngigau kan budak omputeh ni ajak menari poco-poco..........naya! atau pun mimpi hantu kak limah ajak nyanyi nasyid............hehehe, jangan takut ye adek....baca doa ni tau...............




Maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

Tuesday, April 19, 2011

Aku di Skodeng!!????

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya tajuk ini mungkin dah agak lapuk. Skodeng.........perkataan yg agak janggal bg aku yg dah agak dewasa ini. Dikalangan orang muda-muda zaman sekarang, perkataan skodeng dh biasa digunakan dan ia seolah-olah tidak memberi makna apa-apa. Kalau mengikut apa yg aku faham skodeng samalah macam mengendap. Orang dulu-dulu kalau mengendap tak bawa kamera tapi yg dinamakan skodeng ni, mengendap siap bawa perakam video sekali. Hebatnya........................

Tetapi hebatkah apabila yg diskodeng itu adalah anda? Apa perasaan anda jika diskodeng dan video anda menjadi popular di laman youtube. Selepas itu dimuat turun pula oleh orang-orang yg tiada kesedaran sivik ke dalam blog. Popular tu........................

Pagi ini, di dalam MHI dipapar kisah seorang gadis hanya sedar bahawa dia telah diskodeng oleh jiran sebelah setelah 6 bulan dia menyewa sebuah rumah bersama 3 rakan yg lain. Yang menjadi mangsa biasanya adalah golongan wanita dan yg menskodengnya pastilah kaum lelaki. Aku amat terkejut apabila En. Kamal Affandi, seorang penganalisis jenayah menunjukkan beberapa gajet kamera kecil diletak dgn tujuan utk menskodeng seseorang. Antara barang yg biasa digunakan spt pen, pemetik api, kalkulator, beg dompet yang semestinya kita tidak menyangka ada kamera terselit di situ.

beberapa jenis CCTV yg biasa digunakan di premis perniagaan

Walaupun teknologi terkini banyak kebaikannya tetapi apabila ada segelintir manusia yang mempunyai minat yang songsang akan memyebabkan berlakunya penyalahgunaan teknologi. Amat sedih apabila di Malaysia juga mengalami krisis jenayah skodeng yang begitu membimbangkan. Sekarang ini bukan sahaja melibatkan remaja sekolah, anak-anak muda berpacaran di taman bunga, wanita mandi di bilik air malah juga melibatkan orang-orang politik. 

Macam tidak percayakan apabila barang-barang yg biasa kita gunakan di ofis atau di rumah ada terselit kamera yg amat kecil dan hanya dapat dikesan oleh alat tertentu. 

Alat 1-diletak di baju


Alat 2-spt pemetik api

Alat 3-di kaca mata hitam

Alat 4-di jam tangan







Alat 5 - di pen

Alat 6 - di lampu kalimantang

Sekarang, adakah anda rasa selamat apabila masuk ke dalam bilik air?


Wednesday, March 23, 2011

Tolong Jerit !!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Aku tertarik dgn satu petikan di dlm paper Utusan hari ini, "Wanita disaran menjerit jika diganggu". Ha, apalagi golongan wanita semua, tua atau muda yg baby pun boleh join........jom praktiskan!

Wanita yg mempunyai suara lembut dan gemersik namun jika diganggu pasti keluar suara 'power' yg boleh mengalahkan suara Raja Rimba. Apa tu, org kata, 'sarang tebuan jgn dijolok'. Kalau nk tau betapa power suara wanita...hah, cubalah! eh...semangat nampak.


Apabila menjerit pastikan mulut dibuka luas2, maka gelombang yg dikeluarkan akan terus menerjah, melanggar gegendang pak polis atau si jejaka penyelamat wanita (ada ke jejaka mcm tu ek?) Apa yg penting jeritlah sekuat hati........mcm nk keluar anak tekak pun takpe. Wanita skrng perlu berani, lebih baik jika ada pengetahuan seni mempertahankan diri. Apabila wanita keluar rumah perlu ditekankan keselamatan diri, lindungi diri dr menjadi perhatian si mata keranjang, si pencopet, si peraba-raba. Uh, byknye makhluk2 merbahaya di hutan bandar ek, bukan jer dlm hutan rimba ada haiwan buas.  

Wahai wanita2, berhati-hatilah.........jerit kuat-kuat apabila diganggu.....

^-^Wassalam ^-^


Saturday, February 19, 2011

Kenapa kejam.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kenapalah ada manusia yg berperangai mcm haiwan....subhanallah. berita mengenai kes dera-mendera dh jadik mcm biasa dah.....ah, selalulah berlaku....entah, apa nk jadi dgn dunia skrg. kes ibu kandung dera anak, bapa kandung rogol anak sendiri, kes buang bayi, kes culik kanak-kanak...........

jadik tak peliklah kalau ada yg mengatakan...."di dlm dunia haiwan tiada manusia tetapi di dalam dunia manusia ada haiwan," aku hanya mampu mengelengkan kepala...dan terus bertanya kenapa...kenapa......

sumber: harian metro

ada ker anak yg dilahirkan di atas muka bumi ini dikatakan sial. kenapa ada ibu atau bapa yg mengeluarkan  kata-kata kesat kpd anak-anak kandung mereka sendiri. kata-kata spt "anak haram", anak tak guna", "celaka kau" dgn selambanya keluar dr mulut mereka.


wahai ibu, tak terasa sakitkah ketika anda melahirkan zuriat anda itu? kenapa begitu mudah anda hendak membunuh anak sendiri yg anda kandung 9 bulan 10 hari? oh, kejam sungguh !



sumber: google
tidakkah anda rasa sesuatu apabila melihat wajah-wajah ceria kanak-kanak ini? lebih-lebih lg jika mereka adalah darah daging sendiri....eh, sanggup ker anda mendera mereka?

sumber : google
kanak-kanak yg bertubuh kecil jika di dera menggunakan alatan spt di atas..........tak ker patah riuk jadik nyer. sampai ker hati anda menghayun benda2 tu ke atas anak-anak anda sendiri. kalau nakal macam mana pun.........ingat !anak-anak tu adalah aset kita di akhirat kelak. jika kita dh tak der zuriat lg, siapa yg akan mendoakan kita bila kita berada di alam barzakh nanti?

kepada jiran tetangga," jaga-jagalah tepi kain" jiran anda. dengar2 kan.......jika ada sesuatu yg luar biasa sdg berlaku.......jgn tunggu lg, hubungi talian Nur 15999.  intailah laman web www.kpwkm.gov.my........silakan.


JADILAH RAKYAT YANG PRIHATIN

sekian, wassalam.

Friday, February 18, 2011

Cerita Semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yg berlaku dlm 24 jam semalam? Bg seseorng, semlm mungkin hari bahagianya, atau hari paling menyedihkan, paling sibuk atau hari paling bengang! Mcm2 yg boleh berlaku.............

Apa yg berlaku pd aku?.......bangun pagi, lps solat, nk buat sarapan.......okay...dh siap, sediakan bekalan utk anak2 bawak gi sekolah pulak. Bila semua dh gi sekolah....aku mula operasi.....tup, tup......tek,tek,tek, alamak gas dh abis......aduuuh, camne ni.....ah malasnya nk gi kedai........hah, nasib baik ada no. telefon kedai ni........

"Hello...slamat pagi, boleh hantar gas ka?"
"...Boleh,boleh...mana rumah?"
"...............bila boleh hantar?"
"sikit jam lg, 10 minit."

Fuhhhh, lega...........10 minit berlalu, hai manalah org yg anto gas ni....aku nk masak cepat....hai ade2 jer.
" ok...dh sampai. berapa ye?"
" RM28.50."
Gulllrrrp, wow.........mahalnya.

Cerita pasal harga brg yg dh mencanak2 naik ni mmg popular dikalangan surirumah2........harga gula, tepung, minyak masak, sayur, ikan, ayam........boleh dikatakan semua naik. pehh...... tiba2....minyak masak pulak takder kat kedai....HABIS stok! eh, apa dh jadik ni.........bukan ke yg naik tu brg kawalan....nmpknya dh tak terkawal lg lar tuuuuu. yg merana, org yg mcm aku dan yg sewaktu dgnnya.

Apa sebab smua brg naik harga?.......sambil duduk melepaskan lelah, aku membelek Sinar Harian....terpandang tajuk,..........

Harga minyak tinggi lepasi AS$100 setong
"Harga-harga minyak mentah Brent yang pada masa ini diniagakan melepasi AS$100 setong, akan mempunyai implikasi kredit yang positif ke atas para pengeluar huluan tetapi akan menjejaskan para penapis hiliran."

 Aku tertanya2...adakah krn harga minyak tinggi...smua brg jd mahal. entahlah.......tapi brg2 tu mmg nk diguna...amat penting bg surirumah..........nak tak nak, kenalah beli jugak.
Kalau nk jimat, mcm2 cara boleh buat, contohnya......rajin2lah berbakti pd tanah, bercucuk tanam jika ada tanah di kaw. rumah kita (kalau ada lar), guna cara hidroponik pun boleh, pas tu kurangkan penggunaan gula dn garam, lg.....bykkan minum air masak jer. apa lagik ye..........




Tepuk dada, tanya selera..........buatlah pilihan yg bijak. Org kata, surirumah itu ibarat seorg "Menteri Kewangan" dlm institusi kekeluargaan. Jadilah menteri yg disayangi Perdana Menterinya....hehehe. 
Wassalam.