Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

CONTEST TEKA UMUR SI COMEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah 1 jam aku blogwalking, huh....penat gak........singgah kat blog kepunyaan SYAISYA.COM. Contest lagi! Jom kita cuba teka umur si comel ni..................


1. Buat entri ringkas bertajuk “CONTEST TEKA UMUR SI COMEL“.
2. Letak banner contest di atas dalam entri penyertaan anda. Pastikan banner ini dilinkkan ke entri  ini.
3. Anda hanya perlu meneka umur si comel  ketika gambar ini diambil. Untuk pengetahuan, si comel yang dimaksudkan bernama Sumayyah, anak saudara aku.  =)
4. Tag 3 orang rakan. Make sure orang yang anda tag tu tahu yang diorang di tag, eh. =D
5. Tinggalkan link entri penyertaan yang anda dah buat tu kat dalam ruangan komen entri ni.

Umur Sumayyah
5 bulan 25 hari

Kawan-kawan yg di tag

Friday, April 15, 2011

AKU INGIN BERUBAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah segmen anjuran Laman Muslimah Optimis yg pertama. Aku amat berbesar hati jika ada seseorang menilai penulisan kita. Lebih2 lagi jika mereka sudah ada pengalaman dalam bidang penulisan dan pernah tulis untuk majalah pulak tu. 

Dengan rasa yang amat takut aku membiarkan jari-jari ini terus menari-nari di atas papan kekunci. Kata-kata yg lahir dari hati ditafsirkan terus melalui jari-jemari dan terhamparlah kata-kata karangan ku di atas skrin. Aku takut jika apa yg hendak dipaparkan ini akan menyakiti hati sesiapa dan juga ada sedikit segan jika penulisan aku ini hanya ayat-ayat yg tiada bermakna.

Diam tidak diam ada beberapa hari lagi usia ku akan meningkat lagi. Sudah pasti nanti ramai yang akan mengucapkan selamat hari jadi, semoga panjang umur, semoga murah rezeki, dan lain-lain. Usia  dah pasti bertambah lagi dari satu nombor ke satu nombor. Setiap tahun nombor itu akan bertambah dan biasanya kita akan merayakan tarikh keramat itu dgn bermacam-macam cara sehinggalah berakhirnya hayat kita.

Selamat hari jadi........eh, awak tahu ke tarikh bila aku ni dijadikan?. Semoga panjang umur.......hmmm semakin panjang ke umur ku? Semoga murah rezeki.........larrr kalau rezeki murah sangat nak turun, bila nak kaya? Sebenarnya kata-kata di atas aku pernah dengar dari seorang ustaz ketika memberikan tazkirahnya. Bila ku fikir-fikirkan ada kebenarannya kata-kata itu.

Usia yang meningkat bermakna semakin singkatlah umur kita. Kalau hendak dirujuk kepada umur Rasulullah  SAW ketika malaikat Izrail datang menjemputnya, maknanya aku ada 30 tahun lagi! Alhamdulillah....syukur aku kepada Allah SWT, sehingga sekarang aku masih berpeluang untuk menyedut udara, merasa hembusan angin, berhujan dan berpanas dan yang penting aku dapat melihat perubahan tumbesaran anak-anak ku.

Di usia ini, aku tiba-tiba rasa ingin berubah. AKU INGIN BERUBAH. Sebenarnya aku pernah melakukan penghijrahan, dari tidak bertudung kepada bertudung, dari bertudung pendek ke bertudung besar (ala2 ustazah la). Itu dulu, waktu aku masih belajar dan amat berterima kasih buat rakan-rakan yang banyak menyedarkanku. Cuma satu ini, tidak pernah aku kejar...........entahlah kenapa?

Semasa zaman kanak-kanak, aku selalu berpindah tempat tinggal. Mula-mula aku bersekolah darjah 1 dan 2 di bandar A, kemudian keluarga berpindah pulak di bandar B, selepas SRP aku berpindah sekolah di pekan C duduk asrama, selepas SPM aku berpatah balik ke bandar A, tidak lama kemudian aku meneruskan pengajian di bandar D pula. Ini menyebabkan aku telah ketinggalan pengajian sekolah agamaku dan aku kerap bertukar guru mengaji.

Akhirnya, kerana terlalu mengejar ilmu dunia aku ketinggalan ilmu akhirat. Masa itu aku tidak merasa apa2 namun natijahnya datang pada usia ku meningkat lebih suku abad ini. Aku bernekad AKU INGIN BERUBAH. Aku tidak mahu tertinggal lagi. Apabila melihat anak-anak membesar, aku dapat rasakan ada kekurangan di sini-sana. Apa yang kurang....hanya aku dan suami yang dapat rasakan. Kami dah duduk dan cuba mendalami apakah yang perlu dibaiki dan ditokok tambah dalam proses membesarkan zuriat tersayang.

Bila nak mula ? Kini, sudah setahun aku berada di dalam kelas pengajian. Ku ulang semula pembacaan ku dalam al-Quran. Aku hendak mengajar kepada anak-anak ku bahawa ilmu dunia memang perlu tetapi jangan diabai ilmu akhirat kerana ilmu akhiratlah yang akan dibawa mati. Ada sinar sedikit di jiwa ini, rasa tenang apabila mengalunkan ayat-ayat suci. ADAKAH AKU SUDAH BERUBAH? Aku tidak boleh menilai diri sendiri, sudah tentu pengkritik terhebat dalam hidup ku adalah suami ku. Banyak komen diberi namun itu semua ku ambil sebagai semangat untuk berubah kepada lebih baik lagi. Kami bersama-sama membuat perubahan.

Status aku sebagai suri dalam rumahtangga banyak memberi peluang kepada aku melihat sendiri anak-anak membesar. Perubahan umur, perubahan fizikal yang semakin membesar, perubahan tahap pelajaran dan kemahiran mereka dapat ku saksikan. Aku juga ingin mengubah anak-anak ku supaya mereka berjaya dalam hidup mereka dan terus belajar untuk menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat. Aku ingin melakukan perubahan, aku tidak perlu menunggu sambutan tahun baru untuk memulakan perubahan, aku dah pun mulakan. Bagaimana dengan anda....? Sebaiknya jangan bertangguh untuk melakukan kebaikan.Wassalam.

Begitulah ceritanya............ kepada sesiapa yg berminat untuk menyertainya, silalah klik header ni.


Seterusnya, ini adalah syarat-syarat yang perlu diikut dan senarai hadiah........



Sudah lihat apa yang akan ditawarkan....menarik.....anda tertarik.......jangan bertangguh.....mula sekarang!

Aku nak panggil kawan-kawan untuk sertainya : Nanie Zainudin, Cik Zaieydaa, Cempaka Kuning.

Selamat Mencuba!

Wednesday, April 13, 2011

Contest : Aku Yang Lapar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 Aku ditag. Terima kasih kat Ayesha Ramlee. Kata bidalan, "bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal". Peluang ini ku terus ambil tanpa berfikir panjang.........tapi.....



Biar ler aku buat suruhan tuan blog dulu lah ye.........
a) follow..............dah
b) letak header dan link...............dah
c) nak letak gambar aku tengah makan.......itu yang aku pening nih. Selalu gi makan kat kedai makan tapi tak pernah lak amek gambar. Aku kan pemalu.............tengah makan pun nak klik , klik ,....ish tak sesuai!!!! Aku buat lah aktiviti membongkar locker picture aku, lepas check kat dlm blog, ada lar aku buat satu entri gi makan kat pizza hut.........


Gambar ni ada dalam locker peribadi sebenarnya tapi keranamu Ayesha, akak sanggup korek dan tempelkn gambar ni kat sini.....hehehe.....Masa ni aku sekeluarga gi Pizza Hut di Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Ia satu bangunan dgn KFC, sebelah-menyebelah jer. Di seberang jalan bangunan Pizza Hut ( berhadapan ) ada Pasaraya Kip Mart. Maka, setelah anda penat membeli-belah di Kip Mart, anda cuma perlu menyeberang jalan untuk menikmati pizza dan membasahkan tekak dengan iced chocolate float.

d) Sekarang aku nak tag orang pulak, dan orang itu adalah
    1. Azura    2. Anismelon   3. Aniss
     Gabungan 3 A's.......
e) Pas tu letak header kat sidebar.........done!
f) Jangan lupa letak link kat ruang komennya.........ok.

Kepada sesiapa yg nk join contest ni, silalah klik kat header tu ye...........



Saturday, April 2, 2011

Contest Hadiah Utama RM100

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku rasa bengang lah......dah 2 hari aku dok perah otak nk wat entri2 baru. Penat betul nak perah otak ek? Uh.....ada contest oleh tuan punya blog Games Console, Handphones For Sale.

Rasanya...daripada penat dok fikir2 pasal nak wat entri, baik aku join contest ni. Orait gak....mana tahu ada rezeki.....fuhhhh hari jadi nnti boleh bergaya dgn hp baru!


Tuan punya blog gak bagi syarat supaya tag 15 org rakan FB. Baiknya dia....bg peluang kat orang ramai utk join contest ni. Emmmm...apalagi, jgn tunggu walau sesaat pun.....cepat2 klik sini.

Silalah join ya...jangan malu-malu. Sape nak kasi RM100, gitu2 jer......kan, kan, kan.....





Tuesday, March 22, 2011

Menjejaki Jemari Asmara

Assalamualaikum,

Ah, mengapa aku mengeluh...........
Dah tentu aku penat,
Dan aku ambil keputusan,
 jalan-jalan cari kawan..............

oh, aku terpaut pada yang ini,


Sejambak ros berbentuk hati.....kalau ada rezeki......hadiah GA ni akan aku miliki.......
Tapi aku susah hati, aku tak mahir dalam IT, adakah aku layak menyertai?

Bukan nak mengampu, nak membodek jauh sekali,
hai Jemari Asmara ketahuilah,
Aku peminatmu.
Bukan yg pertama dan terakhir,
Aku yg terkini menjejaki laman blogmu.
Punyai minat yg sama, cuma aku takde bisnes,
hanya suka-suka.

SELAMAT BERKENALAN!


Monday, March 21, 2011

Jom join ramai2......

Assalamualaikum,

Hai semua teman-teman, rakan taulan, si pulan dan si pulanah......apa khabar? Agak lama gak aku menyepi dan blog aku pun dh naik sejuk. Ketika aku membelek blog aku tetiba aku ternampak kat shoutmix chat box ada nama seseorg yg tidak kukenali iaitu blogger girl ada menerjah jejak aku. Tanpa membuang masa aku klik [link]............treng teng teng

'Jom Traffic Blogger Baru'

Aku melihat nama tuan punye blog...oppss, peliknya nama dia...ayes haram lee! Aku dok terkejot kat perkataan HARAM tu.....ada ke nama org Malaysia cam tu. Aku mengagak2 bangsa tuan punye blog ni...fikir punye fikir, aku merenung sekali lagi kat nama dia.......ayesharamlee...yaaaa aku dh nampak!  Nama dia Ayesha Ramlee....betol tak? Ha ha ha...tergelak aku sorang2.....uh, tipah ni mudah tertipu la.

Aku amat berterima kasih kat cik manis ni, sudi dia tinggalkan jejak dia kat blog aku. Aku buat kputusan join bloglist gegel & bloglist boboy ni.

Selamat Berkenalan!!!!!!!