Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Friday, May 20, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR : TANAH TUMPAH DARAHKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom kita meriahkan bloglist abgteror......jom....

nak join klik header ye
Kena jawab soalan cepu emas abgteror dulu......


1. Dimana anda dilahirkan?  di Muar, Johor
 
2. Dimana anda dibesarkan? di Kota Tinggi, Johor

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
    tentulah negeri Johor

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
    tanah tumpah darah ku ialah tanah Johor

Terbuka kepada 100 penyertaan pertama sahaja (jika lebih akan dipertimbangkan).

USTAZAH KENA RABA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini kisah benar........sebenarnya lama dah aku nak tulis entri ini tapi takut lak orang akan cop aku ni nak publisiti lebih lak. Tetapi selepas aku baca entri kat blog santaibenashaari, terbuka pulak hati aku nak tulis entri ni.

Berlaku 10 tahun lalu, waktu itu ustazah ni kerja dgn kerajaan, cuma seorang pekerja kontrak jer. Lepas graduated berkobar-kobar nak gi kerja. Semangat gitu....6.30 pagi dah siap, takut terlambat sampai ofis lar katakan. 

Oleh kerana perjalanan dari rumah ke pejabat tu jauh, terpaksa naik satu bas dan sambung jalan kaki dalam 10 minit maka ustazah ni selalu siap awal untuk naik bas first trip. Kalau terlepas bas pertama ni pasti lewat sampai ofis. Naik bas dulu-dulu samalah macam sekarang ni, bas ting tong lah tapi bas yang ustazah ni naik selalu berlaku kesesakan. Kalau korang pernah makan sardin tentu korang dapat bayangkan suasana sesak macam sardin.

Dalam suasana bersesak-sesak, bertolak-tolak memang kadang-kadang berlaku insiden tak sengaja. Eh, sori ......tak sengaja. Lebih-lebih lagi bila bas tu lalu di selekoh....silap-silap ada yang terlentok kat dada yang bidang tanpa rela. Eh, sori...tak sengaja. Biasa lah ayat tu. Kadang-kadang ustazah  terpaksa berdiri, lagi kesian tau. Tangan sebelah terpaksa pegang palang kerusi dan sebelah lagi pegang beg tangan ( takut kena ragut /selok oiii)...kalau jumpa selekoh jer mesti terpaksa pasang kuda-kuda. 

Kes kena raba tu berlaku sewaktu ustazah ni nak balik ke kampung. Biasanya setiap hujung minggu ustazah selalu balik kampung jumpa mak dan abah lar. Masa tu ustazah buat keputusan naik bas terus ke bandar KT selepas pulang dari ofis.

Punyalah rindu kat ayah bonda , sampaikan tak makan dulu sebab nak cepat sampai kampung. Bukannya dekat ......hampir 3 jam perjalanan, tu pun kalau bernasib baik bas lalu cepat. Pas tu kena pulak sambung naik teksi masuk ke dalam kampung. Ustazah ni tak sabar dah....dia terus tahan bas yang terpampang tulis menuju ke bandar KT.

gambar hiasan
Alamak, ramai nyer orang...al-maklumlah, esok cuti kan....dah tentu mereka semua nak balik kampung jugak kot. Kali ini nasib ustazah tak baik sebab dia tak dapat tempat duduk. Nak berundur susah pulak, orang dah mula nak naik bas dan pemandu dah mengumumkan untuk jalan. Terpaksalah ustazah ni teruskan walaupun terpaksa berdiri. Dalam hati berharap dalam perjalanan nanti adalah tempat duduk kosong. Dalam hati merungut gak...'dah lar tak der aircond'...

gambar hiasan
Jalan menuju ke bandar KT ni banyak selekoh dan bukit, jadik ustazah dah bersedia setiap kali lalu di kawasan tu.....hehehe pasang kuda-kuda kuat-kuat. Tiba-tiba ustazah terasa seperti ada tangan masuk menyelinap dalam tudung nya yang lebar tu. Oppsss terkejut.....terus dia pandang ke belakang, ada apek perasan hensem sedang meraba bahagian dada dia.

Masa tu dia nak jerit, malu sebab bas memang tengah sesak dan ustazah ni pulak tengah berdiri sambil membawa beg pakaian ( kan nak balik kampung) dan sebelah tangan lagi pegang kerusi. Apa nak buat? Dia cuba bergerak ke hadapan, menyelit-nyelit di celah-celah ketiak orang ramai supaya tak terlalu dekat dengan apek gila seks tu. Apek tu macam perasan ustazah tu marah, sebab muka ustazah dah mula merah menahan malu......eh, ada orang lain perasan ker? Tak lama tu apek tu tekan loceng dan turun kat satu tempat.....

Ustazah tu bukan main lega....kalau lama sikit tentu apek tu kena tendang guna kasut kulit ustazah yang bertapak getah. Ustazah dah pun terfikir nak tendang tang tuuuu....nasib apek tu baik la. Pengalaman tu ustazah tak cerita pada sesiapa...malu betoiiii. Dan sebenarnya ini bukan pengalaman pertama, sebelum tu pun ada percubaan meraba berlaku ke atas ustazah ni.

Pelik betul kan, orang yang berpakaian seperti ustazah pun kena raba. Orang yang gila seks ni memang tak pilih mangsa, asalkan pompuan agaknya....abis tu yang pakai baju macam tak cukup kain agaknya pernah tak kena raba tak?

p/s : pengajarannya berhati-hatilah walau di mana anda berada. lelaki muka hensem tidak melambangkan hatinya jugak hensem


Thursday, May 19, 2011

Anugerah Blog Paling Popular

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apakah aku masih di awang-awangan? Layakkah aku berada sebaris dengan blog yang popular? Mungkinkah  ada yang mengatakan blog aku ni indah khabar dari rupa? Masalahnya blog aku ni ada rupa ker? ekekekeke...... Jom kita santai di sini....




Klik..jangan tak klik.......

BACALAH!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Muslim meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a., beliau berkata :
"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
     "Bacalah al-Quran, kerana pada hari Qiamat kelak dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya."
                                                                                                               (Riwayat Muslim : 804)


Di sini ingin sekali aku berkongsi kisah dari dua ayat al-Quran yang berkaitan dengan orang yang munafik. Bergetar hati ini apabila membaca terjemahannya. Pertama dari Surah al-Munaafiquun ( 11 ayat ) dan kedua dari Surah al-Baqarah ( ayat 6 - 20 ). Dari dua ayat ini dapat di tafsirkan makna munafik, iaitu :
Dari segi bahasa : orang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.
Dari segi syarak : seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.

Kebiasaannya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran Islam tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini.

Tanda seseorang itu menjadi munafik :
  1. iman tidak tetap dan tidak teguh
  2. tindak-tanduk yang sentiasa berubah
  3. tidak tetap kata
  4. sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas
  5. jiwanya tidak tenteram
  6. menjadikan dunia sebagai matlamat hidup
Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan munafik ini kerana segalanya penuh kepura-puraan. Lagi pula, balasan di akhirat amat berat.

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Nisa' :145, maksudnya :
"Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka."

Marilah kita membudayakan sifat suka membaca. Bagi umat Islam, jadikanlah al-Quran sumber bacaan wajib pada setiap hari bersama terjemahannya sekali. Adalah digalakkan satu rumah, satu buku tafsir al-Quran.

Selamat membaca........

Wednesday, May 18, 2011

Bukan Kerana Nama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebuah lagu popular dendangan Ramli Sarip.
Aku amat suka dengar lagu ini. 
Jom kita layan sama2 sebelum tidur.
Semoga kita dapat ambil iktibar dari kata2 dalam lagu ini.



Kalau diamati kata2 itu......sesungguhnya, ia boleh menginsafkan.
Layannnnzzzz.

Apabila Ashraf Muslim Menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mengapa aku begitu tertarik utk membaca ruang Ashraf Muslim di Berita Harian hari ini. Dimulakan dgn ucapan syukur kpd Allah SWT, anak seni ini mula berbicara mengenai peluang. Aku terharu membaca tulisannya kali ini. Ku ulangi bacaanku dan di sini aku ingin berkongsi pendapat aku mengenai penulisannya.

Pertama, dia berkata mengenai peluang utk kita mengucap syukur dan berterima kasih kpd Allah SWT atas nikmat yg dikecapi." Bukan tidak ada ruang dan peluang, tetapi entah kenapa agak sukar utk mengucapkan; "Ya Allah, terima kasih"."

Bukan mudah utk seorang yg bergelar artis utk melakukan perubahan. Aku kagum melihat kegigihan anak seni ini. Malam ini, terpampang berita mengenai seorang artis rakaman ditangkap kerana dipercayai terlibat dgn kes pecah rumah. Artis memang manusia biasa tetapi artis juga manusia yg dikurniakan akal oleh Allah SWT. Mereka boleh berfikir samada mahu melakukan kebaikan atau sebaliknya. Tepuk dada, tanyalah IMAN.

Kesungguhan Ashraf Muslim utk melakukan transformasi diri harus dipuji. Berbekalkan azam dan sokongan dari Tn. Hj. Lokman, Pengasas Pusat Rawatan Al-Hidayah, dia melakukan perubahan sedikit demi sedikit walaupun ada yg kurang senang dgn apa yg cuba dilakukan olehnya. " Ada yang tidak berapa suka dgn perubahan saya itu", katanya.

Seterusnya, Ashraf menulis; "Apabila peluang tiba, jangan berpaling lagi. Rebut cepat kerana kita tidak tahu apakah peluang akan bertandang lagi selepas kita melepaskannya". Maka peluang utk melakukan umrah dan membuat transformasi diri diteruskan. Dgn tidak disangka-sangka, rezeki dtg selepas pulang dari menunaikan umrah. Itulah janji Allah bahawa setiap kebaikan akan dibalas dgn kebaikan.

Pada penutup,  Ashraf meletakkan firman Allah SWT dari Surah At-Talaq, ayat 3 yg bermaksud,
" Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.  Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Semoga kebahagiaan pasangan ini diberkati
Siapalah kita utk menilai hati budi seseorang. Jika sudah bertekad utk melakukan perubahan janganlah dilengahkan kerana kita tidak tahu berapa lama lagi kita boleh hidup di dunia ini. Bermuhasabahlah utk kebaikan diri dan keluarga. Wallahualam.

Segmen Ben Ashaari: BLOGGER LELAKI VS BLOGGER PEREMPUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Satu lagi segmen en. BA yg aku ingin sertai. Ini hanyalah pendapat peribadi, tiada berkaitan dengan sesiapa samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.

jom join, silalah klik header ni



Tutup hari ni gak jam 6 petang ni.. Cara menghantarnya  , sila buat satu entri ..
  1. Letak header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN dan linkkan ke entri ini ..
  3. Jawab soalan tersebut , tidak lebih 100 patah perkataan ..
  4. Siap ? Tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini ..
     
    TAJUK : SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? 
     
     Rukun nikah itu ada 5 perkara  :
    1. pengantin lelaki
    2. pengantin perempuan
    3. wali
    4. dua orang saksi
    5. ijab dan kabul
    Tuntutan perkahwinan bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di atas batas-batas agama semata-mata malah untuk mendamaikan kerungsingan yang melanda hati sanubari setiap individu. Mengikut kefahaman aku (tanpa rujuk Kamus Dewan) wang hantaran merupakan hadiah dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Sekiranya seseorang itu ada keupayaan utk membayar mahar dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin maka hukumnya lelaki ini wajib berkahwin. Situasi sekarang di mana ramai wanita bekerjaya hebat dan ada yg sama taraf dgn lelaki tidak menafikan bagi lelaki utk mengadakan segala persediaan melangkah ke alam rumahtangga kerana ia menunjukkan keseriusan lelaki tersebut utk mendirikan sebuah masjid.
    Kesimpulannya saya setuju jika pengantin lelaki menyediakan 100% wang hantaran perkahwinan. Walaupun wang hantaran tiada dalam rukun nikah tetapi jika pihak lelaki mahu memberikan hadiah, dipersilakan.......

Tuesday, May 17, 2011

Peringatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sempurnakah wudukmu? 
Ketika membasuh muka, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh tangan kanan dan kiri, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh ubun-ubun, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh telinga kanan dan kiri, apa yang kamu katakan?
Ketika membasuh kaki kanan dan kiri, apa yang kamu katakan?
Kosongkah wuduk kamu?

Terima kasih ustaz, peringatan mu akan ku ingat sampai ke hujung nyawaku.
Terima kasih al-hafiz, surah at-Tahrim ayat ke-6 yang engkau bacakan amat bermakna buatku.
Terima kasih kerana memarahi aku, mengingatkan aku dan menyedarkan aku.

Sudahkah kamu menyeru anak-anak mu mendirikan solat?
Adakah kamu membiarkan anak-anak mu solat sendirian?
Kamu pasti solat anak-anak mu betul?
Kamu dengar bacaan dalam solat anak-anak mu betul?

Ketika kamu bersiap untuk berjemaah di masjid, di mana isteri dan anak-anak mu?
Ketika kamu bangun dari tidur untuk solat suboh, di mana isteri dan anak-anak mu?
Ketika kamu sedar tentang dosa-dosa kamu, adakah kamu bangun malam untuk bertahajjud dan melakukan solat taubat?
Ketika kamu teringat kamu pernah meninggalkan solat, adakah kamu segera menggantikannya?

Aku di sentap dari lamunan yang panjang. 
Sesungguhnya kehidupan di dunia merupakan waktu tidur yang panjang, 
kerana manusia selalu terlalai dan terlena dengan nikmat di dunia.
Jaga yang berkekalan hanyalah datang selepas kematian.

Terima kasih kerana teguran itu. 

Monday, May 16, 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bersemangat untuk menyertai segmen Ben Ashaari?  Tanpa segan dan silu....kliklah header di bawah ini.

 Sediakan satu entri khas ... Apa yang perlu ada dalam tu ialah ,
  1. Header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI dan linkkan ke entri ini ..
  3. Beri pendapat anda mengenai DUNIA PERCINTAAN .. Jika anda ada pengalaman ,kongsikan .. Jika tiada , berikan pendapat ..
BERCINTA DAHULU atau NIKAH DAHULU  ? Mana lebih manis pada zaman sekarang ini ? Dalam 100 patah perkataan .. lebih tak pe.. hehe.. Jika ada pengalaman , cerita sekali .. manis atau pahit.. ;) .. kalau sudi la ..
4.  Siap ? tinggalkan link diruang komen ini .. TUTUP jam 12.00 tengah malam ini .. Terima kasih ...
Sebenarnya, aku tidak ingat tarikh mula-mula aku jatuh cinta.Di sekitar pertengahan tahun 1994, aku tamat pengajian, tahun 1995 baru nak mula menimba pengalaman dalam bidang pekerjaan. Beberapa kali menukar pekerjaan sehinggalah aku dapat menyandang jawatan eksekutif di sebuah syarikat swasta di bandar P. Ketika tinggal di rumah sewa, semua rakan serumah mempunyai rakan istimewa a.k.a pak we. Aku yang pemalu dan suka merendah diri tidak merasa apa-apa kerana aku percaya kepada kata-kata , " kalau ada jodoh, aku pasti akan berkahwin jugak".

Masa tu umur aku dah 24 tahun dan abah selalu sindir-sindir, "hai, adik kau dah pun beranak dua, kau bila lagi?" Apabila abah mula bersuara, mak aku selalu memenangkan aku. " Alah, biarlah dia kerja dulu, tolong adik-adik." Ketika itu aku masih ada 2 orang adik yang masih bersekolah rendah lagi. Bila hari minggu, aku terus pulang ke kampung, tiada istilah berdating.

Namun aku tidak menyangka di penghujung tahun 1995, aku diperkenalkan dengan seorang lelaki yang bekerja di bandar PG oleh rakan serumah aku, Kak S. Dia adalah seorang rakan sekerja kepada adik angkat Kak S. Dari hanya perbualan di telefon sahaja untuk beberapa ketika, tiba-tiba si dia ingin berjumpa. Aku terkedu tidak terkata dan tiba-tiba merasakan debaran yang hebat. Cintakah itu? 

Walaupun aku sebenarnya sudah bersedia untuk berjumpa tetapi aku tidak pasti adakah si dia sudi meneruskan perhubungan setelah bertentang mata nanti. Perasaan aku bercampur-baur, takut kecewa atau aku akan dimalukan kerana dia adalah orang yang pertama mengajak aku keluar. Namun Kak S memujuk dan mengatakan orangnya baik dan dia bukan dari kalangan lelaki yang suka berpoya-poya. Dari perbualan di telefon sebelum itu aku juga ada bertanya tentang dirinya dan keluarganya. Rupa-rupanya dia memang sedang mencari calon kerana 2 orang adiknya sudah melangkah bendul. Nasib kita serupa.

Alhamdulillah, dari pertemuan pertama di warung tepi jalan kami telah berjanji untuk bertemu lagi. Semenjak itu kami seperti telah ditakdirkan menjadi pasangan kekasih. Perasaan rindu akan datang jika tidak mendengar suara si dia. Oleh kerana kedudukan tempat kerja kami agak jauh, kami hanya dapat berjumpa di hujung minggu atau kadang-kadang hanya dapat mendengar suara jika masing-masing pulang ke kampung.

Pada pertengahan tahun 1996, aku dirisik oleh keluarga si dia dan terus bertunang. Dalam tempoh pertunangan kami mengenali hati budi masing-masing. Si dia tidak mahu tempoh pertunangan yang lama kerana menurutnya umur dah mula meningkat sedangkan kebanyakan kawan-kawannya telah mempunyai anak.

Akhirnya, pada 12hb Julai 1997 kami disatukan dengan ikatan yang sah. Bermulalah kehidupan aku di sisinya sebagai seorang isteri. Alam rumahtangga dilayari dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta kami sentiasa disemai supaya bunga-bunga cinta tidak kelayuan. Ikatan tali percintaan kami dieratkan lagi dengan kehadiran cahaya mata seramai 4 orang. Asam garam berumahtangga kami tempohi bersama, adakalanya bunga-bunga cinta berwarna pudar namun kami jarang meninggikan ego masing-masing.

Di usia perkahwinan yang memasuki 14 tahun, kami masih menyemai cinta. Cinta ibarat sepohon pokok. Jika dibaja dan dijaga dengan sempurna pokok ini akan mengeluarkan bunga yang wangi dan seterusnya menghasilkan buah yang enak. Aku mengakui sehingga kini aku masih merasa kehangatan cinta si dia. Kerinduan datang bila kami berjauhan dan perasaan itu sekarang dikongsi pula bersama dengan zuriat-zuriat kami. Anak bongsu kami sering berkata, "adik sayang ibu", "adik sayang ayah", "nak cium pipi ibu dgn ayah". Si dia dan aku akan tersenyum bahagia dan kenikmatan percintaan kami terpancar di mata dan hati kami.

Kesimpulannya, bercinta sebelum bernikah atau selepas bernikah tiada bezanya. Sekiranya kita sentiasa menjaga aqidah, syariat dan akhlak, alam rumahtangga anda akan menjadi syurga di dunia. Percayalah kepada kata-kata cerdik pandai, " janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju ke syurga." Wallahualam.

Cabaran Menjadi Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini aku ada menghadiri majlis Maulidur Rasul anjuran sebuah badan hal ehwal wanita. Seorang tahfiz yg mendapat pendidikan dari universiti di Acheh dijemput untuk memberikan ceramah. Seorang tahfiz yg berasal dari Taiping, Perak memberikan ceramah bercampur-campur bahasa utara membuatkan aku teringat pada cerita Mata Ayer di TV3.

Ustaz Muhammad James (mengikut nama pd kad bisnesnya) juga pernah bekerja di Jabatan Agama Johor. Beberapa kali dipanggil berceramah di kursus-kursus perkahwinan, ceramah di sekolah-sekolah dan adakalanya memberi ceramah kepada mereka yang hendak menunaikan umrah. 

Aku terpanggil untuk menulis mengenai peranan guru zaman sekarang setelah membaca satu artikel yang ditulis oleh bakal guru mengenai tanggungjawab guru yang semakin mencabar sekarang ini. Dipetik, bakal guru ini mengatakan permasalahan disiplin di kalangan pelajar telah menjadi perbahasan hangat oleh pelbagai pihak. Masalah disiplin  dan keruntuhan akhlak pelajar seperti vandalisme, membuli, pergaduhan, kegiatan samseng, kes memukul guru, kes membakar sekolah kerap berlaku sekarang ini. Malah ada guru yang disimbah asid dan ditampar oleh pelajar yang dianggap seperti anak sendiri itu.

Berbalik kepada ceramah tadi, sungguh terkejut apabila ustaz memberitahu 30% anak muda yang menghadiri ke kursus perkahwinan tidak tahu mengucap. Ada juga cikgu di sekolah-sekolah di mana ustaz memberi ceramah mengadu kepadanya, ada anak murid perempuan yang telah dan bakal melahirkan anak luar nikah. 

Mengapa masalah ini berlaku? Adakah semua ini timbul kerana kurangnya pendidikan agama yang mereka terima? Siapakah yang bertanggung jawab untuk memberikan pendidikan agama kepada generasi muda ini? Bayangkanlah generasi muda yang bakal menjadi ketua keluarga tidak ada asas agama. Bagaimana mereka hendak membimbing isteri dan anak-anak mereka serta melindungi keluarga mereka dari api neraka?

Firman Allah SWT, bermaksud :" Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka........" ( Surah at-Tahrim, ayat ke 6)

Adakah semua tanggungjawab itu mesti dipikul oleh insan yang bernama guru? Apa yang aku tahu pendidikan bermula dari rumah iaitu dari pendidikan ibu dan bapa. Seorang zuriat dilahirkan dalam keadaan tiada dosa dan putih bersih. Maka ibu bapalah yang mewarnai zuriat itu dengan corak pilihan mereka. Guru pula membimbing anak kita sehingga lulus dalam menjalani kehidupan menurut tuntutan zaman. Namun jika hati tidak terdidik dengan sempurna maka hati akan gelap. Hati yang gelap melahirkan insan yang kegelapan akidah, sesat dalam kegelapan akhlak sehingga menyebabkan kehidupan terumbang-ambing.

Rasulullah SAW merupakan contoh pemimpin paling hebat dalam sejarah dunia. Baginda mendidik para sahabat untuk membina ketabahan dan sentiasa memberi dorongan agar meneruskan usaha berdakwah. Walaupun kita manusia biasa tidak mungkin menjadi insan sesempurna Rasulullah SAW, kita  semestinya menjadikan Rasul sebagai contoh teladan. Pertuturan dan gerak laku baginda merupakan pedoman bagi umat manusia selain dari petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Guru, tugasmu sememangnya semakin mencabar. Ingat pesanan Saidina Umar Al-Khattab r.a., " Didiklah anak mu mengikut zaman mereka." Selamat hari guru untuk semua pendidik di Malaysia dan seluruh dunia. Tidak lupa kepada para pendidik yang pernah mengajar aku di SK Seri Kg Tengah, Kluang, SK Bandar Easter, Kota Tinggi, SMK Bandar Easter, Kota Tinggi, Sek Tinggi Kluang dan tenaga pengajar Diploma Perakaunan ITM Caw. Segamat ( 1991-1994 )

Alhamdulillah, bahagianya hidup ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur aku kepada Allah SWT, dipanjangkan lagi umur untuk hari ini. Seronok bangun pagi. Subuh berjemaah, melihat anak2 pergi ke sekolah, menghantar suami hingga ke kereta untuk pergi kerja. Alangkah bahagianya hidup ini.

Syukur kerana pagi ini dikurniakan kecergasan dan lebih bersemangat. Gangguan kesihatan yg berlaku sebelum ini sedikit sebanyak memaksa aku berehat panjang dari melayari alam maya. Aku berehat dari melakukan kerja2 biasa dan hanya melakukan kerja2 ringan shj.

Bersyukur juga  kerana blogger.com dah okay. Jika tiba2 shj blog aku terpadam, rasanya utk memulakan yg baru mungkin mengambil masa. Alhamdulillah ia tidak berlaku. Mungkin ada yg perasan aku dah lama tidak menulis, bukan dah jemu.....cuma aku tidak mempunyai idea dan jika ada idea, masa pula tiada dan jika ada idea dan masa, mood pula tiada. Jika semua tu ada, tiba2 pula jatuh sakit. Uh, sungguh mencabar hidup ini.

Berbahagialah kepada mereka yg bangun pagi kerana org tua ada berkata, "rezeki di waktu pagi mudah masuk". Dan dirikanlah solat sunat dhuha......mohon lah agar kita dikurniakan rezeki bukan shj dari segi harta tetapi dikurniakan rezeki kesihatan jasad dan rohani. InsyaAllah.

Menadah tangan memohon kebahagian yg hakiki

Bercakap mengenai mencari BAHAGIA , marilah kita merujuk kepada ayat2 Al-Quran di bawah :
Ku cari bahagia abadi............

Di mana? Di sisi Tuhan....................
Firman Allah, maksudnya, " Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya." ( Surah al-Qamar 54:55 )

Bagaimana?
Dengan mengutamakan akhirat......
Firman Allah, maksudnya, " Mereka itulah orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." ( Surah al-Baqarah 2:86 )

Dengan sabar dan takwa
Firman Allah, maksudnya : " Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang bertakwa." ( Surah Hud 11:49 )

Untuk siapa?
Yang beriman dan beramal soleh.....
Firman Allah, maksudnya : " Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." ( Surah al-Ra'd 13:29 )

Yang beroleh hidayah....
Firman Allah, maksudnya : " Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan." ( Surah al-Isra' 17:97 )


p/s : berkongsi pengetahuan dari majalah Solusi.

Monday, May 9, 2011

Serba tak kena, adakah kerana cuaca?

Assalammualaikum,

April sudah berlalu.......

muka sedihnya......

Aku serba salah, seba tak kena.....apa yg difikir tak dapat dilakukan......eh, tak dapat atau memang tak buat? uh, aku bingung......kenapa aku bersikap macam tu.

Adakalanya aku spt termangu......kenapa aku semacam sangat2 malas utk melangkah, asyik berfikir mahu rehat secukupnya dan terus berbaringan.......bertidur-tiduran.....sehinggakan makan pun ......malas. penyakit apakah itu? rasa macam tak bersemangat.....kenapa rasa letih kekadang datang secara tetiba......

Ada yg tahu, aku baru jer menyambut ulang tahun .......usia di ambang 40an ......Kalau bagi si lelaki....40thn umpama permulaan hidup, tapi bagi si wanita, usia 40thn tandanya permulaan bagi apa ek? Apa yg aku rasa sekarang ni, perubahan sekitar kehidupan harian sememang berlaku setiap hari.......melihat anak2 membesar, macam2 kerenah yg mereka buat. Bagi si ibu, setiap hari adalah permulaan kepada kehidupan yg lebih baik dari semalam. Tak perlu ler nak tunggu 40 thn baru nak mula hidup baru.......

Dalam rumahtangga, suami isteri mesti saling bekerjasama. Bila seorang tidak mampu jlnkan tugas, pasangannya perlu ambil tugas itu. Mesti ada sikap bertolak ansur.......sudah lah cuaca dunia sekarang buat aku pening, harap2 tidak menyebabkan perubahan cuaca dlm rumahtangga aku pulak....eh.

Mmm, betullah.....tadi pagi bukan main panas betul, tetiba hujan lebat pada sebelah petang. Itulah yg aku selalu dengar jiran2 aku katakan.....agaknya itu yg buat cuaca dlm badan aku pun naik turun.......semput pun datang.....huhuhu.

jangan lupa senyum setiap hari

Sekarang ni bulan Mei dah datang, ......eh, semalam adalah hari ibu.....selamat hari ibu utk aku...ekekeke, untuk semua ibu2 di luar sana jugak lah. kepada ibu aku di Kota Tinggi dan ibu mertua di Muar. Semoga mereka sentiasa bahagia di samping keluarga dan sihat selalu. Aku baru berjumpa mereka berdua......dan sempatlah aku mencium tangan dan mohon restu.

Semalam jugak anak2 aku, menyambut hari ibu utk aku. .....eleh, bebudak punya stail.....si kakak belikan susu dutch lady perasa strawberry dan coklat utk aku........aku senyum dalam hati...(eh, ini nak suruh ibu terlebih sihat ker?). Dah dibelikan, aku pun makanlah......tapi share2 gak........tak ler aku telan semua. dahsyat ler kalau gitu.

SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU DI DUNIA

Thursday, May 5, 2011

Siapa Dhaniatul Mya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dhaniatul Mya binti Khairul Faizi ( maaf ye kalau tersilap ejaan ). Dilahirkan pada 19hb Januari, 2011. Anak jati Kuala Lumpur. Mamanya Zabedah binti Mohd. Zamin lahir di Johor tapi membesar di Kuala Lumpur dan sekarang ayahanda dan bondanya tinggal di Ipoh selepas pencen KTMB. Papanya berketurunan mami Pulau Pinang tetapi tinggal dan mencari rezeki di Kuala Lumpur. 

gambar dr nokia c5
Siapalah si comel ni ek? ........kasihan dia, semua orang nak pegang dia......sampai nampak cemas muka tu. Mama dan papa tersenyum2 melihat orang semua dok mengagah Mya. Mula2 dia senyum..........lat beberapa minit.......huhuhu....dia dah pening kot........cemik dah.......

Atok Midin bersama Mya
Suami aku punyalah gembira.........eh, ayah dah ada cucu ke? wah......mana cucu atok midin......meh, atok nak bergambor dgn cucu sulong ni. Aku tergelak ........hai atok midin, tak sangka ye dapat pegang cucu walaupun cucu sedara jer. Tok Midin bukan Tok Mudim tau......dan aku....dah jadi opah!...ngeeee

Atok nak bergambor tapi tak nak masuk facebook......malu........ Ehem, suami aku ni memang pemalu, susah kalau nak suruh dia bergambor........tapi dia rajin amek gambor orang lain. Aku pun kasi muka dia blur ......nampak muka Mya jer okay jugak. Masa sesi fotografi ni aku tukang tangkap gambor, tak masuk sekali sebab muka tengah tak sihat........kesian aku.

Inilah cucu sedara di sebelah suami aku. Anak sedara sulong suami aku ni adalah anak kepada kakaknya yg sulong. Kalau di sebelah keluarga aku, anak sedara yg sulong ialah lelaki.........lambat lagi nak kawen....duit belum cukup rasanya tu. Tak per lah.....lambat-laun bila ada rezeki, bertambahlah cucu atok......berkembang umat Muhammad SAW.

Mya = Jawa Muar + Mami Penang + Melayu Perak
Rasa tak puas pegang Mya.......tapi dia nak balik Kuala Lumpur sebelah pagi. Mama dan papa nya takut terperangkap dalam kesesakan nanti. Tentu pening kan.......dlm kesesakan anak kecik pulak meragam. Aku dh merasa dah.....serik tau. Bagi parents Mya ni, ini adalah perjalanan jauh yg pertama bersama Mya.....pasti mereka tidak mahu ada masalah dlm perjalanan nanti.

Hai Mya.......macam nama Mia Sara.....hehehehe. Cucu opah ni comel macam Mia Sara tak? Rasanya Mya ni lagi comel kan.........anda camne? Sudah bercucu jugak? Seronok dapat gelaran opah ...itu jadi tagline yg kita bukan muda lagi...huhuhu....

Aku Redho

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

30hb April, 2011

Entri terakhir.....1.28 pm. 6th Anniversary GA Kakyong.com dibuat beberapa minit sebelum aku bergerak ke Muar. Sempat mencuri masa ketika sedang menunggu kepulangan suami dr kerja.

2.35 pm, mula bergerak ke Muar, sebelum tu singgah kedai beli air ( sejuk laa pulak) & makanan. Highway PG sesak teruk.......uhh, sesak nafas aku kalau ikut situ. So, suami pusing masuk highway U.Tiram - Senai Utara. Baru clear.

5.15 pm, singgah kedai tepi jalan, anak2 nak minum.......(eh, tak sudah2......), si ayah beli 2 bungkus air tebu. Fuhhh, banyak betol aisnyeeeee. Aku pun layan jugak.

5.40 pm, tiba di rumah pengantin, sepupu sebelah suami. Perkahwinan anak sulong (perempuan) dan suaminya seorang army. Perut tgh lapar di tahap melampau........aku makan dgn sopan jer, malu laaa ...jemputan ramai lagi walaupun dh dkt pukul 6 ptg. Minum.......air sejuk lagi.

6.15 pm, balik ke rumah mak mertua yg hanya 200 meter jer dr rumah pengantin. Berehat......mandi, solat, makan malam lagi.......huhuhu. Kalau balik Muar, diet aku mesti musnah ranah.........

8.15 pm, aku berjumpa dgn cucu yg pertama dlm keluarga.......ayahnya dah dpt pangkat datuk, aku senyum.....mak datin laaaa katakan....(aku akan buat entri pasal cucu sulong ni di next entri)

1.28 am, aku tersedar dari tidur yg nyenyak. Dada aku terasa  panas, hidung dan tekak sangat2 gatal.....aduh, aku sakit kah? aku terbatuk2 hampir 1/2 jam. suami tolong ambil minyak dan sapu bahagian belakang dada, lepas tu aku minum air suam.......macam lega tapi sekejap jer.

2.20 am, masih tidak boleh baring sebab aku akan rasa sesak bila kepala diletak di atas bantal. Suami tanya, belum lega ke? Aku geleng2 kepala. Dia hulur gula2 berangin. Dalam hati aku boleh lah......asalkan aku boleh sambung tido.......sambil tu aku sedut perlahan ubat selsema Pevax.........zzzzzzzz

cam nilah rupa ubat sedut tu......zaman atok aku dah ada benda ni. asyikkkk...... 
(gambar tak jelas sangat......sebenonya benda ni tak berapa digalakkan penggunaannya tp hanya itu yg ada masa darurat....aku pun tibai jer lah)

1hb Mei, 2011
6.00 am, aku di dapati demam selsema yg di anggap tidak kritikal......ekehkeh...boleh gelak lagi. Kat umah mak mertua tak boleh manja2, buat kerja macam biasa......tp lepas makan aku hentam tido.......wah, bertuah punya anak menantu!

6.00 pm, berangkat balik ke JB.......dlm perjalanan minum air sejuk lagi ( eh, tak serik betol). Ayah dah beli, takkan ibu nak tengok jer.........hehehe, sedut sikit jer.......

2hb Mei, 2011
Aku terbaring.......demam selsema........selama seminggu sbelum ni aku menjaga anak2 yg demam, kali ini aku pulak dijaga oleh anak2.......aduh, syahdunya. Si ayah, tukang masak..........menunya....dah tentu rebus2, terasa macam dlm pantang bersalin pulak.

Kerana itulah aku dah lama tak up date blog dan fb......maaf ler kalau ada yg jejalan di sini tp baca entri lama gak......... Agaknya asyik hentam air sejuk......mogok dah salur pernafasan aku dan membuatkan salur eusthacia tersumbat......uh, seksanya.

Peringatan: Jangan minum air batu............