Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Blog Lucah Remaja Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Seperti biasa, aku mengadap lappy pagi2 jika ada masa. Aku membuka google tanpa tujuan tertentu. Saja2 nak cari sedikit maklumat mengenai entri baru nanti.

Ini bukan cerita rekaan, aku benar2 terkejut apabila aku klik satu perkataan maka tersenarailah beberapa laman dan aku ternampak satu laman yg tajuknya agak menggelikan. Ttpi kerana aku ingin tahu apa isi kandungnya, aku pun klik laman tersebut dan.....terkeluar laman blog lucah kepunyaan seorang remaja perempuan. Dia meletakkan gambar yg bukan separuh b*g*l ttpi memang tiada seurat benang pun yg menutupi tubuhnya. Aku tak pasti jika itu gambar tuan tanahnya atau org lain.

uh...tanpa seurat benang!

Aku melihat bahagian maklumat peribadi, dia menyatakan namanya ttpi tiada maklumat tentang umur dan tempat tinggal. Blog ini nampaknya sudah lama tidak dikemaskini iaitu sejak 2006. Entrinya pun sekitar bulan Sep dan Okt saja. Setiap entrinya penuh dgn imaginasi remaja ini melakukan hubungan intim dgn pasangan khayalannya. Itu katanya lah, di mana dia tidak melayan jika ada org e-mail semata-mata nak melakukan hubungan seks dgnnya. Dia hanya akan menyerahkan tubuh badannya kpd lelaki yg bergelar suami shj. Itu yg dinyatakannya.......Ada pula pembaca2 yg memberikan komen yg berbau lucah jugak......semua ditulis dalam bahasa melayu!.

Aku tidak sangka begitu rendahnya maruah remaja ini kerana sanggup membina sebuah blog semata-mata mahu menulis cerita khayalannya bersenggama. Cerita spt ini amat bahaya jika ada kanak-kanak di bawah umur terjumpa laman sebegini. Kenapa masih ada blog lucah spt ini di dalam google. Kenapa si pelakunya tidak dicari dan dihukum kerana kesalahannya berat sama spt melacur.

kucing ni comel tapi jika ...............
Kita ada mendengar blogger yg ditahan kerana tulisannya mengutuk pemerintah dan menyebarkan dakyah negatif serta menghasut. Dan baru2 ini ada blog yg cuba menyebarkan agama kristian pula ttpi tak tahulah jika dah diambil tindakan atau tidak. Maka bagi penulis2 blog lucah juga sepatutnya dihukum seberat2nya dan perlu menghadiri program2 kebajikan serta program memulihkan akhlak. Jika Islam, perlu diberi pendidikan agama dan penerapan ciri2 utk menjadi seorang Islam yg sebenar.

Perbuatan tidak bermoral merupakan perbuatan keji yg berupa maksiat dan dosa sehingga menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah akan menimpa diri. Jauhilah daripada perbuatan mengundang laknat. Sebuah hadis dari Riwayat Abu Daud yg berbunyi :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”


Laknat bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Nauzubillah......

 Hadis sahih Buhkari Jilid 1 : 0064 yg bermaksud :

Dari Anas r.a., katanya: "Akan ku sampaikan kepada Anda sebuah hadis yang tidak akan disampaikan orang kepada mu sepeninggal ku. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, bercabulnya zina (persundalan) dan banyak perempuan, sedikit laki-laki, sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.

Adakah ini bermakna hari kiamat semakin mendekat?

Monday, June 13, 2011

Kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan percintaan, bercintalah dgn suami orang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Wanita muda tidak kisah bermadu"...anda dh baca Utusan Malaysia hari ini? Memaparkan tajuk yg pasti membuatkan para isteri terkedu atau terbeliak mata jap.

"wanita muda di negara ini terutama yg berusia di bawah 30 tahun lebih terbuka utk hidup bermadu berbanding mereka yg melepasi usia tersebut."

Ini bermakna wanita yg masih belajar atau baru memulakan kerjaya lebih meminati org yg lebih tua utk dijadikan suami? Dan mereka sanggup bermadu wlaupun pada hakikatnya bermadu itu sungguh pahit. Alasan yg mereka berikan hanyalah krn golongan ini mempunyai kewangan yg kukuh dan brsikap romantik.

berharap semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
Berdasarkan kajian soal selidik terhadap 400 responden berusia 18 tahun ke atas, ramai di antara mereka mengizinkan suami mereka berkahwin lagi. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mencatatkan sebanyak 286 kes poligami telah didaftarkan dan 222 permohonan poligami telah diluluskan atas perintah mahkamah.

Lelaki yg bergelar suami tentu tersenyum apabila membaca artikel ini. Itu pasti......oppsss jgn terus menyangka lampu hijau telah diberikan. Wahai para suami jika berniat utk berpoligami mesti cermin diri sendiri. Adakah kewangan anda kukuh? Jika tidak......jgnlah bermimpi utk beristeri muda pula.

Bagi mereka yg bersedia utk berpoligami, ia didorong perasaan takut menanggung dosa krn tindakan itu dibenarkan oleh agama. Dalam masa yg sama, mereka lebih menghormati suami yg bertanggungjawab dan jujur. Dalam kehidupan berumahtangga amat penting bagi pasangan bersikap jujur.

Jgn sembunyikan apa2 di belakang isteri termasuklah jika ada menerima sms dr seorang wanita lain. Ada satu kes, seorang suami memadam semua sms yg diterima dr rakan wanita di tempat kerjanya. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suatu hari, dia lupa hendak memadamkan sms yg diberi oleh rakan wanitanya itu. Sms itu dibaca oleh salah seorang anaknya dan menyampaikan kpd ibunya pula.

apabila suami mula asyik bersms, isteri mula rasa curiga
Kes spt inilah yg menyebabkan bilangan perceraian bertambah. Tiada tolenrasi dan persefahaman antara pasangan menyebabkan satu masalah yg kecil dijadikan sebab utk bercerai. Lebih-lebih lagi jika suami pula tidak kuat pegangan agamanya. Ego yg tinggi juga akan menambahkan lagi kekeruhan dan jalan penyelesaian yg dinampak hanyalah perceraian. Nauzubillah...walaupun perceraian itu halal tetapi ia adalah perkara yg amat dibenci oleh Allah SWT.

pertengkaran mungkin tidak dapat dielakkan jika ego menguasai diri

Seorang remaja telah berkata bhw kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan alam percintaan, bercintalah dgn suami orang.

Kepada para isteri dan wanita yg lain, apa pendapat anda?


Wednesday, May 18, 2011

Apabila Ashraf Muslim Menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mengapa aku begitu tertarik utk membaca ruang Ashraf Muslim di Berita Harian hari ini. Dimulakan dgn ucapan syukur kpd Allah SWT, anak seni ini mula berbicara mengenai peluang. Aku terharu membaca tulisannya kali ini. Ku ulangi bacaanku dan di sini aku ingin berkongsi pendapat aku mengenai penulisannya.

Pertama, dia berkata mengenai peluang utk kita mengucap syukur dan berterima kasih kpd Allah SWT atas nikmat yg dikecapi." Bukan tidak ada ruang dan peluang, tetapi entah kenapa agak sukar utk mengucapkan; "Ya Allah, terima kasih"."

Bukan mudah utk seorang yg bergelar artis utk melakukan perubahan. Aku kagum melihat kegigihan anak seni ini. Malam ini, terpampang berita mengenai seorang artis rakaman ditangkap kerana dipercayai terlibat dgn kes pecah rumah. Artis memang manusia biasa tetapi artis juga manusia yg dikurniakan akal oleh Allah SWT. Mereka boleh berfikir samada mahu melakukan kebaikan atau sebaliknya. Tepuk dada, tanyalah IMAN.

Kesungguhan Ashraf Muslim utk melakukan transformasi diri harus dipuji. Berbekalkan azam dan sokongan dari Tn. Hj. Lokman, Pengasas Pusat Rawatan Al-Hidayah, dia melakukan perubahan sedikit demi sedikit walaupun ada yg kurang senang dgn apa yg cuba dilakukan olehnya. " Ada yang tidak berapa suka dgn perubahan saya itu", katanya.

Seterusnya, Ashraf menulis; "Apabila peluang tiba, jangan berpaling lagi. Rebut cepat kerana kita tidak tahu apakah peluang akan bertandang lagi selepas kita melepaskannya". Maka peluang utk melakukan umrah dan membuat transformasi diri diteruskan. Dgn tidak disangka-sangka, rezeki dtg selepas pulang dari menunaikan umrah. Itulah janji Allah bahawa setiap kebaikan akan dibalas dgn kebaikan.

Pada penutup,  Ashraf meletakkan firman Allah SWT dari Surah At-Talaq, ayat 3 yg bermaksud,
" Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.  Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Semoga kebahagiaan pasangan ini diberkati
Siapalah kita utk menilai hati budi seseorang. Jika sudah bertekad utk melakukan perubahan janganlah dilengahkan kerana kita tidak tahu berapa lama lagi kita boleh hidup di dunia ini. Bermuhasabahlah utk kebaikan diri dan keluarga. Wallahualam.

Tuesday, April 19, 2011

Kunci Kejayaan Duniawi dan Uhkrawi

Assalamualaikum,

Hari ini aku meneruskan membaca buku motivasi : Menerobos Sempadan Diri. Aku nak kongsikan bersama pembaca2 blog sekalian.

Hari demi hari, umat Islam sentiasa diingatkan agar tidak lupa berdoa agar memperolehi kejayaan dunia dan akhirat. Ramai orang berbicara tentang kejayaan dunia dan akhirat namun hanya beberapa kerat sahaja yang menghayati dan bersungguh-sungguh mengejar kedua-duanya. Malah, lebih ramai yang hanya terkejar-kejar kejayaan duniawi sambil mengabaikan kejayaan ukhrawi.

Bagi sesetengah golongan, cukuplah dengan berjaya melaksanakan haji di Mekah, solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan zakat. Walaupun cukup sempurna rukun Islam tetapi penghayatan terhadap ajaran Islam amat daif sekali. Allah SWT berfirman dalam kitab agung-Nya yang bermaksud :
"Carilah nasibmu di akhirat sana tetapi jangan kamu lupa nasibmu di dunia"     (Surah al-Qasas : 77)

Malah Rasulullah SAW juga berdoa yang menjadi amalan Baginda :

" Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kufur dan kefakiran"

kunci terkabul permintaan ialah doa

Orang-orang yang mampu menerobos sempadan diri sebenarnya mengetahui jenis kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan duniawi dan ukhrawi.

  • Kunci solat ialah taharah.
  • Kunci ibadah haji ialah ihram.
  • Kunci kebaikan ialah benar.
  • Kunci syurga ialah tauhid.
  • Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar.
  • Kunci kemenangan ialah sabar.
  • Kunci tambahnya nikmat ialah syukur.
  • Kunci keselamatan dunia akhirat ialah takwa.
  • Kunci terkabul permintaan ialah doa.
  • Kunci maksiat ialah sombong.
Ini adalah hanya 10% yang saya kongsikan bersama-sama rakan semua. Dapatkan buku ini untuk tahu isi sepenuhnya. Selamat membaca.


p/s: jika ada komen, jangan malu dan segan.........komenlah......

Saturday, April 9, 2011

Kenapa Wanita Islam Wajib Memakai Tudung

Assalamualaikum,

Artikel ini saya petik dari Zaharuddin.net. Semoga ia akan memberi pengajaran kepada blogger yang membaca. Tidak memilih siapa, ia amat sesuai untuk tatapan semua peringkat umur. Sama ada si ibu yang mahu didik anak perempuannya yang meningkat dewasa, si abang mahukan adik perempuannya memakai tudung, si kekasih yang inginkan kekasih hatinya menutup aurat atau sesesiapa sahaja yang ingin mengetahui mengenainya.

MITOS 'DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER'
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. 
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya. 
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi. 
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu : 
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu"  (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja. 
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu" 
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang" 
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Friday, April 8, 2011

Pemaaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"Tidak rugi menjadi pemaaf, malah insan yang suka meminta maaf dan memaafkan dipandang hebat"

Kata-kata di atas adalah terbit daripada salah seorang pakar motivasi Malaysia yang disanjungi, Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Kenyataannya, manusia memang amat sukar untuk memaafkan kerana dibelenggu dengan perasaan ego dan sombong.

Ada pepatah Melayu berbunyi, " Luka ditangan nampak berdarah, luka dihati siapa yang tahu". Apabila hati terluka maka bertukar menjadi dendam dan sakit hati menimbulkan perasaan benci kepada individu yang membangkitkan kemarahan atau menyebabkan kelukaan hati itu. Rasa tidak puas hati, menyampah, meluat berlumba-lumba menerobos ke segenap hati yang sakit itu.

Sebaik-baiknya, jangan diikutkan perasaan yang dikuasai syaitan. Apabila marah mula menempel dalam hati, cubalah berwuduk. Itu salah satu cara dari bermacam-macam cara untuk menghindar diri dari merasa marah. Selain itu, bacalah dan rujuklah cerita-cerita zaman Rasulullah SAW, yang mana boleh diambil sebagai teladan dan menjadi sempadan dalam pergaulan di dalam masyarakat. Rasulullah SAW adalah paling mulia antara sekalian makhluk dan segala amalan berpunca dari amalan baginda.

Thursday, April 7, 2011

Nasib Si Anak Tiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda bertanya kepada anak kecil, siapakah yang paling mereka sayang?
Bagi seorang anak tiri pula, siapakah yang mereka paling sayang? Apakah yang mereka impikan? Adakah mereka bahagia?

menjadi anak yang disayangi oleh ibu dan ayah
Mungkin mereka sempat merasa bahagia hidup bersama ayah dan ibu kandung. Namun mereka kehilangan ibu tercinta semasa kecil dan  tidak mengerti lagi makna kehilangan. Belum pun sempat merasa kehangatan pelukan ibu sewaktu menidurkan anak kecilnya itu, si ibu pergi dan tidak kembali lagi. Jika itu yang dikehendaki oleh-Nya, maka begitulah jadinya.

Menyemai Sifat Terpuji Anak

Assalamualaikum,

     Anak merupakan permata hati yang diidamkan oleh ibu bapa, terutama bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Apa yang penting bagi ibu bapa ialah mendidik anak agar berjaya membina masa depan yang gemilang.

    Pendidikan anak bukan hanya semata-mata untuk kesenangan dunia tetapi juga adalah untuk kesejahteraan hidup di akhirat. Menjadi tanggungjawab semua ibu bapa untuk mendidik anak yang soleh selari dengan tuntutan agama. Antara pendidikan yang baik adalah daripada aspek pembentukan akhlak yang mulia.

Amalan solat hendaklah diajar ketika anak masih kecil lagi.

    Dalam pemdidikan anak, Allah SWT mengabadikan bagaimana kisah seorang bapa yang dikenali sebagai Luqman yang menjadi inspirasi kepada semua ibu bapa. Luqman seorang hamba yang soleh dikurniakan oleh Allah dengan ilmu pengetahuan dan hikmah kebijaksanaan. 

   Asas dalam kehidupan seorang anak yang soleh ialah beriman dan bertakwa kepada Allah. Keimana dan ketakwaan kepada Allah akan menjadi benteng daripada melakukan perbuatan mungkar yang dilarang oleh Allah SWT. 

   Antara amalan mulia yang wajib dan perlu diterapkan kepada anak-anak ialah :
  1. mengambil berat terhadap amalan solat
  2. menjauhi daripada melakukan perbuatan mungkar
  3. mempersiapkan diri dengan melakukan perkara baik
  4. dipupuk agar sentiasa menghiasi hidup dengan sifat sabar
   Allah SWT menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud :

" Amalan taat kepada ibu bapa perlu dipupuk kepada anak-anak agar anak-anak membesar dalam kasih sayang ibu bapa yang berkekalan sampai akhir hayat"

   Menyemai sifat mahmudah kepada anak bermula sejak awal lagi sehinggalah ke peringkat anak menjangkau remaja. Pada awal pertumbuhan, iaitu sejak berumur dua tahun anak-anak mula belajar melalui kata-kata yang baik. Kata baik dan berunsur kasih sayang perlu didedahkan kepada anak agar menjadi satu kebiasaan. 

   Mendedahkan anak-anak dengan kata-kata manis, bersalaman sesama keluarga secara tertib dan penuh hormat. Anak hendaklah dibiasakan denga sebutan nama Allah walaupun belum mengerti.  Kita hendaklah memulakan makan dengan membaca " Bismillah" dan menyudahi makan dengan ucapan " Alhamdulillah".

   Dalam tempoh pertumbuhan dua hingga enam tahun pula, merupakan peringkat menerima pengaruh tingkah laku dan emosi. Anak suka dimanjakan namun biarlah bertempat. Ibu bapa berperanan menunjukkan sifat terpuji, tidak bercakap kasar dan kotor, suka berkelahi, meremehkan dan menghina antara satu sama lain.

   Anak merupakan aset penting kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan dan membina masa depan anak agar menjadi seorang anak yang soleh dan cemerlang.

   Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud :

" Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menyebabkan dia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"
                                                                                                                                                                (Hadis Riwayat at-Tabrani)