Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Selamat Datang Ke Penyabong, Endau

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bertemu lagi..........

Ada cerita baru?.....yap! Suami ingin ke Kuala Rompin sempena majlis perkahwinan rakannya. Setibanya di sana, pengantin dah bersiap utk sesi fotografi di luar. Tak sempatlah kami nak berposing kat pelamin diorang. Lepas makan dan ucap tahniah dgn keluarga pengantin, kami pun pulang.

Alang2 dah sampai Endau, kami bercadang utk jalan2 ke pantai di Mersing. Anak2 dah tak sabar nak bermain air di pantai. Suami pusing2 mencari calet, oleh kerana kami tak merancang nak menginap di sana maka agak susah nak cari calet yg kosong. Semua tempat kami pergi dah penuh.....kesian anak2....mereka merayu kat ayah mereka......"ayah, nak mandi laut....yah......". Berulang kali mereka merayu. Akhirnya, ayah mereka singgah di pantai dan mereka sungguh ceria dapat berendam hingga menjelang senja.

Dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi, cuaca agak sejuk dan hujan gerimis mula turun. Suami terpandang papan tanda calet di tepi jalan.."Eh, nak singgah tak? Mana tahu ada kosong....dapat rehat satu malam. Budak2 pun tak puas mandi tadi". Aku hanya senyum dan setuju saja le. Yang seronok tentunya anak2 lah......sekali-sekala bawa anak2 berjalan. Pantai Penyabong memang cantik........

Pemandangan di pantai

tumbuhan semulajadi
Hajat utk bermalam di calet tertunai, ewah......melompat gembira zulhakim. Walaupun bilik sewa kami hanya ada 2 katil dan kipas angin jer, cukuplah buat kami selesa utk satu malam. Yg penting, air utk mandi ada........

Ahmad Zulhakim, tak sempat salin baju tido......
Pagi2 dah turun ke pantai, air masih surut. Zulhakim dah menjerit2 nak mandi.......uish, budak ni...sabo lah, kita jalan2 kat pantai sambil amek gambo ye......

susah betul nak suruh kakak bergaya, dia pemalu orgnya...

adik melihat aksi abangnya, ahmad zulhadi.........aksi apa tu?
Ayah dan ibu senyum melihat kerenah anak2.......

Wednesday, April 20, 2011

Berbulan Madu di Titanic

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila melihat kegembiraan dan kegelisahan orang yang hendak bernikah....aku dapat rasakannya. 13 tahun dulu, aku juga mengalami perasaan yang sama. Walaupun bukan aku yang akan mengenggam tangan tok imam (eh, haram dek), aku juga turut berdoa agar tunang aku ( ketika itu belum sah suami aku lar) dapat menempuh saat akad dengan tenang. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku sah menjadi isterinya.

Semenjak tarikh itu, aku pun menjalani hidup sebagai seorang isteri. Ketika itu aku bekerja di syarikat swasta. Mohon cuti selama 2 minggu jer........suami aku, punyalah sayang dengan kerja dia;.....nak tahu dia mohon berapa hari cuti?..........1 minggu jer. Macam workholic kan! Cakap orang, aku pun sama.......

Lepas majlis, dah tentulah kami kepenatan (ehem, tak der cerita kuning ye). Kami menghabiskan masa dengan mengemas.......mula2 di rumah mak mertua, balik rumah mak aku pulak, lepas tu balik rumah sendiri ( masa tu menyewa jer), mengemas lagi. Betul2 penat tau.

Pada suatu malam, suami aku berbisik.........
"nak tengok wayang tak?"
"ehem......nak, cerita apa?"
"kita tak sempat gi honey moon kan......gi tengok cerita Titanic jom"
"ooooo, honey moon kat Titanic la ye...."


Ok lah juga kan........tengok cerita cinta romantik yang penuh tragik..............
Bila dengar lagu tema tu......aku mesti teringat saat2 aku ber'honeymoon ' dengan suami aku.........cewah!



Tuesday, March 22, 2011

Kisah aku bersantai di pantai

Assalamualaikum,

Salam penuh ceria dari sayaaaaa. Wah, apa tak cerianye....aku dh dpt sentuhan aku semula. selepas sebulan dok menyepi aku dh jadik lemau......ha sekarang mula nk mengasap otak. Harap korang jgn serik la ikut jejak2 aku ye.

Minggu lepas adalah cuti sekolah, bukan anak2 jer yg gumbira...ibu dia gak melonjak2 nk cuti sama. Hih, suri rumah ada cuti kah? mmm musykillah....hari wanita sedunia yg lepas aku tak cuti pun, silap2 pd hari ibu ti aku lagik sibuk. Redho jer lah? Hep, jgn mengeluh.......Allahuakbar.

Jom lah aku nk crita, bg org selatan mungkin pernah pergi pantai tg. balau. Kpd korang yg dok jauh dr selatan meh aku tunjukkan.....


Inilah hasil tangan org yg tak pernah ambil gambo. ngeee.....Pantai yg landai memang sesuai utk anak2 main air tp si ibu dan ayah jgn dok khayal main air......tgok kat anak2 tuuu. Aku yg dh lama tak main air dh macam bebudak.....berjam2 dlm air, sampai kocek seluar penuh pasir....akhirnya tergaru2 sbb pasir dh tembus kat kulit...alahai! gatal lah pulak.

Beberapa jam sebelum itu si ibu ni kena perah otak nak masak menu apa. hah, menu biasa lah..........maka jadiklah spt.........


Semua goreng2 , nasi jer yg ada lemak santan.......yg lain ada lemak minyak masak. he he he...Apabila sampai di pantai, cari tempat teduh.....bawah pokok redup sikit, bentangkan tikar, susun bekalan......pas tu, jom makan! Baca doa la....hish lupa pulak anak2 aku ni. Dh kenyang barulah mandi........

Itulah masa utk kami sekeluarga bermesra, bersantai di pantai yg dh tentu indah. Suasana yg tidak panas terik membuatkan kami rasa seronok dan asyik. Aku dan suami sememangnya cuba utk mengadakan masa berkualiti bersama anak2. Ye lah, asyik kena belajor jer, sesekali nk jugak hilang kan penat lelah tu. Si ayah dan si ibu pun rasa lebih rapat dgn anak2. Hmmm......itulah ceritanye.

Anak2 adalah permata hati ibu dan ayah, corakkan dan bentukkan mereka dgn penuh kasih sayang. Semoga kita akan dapat lihat anak2 kita berjaya menjadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang di masa depan. Insya Allah.

Wassalam.

Monday, February 21, 2011

Apa nama dia......

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ih, apa benda yg terbang dan kemudian jatuh, pas tu terbang lagi dan jatuh lagi.........aku tgok banyak betul benda mcm tu masa aku gi Bukit Layang-layang malam minggu lepas.

apa bendanya nih?
nak tahu.......ayah diorang beli sampai 6 bijik benda yg tak bernama nih......tak tahu ler kenapa, katanya yg 3 tuuu beli dgn org lain, mcm tak elok, lampu dh tak terang. jumpa lagi org jual benda yg sama, mintak yg baru keluar dr plastik......haaa baru terang........yg tadi tu malap jer, kata ayahnye. hmmm suka hati lah, asal bahagia.....ngeee


hah....camnilah, kakak.....tgok ni ayah buat.......si ayah buat tutorial kat anaknye.

kakak dan abg cuba buat....jadik tak? eh, kakak buat tak jadik......hehehe, ayah.......akak kan kidal...nampak kekok ibu tgok dia tarik getah tuuu.


yah...tarik hadi....tarik panjang lg nnti benda tu boleh terbang tinggi......


oppsss akak pulak....cewah

hakim pun tak nak lepas peluang.... satu, dua, tiga.......alamak.....ayah ....mana getahnya, getah hakim hilang......waaaaaaaa

agak2 benda tu sama tak dgn bunga nih? kenal tak dgn bunga ni........hmmm ini bukan bunga ye....ini adalah biji benih pokok meranti........

......sekian......





Adek takut ............!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa yg terlintas di fikiran skrg ini ialah peristiwa yg berlaku pd malam Sabtu  lepas. Di mana ?........... mana lagi.........di Festival Layang-layang Sedunia, Pasir Gudang lah. Apa dh jadi ? Tak........kami terserempak dgn ayam.............besar tuuuuu.

eh, chicky, chicky.........jom kita jumpa chicky, kata aku. aku pun dgn lajunya berjln ke arah chicky yg tak nampak sibuk masa tu. peluang ni......bukan senang nk jumpa ayam paling besar di dunia nih.

cik chicky....boleh bergambar dgn kami jap, tegur aku. chicky angguk2. aku pun tarik anak2 aku..........ayahnya jadik jurugambar lah. aku tarik tgn anak aku.....salam dik, salam dgn chicky cepat, tgok chicky baik kan. eh, mana adek............
 opppssss, adek jgn dok kat belakang ibu, jom amek gambar dgn chicky. tak nak....tak nak.......adek menjerit. laaaa adek takut ker....? tak pe, gambo kejap.........meh sini. aku menarik tgn adek tp dia terus jerit, tak nak, tak nak.


alamak......adek ni, dia buat spoil lak, yg lain ok jer..........termasuklah aku....hahaha. tak per lah ayahnya...klik lah cepat.........mana lah adek........takut, rupa nya dia. kenapa dia takut eh........?

saje jer....buat anak2 ceria sikit. tak lah boring sgt kan. dalam celah2 org yg ramai tu sempat lah jugak kami tarik perhatian chicky. sian dia...... kena tarik sana-sini.........dah dpt bergambo, ok lah tuuuuu, trima kasih chicky......

abbissssss dah.




Wednesday, February 16, 2011

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Al-fatihah utk empunya blog Not The Primrose Path......

Berkali-kali aku membaca entry di dlm blog arwah. Bukan semuanya aku baca.....tapi apa yg aku bleh katakan, arwah mmg seorang yg tabah...sgt2 tabah. Setiap kali membacanya, pasti menitis air mata.  Redha dgn ketentuan Allah, arwah meneruskan kehidupan dgn melakukan byk aktiviti kemasyarakatan dan byk memberi nasihat dlm penulisannya. Sungguh mulia hatinya dan sungguh bertuah ibunya. Semangat kental yg ada pd arwah......akan ku cuba terapkan dlm hatiku, semoga aku juga menjadi seorang isteri dan ibu yg tabah. InsyaAllah.

Lanjutan dr itu, aku terkenang kepada seorang rakan yg telah pergi..........


Arwah adalah seorg rakan, seorg jiran yg rapat dgn aku. Bangku mozek inilah tmpt kami duduk bersembang-sembang bila ada kelapangan. Adakalanya pd waktu pagi, adakalanya ketika waktu petang sambil menunggu anak pulang dr sekolah. Sebelum bekerja, arwah merupakan surirumah spt aku.......sbb itulah kami rapat. Kami duduk bersembang hampir setiap hari. Mcm2 subjek menjadi tajuk bicara kami........

Arwah menpunyai 2 org anak ( lelaki & perempuan). Yg bongsu, perempuan.......mengidap epilepsi. Arwah mula bekerja apabila anak bongsunya masuk djh satu......ish, asik jaga anak org jer, aku nk keje pulak lah kak. Arwah menyuarakan hajatnya pd aku.......aku hanya mendengarkannya shj. Aku tahu arwah duduk di rumah sambil mengambil upah menjaga anak2 jiran yg bekerja.....ramai, lebih kurang 5 org. itu tak termasuk anak sendiri. Lin nk keje pulak...jadi cikgu tadika ker, kat Tesco ker...apa2 lah, asal kerja. budak2 dh besar, dh tak bimbang nk tinggal kat umah.....akak pun boleh tengok2 kan budak2 tu kan, kata arwah pd suatu hari.

Setiap kali aku memandang bangku mozek itu, terlihat wajah arwah sedang duduk tersenyum. Kerana wataknya yg peramah, arwah mempunyai ramai kawan. Boleh dikatakan satu taman tahu siapa dia........suka bergurau, suka memasak ( mmg hebat masakannya, kalah aku), sgt aktif.........rajin ronda2. Disebbkan umur yg muda 8 thn dr aku, aku menganggap arwah mcm adik sendiri. Adakalanya arwah meminta  nasihat, adakalanya aku pulak mintak nasihat darinya........arwah ni pandai bg nasihat, ada jer idea dia. itulah kenangan yg masih lekat dlm ingatan aku. Aku rindu pd bicaranya, pd nasihat2nya, pd gurau sendanya, pd gelak tawanya, pd masakannya............

Satu petang, arwah terjatuh dr motor sewaktu dlm perjalanan ke tempat kerja. Pada petang Jumaat, 21.3.2008, suaminya menerima panggilan dr seorg kenalan yg terserempak dgn arwah terbaring di jln. Tiada siapa yg bantu arwah ketika itu, tak tahu bagaimana arwah jatuh, tiada saksi yg nampak......sampai skrg ia masih menjadi tanda tanya. Arwah dimasukkan ke ICU krn tekanan darah rendah dan hatinya didapati rosak.

Aku menerima panggilan dr suami arwah pukul 5.30 ptg. Subhanallah......tak percaya. Aku baru jer berbual dgnnya hari Rabu lepas. Dan baru sebentar td aku nmpk dia keluar keje, hati aku berdebar2. Dlm keadaan yg masih terkejut, aku dan suami melawat arwah di wad ICU ...........arwah terbaring dikatil dgn wayar yg silang-menyilang, baru aku percaya.......arwah dlm keadaan nazak.

3 pembedahan dilakukan ke atas arwah bg menyelamatkannya tetapi Allah lebih menyayanginya. Pagi Isnin, 24.3.2008....doktor menanggalkan bantuan pernafasan krn denyutan jantungnya yg sgt lemah. Keluarga arwah redha, suaminya redha....kenapa tidak aku? Aku menangis.........bagaimana dgn anak2 arwah......dlm umur yg masih muda, si abg nmpknya memahami apa yg berlaku. Bg si adik..........anak yg manja, belum mengerti apa2.

Pada perbualan terakhir kami, arwah ada menyatakan,"tengokkan budak2 tu ye kak. marah jer kalau dioarng buat salah. buat mcm anak sendiri." Aku hanya menjawab, "boleh.......takder masalah." Kini, jika anak2 arwah dtg ke rumah aku, pasti aku terdengar2 kata2 itu. InsyaAllah.......selagi hayat dikandung badan, aku cuba melakukan apa yg terdaya.

Kenangan itu memang mengusik jiwaku....................aku hanya sempat meminta maaf kepada arwah ketika dia terlantar dikatil ICU. Mungkin aku ada tersilap cakap atau ada kata2 yg mengguris hatinya ketika kami bersama.  Adakah arwah mendengarnya, wallahu'alam,  walaupun suami aku yg mengucapkan kata2 maaf itu...........( aku dh tak dpt berkata2 ketika didlm ICU).

Kepada rakan2 semua......jika kita mengenali seseorg, kemudian mula rapat dgn org itu.........jagalah hatinya. Sama ada kita yg dijemput Allah dahulu atau si dia, sama ada kita meninggalkan atau ditinggalkan.........itu semua adalah Qada' dan Qadar Allah. Harus diingat, setiap musibah yg menimpa pasti ada hikmahnya.




                               *Dah besar anak bujang arwah..........

Al-fatihah untuk arwah Norzianah binti Subki...........

wassalam.