Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Thursday, June 16, 2011

Blog Lucah Remaja Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Seperti biasa, aku mengadap lappy pagi2 jika ada masa. Aku membuka google tanpa tujuan tertentu. Saja2 nak cari sedikit maklumat mengenai entri baru nanti.

Ini bukan cerita rekaan, aku benar2 terkejut apabila aku klik satu perkataan maka tersenarailah beberapa laman dan aku ternampak satu laman yg tajuknya agak menggelikan. Ttpi kerana aku ingin tahu apa isi kandungnya, aku pun klik laman tersebut dan.....terkeluar laman blog lucah kepunyaan seorang remaja perempuan. Dia meletakkan gambar yg bukan separuh b*g*l ttpi memang tiada seurat benang pun yg menutupi tubuhnya. Aku tak pasti jika itu gambar tuan tanahnya atau org lain.

uh...tanpa seurat benang!

Aku melihat bahagian maklumat peribadi, dia menyatakan namanya ttpi tiada maklumat tentang umur dan tempat tinggal. Blog ini nampaknya sudah lama tidak dikemaskini iaitu sejak 2006. Entrinya pun sekitar bulan Sep dan Okt saja. Setiap entrinya penuh dgn imaginasi remaja ini melakukan hubungan intim dgn pasangan khayalannya. Itu katanya lah, di mana dia tidak melayan jika ada org e-mail semata-mata nak melakukan hubungan seks dgnnya. Dia hanya akan menyerahkan tubuh badannya kpd lelaki yg bergelar suami shj. Itu yg dinyatakannya.......Ada pula pembaca2 yg memberikan komen yg berbau lucah jugak......semua ditulis dalam bahasa melayu!.

Aku tidak sangka begitu rendahnya maruah remaja ini kerana sanggup membina sebuah blog semata-mata mahu menulis cerita khayalannya bersenggama. Cerita spt ini amat bahaya jika ada kanak-kanak di bawah umur terjumpa laman sebegini. Kenapa masih ada blog lucah spt ini di dalam google. Kenapa si pelakunya tidak dicari dan dihukum kerana kesalahannya berat sama spt melacur.

kucing ni comel tapi jika ...............
Kita ada mendengar blogger yg ditahan kerana tulisannya mengutuk pemerintah dan menyebarkan dakyah negatif serta menghasut. Dan baru2 ini ada blog yg cuba menyebarkan agama kristian pula ttpi tak tahulah jika dah diambil tindakan atau tidak. Maka bagi penulis2 blog lucah juga sepatutnya dihukum seberat2nya dan perlu menghadiri program2 kebajikan serta program memulihkan akhlak. Jika Islam, perlu diberi pendidikan agama dan penerapan ciri2 utk menjadi seorang Islam yg sebenar.

Perbuatan tidak bermoral merupakan perbuatan keji yg berupa maksiat dan dosa sehingga menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah akan menimpa diri. Jauhilah daripada perbuatan mengundang laknat. Sebuah hadis dari Riwayat Abu Daud yg berbunyi :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”


Laknat bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Nauzubillah......

 Hadis sahih Buhkari Jilid 1 : 0064 yg bermaksud :

Dari Anas r.a., katanya: "Akan ku sampaikan kepada Anda sebuah hadis yang tidak akan disampaikan orang kepada mu sepeninggal ku. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, bercabulnya zina (persundalan) dan banyak perempuan, sedikit laki-laki, sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.

Adakah ini bermakna hari kiamat semakin mendekat?

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,




Pada 16 Jun ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan gerhana bulan penuh dari jam 1:25 pagi hingga 7:01 pagi.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi.

''Gerhana pada awal pagi Khamis ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 01:25 pagi waktu Malaysia. 

''Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap,'' menurut kenyataan itu.
Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa Bulan memasuki bayang umbra Bumi ( U1 ) mulai jam 02:23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada 04:13 pagi. 

Bulan akan mula keluar dari bayang umbra Bumi (U3) pada 05:03 pagi dan keluar sepenuhnya daripada bayang umbra Bumi (U4) pada 06:02 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga 07:01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang. 


Sementara itu, Angkasa dan Masjid Negara akan mengadakan program pencerapan gerhana bulan penuh pada hari berkenaan di perkarangan luar Masjid Negara bermula pukul 1 pagi.

Selain menyaksikan gerhana bulan penuh, orang ramai juga berpeluang untuk mencerap planet Musytari (Jupiter), Marikh (Mars) dan Zuhrah (Venus).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

p/s: maklumat dari www.utusan.com.my

Amalan Kebahagiaan Rumah Tangga

Assalamualaikum san salam sejahtera semua,

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yg dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yg abadi.
Dalakm melayari rumahtangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yg kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding Motivasi dan keluarga, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah memberi 62 petua yg boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yg melayari rumahtangga.

  1. Doa yg berterusan
  2. Patuh ajaran agama
  3. Murah dgn pujian
  4. Murah dgn khidmat
  5. Murah dgn belaian kasih sayang
  6. Murah dgn sentuhan
  7. Mencari kebaikan pasangan
  8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda
  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri drpd setiap pertengkaran
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
  11. Menilai diri drpd perspektif pasangan
  12. Berfikiran terbuka, boleh tegur-menegur
  13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara
  14. Menilai dan memberi keutamaan dlm kehidupan
  15. Tolak-ansur
  16. Menghormati dan mengambil kira'gerak batin' (intuition) perempuan
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
  18. Sedar bahawa perselisihan kadang-kala tidak boleh dielakkan
  19. Mengubah diri utk merangsang perubahan pada pasangan
  20. Sanggup berkorban buat pasangan
  21. Menghormati pasangan
  22. Berasa amat beruntung ( dan nyatakan ) mendapat pasangan yg ada
  23. Perhubungan seksual yg sihat dan diredhai
  24. Menghormati perbezaan dlm diri pasangan
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
  27. Meletakkan hak kpd pasangan
  28. Tidak menjadi hamba kpd pasangan
  29. Berubah secara perlahan-lahan utk meningkatkan kebahagiaan
  30. Mengawal marah, buat perjanjian
  31. Mencari penyelesaian dlm situasi 'menang-menang'
  32. Muhasabah hubungan utk mencari punca masalah
  33. Menghormati sifat semulajadi pasangan
  34. Memahami peranan pasangan
  35. Hubungan perasaan sesama pasangan
  36. Jgn simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dlm hati
  37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua shj yg tahu
  38. Sengaja merancang utk membaiki hubungan suami isteri
  39. Tujuh kali puji dan satu teguran
  40. Sebut ' I love U' sepanjang masa
  41. Banyakkan bergurau dan bermesra
  42. Sentiasa berterus-terang
  43. Beri masa utk perubahan berlaku
  44. Elakkan berdebat utk mencari kebenaran
  45. Elakkan mencari salah pasangan
  46. Cari titik pertemuan
  47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
  48. Lebih banyak memberi drpd menerima
  49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas drpd pasangan
  50. Sentiasa bersemangat ketika bangun pagi, pergi kerja, balik kerja dan sbgnya
  51. Seimbangkan hubungan dr segi :  mental, pendidikan dan ilmu, emosi, fizikal dan ekonomi, sosial, spiritual
  52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
  53. Tidak terlalu mengongkong
  54. Tidak bertindak bersendirian
  55. Memberi peluang utk berbeza : pendapat atau pandangan, hobi, kegemaran, makanan, citarasa, warna pilihan dan sbgnya
  56. Humor atau lawak dr masa ke semasa
  57. Minta bantuan utk memecahkan kitaran negatif
  58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dgn masalah semasa)
  59. Tidak meminta yg bukan-bukan
  60. Bentuk undang-undang atau peraturan dlm rumahtangga
  61. Mencari kelainan dan perubahan positif
  62. Elakkan mendera pasangan dgn apa cara sekalipun


Wallahualam.

Tuesday, June 14, 2011

Segmen Ben Ashaari : 5 Blog Pilihan Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

join segmen lagi......anda mahu join sama? Jom klik SINI


Apakah 5 blog pilihan hati aku? Ahhh...kenapa 5 jer, susah nak buat pilihan ler......takut nanti yg tak terpilih kecik hati pulak daaaaa. Maka sebelum aku menyatakan pilihan hati aku ni, aku nak mohon maaf ler kat member yg tidak terpilih tu, jangan marah ye.....dan kepada yg terpilih, diharap mereka akan terus menampilkan penulisan yg mantop yg boleh dimanfaatkan bersama blogger yg lain.

Santai Bersama Ben Ashaari
Kenapa : kepada mereka yg belum pernah ke sini, anda mesti singgah utk bersantai di sini. pengisian yg tidak memeningkan kepala. ditulis secara santai dan ramai peminat. tak rugi jika anda mengikuti dan melibatkan diri dgn segmen2 yg diadakan.

TUBELAWAK.BLOGSPOT
kenapa : banyak pengisian yg berunsur pengajaran dlm bentuk lawak. bila mahukan sesuatu yg membuatkan anda senyum, pergilah lawat laman ini. menjadi satu kemestian, tuan punya blog menyelitkan tayangan video utk menghiburkan pembaca/blogger.

iluvislam.com
kenapa : setiap hari aku ke sini utk membaca artikel2 yg berkaitan dgn keislaman. mencari pengisian kerohanian utk menambah ilmu di dada terutama dr segi keagamaan. adakalanya mencari idea utk entri baru, contoh pada hari ini, aku dpt idea utk membuat entri mengenai "Blogger itu Pendakwah" ttpi belum disiarkan, masih dlm pembikinan....hehehe.

kakyong.com
kenapa : seorng surirumah spt aku yg rajin update blog. blognye mesra pengguna, iaitu view yg cantik dan ringan. banyak anjurkan GA....kalau tak silap, impiannya nak adakan satu GA, setiap hari. bukan itu jer, ada juga tutorial bg rujukan blogger2 baru yg tak tahu nak mengemaskini/mengindahkan lagi laman blog.

Frame and Lenses
kenapa : latarbelakang blog berwarna hijau, sejuk jer mata ku ini bila ke sana. aku suka hijau.....banyak juga tulisan2 yg ada teladan. hari ini ada pepatah melayu di sana........pergilah ke sana ye......

Dah cukup 5 jer.......jom blogwalking lagi.

Monday, June 13, 2011

Kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan percintaan, bercintalah dgn suami orang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Wanita muda tidak kisah bermadu"...anda dh baca Utusan Malaysia hari ini? Memaparkan tajuk yg pasti membuatkan para isteri terkedu atau terbeliak mata jap.

"wanita muda di negara ini terutama yg berusia di bawah 30 tahun lebih terbuka utk hidup bermadu berbanding mereka yg melepasi usia tersebut."

Ini bermakna wanita yg masih belajar atau baru memulakan kerjaya lebih meminati org yg lebih tua utk dijadikan suami? Dan mereka sanggup bermadu wlaupun pada hakikatnya bermadu itu sungguh pahit. Alasan yg mereka berikan hanyalah krn golongan ini mempunyai kewangan yg kukuh dan brsikap romantik.

berharap semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
Berdasarkan kajian soal selidik terhadap 400 responden berusia 18 tahun ke atas, ramai di antara mereka mengizinkan suami mereka berkahwin lagi. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mencatatkan sebanyak 286 kes poligami telah didaftarkan dan 222 permohonan poligami telah diluluskan atas perintah mahkamah.

Lelaki yg bergelar suami tentu tersenyum apabila membaca artikel ini. Itu pasti......oppsss jgn terus menyangka lampu hijau telah diberikan. Wahai para suami jika berniat utk berpoligami mesti cermin diri sendiri. Adakah kewangan anda kukuh? Jika tidak......jgnlah bermimpi utk beristeri muda pula.

Bagi mereka yg bersedia utk berpoligami, ia didorong perasaan takut menanggung dosa krn tindakan itu dibenarkan oleh agama. Dalam masa yg sama, mereka lebih menghormati suami yg bertanggungjawab dan jujur. Dalam kehidupan berumahtangga amat penting bagi pasangan bersikap jujur.

Jgn sembunyikan apa2 di belakang isteri termasuklah jika ada menerima sms dr seorang wanita lain. Ada satu kes, seorang suami memadam semua sms yg diterima dr rakan wanita di tempat kerjanya. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suatu hari, dia lupa hendak memadamkan sms yg diberi oleh rakan wanitanya itu. Sms itu dibaca oleh salah seorang anaknya dan menyampaikan kpd ibunya pula.

apabila suami mula asyik bersms, isteri mula rasa curiga
Kes spt inilah yg menyebabkan bilangan perceraian bertambah. Tiada tolenrasi dan persefahaman antara pasangan menyebabkan satu masalah yg kecil dijadikan sebab utk bercerai. Lebih-lebih lagi jika suami pula tidak kuat pegangan agamanya. Ego yg tinggi juga akan menambahkan lagi kekeruhan dan jalan penyelesaian yg dinampak hanyalah perceraian. Nauzubillah...walaupun perceraian itu halal tetapi ia adalah perkara yg amat dibenci oleh Allah SWT.

pertengkaran mungkin tidak dapat dielakkan jika ego menguasai diri

Seorang remaja telah berkata bhw kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan alam percintaan, bercintalah dgn suami orang.

Kepada para isteri dan wanita yg lain, apa pendapat anda?


Sunday, June 12, 2011

Andai aku ini jutawan blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Join segmen en. Ben Ashaari lagi!
Berminat? ok... Sila buat satu entri ...
  1. Letak header Ben Ashaari Blog ..
  2. Tajuk : Andai aku ini jutawan .. Blogger dan linkkan ke entri ini ..
  3. Sila buat karangan tidak lebih 100 patah perkataan .. Apakah yang akan anda lakukan dengan dunia blogger di Malaysia ini sekiranya anda seorang jutawan !
  4. Siap ? Tinggalkan url entri anda beserta kata kata untuk menarik pembaca ke blog anda .. kenapa mereka patut baca entri ada itu ! hehehe .. promosi blog nih !
Tu jer .. Tutup , 10 malam ni..


 Andai aku seorang JUTAWAN, dapatlah aku tidur atas duit macam yg aku mimpikan...hehehe...itu cuma mimpi jer.  (sila abaikan anganan yg ini)

Apa yg aku patut lakukan utk memajukan dunia blogging di Malaysia :
  1. Pepatah Wonder Pets ada mengatakan "apa yg penting...KERJASAMA". Aku akan bekerjasama dgn mana2 blogger yg mahukan pertolongan aku...semesti pertolongan duitlah.
  2. Memberikan tutorial kepada blogger2 baru yg bercita2 utk menjadikan blog mereka punca rezeki, macam kasi sponsor la....pergi jumpa otai2 dan kasi duit modal buat hosting yg menarik.
  3. Bagi bantuan kewangan kpd blogger2 yg memerlukan duit bagi mengupah pekerja2 bagi mengkemaskini blog jika diaorang ada perpuluh-puluh bloglah.
  4. Setiap tahun aku akan buat perjumpaan blogger seluruh Malaysia dan semua kos pastinya aku yg tanggung.
Aku nak promosi blog ni di SINI.

Ramai yg minat racun halus rupanya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bagaimana nak memulakan ye.......sebeno nye aku tgh kering idea. Pagi2 mengadap lappy semata2 utk blogwalking.....uh, bosan...dh 2 mlm tido sorang2. Suami aku gi mane?.....ha, dia tgh mancing sekarang ni, kat pulau aur katanya. semoga dia dpt banyak ikan lah.....dapat stok 1 minggu, lumayan gak. dapt safe budget utk beli ikan kat kedai acheh depan tu.

Berbalik pd tajuk entri ni...aku nak merujuk kepada rancangan tv3, al-kuliyyah yg lepas. tajuk nye 'racun halus'. Aku mcm tertarik nak buat entri pasal tajuk tu. sebelum tu aku buat research kat google dulu. betul spt yg disangka......ramai yg dh buat entri pasal tajuk ni.

Aku baca semua entri mereka.....apa yg menyebabkan mereka juga minat nak tulis pasal ni? apa yg dpt aku simpulkan....tgok tajuk, mmg menarik...ramai penonton berminat dgn tajuk2 mcm ni. tentu rating penonton rancangan ni tinggi pd jumaat lepas. termasuklah aku...mmg minat nak tgok terutamanya kalau ada demo......

Ada penonton yg bg komplen negatif, katanya pihak pengamal perubatan tu saja2 nak promo pusat rawatan dia. Ada yg kata, pihak tv cuba sebarkan rancangan khurafat. Mereka kata, demo2 tu mcm cerita tahyul lah......

Aku tak sokong mereka.....dalam rancangan 'tanyalah ustaz tv9' pernh tayangkan mengenai perubatan sains moden vs perubatan tradisional. Dan apa yg aku ingat, dr. Danial, penceramah tersebut mengatakan kita perlu seiring ketika menjalankan rawatan. Jika selepas jumpa doktor, masih tak berkurang penyakit, boleh guna alternatif lain spt perubatan islam. ( ke bomoh aku tak galakkan ye). Dr. Danial juga ada menyatakan, mmg ada penyakit yg dtgnye dr jin, dan itu kita kena percaya kewujudan jin ini, sebagaimana kita percaya wujudnya syurga dan neraka......

Perlu diulangi, ia perlu seiring, antara sains moden dan amalan tradisional (rawatan cara islam)...jgn terlalu taksub dgn satu cara shj......dan spt ustaz Syarhan beritahu jgn dptkan rawtan bomoh jika bomoh itu mengamalkan perkara2 yg bertentangan dgn ajaran Islam. nak tahu cerita sepenuhnya silalah ke SINI. ni adalah antara entri yg mengambil rancangan ini sbg contoh teladan. Banyak pengetahuan yg diperolehi, antaranya amalan2 yg perlu dilakukan bg mengelak sihir, tanda2 terkena sihir dan dgn siapa perlu dptkan rawatan jika terkena sihir. 

Sihir adalah penyakit yg didtgkan melalui jin. ia tak boleh discan oleh mesin moden.... berhati-hatilah semua. sedangkn Rasulullah SAW pernah disihir, maka siapalah kita yg banyak melakukan dosa dan mungkin secara tidak sengaja telah mengecilkan hati seseorang. kita mempunyai kebarangkalian yg tinggi utk disihir pd bila2 masa. 

Sebagai pendinding, amalkanlah ayat yg diberi oleh ustaz Syarhan dan dapatkan ayat2 rukyah  amalkan setiap hari. semoga kita dan keluarga kita dilindungi dari kejahatan ilmu hitam. Boleh ke SINI utk dptkan ayat pendinding.

Wallahualam.








Friday, June 10, 2011

Entri di Subuh Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Suboh Jumaat yg hening, aku meneruskan jari-jemari ku menari-nari di atas keyboard. Terus melakukan tugas blogwalking.....jam menunjukkan detik 6 pagi. Oh, dah masuk waktu suboh. Aku ingin berhenti sebentar selepas melawat rakan blogger yg dah sudi menjejaki laman blog aku.

Memang ada rakan blogger yg dah follow dan ramai yg tinggal mesej di shoutbox. Aku memang berniat utk membalas balik kunjungan mereka. Entah....apa yg berlaku tadi sungguh mengecewakan.......Tidak semua rakan dapat aku kunjungi kerana tiada link. Dan entah apa masalahnya.... widget follower hilang lagi......uh, kecewa aku....

Namun ada juga yg aku dapat balas balik kunjungan dan follow mereka jugak. Rupa2nya tidak semua laman yg hilang widget follower tu. Kepada mereka yg belum di  follow, jgn risau ye...akan ada kunjungan balas dari puan HM, insyaAllah.

p/s : ini hanya entri ringkas saja.....jumpa lagi di lain masa.



Thursday, June 9, 2011

Selamat Datang Ke Penyabong, Endau

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bertemu lagi..........

Ada cerita baru?.....yap! Suami ingin ke Kuala Rompin sempena majlis perkahwinan rakannya. Setibanya di sana, pengantin dah bersiap utk sesi fotografi di luar. Tak sempatlah kami nak berposing kat pelamin diorang. Lepas makan dan ucap tahniah dgn keluarga pengantin, kami pun pulang.

Alang2 dah sampai Endau, kami bercadang utk jalan2 ke pantai di Mersing. Anak2 dah tak sabar nak bermain air di pantai. Suami pusing2 mencari calet, oleh kerana kami tak merancang nak menginap di sana maka agak susah nak cari calet yg kosong. Semua tempat kami pergi dah penuh.....kesian anak2....mereka merayu kat ayah mereka......"ayah, nak mandi laut....yah......". Berulang kali mereka merayu. Akhirnya, ayah mereka singgah di pantai dan mereka sungguh ceria dapat berendam hingga menjelang senja.

Dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi, cuaca agak sejuk dan hujan gerimis mula turun. Suami terpandang papan tanda calet di tepi jalan.."Eh, nak singgah tak? Mana tahu ada kosong....dapat rehat satu malam. Budak2 pun tak puas mandi tadi". Aku hanya senyum dan setuju saja le. Yang seronok tentunya anak2 lah......sekali-sekala bawa anak2 berjalan. Pantai Penyabong memang cantik........

Pemandangan di pantai

tumbuhan semulajadi
Hajat utk bermalam di calet tertunai, ewah......melompat gembira zulhakim. Walaupun bilik sewa kami hanya ada 2 katil dan kipas angin jer, cukuplah buat kami selesa utk satu malam. Yg penting, air utk mandi ada........

Ahmad Zulhakim, tak sempat salin baju tido......
Pagi2 dah turun ke pantai, air masih surut. Zulhakim dah menjerit2 nak mandi.......uish, budak ni...sabo lah, kita jalan2 kat pantai sambil amek gambo ye......

susah betul nak suruh kakak bergaya, dia pemalu orgnya...

adik melihat aksi abangnya, ahmad zulhadi.........aksi apa tu?
Ayah dan ibu senyum melihat kerenah anak2.......

Friday, June 3, 2011

Aduh, lamanya bertapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Aku dah habis tempoh bertapa........jgn cuak lak ye. Lama gak aku tak bukak laman blog aku ni...ha....dah ada sawang tuuuuuu.

Kerana terpaksa, aku relakan ia berlaku, kerana terpaksa, aku tinggalkan semua itu, kerana terpaksa, aku pejamkan mata dan biarkan kau sendiri. Dah......jiwang karat pulak.....ekekeke. Eh, tengah tak der idea la.....lama tak up date, dah mula nak berkarat, tgh dok fikir lah cerita apa aku nak merapu hari ni.....

Tempoh peperiksaan sudah berlalu dan sekarang tgh cuti sekolah, tu sebab aku dpt bukak laman blog JJHM ni. FB pun dh lama aku tak jengah......adoi...maaf lah yg dah hanto mesej ka, yg lawat sini ka, tgh dok tunggu kunjungan balas dari puan HM ke? Berjuta2 keampunan dipohon na........

Aku ada laptop satu jer, so aku kena kongsi dgn 3 org anak2 yg nak buat ulangkaji. Ibu diorang ni mengalah lah sebb diorang nak exam, buat latihan score A gilir2.......aku cuma pantau, tak per lah.......ibu tutup dulu laman blog ibu ye nak.......

Pas ni, puan HM nak buat kunjungan balas pulak. Kesian yg menunggu tu.......mungkin tiada entri lagi dalam dua atau tiga hari ini, sbb sok nak gi bercuti bersama keluarga pulak. Hari ni dapat buat entri ringkas je.......emmmm muka sedih gitu.....

Okay, jumpa di lain masa........