Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Showing posts with label Isu Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Isu Masyarakat. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Blog Lucah Remaja Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Seperti biasa, aku mengadap lappy pagi2 jika ada masa. Aku membuka google tanpa tujuan tertentu. Saja2 nak cari sedikit maklumat mengenai entri baru nanti.

Ini bukan cerita rekaan, aku benar2 terkejut apabila aku klik satu perkataan maka tersenarailah beberapa laman dan aku ternampak satu laman yg tajuknya agak menggelikan. Ttpi kerana aku ingin tahu apa isi kandungnya, aku pun klik laman tersebut dan.....terkeluar laman blog lucah kepunyaan seorang remaja perempuan. Dia meletakkan gambar yg bukan separuh b*g*l ttpi memang tiada seurat benang pun yg menutupi tubuhnya. Aku tak pasti jika itu gambar tuan tanahnya atau org lain.

uh...tanpa seurat benang!

Aku melihat bahagian maklumat peribadi, dia menyatakan namanya ttpi tiada maklumat tentang umur dan tempat tinggal. Blog ini nampaknya sudah lama tidak dikemaskini iaitu sejak 2006. Entrinya pun sekitar bulan Sep dan Okt saja. Setiap entrinya penuh dgn imaginasi remaja ini melakukan hubungan intim dgn pasangan khayalannya. Itu katanya lah, di mana dia tidak melayan jika ada org e-mail semata-mata nak melakukan hubungan seks dgnnya. Dia hanya akan menyerahkan tubuh badannya kpd lelaki yg bergelar suami shj. Itu yg dinyatakannya.......Ada pula pembaca2 yg memberikan komen yg berbau lucah jugak......semua ditulis dalam bahasa melayu!.

Aku tidak sangka begitu rendahnya maruah remaja ini kerana sanggup membina sebuah blog semata-mata mahu menulis cerita khayalannya bersenggama. Cerita spt ini amat bahaya jika ada kanak-kanak di bawah umur terjumpa laman sebegini. Kenapa masih ada blog lucah spt ini di dalam google. Kenapa si pelakunya tidak dicari dan dihukum kerana kesalahannya berat sama spt melacur.

kucing ni comel tapi jika ...............
Kita ada mendengar blogger yg ditahan kerana tulisannya mengutuk pemerintah dan menyebarkan dakyah negatif serta menghasut. Dan baru2 ini ada blog yg cuba menyebarkan agama kristian pula ttpi tak tahulah jika dah diambil tindakan atau tidak. Maka bagi penulis2 blog lucah juga sepatutnya dihukum seberat2nya dan perlu menghadiri program2 kebajikan serta program memulihkan akhlak. Jika Islam, perlu diberi pendidikan agama dan penerapan ciri2 utk menjadi seorang Islam yg sebenar.

Perbuatan tidak bermoral merupakan perbuatan keji yg berupa maksiat dan dosa sehingga menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah akan menimpa diri. Jauhilah daripada perbuatan mengundang laknat. Sebuah hadis dari Riwayat Abu Daud yg berbunyi :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”


Laknat bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Nauzubillah......

 Hadis sahih Buhkari Jilid 1 : 0064 yg bermaksud :

Dari Anas r.a., katanya: "Akan ku sampaikan kepada Anda sebuah hadis yang tidak akan disampaikan orang kepada mu sepeninggal ku. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, bercabulnya zina (persundalan) dan banyak perempuan, sedikit laki-laki, sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.

Adakah ini bermakna hari kiamat semakin mendekat?

Wednesday, June 15, 2011

Amalan Kebahagiaan Rumah Tangga

Assalamualaikum san salam sejahtera semua,

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yg dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yg abadi.
Dalakm melayari rumahtangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yg kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding Motivasi dan keluarga, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah memberi 62 petua yg boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yg melayari rumahtangga.

  1. Doa yg berterusan
  2. Patuh ajaran agama
  3. Murah dgn pujian
  4. Murah dgn khidmat
  5. Murah dgn belaian kasih sayang
  6. Murah dgn sentuhan
  7. Mencari kebaikan pasangan
  8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda
  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri drpd setiap pertengkaran
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
  11. Menilai diri drpd perspektif pasangan
  12. Berfikiran terbuka, boleh tegur-menegur
  13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara
  14. Menilai dan memberi keutamaan dlm kehidupan
  15. Tolak-ansur
  16. Menghormati dan mengambil kira'gerak batin' (intuition) perempuan
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
  18. Sedar bahawa perselisihan kadang-kala tidak boleh dielakkan
  19. Mengubah diri utk merangsang perubahan pada pasangan
  20. Sanggup berkorban buat pasangan
  21. Menghormati pasangan
  22. Berasa amat beruntung ( dan nyatakan ) mendapat pasangan yg ada
  23. Perhubungan seksual yg sihat dan diredhai
  24. Menghormati perbezaan dlm diri pasangan
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
  27. Meletakkan hak kpd pasangan
  28. Tidak menjadi hamba kpd pasangan
  29. Berubah secara perlahan-lahan utk meningkatkan kebahagiaan
  30. Mengawal marah, buat perjanjian
  31. Mencari penyelesaian dlm situasi 'menang-menang'
  32. Muhasabah hubungan utk mencari punca masalah
  33. Menghormati sifat semulajadi pasangan
  34. Memahami peranan pasangan
  35. Hubungan perasaan sesama pasangan
  36. Jgn simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dlm hati
  37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua shj yg tahu
  38. Sengaja merancang utk membaiki hubungan suami isteri
  39. Tujuh kali puji dan satu teguran
  40. Sebut ' I love U' sepanjang masa
  41. Banyakkan bergurau dan bermesra
  42. Sentiasa berterus-terang
  43. Beri masa utk perubahan berlaku
  44. Elakkan berdebat utk mencari kebenaran
  45. Elakkan mencari salah pasangan
  46. Cari titik pertemuan
  47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
  48. Lebih banyak memberi drpd menerima
  49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas drpd pasangan
  50. Sentiasa bersemangat ketika bangun pagi, pergi kerja, balik kerja dan sbgnya
  51. Seimbangkan hubungan dr segi :  mental, pendidikan dan ilmu, emosi, fizikal dan ekonomi, sosial, spiritual
  52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
  53. Tidak terlalu mengongkong
  54. Tidak bertindak bersendirian
  55. Memberi peluang utk berbeza : pendapat atau pandangan, hobi, kegemaran, makanan, citarasa, warna pilihan dan sbgnya
  56. Humor atau lawak dr masa ke semasa
  57. Minta bantuan utk memecahkan kitaran negatif
  58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dgn masalah semasa)
  59. Tidak meminta yg bukan-bukan
  60. Bentuk undang-undang atau peraturan dlm rumahtangga
  61. Mencari kelainan dan perubahan positif
  62. Elakkan mendera pasangan dgn apa cara sekalipun


Wallahualam.

Monday, June 13, 2011

Kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan percintaan, bercintalah dgn suami orang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Wanita muda tidak kisah bermadu"...anda dh baca Utusan Malaysia hari ini? Memaparkan tajuk yg pasti membuatkan para isteri terkedu atau terbeliak mata jap.

"wanita muda di negara ini terutama yg berusia di bawah 30 tahun lebih terbuka utk hidup bermadu berbanding mereka yg melepasi usia tersebut."

Ini bermakna wanita yg masih belajar atau baru memulakan kerjaya lebih meminati org yg lebih tua utk dijadikan suami? Dan mereka sanggup bermadu wlaupun pada hakikatnya bermadu itu sungguh pahit. Alasan yg mereka berikan hanyalah krn golongan ini mempunyai kewangan yg kukuh dan brsikap romantik.

berharap semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
Berdasarkan kajian soal selidik terhadap 400 responden berusia 18 tahun ke atas, ramai di antara mereka mengizinkan suami mereka berkahwin lagi. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mencatatkan sebanyak 286 kes poligami telah didaftarkan dan 222 permohonan poligami telah diluluskan atas perintah mahkamah.

Lelaki yg bergelar suami tentu tersenyum apabila membaca artikel ini. Itu pasti......oppsss jgn terus menyangka lampu hijau telah diberikan. Wahai para suami jika berniat utk berpoligami mesti cermin diri sendiri. Adakah kewangan anda kukuh? Jika tidak......jgnlah bermimpi utk beristeri muda pula.

Bagi mereka yg bersedia utk berpoligami, ia didorong perasaan takut menanggung dosa krn tindakan itu dibenarkan oleh agama. Dalam masa yg sama, mereka lebih menghormati suami yg bertanggungjawab dan jujur. Dalam kehidupan berumahtangga amat penting bagi pasangan bersikap jujur.

Jgn sembunyikan apa2 di belakang isteri termasuklah jika ada menerima sms dr seorang wanita lain. Ada satu kes, seorang suami memadam semua sms yg diterima dr rakan wanita di tempat kerjanya. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suatu hari, dia lupa hendak memadamkan sms yg diberi oleh rakan wanitanya itu. Sms itu dibaca oleh salah seorang anaknya dan menyampaikan kpd ibunya pula.

apabila suami mula asyik bersms, isteri mula rasa curiga
Kes spt inilah yg menyebabkan bilangan perceraian bertambah. Tiada tolenrasi dan persefahaman antara pasangan menyebabkan satu masalah yg kecil dijadikan sebab utk bercerai. Lebih-lebih lagi jika suami pula tidak kuat pegangan agamanya. Ego yg tinggi juga akan menambahkan lagi kekeruhan dan jalan penyelesaian yg dinampak hanyalah perceraian. Nauzubillah...walaupun perceraian itu halal tetapi ia adalah perkara yg amat dibenci oleh Allah SWT.

pertengkaran mungkin tidak dapat dielakkan jika ego menguasai diri

Seorang remaja telah berkata bhw kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan alam percintaan, bercintalah dgn suami orang.

Kepada para isteri dan wanita yg lain, apa pendapat anda?


Sunday, June 12, 2011

Ramai yg minat racun halus rupanya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bagaimana nak memulakan ye.......sebeno nye aku tgh kering idea. Pagi2 mengadap lappy semata2 utk blogwalking.....uh, bosan...dh 2 mlm tido sorang2. Suami aku gi mane?.....ha, dia tgh mancing sekarang ni, kat pulau aur katanya. semoga dia dpt banyak ikan lah.....dapat stok 1 minggu, lumayan gak. dapt safe budget utk beli ikan kat kedai acheh depan tu.

Berbalik pd tajuk entri ni...aku nak merujuk kepada rancangan tv3, al-kuliyyah yg lepas. tajuk nye 'racun halus'. Aku mcm tertarik nak buat entri pasal tajuk tu. sebelum tu aku buat research kat google dulu. betul spt yg disangka......ramai yg dh buat entri pasal tajuk ni.

Aku baca semua entri mereka.....apa yg menyebabkan mereka juga minat nak tulis pasal ni? apa yg dpt aku simpulkan....tgok tajuk, mmg menarik...ramai penonton berminat dgn tajuk2 mcm ni. tentu rating penonton rancangan ni tinggi pd jumaat lepas. termasuklah aku...mmg minat nak tgok terutamanya kalau ada demo......

Ada penonton yg bg komplen negatif, katanya pihak pengamal perubatan tu saja2 nak promo pusat rawatan dia. Ada yg kata, pihak tv cuba sebarkan rancangan khurafat. Mereka kata, demo2 tu mcm cerita tahyul lah......

Aku tak sokong mereka.....dalam rancangan 'tanyalah ustaz tv9' pernh tayangkan mengenai perubatan sains moden vs perubatan tradisional. Dan apa yg aku ingat, dr. Danial, penceramah tersebut mengatakan kita perlu seiring ketika menjalankan rawatan. Jika selepas jumpa doktor, masih tak berkurang penyakit, boleh guna alternatif lain spt perubatan islam. ( ke bomoh aku tak galakkan ye). Dr. Danial juga ada menyatakan, mmg ada penyakit yg dtgnye dr jin, dan itu kita kena percaya kewujudan jin ini, sebagaimana kita percaya wujudnya syurga dan neraka......

Perlu diulangi, ia perlu seiring, antara sains moden dan amalan tradisional (rawatan cara islam)...jgn terlalu taksub dgn satu cara shj......dan spt ustaz Syarhan beritahu jgn dptkan rawtan bomoh jika bomoh itu mengamalkan perkara2 yg bertentangan dgn ajaran Islam. nak tahu cerita sepenuhnya silalah ke SINI. ni adalah antara entri yg mengambil rancangan ini sbg contoh teladan. Banyak pengetahuan yg diperolehi, antaranya amalan2 yg perlu dilakukan bg mengelak sihir, tanda2 terkena sihir dan dgn siapa perlu dptkan rawatan jika terkena sihir. 

Sihir adalah penyakit yg didtgkan melalui jin. ia tak boleh discan oleh mesin moden.... berhati-hatilah semua. sedangkn Rasulullah SAW pernah disihir, maka siapalah kita yg banyak melakukan dosa dan mungkin secara tidak sengaja telah mengecilkan hati seseorang. kita mempunyai kebarangkalian yg tinggi utk disihir pd bila2 masa. 

Sebagai pendinding, amalkanlah ayat yg diberi oleh ustaz Syarhan dan dapatkan ayat2 rukyah  amalkan setiap hari. semoga kita dan keluarga kita dilindungi dari kejahatan ilmu hitam. Boleh ke SINI utk dptkan ayat pendinding.

Wallahualam.








Friday, May 20, 2011

USTAZAH KENA RABA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini kisah benar........sebenarnya lama dah aku nak tulis entri ini tapi takut lak orang akan cop aku ni nak publisiti lebih lak. Tetapi selepas aku baca entri kat blog santaibenashaari, terbuka pulak hati aku nak tulis entri ni.

Berlaku 10 tahun lalu, waktu itu ustazah ni kerja dgn kerajaan, cuma seorang pekerja kontrak jer. Lepas graduated berkobar-kobar nak gi kerja. Semangat gitu....6.30 pagi dah siap, takut terlambat sampai ofis lar katakan. 

Oleh kerana perjalanan dari rumah ke pejabat tu jauh, terpaksa naik satu bas dan sambung jalan kaki dalam 10 minit maka ustazah ni selalu siap awal untuk naik bas first trip. Kalau terlepas bas pertama ni pasti lewat sampai ofis. Naik bas dulu-dulu samalah macam sekarang ni, bas ting tong lah tapi bas yang ustazah ni naik selalu berlaku kesesakan. Kalau korang pernah makan sardin tentu korang dapat bayangkan suasana sesak macam sardin.

Dalam suasana bersesak-sesak, bertolak-tolak memang kadang-kadang berlaku insiden tak sengaja. Eh, sori ......tak sengaja. Lebih-lebih lagi bila bas tu lalu di selekoh....silap-silap ada yang terlentok kat dada yang bidang tanpa rela. Eh, sori...tak sengaja. Biasa lah ayat tu. Kadang-kadang ustazah  terpaksa berdiri, lagi kesian tau. Tangan sebelah terpaksa pegang palang kerusi dan sebelah lagi pegang beg tangan ( takut kena ragut /selok oiii)...kalau jumpa selekoh jer mesti terpaksa pasang kuda-kuda. 

Kes kena raba tu berlaku sewaktu ustazah ni nak balik ke kampung. Biasanya setiap hujung minggu ustazah selalu balik kampung jumpa mak dan abah lar. Masa tu ustazah buat keputusan naik bas terus ke bandar KT selepas pulang dari ofis.

Punyalah rindu kat ayah bonda , sampaikan tak makan dulu sebab nak cepat sampai kampung. Bukannya dekat ......hampir 3 jam perjalanan, tu pun kalau bernasib baik bas lalu cepat. Pas tu kena pulak sambung naik teksi masuk ke dalam kampung. Ustazah ni tak sabar dah....dia terus tahan bas yang terpampang tulis menuju ke bandar KT.

gambar hiasan
Alamak, ramai nyer orang...al-maklumlah, esok cuti kan....dah tentu mereka semua nak balik kampung jugak kot. Kali ini nasib ustazah tak baik sebab dia tak dapat tempat duduk. Nak berundur susah pulak, orang dah mula nak naik bas dan pemandu dah mengumumkan untuk jalan. Terpaksalah ustazah ni teruskan walaupun terpaksa berdiri. Dalam hati berharap dalam perjalanan nanti adalah tempat duduk kosong. Dalam hati merungut gak...'dah lar tak der aircond'...

gambar hiasan
Jalan menuju ke bandar KT ni banyak selekoh dan bukit, jadik ustazah dah bersedia setiap kali lalu di kawasan tu.....hehehe pasang kuda-kuda kuat-kuat. Tiba-tiba ustazah terasa seperti ada tangan masuk menyelinap dalam tudung nya yang lebar tu. Oppsss terkejut.....terus dia pandang ke belakang, ada apek perasan hensem sedang meraba bahagian dada dia.

Masa tu dia nak jerit, malu sebab bas memang tengah sesak dan ustazah ni pulak tengah berdiri sambil membawa beg pakaian ( kan nak balik kampung) dan sebelah tangan lagi pegang kerusi. Apa nak buat? Dia cuba bergerak ke hadapan, menyelit-nyelit di celah-celah ketiak orang ramai supaya tak terlalu dekat dengan apek gila seks tu. Apek tu macam perasan ustazah tu marah, sebab muka ustazah dah mula merah menahan malu......eh, ada orang lain perasan ker? Tak lama tu apek tu tekan loceng dan turun kat satu tempat.....

Ustazah tu bukan main lega....kalau lama sikit tentu apek tu kena tendang guna kasut kulit ustazah yang bertapak getah. Ustazah dah pun terfikir nak tendang tang tuuuu....nasib apek tu baik la. Pengalaman tu ustazah tak cerita pada sesiapa...malu betoiiii. Dan sebenarnya ini bukan pengalaman pertama, sebelum tu pun ada percubaan meraba berlaku ke atas ustazah ni.

Pelik betul kan, orang yang berpakaian seperti ustazah pun kena raba. Orang yang gila seks ni memang tak pilih mangsa, asalkan pompuan agaknya....abis tu yang pakai baju macam tak cukup kain agaknya pernah tak kena raba tak?

p/s : pengajarannya berhati-hatilah walau di mana anda berada. lelaki muka hensem tidak melambangkan hatinya jugak hensem


Wednesday, May 18, 2011

Apabila Ashraf Muslim Menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mengapa aku begitu tertarik utk membaca ruang Ashraf Muslim di Berita Harian hari ini. Dimulakan dgn ucapan syukur kpd Allah SWT, anak seni ini mula berbicara mengenai peluang. Aku terharu membaca tulisannya kali ini. Ku ulangi bacaanku dan di sini aku ingin berkongsi pendapat aku mengenai penulisannya.

Pertama, dia berkata mengenai peluang utk kita mengucap syukur dan berterima kasih kpd Allah SWT atas nikmat yg dikecapi." Bukan tidak ada ruang dan peluang, tetapi entah kenapa agak sukar utk mengucapkan; "Ya Allah, terima kasih"."

Bukan mudah utk seorang yg bergelar artis utk melakukan perubahan. Aku kagum melihat kegigihan anak seni ini. Malam ini, terpampang berita mengenai seorang artis rakaman ditangkap kerana dipercayai terlibat dgn kes pecah rumah. Artis memang manusia biasa tetapi artis juga manusia yg dikurniakan akal oleh Allah SWT. Mereka boleh berfikir samada mahu melakukan kebaikan atau sebaliknya. Tepuk dada, tanyalah IMAN.

Kesungguhan Ashraf Muslim utk melakukan transformasi diri harus dipuji. Berbekalkan azam dan sokongan dari Tn. Hj. Lokman, Pengasas Pusat Rawatan Al-Hidayah, dia melakukan perubahan sedikit demi sedikit walaupun ada yg kurang senang dgn apa yg cuba dilakukan olehnya. " Ada yang tidak berapa suka dgn perubahan saya itu", katanya.

Seterusnya, Ashraf menulis; "Apabila peluang tiba, jangan berpaling lagi. Rebut cepat kerana kita tidak tahu apakah peluang akan bertandang lagi selepas kita melepaskannya". Maka peluang utk melakukan umrah dan membuat transformasi diri diteruskan. Dgn tidak disangka-sangka, rezeki dtg selepas pulang dari menunaikan umrah. Itulah janji Allah bahawa setiap kebaikan akan dibalas dgn kebaikan.

Pada penutup,  Ashraf meletakkan firman Allah SWT dari Surah At-Talaq, ayat 3 yg bermaksud,
" Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.  Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Semoga kebahagiaan pasangan ini diberkati
Siapalah kita utk menilai hati budi seseorang. Jika sudah bertekad utk melakukan perubahan janganlah dilengahkan kerana kita tidak tahu berapa lama lagi kita boleh hidup di dunia ini. Bermuhasabahlah utk kebaikan diri dan keluarga. Wallahualam.

Monday, May 16, 2011

Cabaran Menjadi Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini aku ada menghadiri majlis Maulidur Rasul anjuran sebuah badan hal ehwal wanita. Seorang tahfiz yg mendapat pendidikan dari universiti di Acheh dijemput untuk memberikan ceramah. Seorang tahfiz yg berasal dari Taiping, Perak memberikan ceramah bercampur-campur bahasa utara membuatkan aku teringat pada cerita Mata Ayer di TV3.

Ustaz Muhammad James (mengikut nama pd kad bisnesnya) juga pernah bekerja di Jabatan Agama Johor. Beberapa kali dipanggil berceramah di kursus-kursus perkahwinan, ceramah di sekolah-sekolah dan adakalanya memberi ceramah kepada mereka yang hendak menunaikan umrah. 

Aku terpanggil untuk menulis mengenai peranan guru zaman sekarang setelah membaca satu artikel yang ditulis oleh bakal guru mengenai tanggungjawab guru yang semakin mencabar sekarang ini. Dipetik, bakal guru ini mengatakan permasalahan disiplin di kalangan pelajar telah menjadi perbahasan hangat oleh pelbagai pihak. Masalah disiplin  dan keruntuhan akhlak pelajar seperti vandalisme, membuli, pergaduhan, kegiatan samseng, kes memukul guru, kes membakar sekolah kerap berlaku sekarang ini. Malah ada guru yang disimbah asid dan ditampar oleh pelajar yang dianggap seperti anak sendiri itu.

Berbalik kepada ceramah tadi, sungguh terkejut apabila ustaz memberitahu 30% anak muda yang menghadiri ke kursus perkahwinan tidak tahu mengucap. Ada juga cikgu di sekolah-sekolah di mana ustaz memberi ceramah mengadu kepadanya, ada anak murid perempuan yang telah dan bakal melahirkan anak luar nikah. 

Mengapa masalah ini berlaku? Adakah semua ini timbul kerana kurangnya pendidikan agama yang mereka terima? Siapakah yang bertanggung jawab untuk memberikan pendidikan agama kepada generasi muda ini? Bayangkanlah generasi muda yang bakal menjadi ketua keluarga tidak ada asas agama. Bagaimana mereka hendak membimbing isteri dan anak-anak mereka serta melindungi keluarga mereka dari api neraka?

Firman Allah SWT, bermaksud :" Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka........" ( Surah at-Tahrim, ayat ke 6)

Adakah semua tanggungjawab itu mesti dipikul oleh insan yang bernama guru? Apa yang aku tahu pendidikan bermula dari rumah iaitu dari pendidikan ibu dan bapa. Seorang zuriat dilahirkan dalam keadaan tiada dosa dan putih bersih. Maka ibu bapalah yang mewarnai zuriat itu dengan corak pilihan mereka. Guru pula membimbing anak kita sehingga lulus dalam menjalani kehidupan menurut tuntutan zaman. Namun jika hati tidak terdidik dengan sempurna maka hati akan gelap. Hati yang gelap melahirkan insan yang kegelapan akidah, sesat dalam kegelapan akhlak sehingga menyebabkan kehidupan terumbang-ambing.

Rasulullah SAW merupakan contoh pemimpin paling hebat dalam sejarah dunia. Baginda mendidik para sahabat untuk membina ketabahan dan sentiasa memberi dorongan agar meneruskan usaha berdakwah. Walaupun kita manusia biasa tidak mungkin menjadi insan sesempurna Rasulullah SAW, kita  semestinya menjadikan Rasul sebagai contoh teladan. Pertuturan dan gerak laku baginda merupakan pedoman bagi umat manusia selain dari petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Guru, tugasmu sememangnya semakin mencabar. Ingat pesanan Saidina Umar Al-Khattab r.a., " Didiklah anak mu mengikut zaman mereka." Selamat hari guru untuk semua pendidik di Malaysia dan seluruh dunia. Tidak lupa kepada para pendidik yang pernah mengajar aku di SK Seri Kg Tengah, Kluang, SK Bandar Easter, Kota Tinggi, SMK Bandar Easter, Kota Tinggi, Sek Tinggi Kluang dan tenaga pengajar Diploma Perakaunan ITM Caw. Segamat ( 1991-1994 )

Wednesday, April 27, 2011

Youtube oh Youtube

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepala ku amat berat, dah mula berdenyut2....nyut, nyut, nyut......adoi aiiiii. Kasihan blog picisan aku ni. Dah agak ketinggalan.....dulu kononnya aku berharap dapat buat 5 entri dalam satu hari. Apa kes.......sekarang nak buat 1 entri pun dah nyut, nyut, nyut. Kebetulan tengah tak sihat ni aku buatlah satu entri yg agak memeningkan lagi kepala aku.....huhuhu...

Video : bebudak geng basikal belajar merempit


Macam mana boleh terfikir nak buat entri ni, entah lah.......tengah pening2, dok pergi kat youtube......jalan2, jumpa pulak video budak basikal merempit...... adoi....nyut, nyut, nyut kepala aku. Masalah yg memang berlaku depan mata aku sekarang ni. Di taman perumahan aku ni ramai betul bebudak yg masih muda dan sekarang ni memang musim bebudak geng basikal buat aksi berani kat jalan2. Lagi kes yg sedang memuncak ialah kes hilang basikal, semua orang kata bebudak geng basikal punya kerja.

Hish, tambah lah pening kepala aku....aku ada 2 orang bujang yg masih muda mentah bebeno, belum sunat pun tapi dah tunjuk minat nak berbasikal..........ahak, aku pantau 110% kau! sekarang ni aku jaga betul, takutlah nanti jadik kes2 mat rempit buat hal..........adusss naya badan. Kalau jadik pelakon lagak ngeri dapat gak duit tapi kalau merempit tak tentu hala, buat malu kaum jer kan.......

Video : merempit macam profesional

Aduh...duh...duh, ibu mana tak risau kalau anak2nya buat benda tak berfaedah. Ibu mana tak sayang anak woiiii. Banyak kerja yg halal kat bumi Malaysia ni, kenapalah nak buat benda2 haram kejadah tu ( haaa keluaq dah bahasa merapu ). Aku haraplah anak2 muda yg tengah dok gian belajar merempit, tok sah lah gila2 buat benda tu ye. Ala kadar untuk hiburan atau persembahan di tempat yg sesuai dan tidak membahayakan orang lain tak per lah.

Sebagai ibu aku memang risau dgn gejala2 liar yg spt tidak ada akhirnya. Dari aku kecik sampailah zaman anak aku pulak, masalah merempit ni dah macam kudis......, kudis buta kot.....makin menanah, berbau busuk......macam sampah. Macam2 kaedah nak suruh remaja buang tabiat berbahaya tu tapi usaha tu macam menuang air di atas daun keladi......macam sia2 jer kan. Huhuhu....peningnya kepala.....

Macam mana nak hilangkan pening kepala ni ek? Cuba tengok video ni....boleh hilang pening tak?

Video: Alahai, apa kes......



Salam.........

Tuesday, April 26, 2011

Hati Ini Resah

Assalamualaikum,

Wahai rakan taulan yg disayangi, bicara ku bukan bicara beremosi.  Aku hanya manusia biasa, ada kalanya leka dan adakalanya terlupa. Ku serahkan seluruh jiwa dan raga ku kepada Ya Rabbul 'Alamin. Aku lemah, Ya Allah, bimbing lah aku, pandu lah aku, tenteram kan hati aku.

Jadikan doa taubat ini sebagai pengubat hati yang duka dan lara. Sesungguhnya Allah bersama2 kita. Mohonlah keampunan kepada-Nya.




Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........ 

^^wallahualam ^^

Wednesday, April 20, 2011

Pagi-pagi dah rasa bosan

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..................

Bangun pagi, cuci gigi, pergi mandi, solat suboh, minum nesvita, ambil lappy, online internet............
Suka hati, follower dah tambah lagi, terima kasih, terima kasih..................
Nak tengok berita terkini, cari mymetro.........tup.....aduh! cerita panas lagi...............apa kes!

Pelajar dicabul dalam kelas :

"Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka."

"Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,"

His menyampah, perangai macam sampah, kalau sampah ......aku dah bungkus masuk tong sampah, eh....nasib baik budak2 tu bukan sampah. Mood baik pagi ni, dicemarkan dengan berita bak panahan petir yang tiada bunyi guruhnya. Tiba-tiba jer datang terjah, grrrrrrrrrrr baik gak aku tak der sakit jantung.

Tak sakit hati ke you all baca berita tu. Now, budak sekolah, yang pergi sekolah, pakai baju sekolah, buat maksiat di sekolah, aduhai cikgu.....................macan mana nak buat. Aku kasihan kat mak bapak budak2 tu, yang pasti mereka akan malu yang tahap maksima. Sekolah dapat nama you.....................bukannya sebagai sekolah terbaik dalam PMR atau SPM atau STPM, eh......agak2 dapat nama pasal apa ek?

Sekolah kat mana?............Arau! fuhhh dapat nama lagi ................sedih, sedih, memang sedih. Budak2 sekolah sekarang dah berlagak bak mafia. Siapa yang nak disalahkan? Tidak kira di mana, masalah ini merupakan onar dalam masyarakat kita, orang MELAYU. Orang Melayu yang mestilah beragama Islam dipandang sebelah mata oleh bangsa lain. Aduh, bosannya aku.......................

Hai, budak2 sekolah, janganlah malukan keluarga........kalau nak sangat pegang2, raba2 perempuan.........kawen la! Tak payah sekolah, kalau gi sekolah bawa beg sekeping, dalam isi rokok, majalah lucah, dvd 'blue' melambak2 dlm beg....baik tak payah sekolah!......tengah gerammmmm ni.

anak Hitler yg tengah gerrram!

Rasanya lega sikit kot............cuma aku tak jerit2 jer. Nanti jiran sebelah ingat aku histeria pulak. Naya..... kalau you all rasa, luahan hati aku ni entah apa2...........abaikanlah ye.....................fuhhhh lega kau!. leganya aku dah tulis apa yang ada dalam hati aku.

Apalah merepek pagi-pagi ni.............^_____^. Boleh bagi nasihat sikit.........

Monday, April 18, 2011

Tangisan Seorang Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku seorang isteri yg sering ditinggal suami. Adakalanya perasaan bimbang tiba-tiba menjenguk di dalam hati. Tersentap hati ini dengan pemikiran-pemikiran negatif. Ah, persetan dengan itu, aku tahu suami ku jujur dan kasih sayangnya tertumpah hanya utk isteri dan keluarganya.

Kenapa aku perlu menangis jika si dia telah melafazkan janji setianya. Kenapa aku mahu menangis jika dia jauh kerana dia pergi menunaikan tanggunjawabnya. Kenapa aku ingin menangis jika dialah kekasih, sahabat dan ayah yg pengasih dan penyayang.

Wahai suami, mengapa isterimu menangis. Apa yg engkau lakukan jika isterimu menangis........................

Friday, April 15, 2011

Ku Sangkakan Panas Hingga ke Petang

Assalamualaikum,

Kenapa tiba-tiba aku rasa macam nak menulis. Ini mengenai realiti kehidupan. Bukan semua manusia akan menempuh pengalaman yg sama. Ada yg mengharap hujan hingga ke petang, namun hujan di tengahari. Segala percaturan kehidupan kita ditentukan oleh yg Maha Pencipta, Allah SWT. Suka dan duka silih berganti dan ia ibarat seperti roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Manusia yg mempunyai akal dan sekeping hati perlu bijak mengendali pusingan roda kehidupan. Bersyukur dengan apa yg ada dan berdoa memohon kepada-Nya jika diri dihimpit kesukaran.

Nampak serius jer perenggan kat atas tu kan? semalam semasa aku nak memulakan BW, aku ternampak entri terbaru Ben Ashaari di bloglist aku " Email utk aku...marilah bantu sesama kita"......aku terus klik, macam biasa lar tgok tajuk jer dh tertarik nak gi terjah. Di situ en BA letakkan satu link ke blogger ibu tunggal  yg menjadik bahan entri kepada seorang blogger lain. Aku rasa macam nak tgok apa yg dijual kerana katanya blogger ibu tunggal itu ada menjual barang2 terpakai.

Aku pergi ke laman "Realiti Sebuah Kehidupan" kepunyaan seorang ibu yg ditinggalkan suami gara2 orang ketiga. Allahuakbar......aku rasa semacam apabila membaca entrinya. Kasihannya seorang ibu terpaksa mengharapkan anak yg masih hijau untuk menolak kereta yg tak hidup enjin akibat baterinya rosak. Kerana hendak membeli bateri kereta, ibu ini terpaksa menjual barang2 terpakai. Bermacam caci-maki yg para pembaca tinggalkan dlm kotak komen khas ditujukan kpd bekas suami dan si perampas.

Sebenarnya, aku tidak mahu bercerita mengenai masalah rumahtangga ibu muda ini. Aku tidak mahu menangis lagi, cukuplah aku menangis sepanjang malam tadi. Aku duduk setia di depan lappy semata2 hendak mengikuti rentetan cerita ibu ini. Ku layari dari mula2 dia terlibat dlm dunia blog, dari saat dia bahagia sehinggalah cerita kehadiran orang ketiga dan seterusnya peristiwa runtuhnya rumahtangga yg dibina atas dasar cinta.

Mengapa aku sedih? Mana tak sedih......fuhhh, sedih giler....(bahasa org muda). Cerita mengenai keluhan anak2 yg kehilangan ayah yg disayangi memang telah berjaya membuatkan airmataku mencurah laju. Si anak2 yg masih belum mengerti kehidupan telah menampakkan kematangan terutamanya Ameer. Watak Ameer yg benar2 memahami kesengsaraan ibunya, watak Puteri yg manja ala2 sang puteri (sangat2 merindui babahnya) dan Firdaus yg langsung tidak mengenal bau badan babahnya.

Aku tidak sanggup untuk meneruskan........kerana aku yg cengeng ni dah mula menitiskan air mata. Kepada ibu muda ini, aku berharap agar dia sabar dalam meneruskan hidup bersama anak2 yg membesar. Jangan sesekali salahkan diri sendiri di atas apa2 musibah yg berlaku. Bersyukurlah dgn apa yg kita ada, tabahkanlah hati dalam mendidik anak2 di dunia serba canggih ini.

kasih seorang ayah juga penting bagi anak2
Lelaki yg terkenal dgn keegoannya sepatutnya sedar, apabila ia sudah melafazkan akad nikah dan bertaklik di depan isteri, dia mesti tahu hak isterinya dan tanggungjawab yg terbentang bakal ditempuhi. Apabila sudah beristeri dan beranak-pinak, janganlah dianiayakan mereka kerana suami adalah ketua keluarga dan tempat bergantung harapan. Janganlah jadi seperti si merak, sungguh cantik bulu mu wahai si  merak namun sayang, kamu tidak boleh terbang, maka janganlah terlalu ego dengan kecantikkan mu itu.

Ku akhiri dengan ingatan utk kaum lelaki iaitu lelaki sebagai ketua keluarga sepatutnya mendidik keluarga ke arah kebaikan. Dalam Surah al-Tahrim 66:6; Allah SWT berfirman yg bermaksud :

" Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka......"

Maka peliharalah dan bimbinglah keluargamu agar isteri dan anak2mu yg amat mengasihimu menjadikanmu idola mereka. Lantas kamu  akan layak mendapat pujian dan tentunya jasamu akan dikenang sehingga akhir hayat.       

sekian.