Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Showing posts with label infosihat. Show all posts
Showing posts with label infosihat. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

Migrain atau sakit kepala?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Di sini ada sedikit informasi mengenai migrain, iaitu :

Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yg berpanjangan sehingga 6 - 24 jam. Ia diklasifikasikan kepada 2 jenis:
  • migrain klasik - sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yg didahului oleh "aura" (kesan visual spt pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran)
  • migrain biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran simptom2 di atas.

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

Faktor-faktor penyebab : 
  1. stres
  2. corak tidur yg berubah
  3. alkohol
  4. senaman fizikal yg ekstrem
  5. cahaya yg terang
  6. kelaparan
  7. makanan-makanan yg tertentu spt coklat, wain
  8. pengawet-pengawet makanan misalnya nitrat dlm sosej
  9. kesan pengunduran dari kopi (kafein)
  10. ubat-ubat tertentu - runding dgn pegawai farmasi
  11. perubahan hormon spt ketika haid, pengambilan pil  perancang
  12. persekitaran yg sesak

Pengendaliannya
  • mengelakkan dari faktor-faktor yg merangsangkannya
  • ambil ubat penahan sakit  setelah mendapat nasihat doktor anda

INGAT : Jumpa dgn doktor jika ;
  1. sakit kepala tidak lega selepas penjagaan kendiri yg mudah
  2. sakit kepala hadir bersama dgn demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan perubahan keperibadian atau berlaku selepas kecederaan di bahagian kepala,.
  3. sakit kepala yg berulang-ulang dan bertambah tenat.

Perubahan gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan sakit kepala atau migrain
  1. belajar utk beristirehat
  2. singkirkan stres ( rancang aktiviti dan minta bantuan keluarga selalu)
  3. bersenam selalu
  4. makan makanan yg berkhasiat dan seimbang
  5. dapatkan tidur yg cukup
  6. pakai cermin mata gelap utk mengurangkan silau
  7. minum air masak yg secukupnya
  8. jangan ambil ubat penahan sakit yg terlampau banyak
  9. kerap periksa mata dgn pakar

Semoga maklumat ini dpt membantu para pembaca yg menghidapi masalah tersebut. Nampaknya aku kena gi periksa mata aku nih. Sakit kepala menyerang aku 2 hari lepas...........jom kita tukar gaya hidup kita kepada gaya hidup sihat!

Sekian dulu........











Tuesday, March 29, 2011

RESDUNG : Risiko Jangkitan Otak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa bezanya resdung dengan demam selsema biasa dan alahan hidung? Ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan. Pakar perubatan menjelaskan bahawa jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itulah resdung.


Cara terbaik untuk mencegah resdung adalah dengan merawat gejala2 hidung segera.
Gejala resdung :
  1. hidung tersumbat
  2. lendir drpd hidung dan tekak
  3. muka berasa sakit dan berat terutamanya pd bahagian antara mata
  4. sakit tekak berpanjangan dan berulang2
  5. demam atau rasa tidak sedap badan yg berpanjangan
  6. gejala alahan hidung spt bersin, gatal hidung dan sbgnya

Punca resdung :
  1. susunan tulang dalaman hidung yg sempit
  2. hidung bengkak
  3. mandi dan terjun di dalam air kotor
  4. jangkitan gigi atas
  5. ketumbuhan di dalam hidung
  6. objek dimasukkan ke dlm hidung spt putik kapas/kertas
  7. tisu belakang hidung yg bengkak

Komplikasi resdung :
  1. jangkitan nanah sekeliling kawasan mata
  2. jangkitan otak (meningitis)
  3. sakit tekak yg kronik
  4. jangkitan tulang muka
  5. memburukkan keadaan lelah
  6. berdengkur dgn kronik
  7. jangkitan telinga dan tonsil
  8. alahan hidung/hidung sensitif
  9. selsema biasa yg melarat
Namun, dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat yg bersesuaian.

Sekian sudah.

Saturday, March 26, 2011

Wahai anak........

Assalamualaikum,

Wahai, anakku ......kenapa susah nak bangun pagi ?


Pagi ini aku berjalan2 di maya, menjelajah dan mencari tip2 bagaimana utk mengejut anak yg susah bangun pagi. Mungkinkah ada ibu2 lain yg hadapi masalah sama spt aku? Cubalah tip2 ini bersama...........

1. Perhatikan perilaku anak tidur
  • bertanya kenapa si kecil tidak boleh tidur.
  • elak dari minum minuman yg berkafein pada sebelah petang atau malam.

2. Pastikan tidur dgn kadar waktu yg betul
  • tempoh tidur yg cukup bg kanak-kanak adalah antara 8 hingga 9 jam.

3. Guna cara yg berbeza utk membangunkan anak
  • setiap anak ada cara yg berbeza utk bangun pagi spt menggunakan jam loceng, menghidupkan lampu bilik    atau mengoncang-goncangkan badan.
  •  pilih cara yg sesuai utk anak

4. Buat sarapan kegemaran anak
  • menyatakan apakah sarapan pagi yg disediakan boleh menarik minat anak utk bangun pagi

5. Berikan tanggungjawab yg sesuai
  • anak tidak akan khayal menonton TV atau DVD, bermain video game jika  diberi tugasan yg sesuai dgn umur anak.
  • ibu dan ayah perlu membantu di dalam menarik minat anak melakukan kerja2 spt menyapu halaman, membasuh kasut sekolah, melipat pakaian atau menyiram pokok bunga.
  • aktiviti2 tersebut boleh menyebabkan anak2 masuk tidur awal
Artikel di atas saya perolehi dari penulis ini, cari dalam info dialah....selamat membaca.


Wassalam.

Friday, March 25, 2011

Gempar!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Gempar......pagi2 apabila aku pandang harian metro, terpampang kisah remaja kecewa dalam percintaan cuba mengakhiri hidupnya. Dalam bahasa kasarnya ialah bunuh diri. Subhanallah....kenapalah begitu singkat pemikiran si gadis ini.  Di sini ada sedikit info, semoga ia dapat memberikan sedikit pengetahuan untuk semua.

Apa itu bunuh diri?
Bunuh diri ialah satu tindakan yg diambil utk mencabut nyawa sendiri hingga menyebabkan kematian.

Remaja yg membunuh diri biasanya mempunyai sejarah spt:
  • Konflik keluarga
  • Kegagalan personaliti
  • Kehilangan sesuatu
  • Kesukaran berkomunikasi
  • Penyalahgunaan bahan terlarang
  • Sejarah cubaan bunuh diri sebelum ini
Mengapakah seseorang itu cuba bunuh diri?

Antara sebab seseorang itu mengambil keputusan untuk membunuh diri ialah:
  • kemurungan
  • salah faham dengan ibu bapa
  • gagal dalam perhubungan
  • gagal dalam percintaan
  • didera
  • dibuli
  • ditinggal bersendirian
Apakah gejala awal seseorang itu hendak membunuh diri?
Sebelum membunuh diri seseorang itu menunjukkan kelakuan seperti:
  • Berperasaan
                    - sedih
                    - marah
                    - gelisah
                    - rasa bersalah
  • Menyisihkan diri dari aktiviti sosial
  • Tidak boleh tidur
  • Hilang selera makan
  • Sentiasa memikirkan tentang kematian
  • Tidak boleh melakukan aktiviti harian
  • Mendedahkan diri kepada aktiviti berikut:
                   - minum arak
                   - merokok
                   - mengambil ubat berinksripsi atau penyalahgunaan dadah
  • Perubahan kelakuan secara mendadak seperti:
                   - memberi barang yang disayangi
                   - meminta maaf
                   - bercakap tentang kematian

Bagaimanakah cara mencegah?
Minta bantuan segera;
  • bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai
  • hubungi talian bantuan seperti BEFRIENDERS
  • dapatkan nasihat keagamaan
  • jumpa doktor
Apakah yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberikan?

Ianya akan berakhir dengan KEMATIAN

Sekian.
*sumber internet