Assalamualaikum,
Kemunculanku setelah bertahun berdiam...........
Kenapa? entahlah............
Why? I don't know............
No idea? maybe......
No time? mmm.......
Masa, mungkin masa tidak mengizinkan aku untuk mencurahkan idea2ku.
Masa, aku banyak menghabiskan masa dengan melayan kerenah anak2.
Aku gembira selepas kelahiran Ahmad Tarmizi. Sekarang dah pandai menapak. Melihat dia membesar menyebabkan aku teruja. Sungguh teruja. Kehadiran Ahmad Tarmizi membuat kami sekeluarga senyum. Sudah berusia setahun 2 minggu, dia dah laju berjalan.
Inilah ahli baru keluarga Mohd Hamidin................jam 3ptg, 9hb Februari 2012 selamat dilahirkan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Kehadiran ahli baru inilah yang membuatkan aku terlupa tentang laman JJHM ini. Keseronokan menyusukan, memeluk dan mencium bau bayi membuat aku seolah2 dibuai bersama mimpi indah. Semoga mimpi indah ini terus membahagiakan kami sekeluarga.
Aku berdoa agar zuriat2 ku menjadi anak yang soleh dan solehah. Itulah yang dipohon setiap kali selepas solat. Aku amat bersyukur kerana Allah memberi aku rezeki yang sungguh bernilai ini. Peluang yang diberikan ini sudah semestinya aku cuba melaksanakannya dgn sebaik mungkin. InsyaAllah.
...jika ada kesempatan lagi....
Kita berjumpa di lain cerita......
Salam.........
Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Saturday, February 23, 2013
Thursday, June 16, 2011
Blog Lucah Remaja Melayu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”
Laknat bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Nauzubillah......
Hadis sahih Buhkari Jilid 1 : 0064 yg bermaksud :
Adakah ini bermakna hari kiamat semakin mendekat?
Seperti biasa, aku mengadap lappy pagi2 jika ada masa. Aku membuka google tanpa tujuan tertentu. Saja2 nak cari sedikit maklumat mengenai entri baru nanti.
Ini bukan cerita rekaan, aku benar2 terkejut apabila aku klik satu perkataan maka tersenarailah beberapa laman dan aku ternampak satu laman yg tajuknya agak menggelikan. Ttpi kerana aku ingin tahu apa isi kandungnya, aku pun klik laman tersebut dan.....terkeluar laman blog lucah kepunyaan seorang remaja perempuan. Dia meletakkan gambar yg bukan separuh b*g*l ttpi memang tiada seurat benang pun yg menutupi tubuhnya. Aku tak pasti jika itu gambar tuan tanahnya atau org lain.
![]() |
| uh...tanpa seurat benang! |
Aku melihat bahagian maklumat peribadi, dia menyatakan namanya ttpi tiada maklumat tentang umur dan tempat tinggal. Blog ini nampaknya sudah lama tidak dikemaskini iaitu sejak 2006. Entrinya pun sekitar bulan Sep dan Okt saja. Setiap entrinya penuh dgn imaginasi remaja ini melakukan hubungan intim dgn pasangan khayalannya. Itu katanya lah, di mana dia tidak melayan jika ada org e-mail semata-mata nak melakukan hubungan seks dgnnya. Dia hanya akan menyerahkan tubuh badannya kpd lelaki yg bergelar suami shj. Itu yg dinyatakannya.......Ada pula pembaca2 yg memberikan komen yg berbau lucah jugak......semua ditulis dalam bahasa melayu!.
Aku tidak sangka begitu rendahnya maruah remaja ini kerana sanggup membina sebuah blog semata-mata mahu menulis cerita khayalannya bersenggama. Cerita spt ini amat bahaya jika ada kanak-kanak di bawah umur terjumpa laman sebegini. Kenapa masih ada blog lucah spt ini di dalam google. Kenapa si pelakunya tidak dicari dan dihukum kerana kesalahannya berat sama spt melacur.
![]() |
| kucing ni comel tapi jika ............... |
Kita ada mendengar blogger yg ditahan kerana tulisannya mengutuk pemerintah dan menyebarkan dakyah negatif serta menghasut. Dan baru2 ini ada blog yg cuba menyebarkan agama kristian pula ttpi tak tahulah jika dah diambil tindakan atau tidak. Maka bagi penulis2 blog lucah juga sepatutnya dihukum seberat2nya dan perlu menghadiri program2 kebajikan serta program memulihkan akhlak. Jika Islam, perlu diberi pendidikan agama dan penerapan ciri2 utk menjadi seorang Islam yg sebenar.
Perbuatan tidak bermoral merupakan perbuatan keji yg berupa maksiat dan dosa sehingga menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah akan menimpa diri. Jauhilah daripada perbuatan mengundang laknat. Sebuah hadis dari Riwayat Abu Daud yg berbunyi :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula. ”
Laknat bermaksud jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Nauzubillah......
Hadis sahih Buhkari Jilid 1 : 0064 yg bermaksud :
Dari Anas r.a., katanya: "Akan ku
sampaikan kepada Anda sebuah hadis yang tidak akan disampaikan orang
kepada mu sepeninggal ku. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Di
antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan,
bercabulnya zina (persundalan) dan banyak perempuan, sedikit laki-laki, sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.
Adakah ini bermakna hari kiamat semakin mendekat?
Label:
isu agama,
Isu Masyarakat,
Keluarga,
Muhasabah Diri,
Sakinah
Wednesday, June 15, 2011
Amalan Kebahagiaan Rumah Tangga
Assalamualaikum san salam sejahtera semua,
Wallahualam.
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yg dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yg abadi.
Dalakm melayari rumahtangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yg kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding Motivasi dan keluarga, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah memberi 62 petua yg boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yg melayari rumahtangga.
- Doa yg berterusan
- Patuh ajaran agama
- Murah dgn pujian
- Murah dgn khidmat
- Murah dgn belaian kasih sayang
- Murah dgn sentuhan
- Mencari kebaikan pasangan
- Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda
- Cari kebaikan dan pembaikan diri drpd setiap pertengkaran
- Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
- Menilai diri drpd perspektif pasangan
- Berfikiran terbuka, boleh tegur-menegur
- Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara
- Menilai dan memberi keutamaan dlm kehidupan
- Tolak-ansur
- Menghormati dan mengambil kira'gerak batin' (intuition) perempuan
- Tidak mengejar kebendaan semata-mata
- Sedar bahawa perselisihan kadang-kala tidak boleh dielakkan
- Mengubah diri utk merangsang perubahan pada pasangan
- Sanggup berkorban buat pasangan
- Menghormati pasangan
- Berasa amat beruntung ( dan nyatakan ) mendapat pasangan yg ada
- Perhubungan seksual yg sihat dan diredhai
- Menghormati perbezaan dlm diri pasangan
- Sentiasa bermaafan sebelum tidur
- Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
- Meletakkan hak kpd pasangan
- Tidak menjadi hamba kpd pasangan
- Berubah secara perlahan-lahan utk meningkatkan kebahagiaan
- Mengawal marah, buat perjanjian
- Mencari penyelesaian dlm situasi 'menang-menang'
- Muhasabah hubungan utk mencari punca masalah
- Menghormati sifat semulajadi pasangan
- Memahami peranan pasangan
- Hubungan perasaan sesama pasangan
- Jgn simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dlm hati
- Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua shj yg tahu
- Sengaja merancang utk membaiki hubungan suami isteri
- Tujuh kali puji dan satu teguran
- Sebut ' I love U' sepanjang masa
- Banyakkan bergurau dan bermesra
- Sentiasa berterus-terang
- Beri masa utk perubahan berlaku
- Elakkan berdebat utk mencari kebenaran
- Elakkan mencari salah pasangan
- Cari titik pertemuan
- Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
- Lebih banyak memberi drpd menerima
- Minta nasihat, pandangan atau maklum balas drpd pasangan
- Sentiasa bersemangat ketika bangun pagi, pergi kerja, balik kerja dan sbgnya
- Seimbangkan hubungan dr segi : mental, pendidikan dan ilmu, emosi, fizikal dan ekonomi, sosial, spiritual
- Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
- Tidak terlalu mengongkong
- Tidak bertindak bersendirian
- Memberi peluang utk berbeza : pendapat atau pandangan, hobi, kegemaran, makanan, citarasa, warna pilihan dan sbgnya
- Humor atau lawak dr masa ke semasa
- Minta bantuan utk memecahkan kitaran negatif
- Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dgn masalah semasa)
- Tidak meminta yg bukan-bukan
- Bentuk undang-undang atau peraturan dlm rumahtangga
- Mencari kelainan dan perubahan positif
- Elakkan mendera pasangan dgn apa cara sekalipun
Wallahualam.
Label:
infobestari,
Isu Masyarakat,
Isu Semasa,
Keluarga,
Kesihatan
Monday, June 13, 2011
Kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan percintaan, bercintalah dgn suami orang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
"Wanita muda tidak kisah bermadu"...anda dh baca Utusan Malaysia hari ini? Memaparkan tajuk yg pasti membuatkan para isteri terkedu atau terbeliak mata jap.
"wanita muda di negara ini terutama yg berusia di bawah 30 tahun lebih terbuka utk hidup bermadu berbanding mereka yg melepasi usia tersebut."
Ini bermakna wanita yg masih belajar atau baru memulakan kerjaya lebih meminati org yg lebih tua utk dijadikan suami? Dan mereka sanggup bermadu wlaupun pada hakikatnya bermadu itu sungguh pahit. Alasan yg mereka berikan hanyalah krn golongan ini mempunyai kewangan yg kukuh dan brsikap romantik.
![]() | |
| berharap semoga berbahagia hingga ke akhir hayat |
Berdasarkan kajian soal selidik terhadap 400 responden berusia 18 tahun ke atas, ramai di antara mereka mengizinkan suami mereka berkahwin lagi. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mencatatkan sebanyak 286 kes poligami telah didaftarkan dan 222 permohonan poligami telah diluluskan atas perintah mahkamah.
Lelaki yg bergelar suami tentu tersenyum apabila membaca artikel ini. Itu pasti......oppsss jgn terus menyangka lampu hijau telah diberikan. Wahai para suami jika berniat utk berpoligami mesti cermin diri sendiri. Adakah kewangan anda kukuh? Jika tidak......jgnlah bermimpi utk beristeri muda pula.
Bagi mereka yg bersedia utk berpoligami, ia didorong perasaan takut menanggung dosa krn tindakan itu dibenarkan oleh agama. Dalam masa yg sama, mereka lebih menghormati suami yg bertanggungjawab dan jujur. Dalam kehidupan berumahtangga amat penting bagi pasangan bersikap jujur.
Jgn sembunyikan apa2 di belakang isteri termasuklah jika ada menerima sms dr seorang wanita lain. Ada satu kes, seorang suami memadam semua sms yg diterima dr rakan wanita di tempat kerjanya. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suatu hari, dia lupa hendak memadamkan sms yg diberi oleh rakan wanitanya itu. Sms itu dibaca oleh salah seorang anaknya dan menyampaikan kpd ibunya pula.
![]() |
| apabila suami mula asyik bersms, isteri mula rasa curiga |
Kes spt inilah yg menyebabkan bilangan perceraian bertambah. Tiada tolenrasi dan persefahaman antara pasangan menyebabkan satu masalah yg kecil dijadikan sebab utk bercerai. Lebih-lebih lagi jika suami pula tidak kuat pegangan agamanya. Ego yg tinggi juga akan menambahkan lagi kekeruhan dan jalan penyelesaian yg dinampak hanyalah perceraian. Nauzubillah...walaupun perceraian itu halal tetapi ia adalah perkara yg amat dibenci oleh Allah SWT.
![]() |
| pertengkaran mungkin tidak dapat dielakkan jika ego menguasai diri |
Seorang remaja telah berkata bhw kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan alam percintaan, bercintalah dgn suami orang.
Kepada para isteri dan wanita yg lain, apa pendapat anda?
Label:
Isu Masyarakat,
Keluarga,
Muhasabah Diri
Thursday, June 9, 2011
Selamat Datang Ke Penyabong, Endau
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat bertemu lagi..........
Ada cerita baru?.....yap! Suami ingin ke Kuala Rompin sempena majlis perkahwinan rakannya. Setibanya di sana, pengantin dah bersiap utk sesi fotografi di luar. Tak sempatlah kami nak berposing kat pelamin diorang. Lepas makan dan ucap tahniah dgn keluarga pengantin, kami pun pulang.
Alang2 dah sampai Endau, kami bercadang utk jalan2 ke pantai di Mersing. Anak2 dah tak sabar nak bermain air di pantai. Suami pusing2 mencari calet, oleh kerana kami tak merancang nak menginap di sana maka agak susah nak cari calet yg kosong. Semua tempat kami pergi dah penuh.....kesian anak2....mereka merayu kat ayah mereka......"ayah, nak mandi laut....yah......". Berulang kali mereka merayu. Akhirnya, ayah mereka singgah di pantai dan mereka sungguh ceria dapat berendam hingga menjelang senja.
Dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi, cuaca agak sejuk dan hujan gerimis mula turun. Suami terpandang papan tanda calet di tepi jalan.."Eh, nak singgah tak? Mana tahu ada kosong....dapat rehat satu malam. Budak2 pun tak puas mandi tadi". Aku hanya senyum dan setuju saja le. Yang seronok tentunya anak2 lah......sekali-sekala bawa anak2 berjalan. Pantai Penyabong memang cantik........
Hajat utk bermalam di calet tertunai, ewah......melompat gembira zulhakim. Walaupun bilik sewa kami hanya ada 2 katil dan kipas angin jer, cukuplah buat kami selesa utk satu malam. Yg penting, air utk mandi ada........
Pagi2 dah turun ke pantai, air masih surut. Zulhakim dah menjerit2 nak mandi.......uish, budak ni...sabo lah, kita jalan2 kat pantai sambil amek gambo ye......
Ayah dan ibu senyum melihat kerenah anak2.......
Selamat bertemu lagi..........
Ada cerita baru?.....yap! Suami ingin ke Kuala Rompin sempena majlis perkahwinan rakannya. Setibanya di sana, pengantin dah bersiap utk sesi fotografi di luar. Tak sempatlah kami nak berposing kat pelamin diorang. Lepas makan dan ucap tahniah dgn keluarga pengantin, kami pun pulang.
Alang2 dah sampai Endau, kami bercadang utk jalan2 ke pantai di Mersing. Anak2 dah tak sabar nak bermain air di pantai. Suami pusing2 mencari calet, oleh kerana kami tak merancang nak menginap di sana maka agak susah nak cari calet yg kosong. Semua tempat kami pergi dah penuh.....kesian anak2....mereka merayu kat ayah mereka......"ayah, nak mandi laut....yah......". Berulang kali mereka merayu. Akhirnya, ayah mereka singgah di pantai dan mereka sungguh ceria dapat berendam hingga menjelang senja.
Dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi, cuaca agak sejuk dan hujan gerimis mula turun. Suami terpandang papan tanda calet di tepi jalan.."Eh, nak singgah tak? Mana tahu ada kosong....dapat rehat satu malam. Budak2 pun tak puas mandi tadi". Aku hanya senyum dan setuju saja le. Yang seronok tentunya anak2 lah......sekali-sekala bawa anak2 berjalan. Pantai Penyabong memang cantik........
![]() |
| Pemandangan di pantai |
![]() |
| tumbuhan semulajadi |
| Ahmad Zulhakim, tak sempat salin baju tido...... |
| susah betul nak suruh kakak bergaya, dia pemalu orgnya... |
| adik melihat aksi abangnya, ahmad zulhadi.........aksi apa tu? |
Monday, May 16, 2011
Cabaran Menjadi Guru
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baru-baru ini aku ada menghadiri majlis Maulidur Rasul anjuran sebuah badan hal ehwal wanita. Seorang tahfiz yg mendapat pendidikan dari universiti di Acheh dijemput untuk memberikan ceramah. Seorang tahfiz yg berasal dari Taiping, Perak memberikan ceramah bercampur-campur bahasa utara membuatkan aku teringat pada cerita Mata Ayer di TV3.
Ustaz Muhammad James (mengikut nama pd kad bisnesnya) juga pernah bekerja di Jabatan Agama Johor. Beberapa kali dipanggil berceramah di kursus-kursus perkahwinan, ceramah di sekolah-sekolah dan adakalanya memberi ceramah kepada mereka yang hendak menunaikan umrah.
Aku terpanggil untuk menulis mengenai peranan guru zaman sekarang setelah membaca satu artikel yang ditulis oleh bakal guru mengenai tanggungjawab guru yang semakin mencabar sekarang ini. Dipetik, bakal guru ini mengatakan permasalahan disiplin di kalangan pelajar telah menjadi perbahasan hangat oleh pelbagai pihak. Masalah disiplin dan keruntuhan akhlak pelajar seperti vandalisme, membuli, pergaduhan, kegiatan samseng, kes memukul guru, kes membakar sekolah kerap berlaku sekarang ini. Malah ada guru yang disimbah asid dan ditampar oleh pelajar yang dianggap seperti anak sendiri itu.
Berbalik kepada ceramah tadi, sungguh terkejut apabila ustaz memberitahu 30% anak muda yang menghadiri ke kursus perkahwinan tidak tahu mengucap. Ada juga cikgu di sekolah-sekolah di mana ustaz memberi ceramah mengadu kepadanya, ada anak murid perempuan yang telah dan bakal melahirkan anak luar nikah.
Mengapa masalah ini berlaku? Adakah semua ini timbul kerana kurangnya pendidikan agama yang mereka terima? Siapakah yang bertanggung jawab untuk memberikan pendidikan agama kepada generasi muda ini? Bayangkanlah generasi muda yang bakal menjadi ketua keluarga tidak ada asas agama. Bagaimana mereka hendak membimbing isteri dan anak-anak mereka serta melindungi keluarga mereka dari api neraka?
Firman Allah SWT, bermaksud :" Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka........" ( Surah at-Tahrim, ayat ke 6)
Adakah semua tanggungjawab itu mesti dipikul oleh insan yang bernama guru? Apa yang aku tahu pendidikan bermula dari rumah iaitu dari pendidikan ibu dan bapa. Seorang zuriat dilahirkan dalam keadaan tiada dosa dan putih bersih. Maka ibu bapalah yang mewarnai zuriat itu dengan corak pilihan mereka. Guru pula membimbing anak kita sehingga lulus dalam menjalani kehidupan menurut tuntutan zaman. Namun jika hati tidak terdidik dengan sempurna maka hati akan gelap. Hati yang gelap melahirkan insan yang kegelapan akidah, sesat dalam kegelapan akhlak sehingga menyebabkan kehidupan terumbang-ambing.
Rasulullah SAW merupakan contoh pemimpin paling hebat dalam sejarah dunia. Baginda mendidik para sahabat untuk membina ketabahan dan sentiasa memberi dorongan agar meneruskan usaha berdakwah. Walaupun kita manusia biasa tidak mungkin menjadi insan sesempurna Rasulullah SAW, kita semestinya menjadikan Rasul sebagai contoh teladan. Pertuturan dan gerak laku baginda merupakan pedoman bagi umat manusia selain dari petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah.
| Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara |
Guru, tugasmu sememangnya semakin mencabar. Ingat pesanan Saidina Umar Al-Khattab r.a., " Didiklah anak mu mengikut zaman mereka." Selamat hari guru untuk semua pendidik di Malaysia dan seluruh dunia. Tidak lupa kepada para pendidik yang pernah mengajar aku di SK Seri Kg Tengah, Kluang, SK Bandar Easter, Kota Tinggi, SMK Bandar Easter, Kota Tinggi, Sek Tinggi Kluang dan tenaga pengajar Diploma Perakaunan ITM Caw. Segamat ( 1991-1994 )
Label:
isu agama,
Isu Masyarakat,
Keluarga
Monday, May 9, 2011
Serba tak kena, adakah kerana cuaca?
Assalammualaikum,
April sudah berlalu.......
April sudah berlalu.......
![]() |
| muka sedihnya...... |
Aku serba salah, seba tak kena.....apa yg difikir tak dapat dilakukan......eh, tak dapat atau memang tak buat? uh, aku bingung......kenapa aku bersikap macam tu.
Adakalanya aku spt termangu......kenapa aku semacam sangat2 malas utk melangkah, asyik berfikir mahu rehat secukupnya dan terus berbaringan.......bertidur-tiduran.....sehinggakan makan pun ......malas. penyakit apakah itu? rasa macam tak bersemangat.....kenapa rasa letih kekadang datang secara tetiba......
Ada yg tahu, aku baru jer menyambut ulang tahun .......usia di ambang 40an ......Kalau bagi si lelaki....40thn umpama permulaan hidup, tapi bagi si wanita, usia 40thn tandanya permulaan bagi apa ek? Apa yg aku rasa sekarang ni, perubahan sekitar kehidupan harian sememang berlaku setiap hari.......melihat anak2 membesar, macam2 kerenah yg mereka buat. Bagi si ibu, setiap hari adalah permulaan kepada kehidupan yg lebih baik dari semalam. Tak perlu ler nak tunggu 40 thn baru nak mula hidup baru.......
Dalam rumahtangga, suami isteri mesti saling bekerjasama. Bila seorang tidak mampu jlnkan tugas, pasangannya perlu ambil tugas itu. Mesti ada sikap bertolak ansur.......sudah lah cuaca dunia sekarang buat aku pening, harap2 tidak menyebabkan perubahan cuaca dlm rumahtangga aku pulak....eh.
Mmm, betullah.....tadi pagi bukan main panas betul, tetiba hujan lebat pada sebelah petang. Itulah yg aku selalu dengar jiran2 aku katakan.....agaknya itu yg buat cuaca dlm badan aku pun naik turun.......semput pun datang.....huhuhu.
![]() |
| jangan lupa senyum setiap hari |
Sekarang ni bulan Mei dah datang, ......eh, semalam adalah hari ibu.....selamat hari ibu utk aku...ekekeke, untuk semua ibu2 di luar sana jugak lah. kepada ibu aku di Kota Tinggi dan ibu mertua di Muar. Semoga mereka sentiasa bahagia di samping keluarga dan sihat selalu. Aku baru berjumpa mereka berdua......dan sempatlah aku mencium tangan dan mohon restu.
Semalam jugak anak2 aku, menyambut hari ibu utk aku. .....eleh, bebudak punya stail.....si kakak belikan susu dutch lady perasa strawberry dan coklat utk aku........aku senyum dalam hati...(eh, ini nak suruh ibu terlebih sihat ker?). Dah dibelikan, aku pun makanlah......tapi share2 gak........tak ler aku telan semua. dahsyat ler kalau gitu.
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU DI DUNIA
Thursday, May 5, 2011
Siapa Dhaniatul Mya?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dhaniatul Mya binti Khairul Faizi ( maaf ye kalau tersilap ejaan ). Dilahirkan pada 19hb Januari, 2011. Anak jati Kuala Lumpur. Mamanya Zabedah binti Mohd. Zamin lahir di Johor tapi membesar di Kuala Lumpur dan sekarang ayahanda dan bondanya tinggal di Ipoh selepas pencen KTMB. Papanya berketurunan mami Pulau Pinang tetapi tinggal dan mencari rezeki di Kuala Lumpur.
![]() |
| gambar dr nokia c5 |
Siapalah si comel ni ek? ........kasihan dia, semua orang nak pegang dia......sampai nampak cemas muka tu. Mama dan papa tersenyum2 melihat orang semua dok mengagah Mya. Mula2 dia senyum..........lat beberapa minit.......huhuhu....dia dah pening kot........cemik dah.......
![]() |
| Atok Midin bersama Mya |
Suami aku punyalah gembira.........eh, ayah dah ada cucu ke? wah......mana cucu atok midin......meh, atok nak bergambor dgn cucu sulong ni. Aku tergelak ........hai atok midin, tak sangka ye dapat pegang cucu walaupun cucu sedara jer. Tok Midin bukan Tok Mudim tau......dan aku....dah jadi opah!...ngeeee
Atok nak bergambor tapi tak nak masuk facebook......malu........ Ehem, suami aku ni memang pemalu, susah kalau nak suruh dia bergambor........tapi dia rajin amek gambor orang lain. Aku pun kasi muka dia blur ......nampak muka Mya jer okay jugak. Masa sesi fotografi ni aku tukang tangkap gambor, tak masuk sekali sebab muka tengah tak sihat........kesian aku.
Inilah cucu sedara di sebelah suami aku. Anak sedara sulong suami aku ni adalah anak kepada kakaknya yg sulong. Kalau di sebelah keluarga aku, anak sedara yg sulong ialah lelaki.........lambat lagi nak kawen....duit belum cukup rasanya tu. Tak per lah.....lambat-laun bila ada rezeki, bertambahlah cucu atok......berkembang umat Muhammad SAW.
| Mya = Jawa Muar + Mami Penang + Melayu Perak |
Rasa tak puas pegang Mya.......tapi dia nak balik Kuala Lumpur sebelah pagi. Mama dan papa nya takut terperangkap dalam kesesakan nanti. Tentu pening kan.......dlm kesesakan anak kecik pulak meragam. Aku dh merasa dah.....serik tau. Bagi parents Mya ni, ini adalah perjalanan jauh yg pertama bersama Mya.....pasti mereka tidak mahu ada masalah dlm perjalanan nanti.
Hai Mya.......macam nama Mia Sara.....hehehehe. Cucu opah ni comel macam Mia Sara tak? Rasanya Mya ni lagi comel kan.........anda camne? Sudah bercucu jugak? Seronok dapat gelaran opah ...itu jadi tagline yg kita bukan muda lagi...huhuhu....
Label:
Keluarga
Aku Redho
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
30hb April, 2011
30hb April, 2011
Entri terakhir.....1.28 pm. 6th Anniversary GA Kakyong.com dibuat beberapa minit sebelum aku bergerak ke Muar. Sempat mencuri masa ketika sedang menunggu kepulangan suami dr kerja.
2.35 pm, mula bergerak ke Muar, sebelum tu singgah kedai beli air ( sejuk laa pulak) & makanan. Highway PG sesak teruk.......uhh, sesak nafas aku kalau ikut situ. So, suami pusing masuk highway U.Tiram - Senai Utara. Baru clear.
5.15 pm, singgah kedai tepi jalan, anak2 nak minum.......(eh, tak sudah2......), si ayah beli 2 bungkus air tebu. Fuhhh, banyak betol aisnyeeeee. Aku pun layan jugak.
5.40 pm, tiba di rumah pengantin, sepupu sebelah suami. Perkahwinan anak sulong (perempuan) dan suaminya seorang army. Perut tgh lapar di tahap melampau........aku makan dgn sopan jer, malu laaa ...jemputan ramai lagi walaupun dh dkt pukul 6 ptg. Minum.......air sejuk lagi.
6.15 pm, balik ke rumah mak mertua yg hanya 200 meter jer dr rumah pengantin. Berehat......mandi, solat, makan malam lagi.......huhuhu. Kalau balik Muar, diet aku mesti musnah ranah.........
8.15 pm, aku berjumpa dgn cucu yg pertama dlm keluarga.......ayahnya dah dpt pangkat datuk, aku senyum.....mak datin laaaa katakan....(aku akan buat entri pasal cucu sulong ni di next entri)
1.28 am, aku tersedar dari tidur yg nyenyak. Dada aku terasa panas, hidung dan tekak sangat2 gatal.....aduh, aku sakit kah? aku terbatuk2 hampir 1/2 jam. suami tolong ambil minyak dan sapu bahagian belakang dada, lepas tu aku minum air suam.......macam lega tapi sekejap jer.
2.20 am, masih tidak boleh baring sebab aku akan rasa sesak bila kepala diletak di atas bantal. Suami tanya, belum lega ke? Aku geleng2 kepala. Dia hulur gula2 berangin. Dalam hati aku boleh lah......asalkan aku boleh sambung tido.......sambil tu aku sedut perlahan ubat selsema Pevax.........zzzzzzzz
![]() | ||
| cam nilah rupa ubat sedut tu......zaman atok aku dah ada benda ni. asyikkkk...... |
(gambar tak jelas sangat......sebenonya benda ni tak berapa digalakkan penggunaannya tp hanya itu yg ada masa darurat....aku pun tibai jer lah)
1hb Mei, 2011
6.00 am, aku di dapati demam selsema yg di anggap tidak kritikal......ekehkeh...boleh gelak lagi. Kat umah mak mertua tak boleh manja2, buat kerja macam biasa......tp lepas makan aku hentam tido.......wah, bertuah punya anak menantu!
6.00 pm, berangkat balik ke JB.......dlm perjalanan minum air sejuk lagi ( eh, tak serik betol). Ayah dah beli, takkan ibu nak tengok jer.........hehehe, sedut sikit jer.......
2hb Mei, 2011
Aku terbaring.......demam selsema........selama seminggu sbelum ni aku menjaga anak2 yg demam, kali ini aku pulak dijaga oleh anak2.......aduh, syahdunya. Si ayah, tukang masak..........menunya....dah tentu rebus2, terasa macam dlm pantang bersalin pulak.
Kerana itulah aku dah lama tak up date blog dan fb......maaf ler kalau ada yg jejalan di sini tp baca entri lama gak......... Agaknya asyik hentam air sejuk......mogok dah salur pernafasan aku dan membuatkan salur eusthacia tersumbat......uh, seksanya.
Peringatan: Jangan minum air batu............
Friday, April 29, 2011
Dapat yg baru, yg lama macam mana pula?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kes demam menjadi-jadi sekarang ni........aku baru balik dari klinik di Masai. Sang doktor yg peramah telah bagi ceramah ringkas kpd aku sekeluarga sebab semua anak2 aku demam. Paling ringan pun cuma pening2 kepala. Ia berkaitan dgn kes denggi yg meningkat sekarang ni, risau juga bila anak2 semua demam serentak. Alhamdulillah......ayah dan ibu mereka tak sakit sama2.........mahu tunggang-langgang kalau satu family sakit.
Sebenonya ni aku nak cerita pasal hadiah hari jadi aku pada 23hb lepas......jeng, jeng, jeng........baru pegi kedai tu tadi.....dah 5 hari aku menunggu. Akhirnya.....................tiba juga aku di situ.....
![]() |
| Sabtu lepas, order spec baru di sini.... |
Gembiralah suami tercinta sponsor spec baru.......walaupun bukan beribu.......aku tetap bangga. Ini merupakan hadiah ketiga yg agak tinggi nilainya aku terima sempena hari lahir aku. Pernah menerima sebentuk cincin emas, jam tangan Alba dan kali ini kaca mata Swatch. Bukan setiap tahun aku menerima hadiah bernilai ini, maka aku sangat2 menghargainya.......saaaaaayang ayah!
Spec yg lama pun ayah yg belikan.....tapi dah rosak, pernah patah banyak kali sampai senget jadinya. Aku suka spec yg lama tu sbb dia amat ringan. Tak sakit hidung aku yg kembang ni......apa nak buat dah tak selesa nak pakai....terpaksalah aku tukar baru.
| kesian...sampai senget2 aku kerjakan .....huhuhu |
Dapat yg baru pun agak ringan, pesen zaman sekarang kata jurujual tu.........hai, lantak la dek ....asal aku dapat yg selesa sikit....kira orait la. Apa yg penting ....benda free...jgn komplen lebih2 nanti ditarik subsidi, melopong kawan.....ngeeeee.
| syukur alhamdulillah.......cantik nyer..... |
Sangat2 suka hati......sekarang ni aku tengah memperagakan spec baru depan lappy.......ehem....oppssss ayah dah berdehem. Isyarat dah kena off line ler......
Sekian. terima kasih kerana sudi membaca dan kalau sudi tinggalkan jejak di kotak komen.......salam.
Saturday, April 23, 2011
Oh, tolonglah aku!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum aku meneruskan kata2 hikmat ku.....(atau bebelan mak cik, hehehe), aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 tersayang yg mengucapkan selamat ulang tahun! terima kasih. terima kasih, terima kasih.........salam sayang dan peluk cium di angin lalu dari ku untuk kalian semua.
Malam tadi kami sekeluarga kami tidak ke mana2, hanya duduk di rumah sambil menonton TV kami hanya berborak2 shj. Kebetulan pada hari ini, Sabtu, 23hb......anak2 terpaksa hadir ke sekolah. ( kena ganti le ). Cerita malam tadi .......anak2 aku ni sangat excited membaca pantun teka-teki yg baru dibelinya. Banyak2 pantun ada satu ni buat aku tersedar,
Eh, agak mencabar juga soalan tu.......aku dok fikir2.....1 minit berlalu, anak aku pun menjawab.....apalah ibu ni....jawapannya...usialah (umur kita). Aduh......merah telinga seyyyyyh. Soalan mcm tu pun aku tak tahu nak jawab. Ibu dia ni dah lupa daratan kan......? Lupa pulak ibu diorang dah nak 40 thn! Nombor tu memang tak pernah turun2 kan......terinsaf aku.
Untuk program hujung minggu ni........adoi, pening kepala la. Macam mana nak bagi2 masa ek. Aku nak gi sini (program birthday's mama le), anak2 nak gi sana, ayahnya ada program lain pulak. Aku dh rancang utk 2 hari hujung minggu ni.....mcm nak gi program Mahabbah IKIM di Bandar Dato' Onn. Hari Ahad ada kursus........hehehe nak cuba2 wat bisnes. Rasa2nya ada program yg kena dikorbankan.......adoi aiii pening nye.
Macam mana ek............
![]() |
| Auwww, penin......... |
Sebelum aku meneruskan kata2 hikmat ku.....(atau bebelan mak cik, hehehe), aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 tersayang yg mengucapkan selamat ulang tahun! terima kasih. terima kasih, terima kasih.........salam sayang dan peluk cium di angin lalu dari ku untuk kalian semua.
Malam tadi kami sekeluarga kami tidak ke mana2, hanya duduk di rumah sambil menonton TV kami hanya berborak2 shj. Kebetulan pada hari ini, Sabtu, 23hb......anak2 terpaksa hadir ke sekolah. ( kena ganti le ). Cerita malam tadi .......anak2 aku ni sangat excited membaca pantun teka-teki yg baru dibelinya. Banyak2 pantun ada satu ni buat aku tersedar,
Duduk bersembang bersama puteri,
Sambil bersembang sutera ditenun,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa yang naik tak pernah turun?
Eh, agak mencabar juga soalan tu.......aku dok fikir2.....1 minit berlalu, anak aku pun menjawab.....apalah ibu ni....jawapannya...usialah (umur kita). Aduh......merah telinga seyyyyyh. Soalan mcm tu pun aku tak tahu nak jawab. Ibu dia ni dah lupa daratan kan......? Lupa pulak ibu diorang dah nak 40 thn! Nombor tu memang tak pernah turun2 kan......terinsaf aku.
Untuk program hujung minggu ni........adoi, pening kepala la. Macam mana nak bagi2 masa ek. Aku nak gi sini (program birthday's mama le), anak2 nak gi sana, ayahnya ada program lain pulak. Aku dh rancang utk 2 hari hujung minggu ni.....mcm nak gi program Mahabbah IKIM di Bandar Dato' Onn. Hari Ahad ada kursus........hehehe nak cuba2 wat bisnes. Rasa2nya ada program yg kena dikorbankan.......adoi aiii pening nye.
Macam mana ek............
Label:
Keluarga
Monday, April 18, 2011
Mahu Anak Yang Hebat?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Satu perkara yang perlu dihindar jika mahu jadi hebat adalah membuat sesuatu secara ala-kadar. Manusia yang hebat tidak akan membuat sesuatu kerja dengan ala- kadar atau sekadar cukup makan. Islam menyeru umatnya menjadi insan hebat di mata dunia kerana Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Untuk memiliki anak yang hebat dan bijak, ibu dan bapa juga perlu menjadi insan yang hebat. Seterusnya, didikan yang diberi kepada anak-anak mestilah hebat. Mereka hendaklah dididik dan diajar semenjak kecil membina impian untuk menjadi manusia hebat dan insan yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Label:
Buku,
infobestari,
Keluarga,
Motivasi
Tangisan Seorang Isteri
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Aku seorang isteri yg sering ditinggal suami. Adakalanya perasaan bimbang tiba-tiba menjenguk di dalam hati. Tersentap hati ini dengan pemikiran-pemikiran negatif. Ah, persetan dengan itu, aku tahu suami ku jujur dan kasih sayangnya tertumpah hanya utk isteri dan keluarganya.
Kenapa aku perlu menangis jika si dia telah melafazkan janji setianya. Kenapa aku mahu menangis jika dia jauh kerana dia pergi menunaikan tanggunjawabnya. Kenapa aku ingin menangis jika dialah kekasih, sahabat dan ayah yg pengasih dan penyayang.
Wahai suami, mengapa isterimu menangis. Apa yg engkau lakukan jika isterimu menangis........................
Aku seorang isteri yg sering ditinggal suami. Adakalanya perasaan bimbang tiba-tiba menjenguk di dalam hati. Tersentap hati ini dengan pemikiran-pemikiran negatif. Ah, persetan dengan itu, aku tahu suami ku jujur dan kasih sayangnya tertumpah hanya utk isteri dan keluarganya.
Kenapa aku perlu menangis jika si dia telah melafazkan janji setianya. Kenapa aku mahu menangis jika dia jauh kerana dia pergi menunaikan tanggunjawabnya. Kenapa aku ingin menangis jika dialah kekasih, sahabat dan ayah yg pengasih dan penyayang.
Wahai suami, mengapa isterimu menangis. Apa yg engkau lakukan jika isterimu menangis........................
Label:
Isu Masyarakat,
Keluarga
Friday, April 15, 2011
Ku Sangkakan Panas Hingga ke Petang
Assalamualaikum,
Kenapa tiba-tiba aku rasa macam nak menulis. Ini mengenai realiti kehidupan. Bukan semua manusia akan menempuh pengalaman yg sama. Ada yg mengharap hujan hingga ke petang, namun hujan di tengahari. Segala percaturan kehidupan kita ditentukan oleh yg Maha Pencipta, Allah SWT. Suka dan duka silih berganti dan ia ibarat seperti roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Manusia yg mempunyai akal dan sekeping hati perlu bijak mengendali pusingan roda kehidupan. Bersyukur dengan apa yg ada dan berdoa memohon kepada-Nya jika diri dihimpit kesukaran.
Nampak serius jer perenggan kat atas tu kan? semalam semasa aku nak memulakan BW, aku ternampak entri terbaru Ben Ashaari di bloglist aku " Email utk aku...marilah bantu sesama kita"......aku terus klik, macam biasa lar tgok tajuk jer dh tertarik nak gi terjah. Di situ en BA letakkan satu link ke blogger ibu tunggal yg menjadik bahan entri kepada seorang blogger lain. Aku rasa macam nak tgok apa yg dijual kerana katanya blogger ibu tunggal itu ada menjual barang2 terpakai.
Aku pergi ke laman "Realiti Sebuah Kehidupan" kepunyaan seorang ibu yg ditinggalkan suami gara2 orang ketiga. Allahuakbar......aku rasa semacam apabila membaca entrinya. Kasihannya seorang ibu terpaksa mengharapkan anak yg masih hijau untuk menolak kereta yg tak hidup enjin akibat baterinya rosak. Kerana hendak membeli bateri kereta, ibu ini terpaksa menjual barang2 terpakai. Bermacam caci-maki yg para pembaca tinggalkan dlm kotak komen khas ditujukan kpd bekas suami dan si perampas.
Sebenarnya, aku tidak mahu bercerita mengenai masalah rumahtangga ibu muda ini. Aku tidak mahu menangis lagi, cukuplah aku menangis sepanjang malam tadi. Aku duduk setia di depan lappy semata2 hendak mengikuti rentetan cerita ibu ini. Ku layari dari mula2 dia terlibat dlm dunia blog, dari saat dia bahagia sehinggalah cerita kehadiran orang ketiga dan seterusnya peristiwa runtuhnya rumahtangga yg dibina atas dasar cinta.
Mengapa aku sedih? Mana tak sedih......fuhhh, sedih giler....(bahasa org muda). Cerita mengenai keluhan anak2 yg kehilangan ayah yg disayangi memang telah berjaya membuatkan airmataku mencurah laju. Si anak2 yg masih belum mengerti kehidupan telah menampakkan kematangan terutamanya Ameer. Watak Ameer yg benar2 memahami kesengsaraan ibunya, watak Puteri yg manja ala2 sang puteri (sangat2 merindui babahnya) dan Firdaus yg langsung tidak mengenal bau badan babahnya.
Aku tidak sanggup untuk meneruskan........kerana aku yg cengeng ni dah mula menitiskan air mata. Kepada ibu muda ini, aku berharap agar dia sabar dalam meneruskan hidup bersama anak2 yg membesar. Jangan sesekali salahkan diri sendiri di atas apa2 musibah yg berlaku. Bersyukurlah dgn apa yg kita ada, tabahkanlah hati dalam mendidik anak2 di dunia serba canggih ini.
![]() |
| kasih seorang ayah juga penting bagi anak2 |
Lelaki yg terkenal dgn keegoannya sepatutnya sedar, apabila ia sudah melafazkan akad nikah dan bertaklik di depan isteri, dia mesti tahu hak isterinya dan tanggungjawab yg terbentang bakal ditempuhi. Apabila sudah beristeri dan beranak-pinak, janganlah dianiayakan mereka kerana suami adalah ketua keluarga dan tempat bergantung harapan. Janganlah jadi seperti si merak, sungguh cantik bulu mu wahai si merak namun sayang, kamu tidak boleh terbang, maka janganlah terlalu ego dengan kecantikkan mu itu.
Ku akhiri dengan ingatan utk kaum lelaki iaitu lelaki sebagai ketua keluarga sepatutnya mendidik keluarga ke arah kebaikan. Dalam Surah al-Tahrim 66:6; Allah SWT berfirman yg bermaksud :
" Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka......"
Maka peliharalah dan bimbinglah keluargamu agar isteri dan anak2mu yg amat mengasihimu menjadikanmu idola mereka. Lantas kamu akan layak mendapat pujian dan tentunya jasamu akan dikenang sehingga akhir hayat.
sekian.
Label:
Isu Masyarakat,
Keluarga
Sunday, April 10, 2011
Bila dah suka, semua indah belaka.....
Assalamualaikum,
suami ku suka memancing!!!!malam ni si dia pegi mancing.......
inilah salah satu hobi dia. bila dah suka, huh pantang nampak lopak air. dalam bonet kereta memang sentiasa ada joran kesayangannya.
malam ni dia pegi mancing kat kelong. pegi petang dan balik esok nya........
seronok agaknya memancing ni ek? suami ku selalu dok cucuk aku suruh pegang joran. hish, mengarut jer. tak nak lah......tak sesuaiiiii.
aku ni pantang dicabar,kalau aku dah suka nanti pening dia nak melayan......hehehe. tak mahulah buat problem. cukuplah hanya dia jer yg pegang joran. janganlah pujuk2 aku.
aku ada 2 orang hero, tu bakal jadi macam ayahnya lah tu. kalau ayahnya keluarkan joran, berebut nak pegang sama.......anak bapak la katakan.
ayahnya pulak suka bebeno kalau anak2 pun minat macam dia. ada kawan lah. bagi aku, buatlah apa yg disukai. apa yg penting jgn terlalu khayal sehingga lupa pada tanggungjawab sebenar.
Oleh kerana, aku tak berteman pd malam ni.......aku pun sambunglah jalan2 di alam maya......
kalau dah suka, semua indah belaka, tak tido pun tak ape...........
suami ku suka memancing!!!!malam ni si dia pegi mancing.......inilah salah satu hobi dia. bila dah suka, huh pantang nampak lopak air. dalam bonet kereta memang sentiasa ada joran kesayangannya.
malam ni dia pegi mancing kat kelong. pegi petang dan balik esok nya........
seronok agaknya memancing ni ek? suami ku selalu dok cucuk aku suruh pegang joran. hish, mengarut jer. tak nak lah......tak sesuaiiiii.
aku ni pantang dicabar,kalau aku dah suka nanti pening dia nak melayan......hehehe. tak mahulah buat problem. cukuplah hanya dia jer yg pegang joran. janganlah pujuk2 aku.
aku ada 2 orang hero, tu bakal jadi macam ayahnya lah tu. kalau ayahnya keluarkan joran, berebut nak pegang sama.......anak bapak la katakan.
ayahnya pulak suka bebeno kalau anak2 pun minat macam dia. ada kawan lah. bagi aku, buatlah apa yg disukai. apa yg penting jgn terlalu khayal sehingga lupa pada tanggungjawab sebenar.
Oleh kerana, aku tak berteman pd malam ni.......aku pun sambunglah jalan2 di alam maya......
kalau dah suka, semua indah belaka, tak tido pun tak ape...........
Label:
Keluarga
Saturday, April 9, 2011
Remaja Oh Remaja
Assalamualaikum,
selepas membuat BW dan membalas kunjungan rakan blogger, aku teringat pada satu cerita yg berlaku tak lama dulu. cerita ni berlaku di kawasan perumahan tempat aku tinggal. kisah remaja sekarang dgn masalah mereka lah.
bukan aku nak kata remaja sekarang jahat2 semua....eh, tidak sama sekali. cuma aku nak katakan ada segelintir remaja ini mungkin kurang kasih sayang ibu bapa, maka terjadilah perkara2 yang tidak sedap dipandang mata atau panas telinga bila dengar diorang berbicara.
![]() |
| remaja ceria |
begini ceritanya.....ada seorang duda, tinggal dgn anaknya yg dah pun meningkat remaja. kalau tak silap baru lepas SPM (dh dpt keputusan pun). pak duda ni dh lama menduda iaitu sejak anaknya berumur 3 thn lagi. jadi korang kiralah sendiri, berapa lama dia menduda.
dipendekkan cerita, pada satu hari dtg seorang anak saudara kpd pak duda ni, nak tinggal di rumah pak duda. pak duda benarkan sbb anaknya pun seorang jer, tak de kawan. bolehlah teman2kan anak daranya itu kalau pak duda kerja sebelah malam.
anak saudaranya, seorang remaja perempuan berumur dlm lingkugan awal 20an. seksi-meksi, comel-loteii, kiut-miut.......eh, apa lagi ek.....senang kata memang cun lah! kerja kat spa kecantikan berhampiran dgn rumah pak duda. lepas setahun, anak pak duda yg baru abis SPM pulak keje sama2 dgn anak saudara itu. maka, mereka berdua pun pegi keje sama2, balik keje pun saing lah. naik kereta bos lagi.
Label:
Dunia Remaja,
Keluarga
Thursday, April 7, 2011
Nasib Si Anak Tiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pernahkah anda bertanya kepada anak kecil, siapakah yang paling mereka sayang?
Bagi seorang anak tiri pula, siapakah yang mereka paling sayang? Apakah yang mereka impikan? Adakah mereka bahagia?
Mungkin mereka sempat merasa bahagia hidup bersama ayah dan ibu kandung. Namun mereka kehilangan ibu tercinta semasa kecil dan tidak mengerti lagi makna kehilangan. Belum pun sempat merasa kehangatan pelukan ibu sewaktu menidurkan anak kecilnya itu, si ibu pergi dan tidak kembali lagi. Jika itu yang dikehendaki oleh-Nya, maka begitulah jadinya.
Pernahkah anda bertanya kepada anak kecil, siapakah yang paling mereka sayang?
Bagi seorang anak tiri pula, siapakah yang mereka paling sayang? Apakah yang mereka impikan? Adakah mereka bahagia?
![]() |
| menjadi anak yang disayangi oleh ibu dan ayah |
Label:
Keluarga,
Muhasabah Diri
Menyemai Sifat Terpuji Anak
Assalamualaikum,
Anak merupakan permata hati yang diidamkan oleh ibu bapa, terutama bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Apa yang penting bagi ibu bapa ialah mendidik anak agar berjaya membina masa depan yang gemilang.
Pendidikan anak bukan hanya semata-mata untuk kesenangan dunia tetapi juga adalah untuk kesejahteraan hidup di akhirat. Menjadi tanggungjawab semua ibu bapa untuk mendidik anak yang soleh selari dengan tuntutan agama. Antara pendidikan yang baik adalah daripada aspek pembentukan akhlak yang mulia.
Dalam pemdidikan anak, Allah SWT mengabadikan bagaimana kisah seorang bapa yang dikenali sebagai Luqman yang menjadi inspirasi kepada semua ibu bapa. Luqman seorang hamba yang soleh dikurniakan oleh Allah dengan ilmu pengetahuan dan hikmah kebijaksanaan.
Asas dalam kehidupan seorang anak yang soleh ialah beriman dan bertakwa kepada Allah. Keimana dan ketakwaan kepada Allah akan menjadi benteng daripada melakukan perbuatan mungkar yang dilarang oleh Allah SWT.
Antara amalan mulia yang wajib dan perlu diterapkan kepada anak-anak ialah :
- mengambil berat terhadap amalan solat
- menjauhi daripada melakukan perbuatan mungkar
- mempersiapkan diri dengan melakukan perkara baik
- dipupuk agar sentiasa menghiasi hidup dengan sifat sabar
Allah SWT menegaskan dalam al-Quran yang bermaksud :
" Amalan taat kepada ibu bapa perlu dipupuk kepada anak-anak agar anak-anak membesar dalam kasih sayang ibu bapa yang berkekalan sampai akhir hayat"
Menyemai sifat mahmudah kepada anak bermula sejak awal lagi sehinggalah ke peringkat anak menjangkau remaja. Pada awal pertumbuhan, iaitu sejak berumur dua tahun anak-anak mula belajar melalui kata-kata yang baik. Kata baik dan berunsur kasih sayang perlu didedahkan kepada anak agar menjadi satu kebiasaan.
Mendedahkan anak-anak dengan kata-kata manis, bersalaman sesama keluarga secara tertib dan penuh hormat. Anak hendaklah dibiasakan denga sebutan nama Allah walaupun belum mengerti. Kita hendaklah memulakan makan dengan membaca " Bismillah" dan menyudahi makan dengan ucapan " Alhamdulillah".
Dalam tempoh pertumbuhan dua hingga enam tahun pula, merupakan peringkat menerima pengaruh tingkah laku dan emosi. Anak suka dimanjakan namun biarlah bertempat. Ibu bapa berperanan menunjukkan sifat terpuji, tidak bercakap kasar dan kotor, suka berkelahi, meremehkan dan menghina antara satu sama lain.
Anak merupakan aset penting kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan dan membina masa depan anak agar menjadi seorang anak yang soleh dan cemerlang.
Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud :
" Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menyebabkan dia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"
(Hadis Riwayat at-Tabrani)
Label:
infobestari,
Keluarga,
Muhasabah Diri
Thursday, March 31, 2011
Kalau, engkau berkalau......
Assalamualaikum,
Pernah sebut perkataan KALAU........
Adakah perkataan KALAU sudah sebati dibibir munggil mu itu........
Masalah tidak akan ada KALAU........
Bagi yg masih dara dan teruna, KALAU lah aku ada pakwe/makwe...mesti dpt sambut valentine day !
Bagi si tua , KALAU aku muda lagi.......nak jer aku kawen dgn janda berhias tuuuu. ( hish, tua keladi tu)
Bagi si mat rempit kapcai, KALAU aku dpt sebijik RXZ....ramai minah rempit aku dpt tackle eh.
Bagi si bohsia, KALAU dato' tu ada dlm genggaman, uh, tido dalam duit ler akuu...huhuhu.
Berapa banyak KALAU daaaaa, nak aku listkan banyak2......maaf ler, aku tak sudi nak memerah otak time cam nih.
Jom cuci mata..........
KALAU lah aku banyak duit!
KALAU lah aku tinggal dalam banglo yg mewah
KALAU lah dpt sebijk kereta mewah ni, satu cukup la......tak mahu tamak maaaaa
KALAU lah anak2 berpendidikan tinggi, kerja pun jawatan tinggi, gaji pun tinggi, so masuk akaun pa & ma pun tinggi!
Kesemuanya adakah akan menjamin untuk mewujudkan ......ini?
![]() |
^ - ^SEBUAH KELUARGA YANG SAKINAH^ - ^
SEKIAN dulu.............fikir2 di waktu makan tengahari.
Label:
Keluarga
Tuesday, March 29, 2011
Playstation
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Rasanya semua org dah tahu apa tu plystation (PS) kan. Di zaman skrng nih bebudak kecik pun dah tahu........lagi terer diorang ni. Budak 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 tahun dah tahu bercakap ttng PS. Budak 3 tahun ke bawah pun dh tahu sebut, cuma mereke tu blum pandai cakap jer.
Apa nak jawab kalau anak minta PS?
Adakah anda akan menjawab begini......
ataupun begini........
Manakah jawapan yg sesuai ek? anak2 memang suka kalau disogok dgn perkara2 yg disukai. walauapa sekali pun jawapan yg diberi, apa yg penting biarlah si kecil merasa puas hati. Apa salahnya jika pada masa bersantai benarkan mereka melakukan aktiviti yg mereka gemari. Di sinilah peranan ibu bapa utk menasihatkan anak2 supaya pandai membahagikan masa mereka.
Si kecil yg masih di peringkat sekolah rendah perlu dibimbing dan bagi remaja, walaupun dh masuk ke alam dewasa......ingatlah....jika anda masih belajar, tumpuan masa pada pelajaran mesti lebih dari menghabiskan masa dgn aktiviti yg tidak berfaedah.
Gitulah seadanya........sekian.
Rasanya semua org dah tahu apa tu plystation (PS) kan. Di zaman skrng nih bebudak kecik pun dah tahu........lagi terer diorang ni. Budak 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12 tahun dah tahu bercakap ttng PS. Budak 3 tahun ke bawah pun dh tahu sebut, cuma mereke tu blum pandai cakap jer.
Apa nak jawab kalau anak minta PS?
Adakah anda akan menjawab begini......
- eh, mana boleh, itu game utk budak beso jer.
- hep, tak boleh,...... mintak yg bukan2 lah budak nih.
- hish, mahal tuuuu, tgok harga dia....kalau beli lauk cukup utk makan satu minggu.
- ok, kalau abg dapat 5A...ayah belikan.....ya....
- ya,ya...........nantilah kalau ayah ada duit lebih ya.
ataupun begini........
- kalau kau sebut lagi perkataan tu, aku sepak muka kau.
Manakah jawapan yg sesuai ek? anak2 memang suka kalau disogok dgn perkara2 yg disukai. walauapa sekali pun jawapan yg diberi, apa yg penting biarlah si kecil merasa puas hati. Apa salahnya jika pada masa bersantai benarkan mereka melakukan aktiviti yg mereka gemari. Di sinilah peranan ibu bapa utk menasihatkan anak2 supaya pandai membahagikan masa mereka.
Si kecil yg masih di peringkat sekolah rendah perlu dibimbing dan bagi remaja, walaupun dh masuk ke alam dewasa......ingatlah....jika anda masih belajar, tumpuan masa pada pelajaran mesti lebih dari menghabiskan masa dgn aktiviti yg tidak berfaedah.
Gitulah seadanya........sekian.
Label:
Keluarga
Subscribe to:
Comments (Atom)


























