Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Saturday, April 30, 2011

6th Anniversary GA @ kakyong.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih Ayesha Ramlee kerana memberi peluang kepada aku untuk mengenali Kak Yong. Kak Yong banyak menganjurkan GA dan contest dan ini adalah GA pertama yg aku nak sertai. Harap2 ada rezeki.......hehehe.

syarat nya :
  • Terbuka untuk semua yang ade blog & beralamat di Malaysia
  • Jadi Follower kakyong.com dan Zuneta Card Craft
  • Buat simple n3 tentang GA ini, tampal banner dalam n3, tajuk macam tajuk n3 ni la & tinggalkan link di kotak komen
  • tag 1 orang kawan dan pastikan kawan anda tahu, kalo lebih pun okay..
  • sila jawab soalan cepu emas.. bilakah tarikh nikah kakyong (ibu 3A).. boleh la selongkar di blog INI, hint : sila semak n3 2 tahun lalu Winking smile
  • checklist untuk  kotak komen – link n3, referral & tarikh nikah .

Hari ini, 30hb April adalah tarikh keramat bagi pasangan bahagia Pn Habibah dan En. Enal . Tahun ini usia perkahwinan mereka sudah pun masuk 6 tahun. Alhamdulillah........semoga jodoh mereka berpanjangan. Amin.

Pasangan ini tidak mengambil masa yang lama utk bersatu. Bermula dgn pengenalan melalui telefon dan sms di penghujung Januari 2005. Mula bertemu pada 5 Februari, 2005 dan selang 2 minggu keluarga si jejaka datang merisik. Setelah merisik mereka bertunang pula pada 10 April, 2005. Sungguh indah percintaan mereka kerana mereka bercinta selepas bernikah. Eh....tak ke romantik tu namanya.........


Aku ingin menjemput semua rakan pengikut blog JJHM menyertai GA ini tapi ada masalah pulak aku nak letak mesej kat blog diorang nanti kerana masa tidak mengizinkan. Cuba2lah join GA ini...........rezeki ada di mana-mana, ia hendaklah dicari, ia tidak akan datang sendiri.


Friday, April 29, 2011

Kalau dah pening aku pun pusing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah.........sekarang ini pun kita sedang menyedut nikmat udara, dapatlah kita bernafas. Bila kita jatuh sakit.....nikmat kesihatan kita terganggu ......kita jadi tidak keruan. Semua kerja biasa yg selalu kita buat menjadi kerja yg luar biasa. Berat kepala, mata kabur, gatal hidung......semua itu membuatkan kita tidak selesa.


Pening kepala bisa menjadikan aku benar2 bingung. Kepala pusing tidak menentu. Semua kerja biasa sudah menunggu namun mata tertutup rapat. Melayan pusingnya kepala, bingung mana satu yg nak dibuat dulu. Akhirnya, aku terduduk........diam dan tidur........

Begitulah penangan sakit kepala akibat pening menjadikan aku pusing. Aku ada banyak kaedah dan aku cuba semuanya. Kita hanya berusaha namun yg menyembuhkan itu adalah kuasa Tuhan. Kalau di pasaran sekarang bermacam2 ubat-ubatan ada dijual......

jenama panadol memang popular.....aku cuba dah!
Kekadang aku rasa malas nak makan pil2 ni. Bukannya apa macam terasa makan dadah......Ia berlaku kpd seorang ahli keluarga aku, setiap kali pening....panadol actifastlah yg ditelannya.....terus hilang pening pulak tu. Kalau aku, biarlah aku cuba cara lain dulu....dan pil2 ini adalah pilihan terakhir aku sebelum ke klinik (kalau dh terpaksa).


Boleh guna koyok untuk hilangkan pening, aku dah cuba salonpas........tapi tak sama dgn koyok zaman aku bebudak dulu. Setakat ni bolehlah membantu.


FC dari Avail ni juga boleh digunakan....renjiskan air dipermukaan pantiliner kemudian tampal dibahagian sakit. kalau pening, tampallah di bahagian kepala. InsyaAllah.......yg penting kita berusaha.

Kita diberi banyak pilihan sebenarnya. Dengan keizinan Allah jua semua penyakit akan sembuh. Dan akhir sekali jangan lupa berdoa.....




baca surah al-waqiah, amalkan 7x selesai solat.bila perlu,baca selawat 3x & ayat no 19 7x...sedut nafas 1x kemudian tiup kat air mineral senafas yg panjang perlahan2.minum & tinggalkan sikit untuk sapu kepala. InsyaAllah Mujarab.Amin.

Dapat yg baru, yg lama macam mana pula?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kes demam menjadi-jadi sekarang ni........aku baru balik dari klinik di Masai. Sang doktor yg peramah telah bagi ceramah ringkas kpd  aku sekeluarga sebab semua anak2 aku demam. Paling ringan pun cuma pening2 kepala. Ia berkaitan dgn kes denggi yg meningkat sekarang ni, risau juga bila anak2 semua demam serentak. Alhamdulillah......ayah dan ibu mereka tak sakit sama2.........mahu tunggang-langgang kalau satu family sakit.

Sebenonya ni aku nak cerita pasal hadiah hari jadi aku pada 23hb lepas......jeng, jeng, jeng........baru pegi kedai tu tadi.....dah 5 hari aku menunggu. Akhirnya.....................tiba juga aku di situ.....

Sabtu lepas, order spec baru di sini....

Gembiralah suami tercinta sponsor spec baru.......walaupun bukan beribu.......aku tetap bangga. Ini merupakan hadiah ketiga yg agak tinggi nilainya aku terima sempena hari lahir aku. Pernah menerima sebentuk cincin emas, jam tangan Alba dan kali ini kaca mata Swatch. Bukan setiap tahun aku menerima hadiah bernilai ini, maka aku sangat2 menghargainya.......saaaaaayang ayah!

Spec yg lama pun ayah yg belikan.....tapi dah rosak, pernah patah banyak kali sampai senget jadinya. Aku suka spec yg lama tu sbb dia amat ringan. Tak sakit hidung aku yg kembang ni......apa nak buat dah tak selesa nak pakai....terpaksalah aku tukar baru.

kesian...sampai senget2 aku kerjakan .....huhuhu
Dapat yg baru pun agak ringan, pesen zaman sekarang kata jurujual tu.........hai, lantak la dek ....asal aku dapat yg selesa sikit....kira orait la. Apa yg penting ....benda free...jgn komplen lebih2 nanti ditarik subsidi, melopong kawan.....ngeeeee.

syukur alhamdulillah.......cantik nyer.....
Sangat2 suka hati......sekarang ni aku tengah memperagakan spec baru depan lappy.......ehem....oppssss ayah dah berdehem. Isyarat dah kena off line ler......

Sekian. terima kasih kerana sudi membaca dan kalau sudi tinggalkan jejak di kotak komen.......salam.