Yang Tinggalkan Jejak.......Terima Kasih.

Monday, June 13, 2011

Kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan percintaan, bercintalah dgn suami orang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

"Wanita muda tidak kisah bermadu"...anda dh baca Utusan Malaysia hari ini? Memaparkan tajuk yg pasti membuatkan para isteri terkedu atau terbeliak mata jap.

"wanita muda di negara ini terutama yg berusia di bawah 30 tahun lebih terbuka utk hidup bermadu berbanding mereka yg melepasi usia tersebut."

Ini bermakna wanita yg masih belajar atau baru memulakan kerjaya lebih meminati org yg lebih tua utk dijadikan suami? Dan mereka sanggup bermadu wlaupun pada hakikatnya bermadu itu sungguh pahit. Alasan yg mereka berikan hanyalah krn golongan ini mempunyai kewangan yg kukuh dan brsikap romantik.

berharap semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
Berdasarkan kajian soal selidik terhadap 400 responden berusia 18 tahun ke atas, ramai di antara mereka mengizinkan suami mereka berkahwin lagi. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mencatatkan sebanyak 286 kes poligami telah didaftarkan dan 222 permohonan poligami telah diluluskan atas perintah mahkamah.

Lelaki yg bergelar suami tentu tersenyum apabila membaca artikel ini. Itu pasti......oppsss jgn terus menyangka lampu hijau telah diberikan. Wahai para suami jika berniat utk berpoligami mesti cermin diri sendiri. Adakah kewangan anda kukuh? Jika tidak......jgnlah bermimpi utk beristeri muda pula.

Bagi mereka yg bersedia utk berpoligami, ia didorong perasaan takut menanggung dosa krn tindakan itu dibenarkan oleh agama. Dalam masa yg sama, mereka lebih menghormati suami yg bertanggungjawab dan jujur. Dalam kehidupan berumahtangga amat penting bagi pasangan bersikap jujur.

Jgn sembunyikan apa2 di belakang isteri termasuklah jika ada menerima sms dr seorang wanita lain. Ada satu kes, seorang suami memadam semua sms yg diterima dr rakan wanita di tempat kerjanya. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Suatu hari, dia lupa hendak memadamkan sms yg diberi oleh rakan wanitanya itu. Sms itu dibaca oleh salah seorang anaknya dan menyampaikan kpd ibunya pula.

apabila suami mula asyik bersms, isteri mula rasa curiga
Kes spt inilah yg menyebabkan bilangan perceraian bertambah. Tiada tolenrasi dan persefahaman antara pasangan menyebabkan satu masalah yg kecil dijadikan sebab utk bercerai. Lebih-lebih lagi jika suami pula tidak kuat pegangan agamanya. Ego yg tinggi juga akan menambahkan lagi kekeruhan dan jalan penyelesaian yg dinampak hanyalah perceraian. Nauzubillah...walaupun perceraian itu halal tetapi ia adalah perkara yg amat dibenci oleh Allah SWT.

pertengkaran mungkin tidak dapat dielakkan jika ego menguasai diri

Seorang remaja telah berkata bhw kalau nak rasa keindahan dan kesempurnaan alam percintaan, bercintalah dgn suami orang.

Kepada para isteri dan wanita yg lain, apa pendapat anda?


Sunday, June 12, 2011

Andai aku ini jutawan blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Join segmen en. Ben Ashaari lagi!
Berminat? ok... Sila buat satu entri ...
  1. Letak header Ben Ashaari Blog ..
  2. Tajuk : Andai aku ini jutawan .. Blogger dan linkkan ke entri ini ..
  3. Sila buat karangan tidak lebih 100 patah perkataan .. Apakah yang akan anda lakukan dengan dunia blogger di Malaysia ini sekiranya anda seorang jutawan !
  4. Siap ? Tinggalkan url entri anda beserta kata kata untuk menarik pembaca ke blog anda .. kenapa mereka patut baca entri ada itu ! hehehe .. promosi blog nih !
Tu jer .. Tutup , 10 malam ni..


 Andai aku seorang JUTAWAN, dapatlah aku tidur atas duit macam yg aku mimpikan...hehehe...itu cuma mimpi jer.  (sila abaikan anganan yg ini)

Apa yg aku patut lakukan utk memajukan dunia blogging di Malaysia :
  1. Pepatah Wonder Pets ada mengatakan "apa yg penting...KERJASAMA". Aku akan bekerjasama dgn mana2 blogger yg mahukan pertolongan aku...semesti pertolongan duitlah.
  2. Memberikan tutorial kepada blogger2 baru yg bercita2 utk menjadikan blog mereka punca rezeki, macam kasi sponsor la....pergi jumpa otai2 dan kasi duit modal buat hosting yg menarik.
  3. Bagi bantuan kewangan kpd blogger2 yg memerlukan duit bagi mengupah pekerja2 bagi mengkemaskini blog jika diaorang ada perpuluh-puluh bloglah.
  4. Setiap tahun aku akan buat perjumpaan blogger seluruh Malaysia dan semua kos pastinya aku yg tanggung.
Aku nak promosi blog ni di SINI.

Ramai yg minat racun halus rupanya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bagaimana nak memulakan ye.......sebeno nye aku tgh kering idea. Pagi2 mengadap lappy semata2 utk blogwalking.....uh, bosan...dh 2 mlm tido sorang2. Suami aku gi mane?.....ha, dia tgh mancing sekarang ni, kat pulau aur katanya. semoga dia dpt banyak ikan lah.....dapat stok 1 minggu, lumayan gak. dapt safe budget utk beli ikan kat kedai acheh depan tu.

Berbalik pd tajuk entri ni...aku nak merujuk kepada rancangan tv3, al-kuliyyah yg lepas. tajuk nye 'racun halus'. Aku mcm tertarik nak buat entri pasal tajuk tu. sebelum tu aku buat research kat google dulu. betul spt yg disangka......ramai yg dh buat entri pasal tajuk ni.

Aku baca semua entri mereka.....apa yg menyebabkan mereka juga minat nak tulis pasal ni? apa yg dpt aku simpulkan....tgok tajuk, mmg menarik...ramai penonton berminat dgn tajuk2 mcm ni. tentu rating penonton rancangan ni tinggi pd jumaat lepas. termasuklah aku...mmg minat nak tgok terutamanya kalau ada demo......

Ada penonton yg bg komplen negatif, katanya pihak pengamal perubatan tu saja2 nak promo pusat rawatan dia. Ada yg kata, pihak tv cuba sebarkan rancangan khurafat. Mereka kata, demo2 tu mcm cerita tahyul lah......

Aku tak sokong mereka.....dalam rancangan 'tanyalah ustaz tv9' pernh tayangkan mengenai perubatan sains moden vs perubatan tradisional. Dan apa yg aku ingat, dr. Danial, penceramah tersebut mengatakan kita perlu seiring ketika menjalankan rawatan. Jika selepas jumpa doktor, masih tak berkurang penyakit, boleh guna alternatif lain spt perubatan islam. ( ke bomoh aku tak galakkan ye). Dr. Danial juga ada menyatakan, mmg ada penyakit yg dtgnye dr jin, dan itu kita kena percaya kewujudan jin ini, sebagaimana kita percaya wujudnya syurga dan neraka......

Perlu diulangi, ia perlu seiring, antara sains moden dan amalan tradisional (rawatan cara islam)...jgn terlalu taksub dgn satu cara shj......dan spt ustaz Syarhan beritahu jgn dptkan rawtan bomoh jika bomoh itu mengamalkan perkara2 yg bertentangan dgn ajaran Islam. nak tahu cerita sepenuhnya silalah ke SINI. ni adalah antara entri yg mengambil rancangan ini sbg contoh teladan. Banyak pengetahuan yg diperolehi, antaranya amalan2 yg perlu dilakukan bg mengelak sihir, tanda2 terkena sihir dan dgn siapa perlu dptkan rawatan jika terkena sihir. 

Sihir adalah penyakit yg didtgkan melalui jin. ia tak boleh discan oleh mesin moden.... berhati-hatilah semua. sedangkn Rasulullah SAW pernah disihir, maka siapalah kita yg banyak melakukan dosa dan mungkin secara tidak sengaja telah mengecilkan hati seseorang. kita mempunyai kebarangkalian yg tinggi utk disihir pd bila2 masa. 

Sebagai pendinding, amalkanlah ayat yg diberi oleh ustaz Syarhan dan dapatkan ayat2 rukyah  amalkan setiap hari. semoga kita dan keluarga kita dilindungi dari kejahatan ilmu hitam. Boleh ke SINI utk dptkan ayat pendinding.

Wallahualam.